hajiji – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 18 Oct 2026 00:49:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png hajiji – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kudat berpotensi jadi Hab Ekonomi Biru serantau https://sabahmedia.com/2026/10/18/kudat-berpotensi-jadi-hab-ekonomi-biru-serantau/ https://sabahmedia.com/2026/10/18/kudat-berpotensi-jadi-hab-ekonomi-biru-serantau/#respond Sun, 18 Oct 2026 00:48:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105545
Read Time:2 Minute, 48 Second

KUDAT: Kudat berpotensi dibangunkan sebagai Hab Ekonomi Biru serantau berasaskan kedudukan strategik dan kekayaan sumber marinnya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, aspirasi itu sedang digerakkan menerusi cadangan pembangunan Taman Perindustrian Ekonomi Biru (BEIP) yang diterajui Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Katanya, sebagai langkah awal pelan induk bagi kawasan seluas 1,205 ekar milik SEDCO di Kampung Limau-Limauan dan Perapat Laut sedang disediakan, manakala 3,129 ekar lagi di Matunggung, Banggi dan Tanjong Kapor dikenal pasti sebagai kawasan rizab pembangunan projek berkenaan.

“Berkonsepkan pembangunan maritim dan teknologi hijau, projek ini memberi tumpuan kepada industri makanan laut, logistik perdagangan serta kegiatan ekonomi berasaskan laut, termasuk cadangan pembinaan pelabuhan sebagai zon perdagangan serantau.

“Kedudukan Kudat memberikan kelebihan untuk memperluas hubungan perdagangan dengan pasaran China, Korea Selatan, Jepun dan Filipina,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Sentuhan Kasih Rakyat, Karnival Jom Malaysia, Jualan Rahmah MADANI dan Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) Edisi DUN Tanjong Kapor di Dataran Tomborungus, di sini, malam tadi.

Hajiji berkata, pengukuhan industri perikanan laut dalam serta penaiktarafan bagang di pesisir pantai turut diberi perhatian supaya masyarakat setempat dapat mengambil bahagian dalam perkembangan ekonomi berkenaan.

Katanya, pembangunan itu memerlukan dukungan dasar, peruntukan serta infrastruktur yang kukuh menerusi kerjasama Kerajaan Negeri dan Persekutuan, dengan kelestarian alam sekitar serta pemuliharaan marin terus menjadi asas pelaksanaannya.

Beliau berkata, Kudat kaya dengan keindahan alam, khazanah budaya serta kreativiti masyarakat yang diterjemahkan melalui produk tempatan, termasuk kraf tangan, hasil pertanian, perikanan dan kegiatan pelancongan.

“Berlandaskan kekuatan ini, kita mahu masyarakat Kudat memperoleh akses yang lebih luas kepada perkhidmatan kerajaan, sokongan keusahawanan dan peluang pemasaran bagi meningkatkan kesejahteraan serta pendapatan mereka,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyambut baik Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 9 Oktober lalu, dengan Sabah menerima peruntukan Persekutuan RM18.7 bilion bagi tahun depan berbanding RM17.6 bilion tahun ini.

Katanya, peningkatan peruntukan itu memberi dukungan penting kepada usaha memperkukuh kemudahan asas, meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan menyediakan landasan bagi pertumbuhan ekonomi negeri.

Beliau berkata, Belanjawan 2027 menyediakan RM3.3 bilion bagi pembangunan jalan raya di Sabah dan Sarawak, selain RM350 juta untuk penyelenggaraan jalan Persekutuan, bagi melengkapi usaha menangani isu legasi kemudahan asas, khususnya jalan raya, air dan elektrik.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri sedang meneliti keperluan semasa rakyat, kemampuan kewangan negeri serta kesinambungan pembangunan di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2030.

Katanya, hasil Sabah kekal kukuh dengan kutipan RM6.96 bilion pada 2022, RM6.97 bilion pada 2023, RM6.87 bilion pada 2024 dan RM6.76 bilion pada 2025, berbanding sekitar RM4 bilion pada 2019.

“Justeru, kita akan terus memperkemas kutipan, mempelbagaikan sumber hasil dan mengurus perbelanjaan secara berhemah bagi memastikan kedudukan kewangan negeri kekal kukuh. Saya optimis hasil negeri bagi tahun 2026 mampu melepasi paras RM7 bilion,” katanya.

