Hari Ini – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 20 Jul 2025 09:29:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hari Ini – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SIBEC 2024 dilancar hari ini https://sabahmedia.com/2024/03/06/sibec-2024-dilancar-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2024/03/06/sibec-2024-dilancar-hari-ini/#respond Wed, 06 Mar 2024 10:22:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50647
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) 2024 bermula
hari ini dengan pelancaran portal rasminya dan pertukaran surat niat antara Kerajaan Negeri dan organisasi sokongan di Menara Kinabalu.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang berpandangan ekonomi biru sebagai satu inisiatif baharu untuk meneroka khazanah laut untuk pembangunan ekonomi, menjana pekerjaan, meningkatkan taraf hidup rakyat dan menjana hasil negeri akan datang.

Dalam lawatan pelaburan sulungnya ke Shenzhen, China pada November tahun lalu, Ketua Menteri telah menjemput pelabur ke Sabah untuk meneroka ekonomi biru dengan kerjasama Kerajaan Negeri, memandangkan potensi yang ada dalam bidang ini untuk perkongsian menang-menang.

Beliau berkata ekonomi biru terdiri daripada empat komponen utama – penuaian sumber hidup (makanan laut dan bioteknologi marin), pengekstrakan sumber bukan hidup, penjanaan sumber baharu (mineral, tenaga dan air tawar), komersil dan perdagangan dalam dan sekitar lautan (pengangkutan dan perdagangan, pelancongan dan rekreasi) dan tindak balas terhadap cabaran kesihatan lautan (pemantauan dan pengawasan lautan, penyerapan karbon, perlindungan pantai dan pelupusan sisa).

Terdapat 14 industri di bawah empat komponen utama antaranya akuakultur, perikanan, farmaseutikal, kimia, minyak dan gas, tenaga boleh diperbaharui, perkapalan, karbon biru dan perlindungan dan pemulihan habitat.

Pada majlis itu, Ketua Menteri menyampaikan surat niat kepada Lembaga Pelabuhan Sabah,
Invest Sabah Sdn Bhd, Sawit Kinabalu Sdn Bhd, Qhazanah Sabah Berhad, Sabah Electricity Sdn Bhd, PETRONAS, The Asia Foundation – Malaysia, Sabah Credit Corporation Bhd dan POIC Sdn Bhd, SEDCO, SEDIA, Sabah Energy Sdn Bhd, KKIP Sdn Bhd yang juga organisasi sokongan dan Maritime Institute of Malaysia sebagai rakan strategik untuk persidangan tiga hari yang akan diadakan mulai 2 September tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka merasmikan SIBEC 2024.

SIBEC 2024 adalah susulan kepada SMJ EKOB 2023 Synédrio SMJ bertemakan “Beyond Limits, Unleashing Economy” yang diadakan pada 14 Disember tahun lalu yang menyaksikan penceramah antarabangsa berkongsi kepakaran mereka dalam konsep ekonomi biru selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari www.blueeconomy.sabah.gov.my.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/06/sibec-2024-dilancar-hari-ini/feed/ 0 50647
Dua lagi ahli “Geng Upik” didakwa hari ini https://sabahmedia.com/2024/03/01/dua-lagi-ahli-geng-upik-didakwa-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2024/03/01/dua-lagi-ahli-geng-upik-didakwa-hari-ini/#respond Fri, 01 Mar 2024 04:48:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50335
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Dua individu termasuk seorang banduan wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang “Geng Upik”.

Tertuduh Zulkahar Dusing, 29, dan Norsyafilah Pawawoi, 28, didakwa mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan, Akta 574 (Kesalahan Jenayah Terancang) dan boleh dihukum Seksyen yang sama.

Pendakwaan dikendalikan dua Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Nat Radzi dan Lina Hanini Ismail di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.

Tertuduh Zulkahar yang sedang menjalani tahanan reman di Tawau dari 2022 di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya manakala Norsyafilah sedang menjalani hukuman 12 tahun penjara di Kota Kinabalu di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya.

Terdahulu pada 22 Januari lalu, seramai 11 individu telah didakwa di mahkamah sama menjadikan 13 ahli kumpulan jenayah terancang “Geng Upik” termasuk dua yang didakwa hari ini.

Antara 11 ahli yang telah didakwa iaitu Maslan Sani, 41, Rahman Burijin, 44; Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45,; Mohd Fauzie Rablin, 33; Shahlan Shah Abdul Samad, 37; Nelson Yen Yee Chung, 46; Mohd Faridzul Asmahadi, 31; Fazrul Bahar, 32; Alkan Abraham, 35; Mazlan Mahmud, 41; dan Mahathir Jibarail, 49.

