Hari Jadi Rasmi TYT – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 01 Oct 2021 12:43:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hari Jadi Rasmi TYT – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bung,Chong Wei Antara Penerima Darjah Kebesaran Negeri Sabah https://sabahmedia.com/2021/10/01/bungchong-wei-antara-penerima-darjah-kebesaran-negeri-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/10/01/bungchong-wei-antara-penerima-darjah-kebesaran-negeri-sabah/#comments Fri, 01 Oct 2021 12:43:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7088
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin antara individu yang mendahului senarai penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Sabah sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin esok.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya negeri dan Ketua UMNO Sabah menerima darjah kebesaran tertinggi Sabah, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Turut tersenarai menerima SPDK pada tahun ini ialah Pengerusi MARA Datuk Azizah Mohd Dun; Isteri bekas Perdana Menteri Ke-8 Puan Seri Nooraini Abdul Rahman, bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Chong Kah Kiat dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Selain itu turut menerima Panglima Tentera Darat Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api Datuk Yee Moh Chai.

Sementara itu, seramai 66 orang tersenarai menerima darjah kebesaran kedua tertinggi Sabah, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Antara penerimanya ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr Rose Nani Mudin, Ketua Wanita MCA Sabah Dr Pamela Yong, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah  Karunanithy Subbiah, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Noorliza Awang Alip dan Pesara Polis Robert Foo Vui Tsun.

Turut tersenarai menerima PGDK Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Dr Roland Chia Ming Shen,  Menteri Penbangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah, Ir. Shahelmey Yahya.

Seramai 10 penerima Jaksa pendamai (JP), antaranya Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin, Jaguh Badminton negara Datuk Wira Lee Chong Wei, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman.

Dalam pada itu, seramai 95 orang menerima pingat Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), diikuti Ahli Darjah Kinabalu (ADK) seramai 233 orang, Bintang Setia Kinabalu (BSK) seramai 346 orang, Bintang Kinabalu (BK) seramai 400 orang, Pingat Perkhidmatan Terpuji (CH) seramai 142 orang.

Secara keseluruhan seramai 1,299 orang penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri Sabah sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 Yang di-Pertua Negeri Sabah pada tahun ini.

Istiadat pengurniaan pingat akan dijadualkan diadakan di Istana Negeri pada jam 9 pagi esok.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/01/bungchong-wei-antara-penerima-darjah-kebesaran-negeri-sabah/feed/ 1 7088
Hajiji Hadir ke Majlis Tahlil Sempena Hari Jadi Rasmi TYT https://sabahmedia.com/2021/10/01/hajiji-hadir-ke-majlis-tahlil-sempena-hari-jadi-rasmi-tyt/ https://sabahmedia.com/2021/10/01/hajiji-hadir-ke-majlis-tahlil-sempena-hari-jadi-rasmi-tyt/#respond Fri, 01 Oct 2021 08:50:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7071
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Tahlil sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 Tahun Yang di-Pertua Negeri Sabah di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Majlis Tahlil tersebut merupakan salah satu daripada beberapa siri acara yang akan diadakan sempena sambutan Hari Jadi rasmi TYT, tahun ini.

Hajiji turut menyerahkan sumbangan Ihsan Makanan Pelajar Terjejas COVID-19 (IMPAC) sebanyak RM9,000 dan Sumbangan Pengurusan Sekolah Agama dan Tahfiz daripada Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) sebanyak RM70,000 kepada Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Kota Kinabalu.

Manakala, Sumbangan Pengurusan dan Pengimarahan Masjid sebanyak RM10,000 kepada Masjid Nurul Hikmah dan Sumbangan Pengurusan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebanyak RM30,000 kepada SAR Madrasah Islamiah Nurul Hikmah.

Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alar Sekitar, Datuk Jafry Ariffin.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/01/hajiji-hadir-ke-majlis-tahlil-sempena-hari-jadi-rasmi-tyt/feed/ 0 7071