Hampir – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 27 Nov 2021 05:30:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hampir – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hampir RM25 Juta Diperuntukkan Untuk Pembangunan Kota Belud Tahun Ini https://sabahmedia.com/2021/11/27/hampir-rm25-juta-diperuntukkan-untuk-pembangunan-kota-belud-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2021/11/27/hampir-rm25-juta-diperuntukkan-untuk-pembangunan-kota-belud-tahun-ini/#respond Sat, 27 Nov 2021 05:24:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8960
Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA BELUD: Kerajaan Negeri dan Persekutuan memperuntukkan hampir RM25 juta untuk melaksanakan projek pembangunan dan kemudahan asas untuk manfaat penduduk di daerah ini pada tahun ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dibawah Bajet Negeri 2021 , sebanyak RM17.07 juta diperuntukkan kepada pejabat daerah sebagai sebahagian daripada rancangan untuk memastikan objektif dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dapat dicapai.

Kerajaan Persekutuan juga telah menyalurkan lagi RM7.9 juta kepada pejabat daerah.

“Kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk manfaat rakyat di daerah ini,” katanya pada perasmian Tamu Besar di Dewan Tun Said di sini pada Sabtu.

Ucapan beliau dibacakan oleh Adun Usukan Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak.

Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut memberi peruntukan khas sebanyak RM6.5 juta tahun ini untuk kerja-kerja menaik taraf sekeliling kawasan Lebak Moyoh yang sering dilanda banjir.

Lebak Moyoh di sekelilingnya terletak betul-betul di tengah-tengah laluan utama yang menghubungkan ibu negeri ke bahagian utara Sabah.

“Kerja-kerja menaik taraf sudah 64 peratus siap. Saya pasti setelah siap, pengguna jalan raya yang melakukan perjalanan di sepanjang laluan akan menjadi lebih selesa (kerana mereka tidak lagi perlu menghadapi banjir setiap kali hujan),” katanya.

Hajiji berkata melalui Jabatan Kerja Raya (JKR), pihak kerajaan telah meluluskan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo merangkumi 32.2 km merentasi daerah dari Pituru ke Rampayan.

Pituru disambungkan ke Serusup di Tuaran melalui Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 20.7 km pakej yang dijangka akan dilaksanakan Disember ini.

Katanya, kerajaan juga telah giat membaiki dan membina 23 daripada 47 sekolah di Kota Belud.

Hajiji berkata kerajaan juga prihatin dengan nasib pengusaha pelancongan tempatan yang terjejas akibat wabak Covid-19.

Kota Belud telah menjadi destinasi pelancongan kegemaran dan antara tarikan utamanya ialah pelancongan desa berasaskan komuniti di Kadamaian yang telah dilancarkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah pada tahun 2014.

“Kerajaan akan sentiasa menyokong dan memberi bantuan supaya sektor pelancongan akan terus maju ke hadapan,” katanya.

Pada masa sama, Ketua Menteri mengucapkan tahniah kepada Pejabat Daerah Kota Belud kerana melancarkan Pelan Strategik Daerah Kota Belud 2020-2030.

“Pelan itu akan menjadi panduan kepada semua perancangan pembangunan dan infrastruktur untuk mengangkat kesejahteraan sosio-ekonomi penduduk daerah, yang selaras dengan aspirasi SMJ,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap tidak ada pihak yang terpinggir daripada rancangan pembangunan itu dan ia akan berjaya dilaksanakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/27/hampir-rm25-juta-diperuntukkan-untuk-pembangunan-kota-belud-tahun-ini/feed/ 0 8960
COVID-19: Hampir 100 peratus zon merah melitupi semua kawasan daerah di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/09/covid-19-hampir-100-peratus-zon-merah-melitupi-semua-kawasan-daerah-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/09/covid-19-hampir-100-peratus-zon-merah-melitupi-semua-kawasan-daerah-di-sabah/#respond Mon, 09 Aug 2021 12:51:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4377
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Analisis menunjukkan peningkatan kes harian COVID-19 di Sabah menyaksikan hampir 100 peratus daripada 28 daerah di negeri ini bertukar status kepada zon merah.

Sabah masih mencatat jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 1247 kes hari ini penurunan sebanyak 132 kes berbanding 1,379 kes yang dicatatkan semalam selain turut merekodkan sebanyak 11 kes kematian di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daerah Kota Kinabalu masih mencatat bilangan kes baharu yang tertinggi iaitu 310 kes dengan penurunan sebanyak 41 kes, diikuti dengan Tawau 206 kes dengan kenaikan 46 kes, Penampang 127 kes dengan kenaikan 14 kes.

Katanya, daerah yang berada pada jumlah 50 ke atas kes iaitu Tuaran 91, Sipitang 70 kes, Putatan 55 kes dan Sandakan 52 kes.

Manakala Beaufort 49, Kota Belud 48 kes, Keningau 46 kes, Papar 45 kes dan Telupid 36 kes.

Walau bagaimanapun, kata Masidi, daerah Tongod adalah satu-satunya daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu pada hari ini.

“Secara keseluruhan, 62% atau 770 kes hari ini adalah daripada Saringan Kontak Rapat, 24% atau 295 kes adalah daripada Kategori Bergejala dan 7% atau 87 kes adalah daripada Saringan Kluster Sedia Ada,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/09/covid-19-hampir-100-peratus-zon-merah-melitupi-semua-kawasan-daerah-di-sabah/feed/ 0 4377