Sementara itu tertuduh Jaysalfian Jaineh@Zaini diwakili peguam Mohd Amirul Amin; Mohd Fauzie Rablin dan Mazlan Mahmud diwakili peguam Sylyester Kuan, Shahlan Shah Abdul Samad, Mohd Faridzul Asmahadi dan Mahathir Jibarail diwakili peguam Shahlan Jufri dan Mohd Lokman Zabidi, Datuk Maslan Sani diwakili Chin Tek Ming dan Nelson Abraham diwakili Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Chen Wen Jye.

Dalam pada itu hanya dua tertuduh iaitu Rahman Burijin dan Alkan Abraham masing-masing tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 22 Mac 2024 tarikh sebutan semula kes.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/01/dua-lagi-ahli-geng-upik-didakwa-hari-ini/feed/ 0 50335
Bapa ugut guru didakwa di Mahkamah Majistret hari ini https://sabahmedia.com/2024/02/02/bapa-ugut-guru-didakwa-di-mahkamah-majistret-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2024/02/02/bapa-ugut-guru-didakwa-di-mahkamah-majistret-hari-ini/#respond Fri, 02 Feb 2024 05:51:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48863
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Seorang bapa yang mengugut guru dalam kejadian anaknya tertangkap merokok di kawasan salah sebuah sekolah menengah di sini, didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.

Tertuduh Daniel Dean Wong Kok Ching, 49, didakwa atas dua pertuduhan ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan.

Bagaimanapun Daniel yang juga ejen hartanah mengaku tidak bersalah di hadapan majistret Stephanie Sherron Abbie.

Menurut pertuduhan pertama, Daniel didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut secara lisan seorang guru lelaki berusia 40 tahun di perkarangan gelanggang bola keranjang sekolah pada 29 Jan, jam 9.30 pagi.

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyebabkan kecederaan kepada seorang lagi guru lelaki berusia 40 tahun pada masa dan tempat yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Nahra Dollah bersama Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Azreen Yas Mohamad Ramli dan Rustam Sanip.

Wong diwakili Peguam Lim Chun Yuan dan Jo Anne Jameson.

Tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin tempatan.

Mahkamah menetapkan 7 Mac ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan.

Anak lelaki tertuduh turut hadir bersama keluarganya pada pendakwaan itu.

Baru-baru ini, tular di media sosial video tertuduh dan anak lelakinya bersemuka dengan guru sekolah selepas anaknya tertangkap merokok di dalam tandas sekolah.

Dalam klip video tersebut, tertuduh dilihat telah mengeluarkan kata-kata ugutan dan menyebabkan kecederaan ke atas guru tersebut.

Pelajar Tingkatan Lima yang sebelum ini dibuang sekolah dibenarkan untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagaimanapun pelajar itu ditangkap merokok pada Isnin (29 Jan) yang membawa kepada kejadian dan penahanan tertuduh. Bagaimanapun anak lelaki tertuduh itu tidak ditahan.

Hukuman bagi ugutan jenayah memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan mendatangkan kecederaan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/02/bapa-ugut-guru-didakwa-di-mahkamah-majistret-hari-ini/feed/ 0 48863
11 anggota Geng Upik termasuk bergelar Datuk didakwa hari ini https://sabahmedia.com/2024/01/22/11-anggota-geng-upik-termasuk-bergelar-datuk-didakwa-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2024/01/22/11-anggota-geng-upik-termasuk-bergelar-datuk-didakwa-hari-ini/#respond Mon, 22 Jan 2024 04:41:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48334
Read Time:1 Minute, 50 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Seramai 11 anggota kumpulan Geng Upik termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Tertuduh dikenali sebagai Datuk Maslan Sani, 41, Rahman Burijin, 44; Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45,; Mohd Fauzie Rablin, 33; Shahlan Shah Abdul Samad, 37; Nelson Yen Yee Chung, 46; Mohd Faridzul Asmahadi, 31; Fazrul Bahar, 32; Alkan Abraham, 35; Mazlan Mahmud, 41; dan Mahathir Jibarail, 49.

Menurut fakta mahkamah, kesemua tertuduh didakwa atas kesalahan yang dilakukan antara 2015 hingga 24 Disember 2023 di Daerah Kota Kinabalu dan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang “Geng Upik”.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan, Akta 574 (Kesalahan Jenayah Terancang) dan boleh dihukum Seksyen yang sama.

