hargai usaha – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 09 Dec 2023 14:04:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png hargai usaha – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan negeri hargai usaha MDNS bantu masyarakat https://sabahmedia.com/2023/12/09/kerajaan-negeri-hargai-usaha-mdns-bantu-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2023/12/09/kerajaan-negeri-hargai-usaha-mdns-bantu-masyarakat/#respond Sat, 09 Dec 2023 14:04:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46311
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menjunjung tinggi komitmen Majlis Datuk-Datuk Negeri Sabah (MDNS) bagi melengkapkan usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat di bawah aspirasi pembangunan Sabah Maju Jaya.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri menghargai komitmen MDNS dan mereka yang sehaluan organisasi untuk melengkapkan usahanya.

“Saya berharap usaha MDNS untuk membuat perbezaan akan terus memberi impak yang berkekalan kepada masyarakat,” katanya semasa berucap pada majlis Malam Penaung anjuran MDNS sempena sempena ulang tahun rasmi ke-70 Tuan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di Magellan Sutera malam tadi.

Teks ucapan Ketua Menteri dibaca Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

“Saya juga berbesar hati apabila mengetahui MDNS sedang mewujudkan projek perintis pertanian organik di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk membantu penduduk kampung di Kampung Purak di Papar dalam mempelajari dan memperoleh kemahiran dalam pertanian organik.

“Ia bukan sahaja menjadi aset kepada mereka tetapi akhirnya akan membantu mereka menjana pendapatan dan sara diri untuk penduduk kampung seperti yang disebut oleh Presiden MDNS, Datuk Claudius Roman dalam ucapannya,” katanya.

Walaupun merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang kecil, Ketua Menteri juga gembira mengetahui bahawa MDNS telah aktif sejak beberapa tahun lalu, menjalankan aktiviti untuk membantu komuniti yang memerlukan, termasuk kerja kemasyarakatan semasa pandemik Covid-19.

“Usaha anda dalam mengangkat nasib mereka yang memerlukan adalah terpuji. Anda telah mendekati anak-anak yatim, belia dan warga emas, mangsa kebakaran, Sekolah Henry Gurney, penjara banduan, orang cacat penglihatan dalam masyarakat kita, belia yang menganggur, penduduk kampung dan masyarakat dengan menyumbang dari segi bantuan kewangan, makanan, perkhidmatan kesihatan, pakaian, kasut dan bahan di kawasan pedalaman dan juga dalam memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan untuk membantu dan memajukan kehidupan mereka.

“Dengan meletakkan rancangan untuk bertindak, MDNS telah benar-benar menunjukkan kuasa komitmen, dedikasi dan kerja berpasukan,” katanya.

Dalam majlis itu, sumbangan sebanyak RM20,000 diberikan kepada Yayasan Nur Jauhar dan RM5,000 untuk anak yatim di Keningau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/09/kerajaan-negeri-hargai-usaha-mdns-bantu-masyarakat/feed/ 0 46311
SPRM hargai usaha jurulatih ILTP Papar laksana KIAR TVET https://sabahmedia.com/2023/09/14/sprm-hargai-usaha-jurulatih-iltp-papar-laksana-kiar-tvet/ https://sabahmedia.com/2023/09/14/sprm-hargai-usaha-jurulatih-iltp-papar-laksana-kiar-tvet/#respond Thu, 14 Sep 2023 02:22:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41798
Read Time:1 Minute, 33 Second

PAPAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakamkan penghargaan kepada usaha jurulatih Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Negeri Sabah atas usaha melaksanakan Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di peringkat Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan (ILTP) di sini, hari ini.

Ia dizahirkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali semasa mengadakan lawatan kerja dan pemantauan di Kampus ILTP Papar.

“Saya menghargai usaha JPSM dan semua jurulatih ILTP Papar kerana komited mengajar KIAR. Maklumbalas daripada jurulatih dan pelajar seperti mana dibentangkan adalah sangat baik.

“SPRM mengambil maklum cadangan menambahbaik modul dan kaedah pengajaran agar subjek yang dikongsi boleh memberi nilai tambah bukan sahaja bagi tujuan akademik, malah sebagai asas kepada permulaan kerjaya atau menjalankan perniagaan kelak,” kata Norazlan.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Kursus KIAR bersama Pengarah JPSM Negeri Sabah, Dg. Norsiah Pg. Duraman.

Menurut Norazlan, KIAR JPSM Negeri Sabah adalah program pertama dalam usaha menyebar luas mesej antirasuah kepada pelajar aliran TVET sejak diperkenalkan pada 9 Julai 2021.

“KIAR juga menjadi penanda aras kepada usaha yang sama melibatkan institusi TVET lain di bawah Kementerian Belia Dan Sukan (KBS), Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB),” jelasnya.

Tambah beliau, tugas memerangi rasuah bukan hanya tugas SPRM semata-mata tetapi semua pihak perlu mengambil tanggungjawab untuk memeranginya. Jika usaha ini dipergiat dan dilakukan secara bersama-sama, tidak mustahil kes rasuah akan berkurangan dan Malaysia boleh bebas dari rasuah.

Dalam pada itu, Norazlan turut dibawa melawat ke kelas KIAR yang sedang berlangsung dan berpeluang menyampaikan kata-kata semangat kepada 50 pelajar mengenai halatuju program dan bagaimana mereka boleh menyumbang kepada kemajuan negara yang bersih dari rasuah.

Turut serta dalam lawatan adalah Timbalan Pengarah SPRM Negeri Sabah, PKPj Alexander S.Kunghi dan Ketua Cawangan Pendidikan, Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM, PKPj Mohd Nur Lokman Samingan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/14/sprm-hargai-usaha-jurulatih-iltp-papar-laksana-kiar-tvet/feed/ 0 41798