harga tiket – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 07 Mar 2024 05:38:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png harga tiket – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Harga tiket penerbangan KK-Tawau meningkat, beban pengguna di Sabah https://sabahmedia.com/2024/03/07/harga-tiket-penerbangan-kk-tawau-meningkat-beban-pengguna-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/03/07/harga-tiket-penerbangan-kk-tawau-meningkat-beban-pengguna-di-sabah/#respond Thu, 07 Mar 2024 05:33:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50679
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan perlu menyemak semula harga tiket penerbangan laluan Kota Kinabalu – Tawau yang kini mencecah sehingga RM500 perjalanan sehala sekali gus dilihat membebankan orang ramai di negeri ini.

Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan berkata, harga ini terlalu membebankan pengguna berikutan harganya terlalu mahal terutama di musim cuti sekolah atau menjelang musim hari perayaan.

Katanya, dalam tempoh terdekat pengguna muslim akan menyambut bulan Ramadan serta Hari Raya Aidilfitri sudah tentu aktiviti penerbangan merupakan pilihan utama pelajar dan orang ramai yang ingin balik ke negeri ini.

“Kita belum lagi menyemak harga penerbangan melibatkan laluan Kota Kinabalu – Kuala Lumpur kemungkinan besar harga mungkin lebih tinggi sehingga menimbulkan kerumitan dalam kalangan pengguna di negeri ini.

“Kita mohon agar kerajaan menyemak semula harga ini, jangan ambil kesempatan dalam musim cuti sekolah serta perayaan kerana sistem penerbangan merupakan pilihan utama bagi masyarakat di Sabah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

David berkata, Persatuan Pengguna Bijak sangat kecewa mengapa setiap kali musim perayaan datang tiket penerbangan mahal sehinggakan penerbangan sehala dalaman antara Kota Kinabalu ke Tawau pun menelan kos perbelanjaan hampir RM500.

“Kita semua tahu semasa Hari Raya orang ramai bersedia untuk balik ke kampung halaman untuk menyambut perayaan bersama keluarga manakala pelajar belajar di semenanjung juga kecewa kerana tiket terlalu mahal dan sangat membebankan rata-rata mereka tidak mampu.

“Saya berharap syarikat penerbangan dapat mempertimbangkan untuk menyediakan harga tiket penerbangan yang lebih murah untuk pelajar serta orang ramai agar dapat membeli pada kadar yang mampu milik,” jelas David.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/07/harga-tiket-penerbangan-kk-tawau-meningkat-beban-pengguna-di-sabah/feed/ 0 50679
Syarikat penerbangan diminta pertimbang harga tiket, tambah jumlah kekerapan penerbangan ke Sabah – Christina https://sabahmedia.com/2023/04/07/syarikat-penerbangan-diminta-pertimbang-harga-tiket-tambah-jumlah-kekerapan-penerbangan-ke-sabah-christina/ https://sabahmedia.com/2023/04/07/syarikat-penerbangan-diminta-pertimbang-harga-tiket-tambah-jumlah-kekerapan-penerbangan-ke-sabah-christina/#respond Fri, 07 Apr 2023 00:17:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32285
Read Time:2 Minute, 0 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ramai pengguna khususnya rakyat Sabah yang berada di semenanjung meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat balik ke kampung halaman mereka di Sabah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Ini adalah kerana mereka mendapati selain harga tiket penerbangan terlalu mahal, jumlah penerbangan pergi ke Sabah juga tidak mencukupi untuk menampung penumpang yang ramai pada musim perayaan ini.

Justeru, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew meminta kepada pihak Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke untuk melihat perkara itu dan meneliti mengenai kenaikan harga tambang penerbangan yang didakwa oleh pengguna.

Christina berkata, beliau juga turut menerima banyak aduan mengenai perkara itu, beliau memandang serius perkara itu dan cuba sedaya upaya untuk mencari jalan penyelesaian bersama pihak yang berwajib.

Sehubungan itu, beliau turut mencadangkan sekiranya pihak syarikat penerbangan dapat menambah jumlah kekerapan ke Sabah khususnya pada musim perayaan ini.

“Sekiranya pihak syarikat penerbangan berkenaan menambah jumlah kekerapan penerbangan untuk ke Sabah jadi saya fikir tidak perlu untuk naikkan harga tiket sampai begitu.

“Kita minta Menteri Pengangkutan Malaysia untuk meneliti perkara ini. Memang saya terima banyak aduan, tidak adil khususnya untuk pelajar yang belajar dan mereka yang bekerja di Semenanjung, mereka mahu balik berhari raya tapi tidak dapat sebab harga tambang terlalu mahal jadi Saya rasa mereka (pihak syarikat penerbangan) perlu mempertimbangkan khususnya Sabahan yang mahu balik berhari raya ataupun apa sahaja perayaan Tahun Baharu Cina, Krismas dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Berbuka Puasa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) di Grand Ballroom, Pan Pacific Sutera Hotel di sini pada Khamis.

Menambah jumlah kekerapan penerbangan, Christina menjelaskan bahawa musim perayaan biasanya pelancong atau pelawat akan ramai berkunjung ke Sabah.

“Ini sudah tentu penerbangan selalu penuh, jadi kita perlu fikir untuk menambah jumlah kekerapan penerbangan,” jelasnya.

Beliau berkata, beliau akan bawa perkara ini kepada pihak berwajib, pada masa sama beliau juga tidak mahu ia mengganggu sektor pelancongan di Sabah.

“Ini sekiranya pihak berkenaan tidak menambah jumlah penerbangan, bagaimana kita mahu menerima pelancong malah ramai juga pelawat dari semenanjung, Sarawak yang akan datang ke Sabah, mereka ambil kesempatan untuk bercuti ke Sabah, perkara ini juga kita mesti lihat.

“Saya katakan sektor pelancongan juga akan terkesan kerana hari cuti umum adalah masa yang sesuai untuk mereka pergi bercuti selain melawat keluarga tetapi juga ke tempat-tempat menarik di Sabah, jadi saya akan menekankan perkara ini ke pihak berkenaan,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/07/syarikat-penerbangan-diminta-pertimbang-harga-tiket-tambah-jumlah-kekerapan-penerbangan-ke-sabah-christina/feed/ 0 32285