Pertuduhan dikendalikan tiga orang Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nazran Nohd Sham, Siti Hajar Nat Radzi dan Nur Aina Ridwan di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.

Bagaimanapun, tiada pengakuan kesemua tertuduh direkodkan hari ini dan mahkamah menetapkan 1 Mac 2024 untuk permohonan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Menurut laporan media pada 26 Disember lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay memaklumkan Bukit Aman menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah, yang disyaki mula beroperasi sejak 2015.

Dalam serbuan serbuan pukul 2.45 pagi pada 25 Disember lalu di sekitar Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna itu, polis menahan 10 lelaki termasuk dalang utama sindiket seorang ahli perniagaan berusia 40 tahun yang bergelar Datuk.

Siasatan awal mendapati, sindiket memperoleh bekalan dadah dari negara jiran sejak 2015 dan menyeludup masuk bahan terlarang itu ke Sabah untuk pasaran sekitar negeri terbabit, selain turut diseludup ke Indonesia dan Filipina.

Pada 29 Disember lalu, polis turut menahan seorang pegawai agensi penguat kuasa berusia 43 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket berkenaan dan ini menjadikan keseluruhan 11 ditahan berkaitan sindiket itu.

Selain itu, proses mengesan aset-aset lain yang dimiliki suspek juga masih berjalan selain beberapa akaun sudah dibekukan.

Untuk rekod, polis dilapor telah membekukan 22 akaun bank membabitkan nilai RM420,000, selain menyita 18 kenderaan bernilai RM6.6 juta kebanyakannya kenderaan mewah, wang tunai RM35,000, barang kemas dan jam mewah dianggarkan RM100,000.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/22/11-anggota-geng-upik-termasuk-bergelar-datuk-didakwa-hari-ini/feed/ 0 48334
ECoS rasmi ambil alih Kuasa Kawal Selia Bekalan Elektrik Sabah hari ini https://sabahmedia.com/2024/01/03/ecos-rasmi-ambil-alih-kuasa-kawal-selia-pembekalan-elektrik-sabah-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2024/01/03/ecos-rasmi-ambil-alih-kuasa-kawal-selia-pembekalan-elektrik-sabah-hari-ini/#respond Wed, 03 Jan 2024 11:05:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47437
Read Time:4 Minute, 14 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Detik bersejarah bermula hari ini 3 Januari 2024 dengan rasminya, kuasa pengawalseliaan pembekalan elektrik di seluruh negeri Sabah beralih tangan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) kepada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS).

Ketua Pegawai Eksekutif ST, Dato’ Ir. Ts. Abdul Razib Dawood berkata, kuasa kawal selia ini meliputi kawal selia ekonomi, teknikal dan keselamatan elektrik.

“Kuasa pengawalseliaan pembekalan elektrik Sabah diserah kepada ECoS secara rasminya hari ini berikutan lulusnya tiga Rang Undang Undang yang telah dibentangkan di Sidang Khas Dewan Undangan Negeri Sabah pada hari ini juga.

“Saya pasti pihak ECoS sudah bersedia dengan pengambilalihan kuasa ini, justeru, dalam usaha memastikan ketersediaan pihak ECoS untuk mengambil alih fungsi dan tugas ST, perancangan dan persediaan telah bermula lebih dua tahun yang lepas,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kuasa Kawal Selia Pembekalan Elektrik Sabah kepada ECoS di sini, hari ini.

Razib (kiri) bersama Nasser semasa sidang media selepas majlis serah kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah.

Sehubungan dengan itu, Razib berkata, beberapa sesi perkongsian pengetahuan seperti program shadow training, attachment dan perkongsian maklumat serta sesi bengkel pemindahan pengetahuan ST-ECoS juga telah dijalankan.

Selain itu, katanya, serahan teknologi maklumat, perisian dan dokumen turut dilaksanakan, disamping penyerapan beberapa pegawai ST ke ECoS.

“Persediaan rapi ini adalah penting bagi memastikan tiada gangguan bekalan ataupun operasi dialami oleh para pengguna, pemegang lesen serta pihak industri di Sabah setelah penyerahan kuasa ini dilaksanakan.

“Dengan itu, pihak ST yakin bahawa pihak ECoS telah bersedia sepenuhnya untuk mengambil alih pengawalseliaan pembekalan elektrik di Sabah dan akan tetap memberikan sokongan apabila perlu,” katanya.

