Hargai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 18 Nov 2023 08:45:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hargai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tabung Haji Negeri Sabah anjur program hargai sumbangan pengamal media https://sabahmedia.com/2023/11/18/tabung-haji-negeri-sabah-anjur-program-hargai-sumbangan-pengamal-media/ https://sabahmedia.com/2023/11/18/tabung-haji-negeri-sabah-anjur-program-hargai-sumbangan-pengamal-media/#respond Sat, 18 Nov 2023 08:45:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45369
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Lebih 50 orang pengamal media Sabah hadir memeriahkan perlawanan Boling Persahabatan Media 2023 anjuran Tabung Haji Negeri Sabah di Marina Golf Club di sini, hari ini.

Program ini adalah bertujuan menghargai peranan dan sumbangan pengamal media dalam membantu membuat liputan mengenai peranan Tabung Haji di negeri ini.

Hadir sama Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Lembaga Tabung Haji, Ahmad Shahriman Johari, Pengarah Lembaga Tabung Haji Wilayah Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said, Yang Di Pertua pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Sapawi Ahmad , Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Sabah, Yusdi Nasip dan President Persatuan Tadika Islamic Swasta Sabah (PERTIS), Farizah Jimy.

Pada program sama, turut disampaikan bantuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terpilih.

Antaranya RTM Sabah menerima sumbangan berjumlah RM38,000 bagi menjayakan Program Jejak Masyarakat Keningau FM, PERTIS RM40,000 bagi menjayakan Program Pertis Bersama Asnaf manakala USIA menerima sebanyak RM85,600 untuk menjayakan Program Sentuhan Kasih.

Jumlah keseluruhan bantuan CSR diberikan kepada agensi dan NGO Negeri Sabah pada hari ini adalah sebanyak RM164,400.

Seterusnya majlis makan tengah hari bersama media dan program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang perlawanan boling persahabatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/18/tabung-haji-negeri-sabah-anjur-program-hargai-sumbangan-pengamal-media/feed/ 0 45369
JPNS hargai dan iktiraf perkhidmatan serta pengurusan HEM https://sabahmedia.com/2023/11/09/jpns-hargai-dan-iktiraf-perkhidmatan-serta-pengurusan-hem/ https://sabahmedia.com/2023/11/09/jpns-hargai-dan-iktiraf-perkhidmatan-serta-pengurusan-hem/#respond Thu, 09 Nov 2023 06:05:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44948
Read Time:1 Minute, 58 Second

PUTATAN: Majlis Apresiasi HEM Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tahun 2022 / 2023 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) telah diadakan di Dewan Refflesia, Hotel Pan Borneo di sini hari ini.

Majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan dan mengiktiraf perkhidmatan serta pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan model terbaik dalam pembentukan kemenjadian murid.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya kepada program-program yang boleh membantu membentuk kemenjadian murid demi melahirkan generasi yang berketrampilan dengan ilmu agama dan bersahsiah unggul.

“Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada para penerima anugerah dan tokoh Apresiasi HEM Tahun 2022 / 2023 yang menerima pengiktirafan hari ini.

“Majlis Apresiasi HEM pagi ini diadakan adalah sebagai manifestasi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid dan guru-guru yang telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam pengurusan HEM pada tahun 2022 serta dapat menyuntik semangat kepada seluruh warga pendidikan supaya berlumba-lumba membudayakan kecemerlangan yang berterusan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Apresiasi tersebut.

Mohd Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah turut menyeru seluruh warga pendidikan agar terus dapat meningkatkan kecemerlangan dalam apa jua program dan aktiviti yang dilaksanakan bagi memastikan kecemerlangan yang berterusan.

“Situasi inilah sebenarnya yang dihasratkan oleh kerajaan dalam melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dan saya berharap agar budaya pencapaian cemerlang ini dapat terus diterapkan dalam minda, jiwa dan sanubari setiap warga pendidikan yang kemudiannya diterjemahkan pula kepada tindakan.

