Hargai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 17 Sep 2023 13:46:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hargai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Negeri hargai sokongan berterusan masyarakat Cina https://sabahmedia.com/2023/09/17/kerajaan-negeri-hargai-sokongan-berterusan-masyarakat-cina/ https://sabahmedia.com/2023/09/17/kerajaan-negeri-hargai-sokongan-berterusan-masyarakat-cina/#respond Sun, 17 Sep 2023 13:37:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42009
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) amat menghargai sokongan berterusan masyarakat Cina yang terus berdiri bersama-sama kerajaan sebagai rakan kongsi dalam setiap sektor pembangunan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, dengan sokongan padu itu Kerajaan Negeri berada di landasan yang betul dalam membawa pembangunan di bawah Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kejayaan kita terbukti dengan kutipan hasil yang besar dan Kerajaan Negeri tidak akan berpuas hati, tetapi akan terus membawa lebih banyak pelaburan ke negeri ini yang boleh mewujudkan lebih banyak spin-off ekonomi.

“Kerajaan negeri juga sentiasa menekankan dasar keadilan dan prihatin dalam semua aspek bagi membantu masyarakat di Sabah, tanpa mengira bangsa dan agama.

“Justeru pada tahun ini kerajaan memperuntukkan geran sebanyak RM54.05 juta kepada sekolah-sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di Sabah. komitmen ini jelas menunjukkan kerajaan peka akan keperluan masyarakat dan komited
membantu tanpa mengira bangsa, keturunan atau agama”, katanya pada Majlis Angkat Sumpah Jawatankuasa Pusat ke-24 dan Bahagian Wanita Ke-6 Gabungan Persatuan-Persatuan Hokkian Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di Putera Ballroom Taman Tun Fuad Bukit Padang pada Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri, Phoong Jin Zhe.

Hajiji mahu masyarakat Tionghua di negeri ini terus bersama-sama Kerajaan memajukan negeri ini kerana ramai dikalangan mereka termasuk Hokkien Clan terbukti pandai dan pintar dalam urusan perniagaan.

Katanya, Hokkien Clan adalah clan kedua besar di negeri ini selain daripada Hakka, dan Hokkien Clan juga adalah yang terbesar di negara ini.

Ketua Menteri berkata, usaha akan giat dipertingkatkan termasuk mempertingkatkan peluang pelaburan yang boleh memanfaatkan pelbagai sektor pembangunan di Sabah.

“Di sinilah peranan daripada masyarakat Tionghua termasuk Hokkien Clan untuk turut sama mengambil peluang dalam sektor pembangunan di negeri ini”, ujarnya.

Hajiji juga berharap masyarakat Hokkien di Sabah dibawah pimpinan Tan Sri TC Goh turut bersama memberikan sumbangan dalam pembangunan ekonomi negeri Sabah.

“Kita berusaha keras untuk memajukan Sabah dari segi pembangunan dan kongsi kekayaan kepada semua rakyat Sabah tanpa mengira kaum dan agama”, katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/17/kerajaan-negeri-hargai-sokongan-berterusan-masyarakat-cina/feed/ 0 42009
Kerajaan Negeri Hargai Pengorbanan Barisan Hadapan Mengekang Penularan COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/12/22/kerajaan-negeri-hargai-pengorbanan-barisan-hadapan-mengekang-penularan-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/12/22/kerajaan-negeri-hargai-pengorbanan-barisan-hadapan-mengekang-penularan-covid-19/#respond Wed, 22 Dec 2021 03:24:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10178
Read Time:1 Minute, 27 Second

TUARAN: Keputusan kerajaan melonggarkan lebih banyak sektor ekonomi dibuka, menyebabkan tugas dan tanggungjawab petugas barisan hadapan juga semakin bertambah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri amat menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus tanpa mengira masa demi untuk mengekang penularan pandemik COVID-19 khususnya di Sabah.

Katanya, semua pihak masih berusaha menangani krisis yang telah mengorbankan banyak jiwa dan memberi impak negatif yang amat besar ke atas ekonomi, sosial dan cara hidup masyarakat global.

“Pandemik ini juga telah mengubah gaya hidup rakyat kepada norma baharu dengan pengamalan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikuatkuasakan dan perlu dipatuhi.

“Kerajaan Negeri berharap hubungan yang erat di antara barisan petugas hadapan dan juga masyarakat dapat dikekalkan agar kita dapat menjaga keselamatan, keamanan dan kemakmuran di negeri ini,” katanya pada Majlis Penghargaan Sekalung Budi kepada Barisan Hadapan Daerah Tuaran di Grand Ballroom Rasa Ria Resort, di sini semalam.

Hajiji berharap rakyat secara keseluruhannya akan membantu kerajaan menangani pandemik ini dengan mematuhi sepenuhnya SOP yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa.

“Kita bantu barisan hadapan dan sama-sama memikul tanggungjawab untuk melindungi keluarga, komuniti dan negara daripada pandemik COVID-19,” tegasnya.

Beliau juga menyeru petugas barisan hadapan agar memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada kerajaan dengan membantu menjayakan aspirasi pembangunan sejajar dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Katanya, setelah hampir dua tahun berlalu, rakyat pastinya telah berjaya mengadaptasi persekitaran kerja dengan norma baharu.

Hajiji bagi pihak kerajaan negeri turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang hingga kini masih bertungkus-lumus mengawal penularan wabak COVID-19 dalam negara.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah Tuaran dibawah kepimpinan Pegawai Daerah yang komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat semasa pandemik COVID-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/22/kerajaan-negeri-hargai-pengorbanan-barisan-hadapan-mengekang-penularan-covid-19/feed/ 0 10178