halal sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 25 Sep 2025 04:36:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png halal sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ‘MyHalal Day 2025’ tawar pelbagai aktiviti menarik, orang ramai dijemput hadir https://sabahmedia.com/2025/09/25/myhalal-day-2025-tawar-pelbagai-aktiviti-menarik-orang-ramai-dijemput-hadir/ https://sabahmedia.com/2025/09/25/myhalal-day-2025-tawar-pelbagai-aktiviti-menarik-orang-ramai-dijemput-hadir/#respond Thu, 25 Sep 2025 04:36:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81965
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Orang ramai dipelawa hadir bagi memeriahkan Program MyHalal Day 2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula esok sehingga 28 September ini di Wisma MUIS, di sini.

Program anjuran Pejabat Tugas-Tugas Khas (TSKN), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu mengetengahkan pelbagai pengisian bermanfaat.

Ia termasuk jualan produk halal, pameran agensi, kuiz halal serta klinik halal bagi memberi khidmat nasihat berkaitan pensijilan dan industri halal.

Antara acara utama yang bakal diadakan termasuklah Kursus Pengendalian Makanan Dalam Islam; Perkongsian Perbankan Bantuan Pensijilan Halal; Taklimat Program Fasilitasi Halal e-ReHal; Ceramah Digital Halal: Navigating Faith in The Age of Technology dan Slot Usahawan Halal “From Zero To Hero”

Kemuncak acara akan berlangsung pada Ahad di Dewan Saadah, Wisma MUIS dengan Majlis Perasmian MyHalal Day dijadual disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Pelancaran beberapa inisiatif penting seperti Pelan Tindakan Halal Negeri Sabah 2.0 (2026-2030) dan Blueprint Pembangunan Usahawan PMKS turut dijadualkan.

Orang ramai, khususnya usahawan, pengusaha makanan, belia serta komuniti setempat, digalakkan hadir bagi mendapatkan maklumat, peluang serta bimbingan terus daripada pakar dan agensi berkaitan halal. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/25/myhalal-day-2025-tawar-pelbagai-aktiviti-menarik-orang-ramai-dijemput-hadir/feed/ 0 81965
SAHEX 2024 platform pemain industri Halal dalam, luar negara https://sabahmedia.com/2024/07/15/sahex-2024-platform-pemain-industri-halal-dalam-luar-negara/ https://sabahmedia.com/2024/07/15/sahex-2024-platform-pemain-industri-halal-dalam-luar-negara/#respond Mon, 15 Jul 2024 00:55:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57563
Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu: Penganjuran Ekspo Halal Antarabangsa Sabah (SAHEX) 2024 mampu menjadi platform bagi pemain industri halal untuk mengembangkan dan meluaskan potensi pasaran di dalam dan luar negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata kerajaan sentiasa terbuka dengan mana-mana negara jiran bagi bertukar-tukar produk dan kerjasama lain dalam memasarkan produk halal.

“Kerjasama bersama negara-negara jiran amat dialu-alukan dalam memasarkan produk halal atau bertukar-tukar bahan khususnya seperti negara Brunei, Indonesia dan Singapura.

“Selepas melawat ke beberapa booth pempamer, beberapa pengusaha sudah berjaya memasarkan produk-produk mereka ke negara-negara jiran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian dan Penangguhan SAHEX 2024 di Pusat Konvensyen Kota Kinabalu (SICC) di sini semalam.

Terdahulu, Arifin hadir mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bagi merasmikan program berkenaan.

Ariffin turut memaklumkan dakwaan segelintir masyarakat bahawa di Sabah sukar mendapatkan makanan halal adalah tidak benar memandangkan dianggarkan lebih 200 pengusaha sudah menerima sijil pengiktirafan halal.

“Permohonan untuk mendapatkan pensijilan halal sebelum ini tertunggak, sudah diselesaikan serta beberapa syarikat dan restoran yang baru memohon sedang dalam penilitian.

“Produk-produk dari industri kecil sederhana (IKS) juga banyak memohon pensijilan halal dan pihak kerajaan akan memberikan tumpuan khusus bagi membantu mereka untuk membangun perniagaan mereka,” katanya.

Pada majlis itu, Arifin turut melancarkan satu aplikasi Halal Sabah bagi memudahkan masyarakat menyemak senarai-senarai pengusaha dan produk  yang mendapat persijilan pengiktirafan halal serta Pelancaran Garis Panduan Konsultan Halal Sabah 2024.

Beliau turut menyampaikan Anugerah Pengurusan Halal Sabah 2024 kepada dua pempamer iaitu Jetsin Sdn Bhd dan Desa Group setelah memenuhi kriteria yang ditetapkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/15/sahex-2024-platform-pemain-industri-halal-dalam-luar-negara/feed/ 0 57563
Industri halal Sabah terus diperkasa https://sabahmedia.com/2024/07/14/industri-halal-sabah-terus-diperkasa/ https://sabahmedia.com/2024/07/14/industri-halal-sabah-terus-diperkasa/#respond Sun, 14 Jul 2024 05:06:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57527
Read Time:2 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu: Industri halal di Sabah khususnya membabitkan pengusaha Industri Kecil Sederhana (IKS) akan terus diperkasa dan terpelihara menerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Halal Hub.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, usaha itu juga seiring dengan komitmen kerajaan yang terus komited untuk memperkasakan dan merancakkan industri halal yang lebih menyeluruh di negeri ini.

