Harap – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 24 Sep 2023 02:53:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Harap – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Harap lebih banyak program pembersihan dasar laut dianjurkan – Sim Fui https://sabahmedia.com/2023/09/24/harap-lebih-banyak-program-pembersihan-dasar-laut-dianjurkan-sim-fui/ https://sabahmedia.com/2023/09/24/harap-lebih-banyak-program-pembersihan-dasar-laut-dianjurkan-sim-fui/#respond Sun, 24 Sep 2023 02:53:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42434
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Kelab Sabah Diving Squad berharap lebih banyak pembersihan dasar laut akan dianjurkan pada masa hadapan, kata presidennya Sim Fui.

“Walaupun menjadi kelab baharu, kami secara konsisten mempunyai ahli penyelam skuba yang baru diperakui mencari lebih banyak pendedahan untuk meningkatkan kecekapan mereka, terutamanya dalam tahap daya apungan dan keyakinan.

“Pada masa sama, kami juga berharap pendatang baharu ini dan penyelam skuba lain akan menjadi sebahagian daripada usaha pemuliharaan marin.

“Dengan menyertai program pembersihan dasar laut (underwater cleanup programs) seperti hari ini, ahli kami berpeluang menghulurkan bantuan dalam membersihkan sampah di beberapa kawasan,” katanya dalam satu kenyataan selepas menyertai Pembersihan Lautan Ultra Borneo di sini semalam.

Sampah sarap yang dikutip dari dasar laut oleh peserta penyelam.- Foto ihsan Kelab Sabah Diving Squad

Acara sehari itu dianjurkan oleh Angkatan Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia di luar Taman Tunku Abdul Rahman di sini.

Selain ahli kelab Tentera Laut dan Sabah Diving Squad, agensi lain yang menyertai program itu termasuk tentera, polis marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Majlis Keselamatan Negara, dan Jabatan Perikanan.

Sim Fui berkata, seramai 138 penyelam dan sukarelawan ditugaskan untuk melakukan pembersihan di beberapa tapak termasuk jeti Taman -Taman Sabah, Mamutik, Manukan, Sulug dan Pulau Sapi.

“Pada mulanya, cuaca pagi semalam tidak mengizinkan, dan kami menyangka mereka akan menaikkan bendera merah dan menangguhkan program ke hari lain.

“Tetapi kami bernasib baik kerana, selepas menunggu beberapa lama, cuaca bertambah baik, dan yang menghairankan, ia kelihatan sangat baik, dan suhu adalah tepat untuk semua penyelam,” katanya.

Tambah beliau, tahun ini, ahli kelab mengambil bahagian dalam pembersihan kedua yang dianjurkan oleh tentera laut, dan ada beberapa juga bekerjasama dengan organisasi lain seperti Yayasan Penyelidikan Marin.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/24/harap-lebih-banyak-program-pembersihan-dasar-laut-dianjurkan-sim-fui/feed/ 0 42434
Hajiji harap Jabatan Kastam dapat tingkatkan pungutan hasil https://sabahmedia.com/2023/03/14/hajiji-harap-jabatan-kastam-dapat-tingkatkan-pungutan-hasil/ https://sabahmedia.com/2023/03/14/hajiji-harap-jabatan-kastam-dapat-tingkatkan-pungutan-hasil/#respond Tue, 14 Mar 2023 13:08:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30831
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berharap Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah yang berjaya memugut hasil sebanyak RM 2,098,625,366.45 bagi tahun 2022, dapat dipertingkatkan lagi pada tahun 2023.

Katanya, peranan JKDM amat penting dalam pembangunan negara kerana kesemua hasil yang dikutip itu akan disalurkan untuk menjana projek-projek pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga JKDM Zon Sabah di atas kejayaan memungut hasil bagi tahun 2022. Saya berharap agar jumlah hasil pungutan ini dapat dipertingkatkan lagi bagi tahun 2023 ini.

“Walaupun tahun 2023 merupakan tahun mencabar untuk penjawat awam terutamanya dari segi ekonomi. Sebagai pemungut hasil utama negara sudah pasti JKDM akan menempuh pelbagai rintangan dan cabaran ini”, katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Makan Malam Amal anjuran Persatuan Pegawai Kanan Kastam Sabah di Grand Ballroom Shangrila Tanjung Aru Resort, hari ini.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun.