Sementara itu Hajiji berkata, program yang menggabungkan empat komponen yang saling melengkapi, iaitu Sentuhan Kasih Rakyat, Karnival Jom Malaysia, Jualan Rahmah MADANI dan MCS.

Katanya, Program itu menyantuni kebajikan masyarakat, memperluas promosi dan pemasaran produk tempatan, meringankan kos sara hidup serta mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Beliau turut menyeru usahawan memanfaatkan peluang yang tersedia untuk meningkatkan daya saing, memperkukuh penjenamaan dan memperluas pasaran produk masing-masing, selain mengajak masyarakat menyokong produk tempatan bagi membantu mengembangkan perniagaan, menjana pendapatan dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/18/kudat-berpotensi-jadi-hab-ekonomi-biru-serantau/feed/ 0 105545
Hajiji hadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-150 https://sabahmedia.com/2026/10/13/hajiji-hadiri-mesyuarat-menteri-besar-dan-ketua-menteri-ke-150/ https://sabahmedia.com/2026/10/13/hajiji-hadiri-mesyuarat-menteri-besar-dan-ketua-menteri-ke-150/#respond Tue, 13 Oct 2026 11:03:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105309
Read Time:31 Second

PUTRAJAYA: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-150 yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Hajiji ketika menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-150 yang diPengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya pada Selasa.

Beliau diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman pada mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Esok, Hajiji dijadual mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-273 yang berlangsung selama dua hari di Istana Negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/13/hajiji-hadiri-mesyuarat-menteri-besar-dan-ketua-menteri-ke-150/feed/ 0 105309
Belanjawan Negara 2027 ringankan beban rakyat – Hajiji https://sabahmedia.com/2026/10/09/belanjawan-negara-2027-ringankan-beban-rakyat-hajiji/ https://sabahmedia.com/2026/10/09/belanjawan-negara-2027-ringankan-beban-rakyat-hajiji/#respond Fri, 09 Oct 2026 11:24:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105106
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Belanjawan Negara 2027 disifatkan sebagai belanjawan komprehensif yang mampu meringankan beban kewangan rakyat selain mencerminkan kedudukan ekonomi negara yang kukuh.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, belanjawan itu memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi pengurangan cukai serta pemberian insentif kepada penjawat awam, golongan peniaga dan pelbagai lapisan masyarakat.

“Saya melihat belanjawan ini memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi pengurangan cukai serta pemberian insentif kepada penjawat awam, golongan peniaga dan semua lapisan masyarakat.

“Ia juga membuktikan kekukuhan ekonomi dan kedudukan kewangan negara kita, walaupun berdepan dengan kesan krisis yang sedang berlaku di Asia Barat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan siaran langsung pembentangan Belanjawan Negara 2027 di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Ketika membentangkan belanjawan itu, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Sabah kekal sebagai penerima peruntukan Persekutuan terbesar dengan jumlah RM18.6 bilion bagi tahun depan.

Peruntukan itu meningkat 6.25 peratus berbanding RM17.6 bilion yang disediakan pada tahun ini.

Anwar turut mengumumkan peruntukan RM3.3 bilion bagi meneruskan projek jalan raya di Sabah dan Sarawak.

Selain itu, kerajaan bersetuju menggandakan jumlah tawaran tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar dari Sabah dan Sarawak, sekali gus membuka peluang kepada 4,200 pelajar dari kedua-dua negeri itu untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi setiap tahun.

Dalam usaha memperkukuh sistem bekalan elektrik di Sabah, kerajaan turut bersetuju melaksanakan pemasangan sistem Static Synchronous Compensator (STATCOM) di Pencawang Masuk Utama Dam Road dan Segaliud dengan kos RM204 juta.

Projek Talian Penghantaran Southern Link juga akan diteruskan sebagai langkah jangka panjang bagi memastikan kelangsungan bekalan elektrik di negeri ini.

Turut menyaksikan siaran langsung pembentangan belanjawan itu ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman; pembantu-pembantu menteri serta pegawai kanan kerajaan negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/09/belanjawan-negara-2027-ringankan-beban-rakyat-hajiji/feed/ 0 105106
Pendidikan Al-Quran penting bentuk modal insan berkualiti https://sabahmedia.com/2026/10/04/pendidikan-al-quran-penting-bentuk-modal-insan-berkualiti/ https://sabahmedia.com/2026/10/04/pendidikan-al-quran-penting-bentuk-modal-insan-berkualiti/#respond Sun, 04 Oct 2026 05:47:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104727
Read Time:2 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Pendidikan Al-Quran mempunyai peranan penting dalam membentuk insan yang berilmu, beriman, berakhlak mulia dan bertanggungjawab, selaras dengan usaha kerajaan negeri membangunkan modal insan berkualiti, berintegriti dan berdaya saing.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata kerajaan negeri sentiasa menghargai peranan institusi pendidikan Islam, termasuk sekolah agama, pondok dan pusat tahfiz, dalam membantu membentuk sahsiah serta jati diri generasi muda.

