Hala Tuju SMJ – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 27 Jul 2025 04:49:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hala Tuju SMJ – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hala tuju SMJ bawa pembangunan menyeluruh untuk Sabah https://sabahmedia.com/2025/07/27/hala-tuju-smj-bawa-pembangunan-menyeluruh-untuk-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/07/27/hala-tuju-smj-bawa-pembangunan-menyeluruh-untuk-sabah/#respond Sun, 27 Jul 2025 04:49:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78017
Read Time:2 Minute, 15 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) dalam melaksanakan dasar hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) berupaya mengangkat negeri ini maju setapak ke hadapan berbanding lima tahun lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keadaan ekonomi ketika Kerajaan diambil alih pada September 2020 menunjukkan keadaan ekononi berada pada tahap yang amat mendukacitakan.

Katanya, hala tuju SMJ telah dapat melonjakkan ekonomi negeri, khususnya dalam sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan.  

“Kerajaan negeri turut meletakkan pembangunan modal insan sebagai teras penting melalui hala tuju ini dengan peruntukan besar dalam bidang pendidikan selain pelaksanaan program dan inisiatif untuk mensejahterakan rakyat seperti pemberian bantuan tunai secara bulanan dan membina rumah untuk rakyat yang miskin dan miskin tegar.  

“Atas keprihatinan Kerajaan Negeri, sebanyak 100 buah mesin dialisis telah disumbangkan kepada hospital-hospital di seluruh Sabah bagi membantu para pesakit buah pinggang mendapatkan rawatan berjadual secara percuma, disamping tawaran skim insurans Rakyat Sabah yang mula diperkenalkan pada tahun ini.

“Selain itu, Kerajaan negeri turut komited melaksanakan inisiatif pewartaan kampung-kampung dan tanah adat anak negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan (PAT) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Ahad.

Hajiji berkata, lebih 20 projek infrastruktur air sedang dilaksanakan di seluruh negeri yang sebahagiannya telah pun siap, sekali gus memberi jaminan bekalan air yang lebih stabil.

Katanya, Kerajaan negeri juga sedang rancak melaksanakan projek tenaga elektrik selain komited untuk memastikan lebuh raya Pan Borneo dapat disiapkan secepat mungkin.

Menurutnya, kerajaan negeri telah memperkenalkan beberapa inisiatif seperti Pelan Tindakan Pembangunan Ladang Hutan 2022-2036, Pelan Tindakan Bakau Sabah, selain menubuhkan Majlis Tindakan Iklim Sabah dan Majlis Ekonomi Biru Sabah.

“Insyaa Allah, dengan mandat baharu daripada rakyat dalam pilihan raya negeri yang akan datang, kita akan teruskan semua bantuan dan inisiatif ini, malah lebih banyak lagi yang akan kita laksanakan demi memastikan kebajikan rakyat Sabah terus terbela dan terpelihara,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, Kerajaan negeri turut berjaya memeterai Perjanjian Kolaborasi Komersial (CCA) dengan pihak PETRONAS.  

Katanya, melalui CCA, Sabah kini berdiri teguh sebagai rakan sejajar dalam sektor tenaga dan membuka pintu kepada penglibatan langsung dalam aktiviti huluan dan hiliran, memperkasa syarikat milik negeri, SMJ Energy Sdn Bhd, sebagai peneraju tempatan dalam rantaian nilai minyak dan gas.

“Hasil daripada kerjasama yang hebat ini bakal menyumbang kepada pertambahan pendapatan negeri, pembangunan industri hiliran, penciptaan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, serta limpahan ekonomi kepada rakyat tempatan.  

