Hajiji sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 27 Aug 2025 05:49:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hajiji sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji hadiri majlis pertukaran MoU sempena ALC ke-26 https://sabahmedia.com/2025/08/27/hajiji-hadiri-majlis-pertukaran-mou-sempena-alc-ke-26/ https://sabahmedia.com/2025/08/27/hajiji-hadiri-majlis-pertukaran-mou-sempena-alc-ke-26/#respond Wed, 27 Aug 2025 05:49:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80147
Read Time:35 Second

Putrajaya: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Brunei Darussalam sempena Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei (ALC) Ke-26, yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana, di sini pada Rabu.

Majlis itu disaksikan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertukaran MoU itu membabitkan bidang kesihatan antara kedua-dua negara.

Hajiji yang diiringi  Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong turut menghadiri Majlis Makan Tengah Hari yang dihoskan oleh Anwar.

ALC merupakan platform rundingan dua hala tertinggi antara Malaysia dan Brunei yang berperanan menilai kemajuan kerjasama sedia ada, menyelesaikan isu berbangkit, selain membincangkan pelbagai perkara berkepentingan bersama termasuk perkembangan serantau dan antarabangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/27/hajiji-hadiri-majlis-pertukaran-mou-sempena-alc-ke-26/feed/ 0 80147
Kerajaan Negeri tekad tingkat prestasi pencapaian Hala Tuju SMJ https://sabahmedia.com/2025/04/14/kerajaan-negeri-tekad-tingkat-prestasi-pencapaian-hala-tuju-smj/ https://sabahmedia.com/2025/04/14/kerajaan-negeri-tekad-tingkat-prestasi-pencapaian-hala-tuju-smj/#respond Mon, 14 Apr 2025 07:28:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71940
Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor gembira dengan prestasi pencapaian Hala Tuju Sabah Maju Jaya (HTSMJ) 1.0 (2021-2025) dan bertekad untuk mencapai prestasi lebih baik.

Katanya, Kerajaan Negeri menerusi Kementerian-Kementerian, jabatan-jabatan dan agensi negeri akan terus bekerja keras bagi memastikan prestasi pencapaian HTSMJ terus ditingkatkan.

“Kita akan terus bekerja keras bagi mencapai prestasi lebih baik lagi khususnya inisiatif-inisiatif yang telah dirancang dan sedang dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menerima Buku Laporan Tahunan HTSMJ 1.0 (2021-2025) bagi tahun 2024 di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Ketua Pegawai Penyelaras (CCO) Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) Jabatan Ketua Menteri, Datuk Rosmadi Sulai menyerahkan buku laporan itu dan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

Hajiji berkata, laporan tahun lalu merupakan dokumen penting  yang  merumuskan pencapaian pelaksanaan inisiatif-inisiatif utama di bawah rangka pelan pembangunan lima tahun HTSMJ 1.0 yang menjadi tunjang utama kepada transformasi sosio-ekonomi negeri, termasuk Ekonomi Biru.

Sementara itu, Rosmadi memaklumkan Hajiji sehingga 14 April 2025, sejumlah 446 inisiatif telah digerakkan oleh kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan di bawah Pelan SMJ 1.0, dengan pencapaian pelaksanaan keseluruhan yang sangat memberangsangkan iaitu 94.47 peratus.

“Pencapaian ini merupakan manifestasi komitmen padu seluruh jentera pentadbiran negeri dalam menjayakan agenda pembangunan Sabah secara inklusif, mampan dan berimpak tinggi,” katanya.

Menurutnya, penyerahan laporan ini bukan sahaja menjadi simbol kepada ketelusan dan akauntabiliti Kerajaan Negeri, malah menandakan kemajuan yang telah dicapai serta hala tuju masa depan Sabah dalam mengharungi fasa terakhir pelaksanaan SMJ 1.0 menjelang 2025.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Sekretariat SMJ, Ramlee Kariah dan Pengarah Sekretariatnya, Rosnih Othman.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/14/kerajaan-negeri-tekad-tingkat-prestasi-pencapaian-hala-tuju-smj/feed/ 0 71940
Saya serahkan kepada pihak berwajib – Hajiji https://sabahmedia.com/2024/11/15/saya-serahkan-kepada-pihak-berwajib-hajiji/ https://sabahmedia.com/2024/11/15/saya-serahkan-kepada-pihak-berwajib-hajiji/#respond Fri, 15 Nov 2024 13:16:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63806
Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak berwajib untuk menyiasat dakwaan berhubung rakaman audio dan video Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dikatakan sedang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit.