Beliau berkata, pendidikan tahfiz perlu terus diperkasakan melalui pendekatan yang menyeluruh dan seimbang, bukan sahaja dalam bidang hafazan dan ilmu agama, tetapi turut merangkumi ilmu akademik, teknologi, kemahiran komunikasi, kepimpinan, keusahawanan serta bidang teknikal dan vokasional.

“Kita mahu melahirkan generasi Al-Quran yang bukan sahaja baik dari sudut hafazan, tetapi turut cemerlang dalam pelajaran, mempunyai kemahiran, berdisiplin serta mampu memimpin dan berbakti kepada masyarakat,” katanya pada Majlis Perasmian Bangunan Pejabat Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) Wilayah Sabah dan Sarawak di Taman Sulaman, di sini, pada Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih.

Hajiji berkata, pembangunan sesebuah negeri tidak seharusnya hanya diukur berdasarkan kemajuan fizikal dan pertumbuhan ekonomi semata-mata, sebaliknya turut merangkumi pembinaan manusia yang berilmu, berakhlak serta sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama.

Katanya, generasi yang dididik dengan Al-Quran bukan sahaja mampu menjadi imam, pendakwah atau pendidik, malah berpotensi menjadi pemimpin, profesional, usahawan serta anggota masyarakat yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan negeri dan negara.

Beliau berkata, pembukaan bangunan pejabat MTS Wilayah Sabah dan Sarawak merupakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperluas dan memperkukuh jaringan pendidikan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah di Sabah dan Sarawak.

“Bangunan ini bukan sekadar sebuah pusat pentadbiran. Lebih daripada itu, ia merupakan lambang komitmen, kesungguhan dan cita-cita besar untuk melahirkan generasi yang menghafaz, memahami serta menghayati ajaran Al-Quran dalam kehidupan mereka,” katanya.

Hajiji turut menggalakkan MTS menjalinkan lebih banyak kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, badan bukan kerajaan serta pihak swasta, khususnya dalam pembangunan kurikulum, latihan perguruan, pendidikan digital, kemahiran teknikal dan vokasional, keusahawanan serta peluang melanjutkan pengajian.

Beliau berkata, jaringan kerjasama yang kukuh dapat memastikan para pelajar tahfiz mempunyai laluan pendidikan dan kerjaya yang lebih luas serta mampu berdikari pada masa hadapan.

Ketua Menteri turut menegaskan kepentingan pengurusan institusi tahfiz yang baik, telus dan profesional, termasuk mematuhi semua peraturan dan garis panduan berkaitan keselamatan bangunan, pencegahan kebakaran, kesihatan, kebersihan serta kelayakan tenaga pengajar.

Katanya, pengurusan yang baik, telus dan profesional amat penting bagi memastikan keyakinan ibu bapa serta masyarakat terhadap institusi tahfiz terus terpelihara.

Dalam konteks Sabah yang kaya dengan kepelbagaian agama, budaya dan etnik, beliau berkata institusi pendidikan agama turut mempunyai tanggungjawab menyemai nilai kesederhanaan, kasih sayang, toleransi serta penghormatan terhadap masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Ajaran Islam menuntut umatnya supaya membawa rahmat, memelihara keamanan dan membina hubungan yang baik sesama manusia. Nilai-nilai inilah yang perlu diterapkan kepada para pelajar agar mereka menjadi pendakwah melalui akhlak, ilmu dan perbuatan yang baik,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/04/pendidikan-al-quran-penting-bentuk-modal-insan-berkualiti/feed/ 0 104727
Kerjasama pastikan anak-anak Sabah dapat pendidikan berkualiti – Hajiji https://sabahmedia.com/2026/10/03/kerjasama-pastikan-anak-anak-sabah-dapat-pendidikan-berkualiti-hajiji/ https://sabahmedia.com/2026/10/03/kerjasama-pastikan-anak-anak-sabah-dapat-pendidikan-berkualiti-hajiji/#respond Fri, 02 Oct 2026 23:49:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104654
Read Time:2 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata usaha memastikan anak-anak Sabah mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti memerlukan komitmen dan kerjasama bersepadu daripada semua pihak.

