Harga – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 13 Apr 2022 12:37:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Harga – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Persekutuan Digesa Teliti Harga Tiket Penerbangan Yang Tinggi https://sabahmedia.com/2022/04/13/kerajaan-persekutuan-digesa-teliti-harga-tiket-penerbangan-yang-tinggi/ https://sabahmedia.com/2022/04/13/kerajaan-persekutuan-digesa-teliti-harga-tiket-penerbangan-yang-tinggi/#respond Wed, 13 Apr 2022 12:20:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14216
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN) menggesa Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan untuk meneliti isu kenaikan harga tiket penerbangan yang tinggi.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tambang penerbangan yang tinggi telah meningkat dengan ketara sehingga membebankan orang ramai yang terpaksa terbang ke Kuala Lumpur dari sini atau sebaliknya.

Hajiji turut menggesa Kerajaan Persekutuan mengurangkan harga tambang penerbangan domestik.

“Sama ada untuk bekerja atau beriadah, tambang penerbangan yang tinggi telah memberi cabaran kepada individu dan keluarga.

“Ini juga tidak sesuai dengan aspirasi untuk membawa lebih ramai pengunjung ke Sabah memandangkan sempadan negara telah dibuka semula pada 1 April,” katanya.

Menurut Hajiji, Kabinet Negeri telah membincangkan perkara itu semasa mesyuarat mingguannya di sini hari ini dan melihat kenaikan tambang penerbangan yang keterlaluan.

Beliau berkata, laporan kenaikan harga tambang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah baru-baru ini semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri telah menimbulkan kebimbangan dan Kerajaan Negeri mahu Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pengangkutan meneliti perkara itu.

“Kami menggesa Menteri Pengangkutan melihat perkara itu segera dan mengurangkan harga tiket yang dilaporkan melonjak kepada sekitar 566 peratus berbanding tambang penerbangan bukan musim perayaan untuk laluan yang sama.

“Ramai rakyat Sabah sama ada belajar atau bekerja di semenanjung dan kebanyakan mereka mahu pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

“Tetapi dengan harga tiket penerbangan yang melambung tinggi, ramai yang tidak dapat pulang ke tanah air semata-mata kerana tidak mampu. Ia membebankan rakyat, justeru, kami di Kabinet Negeri merasakan pihak berkuasa berkaitan perlu bertindak,” tegasnya.

“Terdapat juga laporan bahawa harga tiket penerbangan ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau adalah lebih mahal daripada beberapa destinasi antarabangsa dari Kuala Lumpur,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/13/kerajaan-persekutuan-digesa-teliti-harga-tiket-penerbangan-yang-tinggi/feed/ 0 14216
Jangan Naik Harga Tiket Penerbangan Tanpa Pertimbangan – David https://sabahmedia.com/2022/04/12/jangan-naik-harga-tiket-penerbangan-tanpa-pertimbangan-david/ https://sabahmedia.com/2022/04/12/jangan-naik-harga-tiket-penerbangan-tanpa-pertimbangan-david/#respond Tue, 12 Apr 2022 08:04:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14181
Read Time:2 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah, David Chan meminta syarikat penerbangan untuk tidak menaikkan harga tiket penerbangan domestik sesuka hati, terutama pada musim perayaan, sekaligus menjadi beban kepada anak perantauan yang ingin kembali pulang bertemu keluarga dan berhari raya.

“Anak perantau sudah berpeluang pulang ke sisi keluarga, bertemu saudara mara untuk sama-sama berpuasa dan pulang beraya, namun kecewa kerana ramai yang berduka dan tidak mampu kerana kos tiket penerbangan yang terlampau mahal.

“Dari Kuala Lumpur atau Penang, ingin pulang ke Borneo, fikir banyak kali sebab mereka tidak mampu, harga tiket penerbangan yang begitu melampau, keadaan ini menyedihkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Menurut David, peralihan fasa endemik setelah sekian lama bergelut dengan pandemik COVID-19 adalah berita gembira untuk semua rakyat kita, terutama mereka yang sudah lama tidak berjumpa keluarga.