“Untuk mencapai hasrat ini, saya berharap seluruh warga pendidikan meneruskan usaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pengurusan HEM,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin dalam ucapannya berkata, Majlis Apresiasi ini merupakan julung kalinya diadakan dan akan diteruskan pada tahun berikutnya mengikut keperluan dan kesesuaian semasa.

“Selain memberikan penghargaan dan pengiktirafan dalam perkhidmatan, matlamat lain majlis ini ialah mampu membangkitkan semangat, usaha, motivasi dan memberi inspirasi dalam meningkatkan pelaksanaan HEM agar lebih menarik, proaktif, kreatif dan berkesan,” katanya.

Teks ucapan Raisin disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah, Abidin Marjan.

Beliau berkata, pengurusan yang cemerlang sangat berkorelasi serta selari dengan kemenjadian murid.

“Justeru, semua pihak sama ada di peringkat JPN, PPD atau sekolah perlu mempunyai pengurusan HEM yang baik dan ini mampu membangunkan potensi dan karakter murid dengan lebih efektif yang membawa kepada kecemerlangan pencapaian akademik, pembentukan sahsiah serta dapat menyerahkan bakat dalam bidang sukan, seni dan aktiviti kokurikulum yang lain,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/09/jpns-hargai-dan-iktiraf-perkhidmatan-serta-pengurusan-hem/feed/ 0 44948
Malam Apresiasi Kementerian Pertanian hargai kecemerlangan perkhidmatan pekerjanya https://sabahmedia.com/2023/10/21/malam-apresiasi-kementerian-pertanian-hargai-kecemerlangan-perkhidmatan-pekerjanya/ https://sabahmedia.com/2023/10/21/malam-apresiasi-kementerian-pertanian-hargai-kecemerlangan-perkhidmatan-pekerjanya/#respond Sat, 21 Oct 2023 01:10:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43944
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan mengadakan Malam Apresiasi tahunannya pada Jumaat untuk mengiktiraf pekerja cemerlangnya dengan pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Justeru itu, menterinya Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan menekankan kepentingan anugerah itu dan menyifatkan ia sebagai satu pengiktirafan terhadap khidmat dedikasi kakitangan kementerian itu.

Tahun ini, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diberikan kepada tiga pekerja contoh yang telah menonjolkan diri dalam perkhidmatan mereka.

Penerima anugerah menerima sijil kecemerlangan berserta bonus tunai RM1,000.

Phillis Tamin dinobatkan penerima anugerah tertinggi dengan markah 97.00, diikuti Alijah smail yang mendapat 96.69, dan Donna Elizabeth Kong dengan markah 96.60.

“Walaupun ganjaran kewangan mungkin tidak besar, mesej teras di sini ialah pengiktirafan dan penghargaan,” ujar Jeffrey.

Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri itu berkata mengenai fokus kementeriannya terhadap penyampaian perkhidmatan yang berkesan, dengan menyatakan bahawa perkhidmatan berkualiti tinggi untuk orang ramai adalah antara kriteria yang dipertimbangkan untuk anugerah itu.

Katanya, sistem penyampaian perkhidmatan yang cemerlang memastikan penerimaan perkhidmatan yang pantas dan tepat oleh rakyat.

Malam Apresiasi itu juga dirai termasuk penghormatan kepada pekerja yang bersara pada 2022.

Dalam pada itu, Jeffrey turut menegaskan bahawa mereka adalah individu yang telah mendedikasikan hidup mereka untuk Negeri Sabah dan negara.

Di samping itu, turut diadakan majlis tazkirah untuk Azami Inal, seorang pekerja yang baru meninggal dunia.

Beliau menggesa pengurusan kementerian menyegerakan pembayaran semua faedah persaraan untuk keluarga Allahyarham.

Jeffrey turut menggalakkan kakitangan kementerian untuk menjadi model dalam perkhidmatan awam.

“Tradisi kecemerlangan perkhidmatan kita tidak seharusnya dikekalkan semata-mata malah ia sepatutnya mencapai tahap baharu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/21/malam-apresiasi-kementerian-pertanian-hargai-kecemerlangan-perkhidmatan-pekerjanya/feed/ 0 43944