Beliau berkata inisiatif mengumpul Dana Pendidikan seperti yang diambil oleh Persatuan Hakka Daerah Tuaran amatlah membanggakan dan patut dicontohi oleh persatuan-persatuan lain demi masa depan generasi akan datang.

“Pelaburan dalam pendidikan merupakan pelaburan untuk masa depan generasi muda dan masa depan negeri Sabah. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang dan pihak yang telah memberikan sokongan kepada Dana Pendidikan ini.

“Setiap sumbangan, tidak kira besar atau kecil, membawa satu harapan kepada generasi muda,” katanya pada majlis Makan Malam Kutipan Dana Pendidikan Persatuan Hakka Daerah Tuaran di Dewan Hakka, Tanjung Lipat di sini malam tadi.

Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun.

“Pendidikan merupakan teras kepada pembangunan sesebuah bangsa dan negeri. Melalui pendidikan, kita mampu mengubah nasib sesebuah keluarga, melahirkan modal insan yang berkualiti, serta memacu pertumbuhan ekonomi Sabah ke tahap yang lebih tinggi.

“Tidak dapat dinafikan bahawa pelaburan dalam modal insan ini penting untuk mengangkat bukan sahaja status sosial tetapi juga status ekonomi dan kesejahteraan hidup individu dan masyarakat,” katanya.

Hajiji berkata di bawah pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), pembangunan modal insan merupakan antara agenda utama kerajaan negeri.

Sebab itu, katanya bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan memberi peluang kepada lebih ramai lagi anak-anak watan Sabah melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, pelbagai bantuan pendidikan berbentuk dana dan kemudahan disediakan oleh kerajaan negeri.

Antaranya Biasiswa, Dermasiswa dan Bantuan kepada pelajar manakala sebanyak 14 inisiatif Bantuan Pendidikan sedia ada antaranya Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara One Off (BUDI); Bantuan Ihsan Komputer (BAIK); Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI); Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (SUBFLY) serta Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Sabah (SENTOSA).

Selain itu Yayasan Sabah juga menawarkan bantuan pendidikan yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat.

Beliau berharap Dana Pendidikan yang dikumpulkan pada malam ini dapat terus memberi manfaat kepada generasi muda dan membantu mereka dalam perjalanan pendidikan mereka.

Hajiji berkata pertubuhan seperti Persatuan Hakka Daerah Tuaran mempunyai peranan yang penting kerana selain memelihara identiti dan budaya masyarakat sendiri, persatuan juga dapat menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang.

Dalam hal ini, beliau mengucapkan tahniah kepada Persatuan Hakka Daerah Tuaran yang akan mengadakan majlis perasmian Bangunan Baharu dan Muzium Mini Hakka di Pekan Tuaran pada bulan hadapan.

“Penubuhan Muzium Mini Hakka adalah satu usaha yang baik untuk menyimpan dan memperkenalkan sejarah serta budaya masyarakat Hakka kepada generasi muda dan masyarakat umum.

“Saya berharap bangunan baharu dan Muzium Mini Hakka ini akan digunakan dengan sebaik-baiknya, bukan sahaja untuk kepentingan ahli persatuan, tetapi juga untuk mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat dan pertubuhan lain,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/03/kerjasama-pastikan-anak-anak-sabah-dapat-pendidikan-berkualiti-hajiji/feed/ 0 104654
Hajiji terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Kanada https://sabahmedia.com/2026/09/30/hajiji-terima-kunjungan-hormat-pesuruhjaya-tinggi-kanada/ https://sabahmedia.com/2026/09/30/hajiji-terima-kunjungan-hormat-pesuruhjaya-tinggi-kanada/#respond Wed, 30 Sep 2026 07:03:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104477
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, TYT Jodi Robinson, di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Hajiji mengalu-alukan kunjungan TYT Jodi Robinson dan berharap hubungan baik antara Sabah dengan Kanada dapat terus diperkukuh, khususnya melalui penerokaan peluang kerjasama perdagangan dan pelaburan.