“COVID-19 kini beransur membaik, ekonomi kita juga sedang mula ‘sembuh’ dan pulih, bagaimana pula perkara sebegini (peningkatan harga tiket penerbangan) boleh berlaku secara keterlaluan, tanpa memikirkan kesan kepada pengguna, kepada anak-anak kita yang bekerja atau belajar jauh.

“Kebanyakan daripada kita tidak mampu kerana kita bukan orang senang, bayangkan jika kos penerbangan yang keterlaluan ini, menjadi sebab, sekali lagi anak-anak kita yang jauh ini terpaksa bersendirian di perantauan berhari raya, sedih, saya sungguh tidak dapat bayangkan sebab saya sendiri merasakan isu ini adalah isu yang tidak wajar untuk berlaku,” katanya.

Jelas David, kos tiket penerbangan yang meningkat secara mendadak bagi penerbangan domestik adalah suatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan perlu diteliti semula oleh pihak berwajib.

“Kerajaan perlu lihat perkara ini dengan serius, ya kita boleh faham, setelah sekian lama syarikat penerbangan tidak dapat beroperasi dan menjana pendapatan, kini masanya mereka kembali menjana pendapatan, namun adalah tidak wajar jika ia umpama ‘menjerat’ pengguna.

“Kerajaan perlu lihat perkara ini dengan sangat serius, tolonglah fahami keadaan dan keperluan serta keperitan rakyat di bawah, yang sekian lama bertahan berjauhan dari keluarga,” katanya lagi.

Dalam pada itu, David turut menyeru syarikat penerbangan untuk tidak bersikap mementingkan diri dan rakus.

“Boleh mahu berniaga dan menjana pendapatan, untuk menggantikan semula segala apa yang telah berlaku selama kita bersama COVID-19, namun jangan sampai bersifat zalim, menyiksa pengguna, kita semua untuk penerbangan domestik pastinya bertujuan untuk urusan pekerjaan, belajar dan untuk bertemu keluarga.

“Lainlah jika penerbangan antarabangsa, mau mahal, mahal lah tidak mengapa, sebab melancong ke luar negara adalah kemampuan yang luar biasa untuk mereka-mereka yang tidak mempunyai masalah kewangan dan ekonomi, dan untuk penerbangan domestik, adalah sangat tidak wajar, tolong peka dan faham keadaan pengguna kita,” ujar David lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/12/jangan-naik-harga-tiket-penerbangan-tanpa-pertimbangan-david/feed/ 0 14181
174 Premis Di Seluruh Sabah Terima Anugerah Kedai Harga Patut 2021 https://sabahmedia.com/2021/10/22/174-premis-di-seluruh-sabah-terima-anugerah-kedai-harga-patut-2021/ https://sabahmedia.com/2021/10/22/174-premis-di-seluruh-sabah-terima-anugerah-kedai-harga-patut-2021/#respond Fri, 22 Oct 2021 04:20:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7792
Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sebanyak 174 premis di seluruh Sabah menerima Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) 2021 daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Pengarah KPDNHEP Negeri Sabah Georgie Abas berkata, Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) ini merupakan sebuah inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) secara dwi tahunan sejak tahun 2003 dengan tujuan untuk memberikan pengiktirafan dan menggalakkan premis-premis perniagaan menjual dan menawarkan produk dan barangan pengguna pada harga yang berpatutan tanpa mengabaikan kualiti dan perkhidmatan jualan.

Georgie juga telah mengadakan lawatan dan seterusnya menyampaikan sijil kepada penerima Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) 2021 di premis-premis perniagaan sekitar daerah Penampang, Putatan dan Kota Kinabalu pada Khamis.(21 Oktober 2021)

Katanya, sebanyak 22 premis yang dikunjungi semasa lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada 174 buah premis di seluruh Sabah yang terpilih untuk menerima AKHP.