Katanya, dengan adanya pensijilan halal, ianya akan dapat membantu usahawan IKS mengetengahkan produk mereka bukan sahaja di dalam negeri tetapi juga di luar negara.

Tambahnya lagi, pensijilan halal merupakan elemen penting dalam meyakinkan masyarakat pengguna bahawa produk tersebut benar-benar halal dan selamat dimakan dan digunakan. 

“Konsep halal berkait rapat dengan produk yang berkualiti tinggi dari segi aspek kebersihan dan pematuhan terhadap syariah agama.

“Saya berharap usaha MUIS yang telah memperkenal dan membuat pendekatan drastik bagi membantu IKS dalam memperolehi pensijilan Halal Malaysia melalui Sijil Halal Industri Kotej (SHIK) bagi pengusaha yang belum memiliki tempat khusus bagi memproses produk atau kilang tetap, akan diperluaskan ke seluruh negeri.

“Cara ini sudah tentu akan membantu IKS mempromosikan produk mereka dengan lebih meluas. Saya mengharapkan agar pengusaha-pengusaha IKS mengambil peluang ini bagi memperolehi sijil Halal Malaysia melalui SHIK yang sekali gus boleh mengembangkan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Expo Halal Antarabangsa Sabah (SAHEX) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Teks ucapan Hajiji dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif.

Hajiji berkata, SAHEX 2024 merupakan program yang sangat baik dalam memperkenalkan produk-produk tempatan yang telah dipersijilkan halal oleh MUIS melalui MUIS Halal Hub di negeri ini.

Katanya, halal bukan sahaja dikaitkan dengan perindustrian makanan dan minuman semata-mata malah skopnya amat luas merangkumi produk dan perkhidmatan melibatkan penjagaan kesihatan dan farmaseutikal, kosmetik dan pelancongan.

Menurutnya, industri halal di Malaysia menyediakan peluang yang amat besar, justeru pengusaha IKS di Sabah perlu merebut peluang untuk terbabit dalam industri halal di negara ini.

“Kerjasama antara agensi-agensi kerajaan dan swasta di negeri ini amat penting dalam pengurusan halal bagi memperkasakan aspek pensijilan halal khususnya kepada usahawan IKS. Usaha ini penting agar mereka juga mampu bersaing dan memiliki keupayaan dalam pasaran industri halal di Sabah.

“Ini juga bagi memastikan lebih ramai lagi usahawan IKS di Sabah akan mempunyai persijilan halal bagi memudahkan mereka mempromosikan produk hingga ke luar negara,” katanya.

Beliau turut berharap lebih banyak lagi kempen kesedaran mendapatkan sijil halal khususnya untuk usahawan IKS di negeri ini. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/14/industri-halal-sabah-terus-diperkasa/feed/ 0 57527
Idea, pendapat pelbagai pihak mampu bantu perkasa usaha halal di Sabah https://sabahmedia.com/2023/10/28/idea-pendapat-pelbagai-pihak-mampu-bantu-perkasa-usaha-halal-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/10/28/idea-pendapat-pelbagai-pihak-mampu-bantu-perkasa-usaha-halal-di-sabah/#respond Sat, 28 Oct 2023 09:15:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44322
Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Perjanjian Persefahaman (MoU) yang dijalin antara Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Holdings Sdn Bhd dan Syarikat SAHA Farm dari Thailand diharap dapat memberi lebih keyakinan dalam usaha membangunkan industri halal di Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata,  idea dan pendapat dari pelbagai pakar profesional juga mampu membantu memperkasa usaha halal di negeri ini.

“Hari ini juga mengadakan MoU dengan sebuah syarikat dari Thailand iaitu sebuah syarikat pengeluar ayam terbesar halal di dunia yang mana ini akan berkolaborasi dengan MUIS.

“Dengan kerjasama ini sekurang-kurangnya dapat membantu kita dalam memperkasa halal disamping kita bersama-sama dengan pakar profesional, para pemikir, pensyarah berhubung dengan halal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Expo Halal Sabah (SAHEX) dan Karnival Baurung-urung 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan diwakili Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya.

SAHEX diadakan bagi memantapkan lagi kefahaman mengenai Pensijilan Halal Malaysia selain memperkenalkan produk-produk halal buatan tempatan negeri ini.

Expo Halal ini akan melibatkan pameran, jualan dan jaringan kerjasama pemain-pemain industry halal di dalam dan luar negara.

Antara pengisian SAHEX ialah klinik halal; bicara halal; jaringan kerjasama; pameran dan jualan produk halal; kuiz halal dan persembahn artis. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/28/idea-pendapat-pelbagai-pihak-mampu-bantu-perkasa-usaha-halal-di-sabah/feed/ 0 44322