Dalam pertemuan itu, Hajiji memaklumkan mengenai fokus Sabah dalam sektor Ekonomi Biru (Blue Economy), termasuk potensi sektor akuakultur, yang mempunyai ruang untuk diterokai bersama pelabur dan rakan strategik dari Kanada.

Beliau turut memaklumkan bahawa Sabah mempunyai pelbagai taman perindustrian yang bersedia menerima pelaburan asing, termasuk Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Kawasan Perindustrian Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu, Kudat Blue Economy Industrial Park, Sipitang Oil & Gas Industrial Park (SOGIP) dan lain-lain.

Hajiji berharap kunjungan itu dapat membuka lebih banyak ruang kerjasama dan peluang pelaburan Kanada di Sabah, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta pembangunan negeri.

Kanada sebelum ini menyatakan hasrat memperluas hubungan dua hala dan perdagangan dengan Malaysia dalam sektor termasuk pertanian, kesihatan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kecerdasan buatan (AI), semikonduktor serta pertukaran pendidikan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/30/hajiji-terima-kunjungan-hormat-pesuruhjaya-tinggi-kanada/feed/ 0 104477
Hajiji terima kunjungan hormat JTK Sabah, KKCCCI https://sabahmedia.com/2026/09/28/hajiji-terima-kunjungan-hormat-jtk-sabah-kkccci/ https://sabahmedia.com/2026/09/28/hajiji-terima-kunjungan-hormat-jtk-sabah-kkccci/#respond Mon, 28 Sep 2026 08:16:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104357
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menerima kunjungan hormat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Kunjungan hormat JTK Sabah diketuai Pengarah baharunya, Mohd Nizar Zakaria, yang memperkenalkan diri kepada Ketua Menteri, selain memaklumkan perkembangan semasa serta aktiviti yang dilaksanakan jabatan berkenaan, khususnya berkaitan isu tenaga kerja dan perburuhan di Sabah.

Turut menyertai rombongan ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan, Nor Zulhilmie Mohd Salleh; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Standard Perburuhan, Augustine Wong Ming Kong; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Inspektorat dan Perundangan, Morian Paidal; Ketua Penolong Pengarah (KUP) Bahagian Standard Perburuhan, Asriyah Abdul Hafid; serta Penolong Pengarah Tenaga Kerja Bahagian Pekerja Bukan Pemastautin, Leticia Ranchye Joseph.

Dalam kunjungan berasingan, Hajiji turut menerima kunjungan hormat KKCCCI yang diketuai Presidennya, Datuk Michael Lui Yen Sang.

Turut menyertai rombongan ialah Setiausaha Agung Kehormat Dewan Perniagaan dan Perdagangan Cina Bersatu Sabah (SUCCC), Datuk Yong Hen Vui @ Paul; Naib Presiden KKCCCI, Andy Lim Chen Kwong; Setiausaha Agung merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Yee That Hian; Ahli Jawatankuasa Kecil, Elvin Chang Cheun Yong; serta Setiausaha Eksekutif, Yohanes Imo Chong.

Dalam pertemuan itu, kepimpinan KKCCCI memaklumkan kepada Ketua Menteri mengenai penganjuran “The Economic Outlook Forum 2027” yang dijadual berlangsung pada 15 Januari 2027.

KKCCCI turut menyampaikan jemputan kepada Hajiji sebagai tetamu kehormat forum berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/28/hajiji-terima-kunjungan-hormat-jtk-sabah-kkccci/feed/ 0 104357
Pemimpin Sabah, Sarawak zahir takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah https://sabahmedia.com/2026/09/28/pemimpin-sabah-sarawak-zahir-takziah-atas-pemergian-tun-dr-siti-hasmah/ https://sabahmedia.com/2026/09/28/pemimpin-sabah-sarawak-zahir-takziah-atas-pemergian-tun-dr-siti-hasmah/#respond Mon, 28 Sep 2026 06:46:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104346
Read Time:1 Minute, 16 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR : Pemimpin negeri Sabah dan Sarawak menzahirkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta keluarga atas pemergian isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, hari ini.

Di KUCHING, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama dengan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, merakamkan penghargaan atas jasa dan sumbangan Allahyarham dalam bidang perubatan dan kesihatan masyarakat.

Menerusi hantaran di Facebook, mereka berkata sumbangan Dr Siti Hasmah khususnya dalam penjagaan kesihatan ibu dan anak, serta khidmat kepada masyarakat luar bandar akan terus dikenang.