Menurut Georgie, terdapat lapan kategori premis perniagaan yang telah dilakukan penilaian dan terpilih bagi anugerah tersebut iaitu kedai runcit, pasar mini, pasar raya, pasar raya besar (hypermarket), kedai makan/restoran, gerai makan, kedai alat tulis/buku dan kedai pakaian. Untuk rekod, sebanyak 2,149 buah premis di seluruh negara telah terpilih sebagai penerima AKHP 2021.

“KPDNHEP melalui kerjasama strategik dengan pemain industri sektor peruncitan akan meneruskan AKHP di masa hadapan bagi mengurangkan beban perbelanjaan rakyat dan merancakkan kegiatan ekonomi domestik”, ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/22/174-premis-di-seluruh-sabah-terima-anugerah-kedai-harga-patut-2021/feed/ 0 7792
Harga Lantai Getah Perlu Ditingkatkan https://sabahmedia.com/2021/10/19/harga-lantai-getah-perlu-ditingkatkan/ https://sabahmedia.com/2021/10/19/harga-lantai-getah-perlu-ditingkatkan/#respond Tue, 19 Oct 2021 11:10:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7686
Read Time:1 Minute, 15 Second

TUARAN: Harga lantai getah perlu ditingkatkan dalam usaha membantu para pekebun kecil getah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan akan mencari jalan untuk meningkatkan harga getah yang telah ditetapkan kerana ia merupakan sebahagian dari usaha kerajaan dalam membantu merancakkan lagi kegiatan eksport getah ke luar negara.

“Inisiatif ini sekali gus dapat menggelakkan pengusaha getah beralih kepada penanaman kelapa sawit.

“Oleh sebab itu, saya menyokong kenyataan Pengerusi Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) supaya harga lantai getah dapat ditingkatkan walaupun ia agak sukar tapi kita harus mencari jalan, kalau tidak mereka akan beralih kepada tanaman kelapa sawit.

“Juga perlu diperluaskan, jumlah hektar tanaman getah kerana terdapat 80,000 ribu pekebun kecil di Sabah,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Kilang Getah SMR Tuaran, pada Selasa.

Tambah beliau, lawatan tersebut bertujuan meninjau kilang memproses getah SMR milik anak syarikat kerajaan negeri Sabah iaitu Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) yang mempunyai kolaborasi dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

“Kilang ini mampu memproses 150 tan getah sehari dan 50,000 ribu tan setahun dan ia juga membekalkan getah SMR kepada kilang tayar Bridgestone serta turut mengeksport SMR ke China.

“Di kilang getah ini mempunyai lebih kurang 300 orang pekerja dan dalam keadaan yang memuaskan dalam meneruskan perniagaan lebih baik.

“LIGS mempunyai tiga buah kilang yang terdapat di Tuaran, Tenom dan Beaufort.

“Pekebun-pekebun kecil juga mempunyai tempat untuk menjual getah mereka,” ujarnya.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim dan Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Jasnih Daya. – Penerangan

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/19/harga-lantai-getah-perlu-ditingkatkan/feed/ 0 7686
KPDNHEP & MAFI Pantau Rapi Isu Kenaikan Harga Ayam https://sabahmedia.com/2021/09/22/kpdnhep-mafi-pantau-rapi-isu-kenaikan-harga-ayam/ https://sabahmedia.com/2021/09/22/kpdnhep-mafi-pantau-rapi-isu-kenaikan-harga-ayam/#respond Wed, 22 Sep 2021 11:01:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6736
Read Time:1 Minute, 55 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), memantau rapi isu kenaikan harga ayam standard yang berlaku sejak awal September 2021 yang lalu sehingga harga di peringkat runcit melebihi RM10.00 sekilogram di beberapa kawasan di seluruh negara.