“Dalam pada itu, kita turut berjaya merekodkan peningkatan pemberian khas sebanyak RM600 juta pada tahun ini.  Saya ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas komitmen berterusan beliau terhadap pembangunan negeri Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/27/hala-tuju-smj-bawa-pembangunan-menyeluruh-untuk-sabah/feed/ 0 78017
Taman perindustrian baharu akan diwujudkan di Kudat https://sabahmedia.com/2025/01/27/taman-perindustrian-baharu-akan-diwujudkan-di-kudat/ https://sabahmedia.com/2025/01/27/taman-perindustrian-baharu-akan-diwujudkan-di-kudat/#respond Mon, 27 Jan 2025 10:44:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67574
Read Time:1 Minute, 55 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri akan mewujudkan taman perindustrian baharu di Kudat, sebagai tambahan kepada taman perindustrian sedia ada di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia adalah bertujuan untuk menarik lebih ramai pelabur sekali gus membangunkan kawasan di utara Sabah.

“Usaha kita mengadakan taman perindustrian baharu di Kudat bukan sahaja untuk meningkatkan ekonomi negeri tetapi juga berupaya memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan cendera kenangan kepada Pengarah Penyiaran Sabah, Mohd Yusni Mohamed Ali sempena kunjungan hormat di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu, pada Isnin.

“Pembangunan taman perindustrian di Kudat ini adalah satu kerjasama pintar antara kerajaan dan pemilik tanah yang terbabit.

“Konsepnya, kita akan menyewa tanah yang terlibat dalam taman itu sekali gus memberi pendapatan kepada mereka yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Pengarah Penyiaran Sabah yang baharu, Mohd Yusni Mohamed Ali.

Kunjungan hormat itu turut disertai Timbalan Pengarah Penyiaran Sabah, Cyril Simon,

Hajiji berkata, selain aspek pelaburan dan tiga tonggak utama dalam Sabah Maju Jaya (SMJ), banyak lagi yang telah dilaksanakan kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat termasuk bantuan dan pemberian biasiswa.

”Ini adalah antara usaha kerajaan negeri untuk membangunkan   modal insan di negeri ini. Justeru, saya mahu Jabatan Penyiaran Sabah membantu menyampaikan segala inisiatif dan agenda kerajaan kepada rakyat hingga ke peringkat akar umbi,” katanya.

Selain itu katanya, Jabatan Penyiaran Sabah juga perlu memberi fokus untuk menguar-uarkan program yang dilaksanakan kerajaan khususnya tiga tonggak utana Hala Tuju SMJ iaitu Pertanian, Perindustrian dan Pelancongan, hingga ke peringkat akar umbi.

Katanya, beberapa pelaburan utama yang sudah beroperasi di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) antaranya Kumpulan Kibing dan SK Nexilis, juga perlu diberi tumpuan untuk disebarluaskan kepada rakyat.

Beliau berkata ini termasuk syarikat Esteel Enterprise Sabah Sdn. Bhd. berpengkalan di Singapura yang membawa pelaburan bernilai RM20 bilion dalam projek Green Steel di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

“Projek ini dilaksanakan dalam tiga fasa juga akan mencipta ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.

Terdahulu, dalam kunjungan hormat itu, Mohd Yusni turut berkongsi beberapa perancangan program-program RTM untuk dilaksanakan di negeri ini.

Kunjungan itu juga bertujuan mengeratkan hubungan antara RTM selaku agensi penyiar rasmi kerajaan dengan kerajaan negeri Sabah, khususnya dalam menyebar luas agenda pembangunan negeri. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/27/taman-perindustrian-baharu-akan-diwujudkan-di-kudat/feed/ 0 67574
Hala Tuju SMJ selari semangat gagasan Malaysia Madani – Hajiji https://sabahmedia.com/2024/08/04/hala-tuju-smj-selari-semangat-gagasan-malaysia-madani-hajiji/ https://sabahmedia.com/2024/08/04/hala-tuju-smj-selari-semangat-gagasan-malaysia-madani-hajiji/#respond Sun, 04 Aug 2024 08:09:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58540
Read Time:2 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri terus bergerak pantas mendokong dasar pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang selari dengan semangat gagasan Malaysia Madani, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, Malaysia Madani inginkan negara Malaysia terus membangun pesat, berperanan tinggi di peringkat global dan kembali menjadi negara yang dihormati lagi disegani.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri dengan penuh keyakinan, terus mara ke hadapan, melaksanakan hala tuju negeri dengan penekanan kepada beberapa sektor penting yang terdapat dalam Hala Tuju SMJ khususnya sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan.