Hajiji percaya, selagi warga kastam terus bekerja dengan etika perkhidmatan jabatan iaitu Amanah, Berkhidmat, Ikhlas, Dedikasi (ABID) lebih banyak hasil dapat dikutip kerana slogan ABID juga dapat membantu meningkatkan prestasi dan keunggulan imej JKDM.

Katanya, JKDM layak digelar Wira Ekonomi Negara atas komitmen dalam meningkatkan ekonomi negara, selain telah memainkan peranan yang penting dalam menyediakan fasilitasi dan kemudahan dalam menggiatkan pelabur luar terutama ke negeri Sabah.

Menurutnya, ekonomi gelap (black economy) yang wujud daripada aktiviti penyeludupan yang berleluasa daripada sumber yang menyalahi undang-undang sebuah negara perlu dihapuskan serta merta kerana ia memberi Impak yang negatif kepada negara.

Beliau berkata, pihak Kastam harus sentiasa waspada dan bersiap sedia dalam usaha menghapuskan aktiviti penyeludupan dalam era dunia tanpa sempadan, yang menggunakan bantuan teknologi komunikasi dan maklumat terkini yang semakin canggih.

“Justeru usaha harus dilipatgandakan bagi membanteras setiap bentuk kegiatan penyeludupan di negeri ini. Saya percaya Kastam mempunyai kekuatan yang cukup dari segi tenaga manusia, logistik dan sistem bagi menangani aktiviti penyeludupan di negeri ini. Adalah menjadi tanggungjawab Jabatan ini untuk memastikan supaya hasil negara tidak jatuh ke tangan yang tidak berhak”, tegasnya.

Hajiji berharap warga JKDM mengamalkan integriti yang kukuh dan utuh dalam melaksanakan tugas dan menolak budaya rasuah agar tidak menjadi amalan di negara ini. Tanpa integriti yang kukuh dan utuh, sudah pasti sesebuah negara itu akan musnah.

Beliau juga berharap warga JKDM terus berganding bahu dan berusaha keras untuk membantu negara memacu semula pertumbuhan ekonomi ke suatu tahap yang lebih baik.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/14/hajiji-harap-jabatan-kastam-dapat-tingkatkan-pungutan-hasil/feed/ 0 30831
Jamawi Harap Pembinaan Kompleks Sukan Tenom Siap Ikut Jadual https://sabahmedia.com/2022/04/12/jamawi-harap-pembinaan-kompleks-sukan-tenom-siap-ikut-jadual/ https://sabahmedia.com/2022/04/12/jamawi-harap-pembinaan-kompleks-sukan-tenom-siap-ikut-jadual/#respond Tue, 12 Apr 2022 11:02:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14187
Read Time:1 Minute, 21 Second

TENOM: Masyarakat di daerah ini menzahirkan harapan agar pembinaan Kompleks Sukan Daerah Tenom yang kini dalam proses pembinaan dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Pengerusi JJ Footbal Club Jamawi Jaafar berkata, beliau diberikan jaminan oleh kontraktor pelaksana bahawa kerja-kerja pembinaan kompelks sukan ini akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

” Kompleks Sukan yang serba lengkap di daerah ini sudah sekian lama menjadi idaman penduduk di sini terutamanya golongan muda untuk menjalani aktiviti riadah dan saya diberikan jaminan oleh kontraktor pelaksana perlaksanaan projek ini selari dengan jadual kerja yang ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan” katanya selepas meninjau kemajuan kerja-kerja pembinaan kompleks tersebut di sini kemarin.

Mengimbau kembali sejarah perjuangan untuk meminta kompleks sukan Tenom agar dapat dinaik taraf, Jamawi yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom berkata, cadangan permohonan tersebut telah diajukan kepada Menteri Belia dan Sukan ketika itu Khairi Jamaluddin semasa merasmikan mesyuarat pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom tahun 2015.

” Alhamdulillah cadangan serta permohonan kita mendapat maklum balas yang positif dari kerajaan Pusat dimana ketika itu Khairi merupakan Menteri Belia dan Sukan yang telah meluluskan permohonan tersebut dan kini setelah hampir tujuh tahun menunggu projek ini akhirnya diluluskan dan kini sedang dilaksanakan” katanya.