“Kami turut menyampaikan salam takziah kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, anak-anak serta seluruh ahli keluarga dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi kehilangan tersebut,” menurut hantaran itu.

Di KOTA KINABALU, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan pemergian Dr Siti Hasmah sebagai satu kehilangan besar yang amat dirasai bukan sahaja Dr Mahathir dan ahli keluarga, malah seluruh rakyat Malaysia.

“Allahyarham merupakan seorang tokoh yang disegani dan menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia melalui jasa, sumbangan serta dedikasi beliau kepada negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hajiji turut berharap segala jasa dan bakti Allahyarham akan terus dikenang serta menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang.

Beliau mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Dr Siti Hasmah, mengampuni segala dosa dan kesalahan serta menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Dr Siti Hasmah, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi pada usia 100 tahun. Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak. — BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/28/pemimpin-sabah-sarawak-zahir-takziah-atas-pemergian-tun-dr-siti-hasmah/feed/ 0 104346
Sabah berpotensi jadi jambatan perkukuh kerjasama Malaysia-China https://sabahmedia.com/2026/09/23/sabah-berpotensi-jadi-jambatan-perkukuh-kerjasama-malaysia-china/ https://sabahmedia.com/2026/09/23/sabah-berpotensi-jadi-jambatan-perkukuh-kerjasama-malaysia-china/#respond Wed, 23 Sep 2026 03:54:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103975
Read Time:2 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Sabah berada pada kedudukan strategik untuk menjadi jambatan penting dalam memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan China, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata hubungan Sabah dengan China merupakan sebahagian penting daripada kerjasama lebih luas antara Malaysia dan China, selain mempunyai sejarah hubungan yang telah terjalin sejak berabad-abad lalu.

Katanya, walaupun hubungan diplomatik rasmi Malaysia-China secara relatifnya masih baharu, hubungan antara Sabah dengan China sudah lama terbentuk menerusi laluan perdagangan maritim yang menghubungkan komuniti pesisir Borneo dengan selatan China dan kawasan lain di Asia Tenggara.

“Hubungan ini membolehkan pertukaran barangan, idea, budaya dan masyarakat, sekali gus mewujudkan ikatan yang kekal bermakna sehingga hari ini,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, pada Majlis Resepsi Sempena Ulang Tahun Ke-77 Penubuhan Republik Rakyat China di Magellan Sutera Resort, di sini malam tadi.

Hajiji berkata Sabah menawarkan platform kukuh bagi penglibatan antara perusahaan, institusi dan masyarakat China, berikutan kedudukan geografinya yang strategik, potensi ekonomi, kekayaan sumber semula jadi serta hubungan rakyat dengan rakyat yang telah lama terjalin.

Menurutnya, perdagangan dan pelaburan kekal menjadi tonggak utama hubungan Sabah-China, dengan China antara rakan dagang terpenting negeri ini.

“Kerjasama merangkumi komoditi, pertanian, perikanan, produk pembuatan, pelancongan dan perkhidmatan.

“Syarikat-syarikat China yang beroperasi di Sabah telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi, pewujudan peluang pekerjaan, pembangunan infrastruktur serta hubungan perniagaan yang lebih kukuh,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Sabah mempunyai peluang pelaburan yang besar untuk ditawarkan kepada pelabur China, khususnya dalam sektor pelancongan, tenaga boleh baharu, pertanian, perikanan, logistik, perkhidmatan digital dan ekonomi biru.

Katanya, terdapat juga ruang luas untuk Sabah dan China berkongsi kepakaran dalam bidang pertanian, pemuliharaan marin, tenaga bersih, pertanian pintar dan akuakultur.

“Dengan menyelaraskan kekuatan ekonomi Sabah dengan kepakaran, keupayaan pelaburan dan kemampuan teknologi China, kita boleh mewujudkan hasil yang bermakna serta memberi manfaat bersama,” katanya.

Hajiji berkata pelancongan juga merupakan antara bidang kerjasama penting yang boleh terus dipertingkatkan menerusi pengukuhan kesalinghubungan udara, peluasan pemasaran digital serta pembangunan produk ekopelancongan, pelancongan budaya dan pelancongan pengembaraan.

Selain kerjasama ekonomi, katanya, potensi besar turut wujud dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan pertukaran rakyat dengan rakyat.

“Kerjasama boleh diperluaskan melalui perkongsian antara universiti, pertukaran pelajar, program bahasa, kerjasama penyelidikan, biasiswa, persembahan kebudayaan, aktiviti belia serta kerjasama dalam bidang sains dan teknologi.