“Alhamdulillah, ketiga-tiga sektor ini telah melonjakkan ekonomi negeri sehingga menarik pelabur ke Sabah sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan. Selain itu, kita turut memberi tumpuan untuk membangunan modal insan dan memperkasa kesejahteraan rakyat.

“Dengan dokongan jemaah kabinet negeri segala perancangan dan dasar-dasar dapat dilaksana, sesuai Dasar Hala Tuju SMJ yang menjadi asas kepada corak kemajuan dan pembangunan negeri Sabah”, katanya pada Majlis Himpunan Perdana Rakyat di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Ahad.

Majlis itu dihadiri oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Hajiji berkata, Sabah menjadi tumpuan sebilangan pelabur dengan membawa nilai pelaburan mencecah RM12 bilion sejak 2 tahun lalu, hasil berkat corak kepimpinan negara yang dinamik serta mesra pelabur sehingga Sabah secara langsung turut menikmati tempiasnya.

Beliau berkata, beribu-ribu peluang pekerjaan dapat ditawarkan kepada anak-anak Sabah hasil kemasukan pelabur domestik dan asing sehingga Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) telah penuh, sekali gus memerlukan Kerajaan Negeri mencari dan mengenal pasti taman perindustrian yang baharu bagi memenuhi keperluan dan kepesatan sektor perindustrian di negeri ini.

“Nilai pelaburan ini dijangka akan meningkat lagi pada tahun-tahun mendatang, kerana banyak lagi pelabur tempatan dan asing yang menunjukkan minat untuk datang melabur ke Sabah”, katanya.

Hajiji berkata, hasil kerjasama yang akrab antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat, Sabah berjaya mengikat kerjasama strategik dengan PETRONAS dengan termeterainya perjanjian Commercial Collaboration Agreement (CCA) yang memberikan banyak peluang dan manfaat kepada Sabah, seperti penyertaan lebih besar dalam usahasama penerokaan minyak dan gas di Sabah.

Mengenai isu miskin tegar yang dekat di hati PM, beliau berkata Kerajaan Negeri bertekad menangani isu itu dengan tuntas, menerusi pendekatan segera menawarkan pekerjaan kepada golongan berkenaan yang melibatkan penyertaan beberapa agensi kerajaan, GLC, pihak swasta termasuk para pelabur.

“Langkah proaktif ini telah berjaya menurunkan jumlah miskin tegar di Sabah kepada hanya 1,147 Ketua Isi Rumah (KIR) setakat Julai tahun ini.

“Pendekatan agresif ini akan terus kita laksanakan bagi menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah. Namun, ini adalah miskin tegar. Tetapi bilangan rakyat yang termasuk dalam kategori miskin masih ramai di Sabah yang memerlukan pembelaan berterusan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan”, tegasnya.

Katanya, melalui usaha yang berterusan dan agresif bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kerajaan akan menerokai sumber-sumber baru sebagai tambahan kepada sumber sedia ada.

“Untuk itu, Kerajaan Negeri sedang menerokai potensi Ekonomi Biru (Blue Economy) iaitu penerokaan khazanah laut sebagai sumber ekonomi baharu dan lain-lain produk industri yang boleh dihasilkan daripadanya.

“Negeri Sabah yang dikelilingi oleh Laut Cina Selatan, Laut Sulu dan Laut Celebes, berpotensi tinggi untuk penerokaan dan pembangunan Ekonomi Biru. Pada Oktober nanti, Kerajaan Negeri akan menganjurkan seminar bertaraf antarabangsa berkenaan “The Blue Economy”, yang dijangka akan dilancarkan oleh PM”, katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/04/hala-tuju-smj-selari-semangat-gagasan-malaysia-madani-hajiji/feed/ 0 58540
Hala Tuju SMJ: Peranan, pengupayaan anak muda Sabah diperkasa melalui pelbagai inisiatif https://sabahmedia.com/2023/10/01/hala-tuju-smj-peranan-pengupayaan-anak-muda-sabah-diperkasa-melalui-pelbagai-inisiatif/ https://sabahmedia.com/2023/10/01/hala-tuju-smj-peranan-pengupayaan-anak-muda-sabah-diperkasa-melalui-pelbagai-inisiatif/#respond Sun, 01 Oct 2023 09:11:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42895
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), pembangunan modal insan diletakkan sebagai teras penting, peranan serta pengupayaan anak muda Sabah terus diperkasa melalui pelbagai inisiatif, kata Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri, Azrul Ibrahim.