“Ini susah saya (mahu) komen.  Saya tidak boleh komen dan saya serahkan kepada pihak yang berwajib untuk menyiasat hal ini kerana ini mempunyai motif-motif yang tertentu, jadi itu saja saya boleh komen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai video yang dimuat naik sebuah portal berita tempatan hari ini.

Katanya, video yang didakwa mengaitkan ADUN Sabah itu berkemungkinan bertujuan untuk melemahkan kerajaan pada masa kini.

“Tapi saya ingin tegaskan bahawa Kerajaan Negeri hari ini kekal kukuh perpaduan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan juga Pakatan Harapan (PH) Plus, ini cukup mantap. Jadi itulah kedudukannya.  Kita tunggulah penyiasatan daripada pihak yang berwajib,” katanya.

Hajiji sebelum ini berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada mana-mana pihak khususnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan perkara terbabit.

Terdahulu, Hajiji menghadiri pembentangan Belanjawan Sabah 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang dibentangkan Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Baru-baru ini, sebuah portal berita tempatan melaporkan terdapat sekurang-kurang lapan rakaman video mengaitkan beberapa ADUN negeri ini didakwa membincangkan ‘rasuah’ bernilai ratusan ribu ringgit yang diberikan kepada mereka sebagai balasan untuk mendapatkan projek di sebuah negeri.

Sebelum ini, dalam siri video dimuat naik portal berita itu, antara ADUN yang didakwa dikaitkan dalam rakaman video berkenaan adalah ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, ADUN Tempasuk, Arshad Bistari dan ADUN Kemabong, Datuk Rubin Balang.

Setakat ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan tidak menerima sebarang aduan rasmi daripada mana-mana pihak, termasuk pemberi maklumat yang mendakwa mempunyai rakaman audio ADUN terbabit.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dilaporkan berkata peguam kepada pemberi maklumat itu ada bertemu pegawai suruhanjaya berkenaan 30 Oktober lalu. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/15/saya-serahkan-kepada-pihak-berwajib-hajiji/feed/ 0 63806
Hajiji iring Tun Juhar hadiri Mesyuarat Majlis Raja- Raja https://sabahmedia.com/2024/10/23/hajiji-iring-tun-juhar-hadiri-mesyuarat-majlis-raja-raja/ https://sabahmedia.com/2024/10/23/hajiji-iring-tun-juhar-hadiri-mesyuarat-majlis-raja-raja/#respond Wed, 23 Oct 2024 13:33:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62644
Read Time:25 Second

Kuala Lumpur: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin ke Mesyuarat Majlis Raja- Raja Yang Ke-267 di Istana Negara.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang bermula hari ini hingga Khamis.

Pada Selasa Hajiji telah menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-144 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Perdana Putra di Putrajaya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/23/hajiji-iring-tun-juhar-hadiri-mesyuarat-majlis-raja-raja/feed/ 0 62644
Hajiji jumpa Ahli Parlimen, Senator Sabah https://sabahmedia.com/2024/07/16/hajiji-jumpa-ahli-parlimen-senator-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/07/16/hajiji-jumpa-ahli-parlimen-senator-sabah/#respond Tue, 16 Jul 2024 05:32:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57602
Read Time:18 Second

Kuala Lumpur: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengadakan majlis makan malam untuk Ahli Parlimen dan Senator dari Sabah di sini malam tadi.

Majlis tidak formal itu diadakan di Suria KLCC bagi membincangkan keadaan isu semasa terkini.

Hajiji berada di ibu negara bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri bermula hari ini. –SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/16/hajiji-jumpa-ahli-parlimen-senator-sabah/feed/ 0 57602