“Pertukaran ini amat penting kerana ia memperdalam persefahaman bersama dan memupuk persahabatan dalam kalangan generasi akan datang,” katanya.

Menurut Hajiji, kekuatan hubungan dua hala bukan hanya bergantung kepada perdagangan dan pelaburan, tetapi turut diperkukuh menerusi hubungan antara rakyat kedua-dua negara.

Melangkah ke hadapan, beliau berkata Sabah kekal komited menyokong hubungan kukuh dan konstruktif antara Malaysia dan China, selaras dengan keutamaan pembangunan negeri di bawah agenda Sabah Maju Jaya 2.0.

“Sabah bersedia dan berhasrat untuk menjadi platform penting bagi kerjasama Malaysia-China,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/23/sabah-berpotensi-jadi-jambatan-perkukuh-kerjasama-malaysia-china/feed/ 0 103975
Terus lakar sejarah, jadi inspirasi anak muda Sabah – Hajiji https://sabahmedia.com/2026/09/23/terus-lakar-sejarah-jadi-inspirasi-anak-muda-sabah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2026/09/23/terus-lakar-sejarah-jadi-inspirasi-anak-muda-sabah-hajiji/#respond Wed, 23 Sep 2026 00:49:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103954
Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU: Kejayaan atlet karate kelahiran Tambunan, Adeola Fay Robert, meraih pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 membuktikan bakat anak-anak Sabah mampu berkembang hingga ke pentas antarabangsa.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pencapaian Adeola dalam acara kumite wanita bawah 55 kilogram (kg) bukan sekadar kejayaan peribadi, malah mencerminkan potensi besar atlet negeri ini untuk mengharumkan nama Malaysia di peringkat Asia.

Beliau berkata Adeola menunjukkan bahawa dengan peluang, sokongan dan ruang pembangunan yang berterusan, atlet muda Sabah mampu mencapai tahap prestasi yang tinggi.

“Perjalanan Adeola membuktikan bahawa bakat anak-anak Sabah mampu pergi jauh apabila diberikan peluang, sokongan dan ruang untuk berkembang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Adeola mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama kontinjen Malaysia pada temasya berkenaan selepas menewaskan wakil Iran, Fatemehzahra Saeidabadi, 6-4 pada aksi final.

Menurut Hajiji, pencapaian tersebut amat membanggakan kerana Adeola sebelum ini turut memainkan peranan penting dalam kejayaan skuad kumite berpasukan wanita Sabah meraih pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.

Katanya, pencapaian berkenaan memperlihatkan perkembangan konsisten atlet berusia 20 tahun itu dalam arena karate, daripada mewakili Sabah di peringkat kebangsaan sebelum menggalas cabaran negara di pentas Asia.

“Daripada kejayaan membantu skuad kumite berpasukan wanita Sabah meraih emas di SUKMA XXII Selangor, kini Adeola membawa nama Sabah dan Malaysia ke pentas Asia,” katanya.

Dalam aksi final di Gimnasium Toyohashi, Nagoya, Adeola menampilkan persembahan bertenang dan bertenaga untuk menewaskan Saeidabadi dengan keputusan 6-4.

Sebelum itu, beliau menewaskan Bella Samasheva dari Kazakhstan 5-4 pada aksi separuh akhir untuk melangkah ke pentas final.

Adeola turut mencatat kemenangan 9-1 ke atas Asrar Jasem dari Kuwait pada pusingan terdahulu sebelum mengatasi Sevinch Rakhimova dari Uzbekistan 8-7.

Kejayaan di Aichi-Nagoya itu turut meneruskan momentum positif Adeola selepas meraih pingat gangsa pada Sukan SEA Thailand 2025.

Hajiji berkata kejayaan tersebut diharap menjadi pencetus semangat kepada lebih ramai atlet muda Sabah untuk terus membina kerjaya dalam bidang sukan dan berani menyasarkan pencapaian di peringkat lebih tinggi.

“Teruskan melakar sejarah dan menjadi inspirasi kepada anak-anak muda Sabah. Dari Tambunan, kamu telah mengharumkan nama Malaysia di pentas Asia.

“Tahniah Adeola. Kami amat berbangga dengan pencapaian kamu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/23/terus-lakar-sejarah-jadi-inspirasi-anak-muda-sabah-hajiji/feed/ 0 103954