Hantar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 12 Sep 2021 14:35:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hantar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 TUDM Laksana Tanggungjawab Sosial Hantar Barang Bantuan JHEV ATM & Peralatan PPE Ke Sabah https://sabahmedia.com/2021/09/12/tudm-laksana-tanggungjawab-sosial-hantar-barang-bantuan-jhev-atm-peralatan-ppe-ke-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/09/12/tudm-laksana-tanggungjawab-sosial-hantar-barang-bantuan-jhev-atm-peralatan-ppe-ke-sabah/#respond Sun, 12 Sep 2021 14:35:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6211
Read Time:1 Minute, 57 Second

SUBANG: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini telah melaksanakan tanggungjawab sosial bagi bantuan logistik penghantaran barangan ke Sabah.

Memetik kenyataan dari laman rasmi Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyatakan, penghantaran udara melalui penerbangan “logistic communication” melibatkan sebuah pesawat angkut C130H telah berlepas dari Pangkalan Udara Subang ke Kota Kinabalu pada jam 12.00 tengah hari yang membawa barang-barang sumbangan kebajikan daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM berupa bantuan bekalan makanan asas.

Katanya, antara barangan makanan asas yang dibawa menerusi penerbangan hari ini adalah makanan asas seperti beras, bihun, minyak masak, tepung gandum, gula dan biskut dan makanan dalam tin sebanyak 480 kotak dengan anggaran berat keseluruhan 5 tan.

“Penghantaran barang bantuan ini berlanjutan daripada inisiatif Program Gerobok Rezeki Veteran ATM iaitu hasil usaha JHEV ATM khususnya dan Kementerian Pertahanan amnya dengan kerjasama Program Bantu-Bantu Malaysia oleh Country Height Group & Golden Horse Investment Bank.

“Secara tidak langsung sumbangan ini adalah menyokong program Mindef Prihatin yang telah dilancarkan pada 27 Ogos 2021 untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan terutama warga veteran ATM dan keluarga dari golongan B40 serta mereka yang terjejas pendapatan akibat pandemik covid 19 termasuk veteran ATM di Sabah dan Sarawak.

“Menerusi penghantaran barang bantuan yang dilaksanakan oleh penerbangan oleh TUDM hari ini, sumbangan tersebut akan diagihkan oleh JHEV Negeri Sabah kepada veteran ATM di sekitar Sabah,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, penerbangan hari ini juga turut membawa peralatan daripada MERCY Malaysia berupa Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) sebanyak 50 kotak dengan anggaran berat keseluruhan 500 kg yang dihantar untuk kegunaan fasiliti kesihatan dan hospital di Sabah. Urusan memuat naik barangan ke badan pesawat bermula pada jam 11.00 pagi oleh anggota TUDM dari Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang serta loadmaster pesawat C130H.

“Pesawat telah dikendalikan oleh Juruterbang, Mejar Aiman bin Mohd Akbar TUDM dan Kapten Mohammad Amirul bin Mohd Deran TUDM dibantu oleh Kapten Mohd Fuad bin Mohd Nazir TUDM selaku pembantu juruterbang serta Jurumalim, Kapt Mohd Adreen Nujjaid bin Mohd Khairul Nizam TUDM dan Jurutera Penerbangan, Mejar Nik Hasri bin Nik Leh TUDM. Anak kapal lain turut terlibat adalah dua (2) orang loadmaster iaitu FSjn Mohd Firdaus bin Abd Rashid dan Sjn U Mohd Hanif bin Hashim,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/12/tudm-laksana-tanggungjawab-sosial-hantar-barang-bantuan-jhev-atm-peralatan-ppe-ke-sabah/feed/ 0 6211
Sabah Gesa Kerajaan Pusat Hantar Segera Bekalan Vaksin https://sabahmedia.com/2021/07/05/sabah-gesa-kerajaan-pusat-hantar-segera-bekalan-vaksin/ https://sabahmedia.com/2021/07/05/sabah-gesa-kerajaan-pusat-hantar-segera-bekalan-vaksin/#respond Mon, 05 Jul 2021 10:13:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2570
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menggesa kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan penghantaran bekalan vaksin COVID-19 ke Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah telah membuka sebanyak 151 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri.

“Selain pembukaan PPV, kerajaan negeri turut menggerakkan program Jangkauan Luar di pedalaman tetapi malangnya bekalan vaksin agak perlahan.

“Kekurangan bekalan vaksin ini turut memberi kesan kepada Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang mana sepatutnya bermula pada bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) Sabah yang diketuai pengerusinya, Datuk Seri Wong Khen Thau.

Hajiji berkata, bagi memastikan PIKAS dapat dilaksanakan, bekalan vaksin perlu segera dihantar secepat mungkin seperti yang dijanjikan kerajaan Persekutuan.

Katanya, selain itu kerajaan juga mahu mencapai sasaran 30,000 orang akan menerima vaksin setiap hari mulai bulan ini menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Kerajaan telah banyak melaksanakan program di lapangan bagi memastikan lebih ramai orang diberi vaksinasi bagi menyekat penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Terdahulu, dalam pertemuan bersama MICCI telah membincangkan kesan pandemik itu ke atas ekonomi selain membangkitkan pelbagai isu yang berkaitan termasuk untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menangani perkara ini.

Ini termasuklah antara lainnya pembukaan aktiviti ekonomi secara berperingkat di negeri ini, menubuhkan cawangan Sabah (Sabah desks) di kawasan strategik seperti China dan Eropah untuk menarik pelabur ke Sabah.

MICCI sebagai organisasi yang tertua di negara ini memiliki jaringan dan rangkaian antarabangsa yang luas, yang mana akan menjadikannya lebih stabil untuk melengkapkan agenda pelaburan kerajaan negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/05/sabah-gesa-kerajaan-pusat-hantar-segera-bekalan-vaksin/feed/ 0 2570