Menurut kenyataan media bersama yang dikeluarkan hari ini, KPDNHEP dan MAFI semalam telah mengadakan mesyuarat bersama bagi meneliti beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan dalam menangani isu harga ayam ini.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Menteri KPDNHEP, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Menteri, Dato’ Rosol Wahid, Menteri MAFI, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, dan Timbalan Menteri I, Datuk Seri Ahmad Hamzah serta pegawai-pegawai tertinggi kedua-dua Kementerian.

Dalam kenyataan itu mengatakan, mesyuarat dimaklumkan, melalui sesi libat urus yang telah dilakukan oleh KPDNHEP dan MAFI bersama pihak industri di seluruh negara, pihak industri bersetuju untuk menurunkan lagi harga ayam di peringkat pengeluar/ladang supaya harga di peringkat borong dan runcit juga dapat distabilkan sekaligus
membantu pengguna untuk menikmati harga ayam pada harga yang berpatutan.

Hasil daripada perbincangan yang diadakan semalam, kedua-dua kementerian bersetuju untuk meneliti beberapa cadangan daripada pihak industri berkaitan usaha untuk menstabilkan harga ayam, antaranya pemberian kemudahan pinjaman mudah (soft-loan) bagi membantu industri mengekalkan jumlah pengeluaran ayam yang mencukupi dan menangani isu peningkatan kos pengeluaran ayam berikutan kenaikan harga komponen makanan ayam yang diimport.

Selain daripada itu, Kerajaan turut mempertimbangkan kawalan harga di semua peringkat disokong dengan pemberian subsidi kepada rantaian tertentu sebagai salah satu usaha menangani isu kenaikan harga ayam ini selain cadangan untuk melaksanakan sistem permohonan permit (AP) bagi penjualan ayam, sekiranya usaha Kerajaan untuk menangani isu harga ayam ini tidak mendapat kerjasama daripada peniaga di semua peringkat.

Justeru itu, pihak KPDNHEP akan meneruskan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan jika terdapat mana-mana pihak yang sengaja mengambil keuntungan secara tidak munasabah atau mencatut terutama di dalam situasi semasa ketika ini, tindakan tegas akan diambil.

Peniaga yang ingkar boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14(1), Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan sekiranya sabit kesalahan, peniaga boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.00 sekiranya suatu perbadanan/syarikat dan bagi bukan perbadanan/ individu boleh dikenakan denda sehingga RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/22/kpdnhep-mafi-pantau-rapi-isu-kenaikan-harga-ayam/feed/ 0 6736
Tiga premis gagal patuhi harga kit ujian kendiri COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/09/06/tiga-premis-gagal-patuhi-harga-kit-ujian-kendiri-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/09/06/tiga-premis-gagal-patuhi-harga-kit-ujian-kendiri-covid-19/#respond Mon, 06 Sep 2021 12:08:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5912
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Tiga daripada 35 premis di negeri ini yang diperiksa telah dikesan gagal menurunkan harga Kit Ujian Kendiri COVID-19 seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Pemilik premis berkenaan telah dinasihatkan supaya menurunkan harga seperti ditetapkan iaitu RM19.90 seunit.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sabah Georgie Abas berkata, pegawai-pegawai penguat kuasa KPDNHEP Negeri Sabah telah menjalankan 35 pemeriksaan dan tinjauan pematuhan pelaksanaan kawalan harga Kit Ujian Kendiri COVID-19 di Sabah sejak ianya berkuat kuasa pada 5 September 2021 hingga hari ini.

“Pemeriksaan terbabit adalah meliputi 29 pemeriksaan ke atas peruncit dan 6 pemborong.

“Kerajaan melalui KPDNHEP akan memberi kelonggaran tujuh hari dari tarikh ianya berkuat kuasa iaitu 5 September 2021 untuk peniaga-peniaga melakukan penyelarasan harga siling Kit Ujian Kendiri COVID-19.