Jamawi menambah dengan siap sepenuhnya kompleks tersebut ianya akan menjadi pusat riadah bagi masyarakat di daerah Tenom dan pelbagai kegiatan sukan dapat diadakan ditempat yang lebih kondusif seperti perlawanan bola sepak juga dijadikan sebagai lokasi bagi pihak sekolah menganjurkan kejohanan sukan tahunan.

” In sha Allah saya akan sentiasa memantau kemajuan perjalanan projek ini agar kualiti serta kemudahannya dapat dinikmati oleh masyarakat daerah Tenom” jelas Jamawi

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/12/jamawi-harap-pembinaan-kompleks-sukan-tenom-siap-ikut-jadual/feed/ 0 14187
Julita Harap Lebih Banyak Vaksin Dihantar ke Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/14/julita-harap-lebih-banyak-vaksin-dihantar-ke-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/14/julita-harap-lebih-banyak-vaksin-dihantar-ke-sabah/#respond Wed, 14 Jul 2021 06:26:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3020
Read Time:1 Minute, 6 Second

KUDAT: Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Julita Majungki mengalu-alukan pengumuman Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengenai penghantaran 2.2 juta dos vaksin ke negeri ini pada bulan ini dan Ogos untuk mempercepatkan proses pemberian vaksin dan mencapai imuniti kelompok di negeri ini pada hujung tahun.

“Saya yakin dengan agihan baru kepada semua kawasan, kita boleh menambah bilangan penerima vaksin.

“Dengan ini, sasaran untuk membentuk imuniti kelompok akan dapat dicapai dengan lebih cepat malah kita juga berharap pembukaan sektor ekonomi yang masih belum dibenarkan seperti tamu mingguan dapat dilakukan dalam tempoh yang terdekat,” kata Julita yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong.

Setakat ini sebanyak 1,060 dos pertama dan 1,052 dos kedua suntikan vaksin COVID-19 telah diberikan kepada penduduk di daerah kecil Matunggong dekat sini.

“Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Matunggong kini masih dalam proses untuk memberi vaksin kepada penduduk yang berusia 60 tahun dan ke atas.

“Kita berharap usaha dan gerakan ini boleh selesai dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya semasa lawatannya ke PPV Matunggong hari ini.

Dalam pada itu, Julita juga telah berkunjung ke PPV Matunggong untuk melihat pelaksanaan program vaksinasi pada hujung minggu.

Walau bagaimanapun, beliau berharap agar penduduk terutamanya di daerah kecil ini akan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk kebaikan diri sendiri, keluarga dan komuniti.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/14/julita-harap-lebih-banyak-vaksin-dihantar-ke-sabah/feed/ 0 3020
Harap Lebih Ramai Tampil Daftar dan Terima Vaksin Covid-19 – Dr Edwaider Koimon https://sabahmedia.com/2021/06/28/harap-lebih-ramai-tampil-daftar-dan-terima-vaksin-covid-19-dr-edwaider-koimon/ https://sabahmedia.com/2021/06/28/harap-lebih-ramai-tampil-daftar-dan-terima-vaksin-covid-19-dr-edwaider-koimon/#respond Mon, 28 Jun 2021 01:50:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2104
Read Time:41 Second

RANAU: Seramai 339 orang lagi penduduk daerah ini selesai melengkapkan suntikan dos kedua vaksin Covid-19 di Dewan Masyarakat di sini pada Ahad lalu.

Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan Ranau, selaku penyelaras program tersebut, Dr.Edwaider Koimon memberitahu  mereka yang menerima suntikan dos kedua jenis Sinovac itu adalah yang telah menerima suntikan dos pertama  pada 5 Jun lalu.

“Kita mengharapkan kepada mereka yang belum mendaftar bagi mendapatkan suntikan pertama supaya mendaftarkan diri untuk menerima imunisasi  vaksin Covid-19 sebagai benteng diri sendiri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan Covid-19 yang kini masih menular seluruh dunia”, jelas Edwaider.

Menurutnya lagi,  pelbagai program termasuk ‘Outreach’ yang akan dilaksanakan di peringkat luar bandar untuk kemudahan mereka yang agak sukar  datang ke pekan Ranau bagi tujuan mendaftar dan mendapatkan imunisasi vaksin Covid-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/28/harap-lebih-ramai-tampil-daftar-dan-terima-vaksin-covid-19-dr-edwaider-koimon/feed/ 0 2104