Azrul berkata, dalam konteks mahasiswa, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan beberapa program seperti Felo SMJ, hi-tellent termasuk Dewan Belia Sabah. Program ini berperanan mengangkat bakat kepimpinan dalam kalangan anak muda Sabah.

“Selain itu, kerajaan negeri turut menubuhkan Sekretariat Mahasiswa Sabah Malaysia (SEMESTA) sebagai badan yang akan menaungi persatuan-persatuan mahasiswa (Sabah) seluruh negara. SEMESTA menjadi one stop centre untuk partisipasi mahasiswa,” katanya semasa menyampaikan ucapan perkongsian mengenai peranan dan pencapaian Hala Tuju SMJ (konteks mahasiswa dan anak muda) dalam program Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam Sabah yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Sabtu (30 Sept).

Menurut Azrul lagi, beberapa platform turut disediakan kerajaan bagi menghimpunkan pimpinan dan penggerak pelajar. Antaranya penganjuran Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS) yang telah memasuki edisi kedua pelaksanaanya pada tahun ini.

Katanya, melalui MPPS, idea dan aspirasi anak muda digarap dan dijadikan sebagai program, inisiatif, dasar dan polisi kerajaan. Antaranya cadangan pelaksanaan Rumah Transit Belia SMJ yang telah diluluskan kerajaan negeri. Program ini pasti akan memanfaatkan golongan anak muda yang memerlukan.

“Sebagai teras penting dalam Hala Tuju SMJ, modal insan negeri ini akan terus diperkasakan. Pelaburan besar dalam bidang pendidikan melalui pemberian biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pendidikan yang dibiayai kerajaan negeri dan Yayasan Sabah, termasuk penubuhan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) pasti akan melonjak kebitaraan anak muda negeri ini,” jelas beliau.

Sehubungan dengan itu, Azrul turut mengalu-alukan para mahasiswa perlu mengambil peluang sebaiknya atas pelbagai inisiatif yang disediakan Kerajaan Negeri.

“Pengiktirafan kepada anak muda bagi memperkasa kebersamaan antara rakyat dan kerajaan dilihat menjadi pemangkin kepada kejayaan pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/01/hala-tuju-smj-peranan-pengupayaan-anak-muda-sabah-diperkasa-melalui-pelbagai-inisiatif/feed/ 0 42895
Pasukan Keselamatan Dan Petugas Kesihatan Penting Dalam Pelaksanaan Hala Tuju SMJ https://sabahmedia.com/2022/04/13/pasukan-keselamatan-dan-petugas-kesihatan-penting-dalam-pelaksanaan-hala-tuju-smj/ https://sabahmedia.com/2022/04/13/pasukan-keselamatan-dan-petugas-kesihatan-penting-dalam-pelaksanaan-hala-tuju-smj/#respond Wed, 13 Apr 2022 11:33:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14214
Read Time:2 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri dapat melaksanakan pelan pembangunannya dengan lancar khususnya Hala Tuju Sabah Maju Jaya berikutan komitmen daripada pasukan keselamatan dalam menjaga keamanan dan petugas kesihatan dalam memerangi COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pasti pasukan keselamatan dan petugas kesihatan telah memainkan peranan penting untuk membantu negara merealisasikan visinya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang progresif dan Sabah sebuah negeri yang makmur.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan sumbangan kuih muih Hari Raya Aidilfitri kepada Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Rose Nani Mudin sempena Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Pasukan Keselamatan dan Petugas Kesihatan di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, di sini hari ini. Turut kelihatan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong dan isterinya yang juga Pengerusi PUSPANITA negeri Sabah, Datuk Dr Nuinda Alias.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan sumbangan kuih muih Hari Raya Aidilfitri kepada Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Rose Nani Mudin sempena Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Pasukan Keselamatan dan Petugas Kesihatan di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, di sini hari ini. Turut kelihatan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong dan isterinya yang juga Pengerusi PUSPANITA negeri Sabah, Datuk Dr Nuinda Alias.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan sumbangan kuih muih Hari Raya Aidilfitri kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun sempena Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Pasukan Keselamatan dan Petugas Kesihatan di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, di sini hari ini. Turut kelihatan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong dan isterinya yang juga Pengerusi PUSPANITA negeri Sabah, Datuk Dr Nuinda Alias.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan sumbangan kuih muih Hari Raya Aidilfitri kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun sempena Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Pasukan Keselamatan dan Petugas Kesihatan di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, di sini hari ini. Turut kelihatan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong dan isterinya yang juga Pengerusi PUSPANITA negeri Sabah, Datuk Dr Nuinda Alias.