‘Selepas itu tidak ada kelonggaran akan diberikan ke atas peniaga yang ingkar dengan kawalan harga maksimum yang telah ditetapkan,” kata Georgie dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, tindakan tegas akan diambil jika didapati peniaga masih ingkar dan menjual kit ujian kendiri COVID-19 dengan harga yang melebihi daripada harga yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Oleh yang demikian, dalam tempoh seminggu ini, anggota penguat kuasa akan menggunakan pendekatan memberi peringatan kepada pemborong dan peruncit berhubung penetapan harga itu.

Manakala peniaga-peniaga yang gagal menurunkan harga seperti ditetapkan kerajaan akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 iaitu jika disabitkan kesalahan boleh didenda
sehingga RM100,000.00 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali atau dikompaun sehingga RM50,000.00.

“Tindakan dan hukuman ke atas syarikat juga boleh dikenakan iaitu didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000,” jelasnya.

Justeru itu, semua peniaga diminta agar mematuhi kawalan harga yang telah ditetapkan bagi memastikan peralatan itu dapat dibeli pada harga mampu milik oleh pengguna dalam usaha memantau risiko jangkitan dan penularan pandemik COVID-19.

“Kementerian ini amat mengalu-alukan kerjasama para pengguna untuk menyalurkan sebarang maklumat salah laku perniagaan atau aduan melalui sembilan saluran aduan yang disediakan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/06/tiga-premis-gagal-patuhi-harga-kit-ujian-kendiri-covid-19/feed/ 0 5912
KPDNHEP Kaji Harga Dan Kos Kit Ujian Kendiri COVID-19 Untuk Tentukan Harga Patut Runcit https://sabahmedia.com/2021/08/14/kpdnhep-kaji-harga-dan-kos-kit-ujian-kendiri-covid-19-untuk-tentukan-harga-patut-runcit/ https://sabahmedia.com/2021/08/14/kpdnhep-kaji-harga-dan-kos-kit-ujian-kendiri-covid-19-untuk-tentukan-harga-patut-runcit/#respond Sat, 14 Aug 2021 04:07:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4595
Read Time:1 Minute, 9 Second

PUTRAJAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Dato Sri Alexander Nanta Linggi, memaklumkan mengenai isu harga runcit Kit Ujian Kendiri COVID-19 yang dijual di pasaran buat masa ini.

“Saya telah mengarahkan Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi meneliti situasi ini dan menguruskan isu harga runcit Kit Ujian Kendiri COVID-19 sebaik mungkin demi kepentingan pengguna,” kata Alexander dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, KPDNHEP sedang menjalankan libat-urus dan kajian kos dan harga serta bekalan alat ujian kendiri COVID-19 terhadap syarikat-syarikat yang telah dilesenkan meliputi setiap rantaian pengedaran, pembekalan sehingga di peringkat runcit seperti farmasi dan klinik.

“Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan harga runcit alat ujian kendiri COVID-19 pada harga yang bersesuaian supaya tidak membebankan pengguna.

“Kit ujian kendiri COVID-19 kini merupakan keperluan penting kepada pengguna untuk mengurus dan menjaga keselamatan kesihatan secara kendiri dalam situasi semasa negara berhadapan dengan cabaran wabak COVID-19,” jelasnya.

Pada masa yang sama, KPDNHEP juga menyarankan agar pengguna lebih berhati-hati dengan pembelian Kit Ujian Kendiri COVID-19 di pasaran dengan membuat rujukan di laman sesawang rasmi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan / Malaysia Device Authority (MDA) di pautan https://portal.mda.gov.my/ untuk merujuk senarai syarikat yang telah diluluskan oleh pihak MDA untuk mengedar dan menjual Kit Ujian COVID-19 untuk kegunaan awam (pengguna).

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/14/kpdnhep-kaji-harga-dan-kos-kit-ujian-kendiri-covid-19-untuk-tentukan-harga-patut-runcit/feed/ 0 4595