Menurut Razib, susulan keputusan Kerajaan Persekutuan bahawa pembekalan elektrik bagi Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dikekalkan di bawah Kerajaan Persekutuan, pihak ST telah membuka sebuah pejabat di WP Labuan bagi memastikan kawal selia pembekalan elektrik di WP Labuan berjalan dengan lancar.

“ST mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Kawasan ST Pantai Barat Negeri Sabah (Kota Kinabalu) dan Pantai Timur Negeri Sabah (Sandakan) di atas segala perkhidmatan yang diberikan selama ini.

“Pihak ST juga memanjangkan ucapan selamat maju jaya kepada ECoS selaku badan kawal selia pembekalan elektrik negeri Sabah yang baharu,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, pada sidang media sama, Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, pengambilalihan kuasa kawal selia ini hanya melibatkan negeri Sabah dan tidak termasuk Labuan yang masih di bawah kawal selia ST, namun masih mengekalkan kerjasama dengan ST.

“Ini adalah kerana di negeri Sabah ia ada keunikan di mana ada penyambungan dan bekalan menerusi kabel dasar laut ke Labuan, maksudnya kita akan mengawal selia utiliti yang sama iaitu Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

“Kita akan meneruskan usaha-usaha dan berkongsi idea-idea, pendapat dan sebagainya untuk menyelesaikan isu-isu bekalan elektrik secara menyeluruh di Sabah dan Labuan,” katanya.

Menurut Nasser, pihak ECoS juga telah melancarkan satu Pelan Induk dikenali sebagai Sabah Energy Roadmap and Master Plan 2040 (SE-RAMP 2040).

“Pelan ini kita telah merangka 16 strategi inisiatif ke arah untuk kita memastikan kemampan, kedayaharapan bekalan tenaga iaitu gas dan elektrik dan ada juga dari segi mampu milik serta mengambil kira impak alam sekitar,” katanya.

Mengulas mengenai tenaga kerja ECoS, beliau berkata, setakat ini lebih 70 orang kakitangan ECoS yang merupakan tenaga kerja mahir dalam bidang industri yang sama membabitkan anak-anak tempatan Sabah.

“Sepanjang tahun lalu ECoS telah merekrut anak-anak tempatan Sabah yang berpengalaman dan berkemahiran dalam industri yang sama seperti dari SESB, Sabah Gas, ST, Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA Malaysia) dan Sabah Energy Corporation (SEC).

“Maksudnya ECoS telah mengambil pekerja yang ‘ready-made’ dan mahir, mereka yang berpengalaman ini akan melatih lagi yang di bawah, di sini kita kena seimbang di mana kita juga beri peluang kepada pekerja baharu bertujuan untuk menambah kemahiran kepada anak-anak tempatan kita dalam bidang ini.

“Ini juga sebagai salah satu teras ECoS iaitu menambah kemahiran anak-anak Sabah dalam menyertai ECoS,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nasser turut memaklumkan kepada orang awam bahawa info mengenai pengambilalihan kuasa kawal selia ini ada diwar-warkan di laman sesawang Energy Commission of Sabah (ECoS).

“Orang awam boleh layari laman sesawang Energy Commision of Sabah dan mana-mana pihak yang memerlukan penjelasan lebih lanjut bolehlah menghubungi pihak ECoS melalui emel [email protected] atau telefon/WhatsApp di +6088-205 774 bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengawalseliaan pembekalan elektrik di Sabah,” jelasnya.

Terdahulu, Dewan Undangan Negeri telah meluluskan tiga Rang Undang-Undang (RUU) dalam sidang khas hari ini yang memberi ruang kepada Sabah untuk secara rasmi mengambil alih kuasa mengawal selia sektor bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu daripada Kerajaan Persekutuan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor membentangkan RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024 berkata, pindaan itu bertujuan memasukkan fungsi dan kuasa mengenai bekalan elektrik serta tenaga boleh baharu kepada ECOS.

Tiga RUU diluluskan membabitkan Rang Undang-Undang Bekalan Elektrik 2024; Tenaga Boleh Baharu 2024 dan Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024. Selepas pewartaan enakmen itu, ECoS akan menjadi badan berkuasa yang mengawal selia sektor bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu di Sabah berkuat kuasa serta-merta.

ECoS telah pun memperoleh kuasa kawal selia ke atas sektor bekalan gas daratan sejak 10 Januari tahun lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/03/ecos-rasmi-ambil-alih-kuasa-kawal-selia-pembekalan-elektrik-sabah-hari-ini/feed/ 0 47437