hakim mahkamah syarie – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 27 Feb 2024 14:13:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png hakim mahkamah syarie – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ketua Hakim Syarie Sabah terima watikah pelantikan https://sabahmedia.com/2024/02/27/ketua-hakim-syarie-sabah-terima-watikah-pelantikan/ https://sabahmedia.com/2024/02/27/ketua-hakim-syarie-sabah-terima-watikah-pelantikan/#respond Tue, 27 Feb 2024 14:13:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50199
Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu :Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin hari ini menyampaikan watikah pelantikan bagi jawatan Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah kepada Ahadin Arinen di Istana Seri Kinabalu di sini pagi tadi.

Turut disampaikan watikah pelantikan kepada dua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah Surayah Ramlee dan Taherah Tahir.

Majlis itu disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor;  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif  dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Ruslan ketika ditemui berharap pelantikan Ketua Hakim Syarie negeri Sabah dan dua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ini dapat melancarkan lagi perbicaraan kes kekeluargaan dan jenayah syariah yang tertangguh sebelum ini.

“Sudah pasti dengan adanya pelantikan Ketua Hakim pada hari ini dapat menjalankan kes-kes yang tertangguh dan dapat melancarkan semua urusan yang telah pun tertangguh selama ini dan ianya dapat memberi kelegaan kepada khususnya mereka yang sedang menunggu untuk dibawa kepada kes masing-masing,” katanya.

Pelantikan Ahadin berkuat kuasa 1 November 2023 dan pelantikan Suraya berkuatkuasa 19 Jun 2023 serta Taherah pula berkuat kuasa 16 Oktober 2023.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong, Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Yahya Hussin, Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Malaysia, Yang Amat Arif Dato’ Amran Mat Zain dan Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Ramlan Awang Ali. – SABAH MEDIA / FOTO JKM

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/27/ketua-hakim-syarie-sabah-terima-watikah-pelantikan/feed/ 0 50199
Umur bersara Hakim Syarie dicadang untuk dinaikkan https://sabahmedia.com/2023/09/13/umur-bersara-hakim-syarie-dicadang-untuk-dinaikkan/ https://sabahmedia.com/2023/09/13/umur-bersara-hakim-syarie-dicadang-untuk-dinaikkan/#respond Wed, 13 Sep 2023 08:56:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41768
Read Time:1 Minute, 51 Second

Kota Kinabalu : Umur persaraan Hakim Mahkamah Syariah di seluruh negara dicadang untuk dinaikkan kepada 66 tahun selaras dengan persaraan hakim Mahkamah Sivil di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkara itu dicadangkan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dalam satu kunjungan hormat di Istana Seri Kinabalu di sini pagi tadi.

“Dalam kunjungan bertemu Tuan Yang Terutama Tun tadi, saya ada berbincang secara khusus berkaitan dengan perkembangan kehakiman syariah di Sabah dan Tun menyambut baik usaha-usaha ke arah memperkasakan Mahkamah Syariah di Sabah.

“Tun juga ada mencadangkan agar umur persaraan hakim-hakim syarie di Sabah dan di negeri-negeri lain juga disama rata dengan mahkamah sivil iaitu 66 tahun.  Ini kerana pada masa ini umur persaraaan bagi hakim-hakim syarie bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh negara adalah 60 tahun,” katanya.

Beliau berkata, menerusi cadangan itu diyakini akan dapat memperkasakan lagi mahkamah syariah selain para hakim dapat terus menyumbang kepada perkembangan perundangan kehakiman syariah di Sabah dan seluruh negara.

Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata, sebanyak lebih RM64 juta peruntukan kewangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tahun ini diagihkan kepada Sabah yang merupakan imbuhan tahunan dan elaun kepada 6,857 orang guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA), Imam, Bilal, Siak dan Guru Takmir di seluruh Sabah.

Katanya, peruntukan itu adalah bagi pembayaran imbuhan sebanyak RM850 sebulan kepada 1,699 imam; RM900 sebulan elaun kepada 421 guru takmir dan elaun sebanyak RM1,261.35 sebulan kepada 2,490 guru KAFA.

“Selain itu, peruntukan itu juga merangkumi caruman PERKESO sebanyak RM232.80 setahun kepada 4,367 imam, bilal, siak dan guru takmir.

“Peruntukan ini juga termasuk bayaran khas One-Off sebanyak RM600 kepada 1,699 imam, 2,247 bilal dan siak; 421 guru takmir dan 2,490 guru KAFA,” katanya.

Peruntukan kewangan itu disampaikan kepada Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Datuk Seri Yahya Hussin dan turut disaksikan Tun Juhar.

“Semoga dengan peruntukan tersebut pengurusan hal ehwal Islam di negara ini akan dapat terus diperkasakan bagi membina generasi Al-Falah selaras dengan aspirasi Membangun Malaysia Madani yang dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO PEJABAT MENTERI JPM

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/13/umur-bersara-hakim-syarie-dicadang-untuk-dinaikkan/feed/ 0 41768