Hajiji pelaburan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 15 Apr 2025 08:52:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hajiji pelaburan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah mengalu-alukan lebih ramai pelabur, termasuk dari AS https://sabahmedia.com/2025/04/15/sabah-mengalu-alukan-lebih-ramai-pelabur-termasuk-dari-as/ https://sabahmedia.com/2025/04/15/sabah-mengalu-alukan-lebih-ramai-pelabur-termasuk-dari-as/#respond Tue, 15 Apr 2025 08:52:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72015
Read Time:35 Second

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengalu- alukan lebih ramai pelabur ke Sabah termasuk dari Amerika Syarikat untuk melabur dalam perdagangan, pendidikan dan kebudayaan.

Beliau memetik ConocoPhillips, sebuah syarikat minyak dan gas Amerika Syarikat, yang berjaya dengan pelaburannya di Malaysia dan Sabah.

“Sabah akan terus memudahcara persekitaran yang kondusif dan mesra pelabur untuk menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bertemu dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D. Kagan di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Semasa kunjungan hormat itu, Kagan turut memaklumkan Hajiji mengenai cadangan kerjasama antara Zoo Oregon dan Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk pertukaran pengetahuan dan pembinaan kapasiti. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/15/sabah-mengalu-alukan-lebih-ramai-pelabur-termasuk-dari-as/feed/ 0 72015