“Keamanan yang kita nikmati ketika ini membolehkan negara terus maju ke hadapan. Dalam konteks pembukaan semula sempadan negara pada 1 April lalu, keamanan Malaysia adalah penting untuk membantu mendapatkan keyakinan pelabur serta menarik pelancong asing datang ke negara kita.

“Kerajaan dan rakyat terhutang budi atas sumbangan dan pengorbanan mereka,” kata Hajiji selepas majlis penyampaian kuih muih Hari Raya Aidilfitri kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di Dewan Bankuasi di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Acara ini diadakan setiap tahun sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada semua anggota pasukan keselamatan.

Juga tidak dilupakan petugas kesihatan, doktor, jururawat dan paramedik yang telah bekerja tanpa jemu terutama ketika pandemik COVID-19.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa serta pengorbanan semua anggota dalam pasukan keselamatan serta petugas kesihatan,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Sarul Bahiyah Abu; Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Rosmadi Sulai; Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Rose Nani Mudin; ketua dan pegawai kanan pasukan keselamatan termasuk Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun; Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Dato’ Mohd Halim Khalid; Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Datuk Mohd Rosli Abdullah.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/13/pasukan-keselamatan-dan-petugas-kesihatan-penting-dalam-pelaksanaan-hala-tuju-smj/feed/ 0 14214
Usahawan India Sabah Boleh Bantu Merealisasikan Hala Tuju SMJ https://sabahmedia.com/2021/12/12/usahawan-india-sabah-boleh-bantu-merealisasikan-hala-tuju-smj/ https://sabahmedia.com/2021/12/12/usahawan-india-sabah-boleh-bantu-merealisasikan-hala-tuju-smj/#respond Sun, 12 Dec 2021 10:29:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9791
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Penglibatan semua termasuk masyarakat India diperlukan untuk memastikan matlamat di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dapat dicapai.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata SMJ adalah rangka pembangunan yang inklusif untuk menjadikan Sabah dan rakyatnya progresif.

Beliau turut menggesa masyarakat India dan usahawan di Sabah mengambil kesempatan daripada pakej ekonomi yang ditawarkan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12
(RMK12).

“Saya berharap masyarakat India di Sabah akan terus bekerjasama dengan kerajaan dan memastikan semua agenda serta inisiatif pemulihan ekonomi dalam SMJ berjaya,” katanya semasa majlis makan malam bersama Dewan Perniagaan India Sabah (SICC) di Hotel Le Meridien di sini malam tadi.

Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Jasni Daya.

Ketua Menteri turut mengambil maklum tentang rungutan masyarakat India Sabah, terutamanya berkaitan isu yang tidak dapat diselesaikan seperti pemastautin tetap dan pembiayaan untuk kuil.

“Saya percaya isu ini boleh ditangani dengan kerjasama antara SICC dan badan yang mewakili masyarakat India,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/12/usahawan-india-sabah-boleh-bantu-merealisasikan-hala-tuju-smj/feed/ 0 9791