hari jadi tyt – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 01 Apr 2025 12:12:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png hari jadi tyt – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hentikan pertikaian sambutan Hari Jadi TYT Sabah, demi imej institusi istana – SAMORA https://sabahmedia.com/2025/04/01/hentikan-pertikaian-sambutan-hari-jadi-tyt-sabah-demi-imej-institusi-istana-samora/ https://sabahmedia.com/2025/04/01/hentikan-pertikaian-sambutan-hari-jadi-tyt-sabah-demi-imej-institusi-istana-samora/#respond Tue, 01 Apr 2025 12:05:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71369
Read Time:1 Minute, 55 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) menggesa agar pertikaian mengenai sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sabah tahun ini dihentikan dengan segera, bagi mengelakkan imej institusi istana negeri tercalar.

Presidenya Datuk Dr Jelani Hamdan berkata, kekeliruan yang timbul hanya berpunca daripada kesilapan dalam kenyataan atau penggunaan istilah yang kurang tepat oleh pihak yang melaporkan kenyataan yang dibuat oleh yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskendalikan sambutan Hari Jadi Rasmi TYT ini.

“SAMORA menggesa supaya pertikaian berhubung pelaksanaan sambutan Hari Jadi Rasmi TYT bagi tahun ini dihentikan serta-merta.
“Ini bagi menamatkan sebarang kemungkinan tercalarnya imej institusi TYT di negeri ini dan mengutuk sebarang cubaan berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, setelah meneliti perincian pelaksanaan sambutan itu, SAMORA menegaskan bahawa sambutan Hari Jadi Rasmi TYT bagi tahun 2025 ini tidak melanggar Perlembagaan Negeri, atau mana-mana undang-undang serta peraturan yang terpakai di negara ini.

“SAMORA juga mendapati kerajaan negeri Sabah, di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, tidak melakukan sebarang kesalahan, khilaf atau sebarang pembaziran berhubung pelaksanaan sambutan hari jadi TYT ini.

“Sebaliknya, usaha telah dibuat bagi memastikan penjimatan kos perbelanjaan bagi pelaksanaan hari jadi tersebut secara telus dan berhati-hati. Justeru, pelaksanaan sambutan hari jadi TYT bagi tahun 2025 ini selari dengan keperluan yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Negeri Sabah.”

Sementara itu, Setiausaha Agung SAMORA, Profesor Madya Dr Romzi Ationg berkata, sambutan Hari Jadi Rasmi TYT pada tahun sebelumnya melibatkan lebih banyak aktiviti dan kos yang lebih tinggi berbanding tahun ini.

Katanya, sebagai contoh pada tahun 2024 terdapat 12 program atau aktiviti yang disenaraikan dalam sambutan. Namun, bagi tahun ini, jumlahnya dikurangkan kepada tujuh sahaja bagi memastikan penjimatan kos.

“Program atau aktiviti yang memerlukan kos perbelanjaan lebih besar seperti ‘big bike’ dan ‘pertandingan golf’ telah ditiadakan.

“Namun, program atau aktiviti yang lebih bermanfaat serta bersifat perlu untuk rakyat di negeri ini seperti ‘meraikan anak yatim’, ‘majlis keagamaan’ dan ‘perbarisan’ dikekalkan.

“Ini bermakna, penjimatan kos perbelanjaan keseluruhan sambutan hari jadi TYT Yang Di-Pertua Negeri Sabah pada tahun ini dapat diminimumkan secara signifikan,” katanya.

SAMORA turut menegaskan bahawa mereka berdiri teguh dan menyokong penuh TYT Yang Di-Pertua Negeri Sabah dan berharap tiada lagi polemik yang timbul sama ada soal perlantikan TYT atau isu sambutan Hari Jadi TYT.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/01/hentikan-pertikaian-sambutan-hari-jadi-tyt-sabah-demi-imej-institusi-istana-samora/feed/ 0 71369
Kira-kira 10,000 hadir perbarisan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 TYT Sabah https://sabahmedia.com/2024/10/05/kira-kira-10000-hadir-perbarisan-ulang-tahun-kelahiran-rasmi-ke-71-tyt-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/10/05/kira-kira-10000-hadir-perbarisan-ulang-tahun-kelahiran-rasmi-ke-71-tyt-sabah/#respond Sat, 05 Oct 2024 04:09:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61713
Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Kira-kira 10,000 orang termasuk peserta hadir memeriahkan upacara istiadat perbarisan sempena sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Padang Merdeka di sini pagi tadi.

Istiadat perbarisan yang bermula seawal jam 7 pagi itu membabitkan 2,788 peserta perbarisan daripada 82 buah kontinjen terdiri dari pasukan keselamatan termasuk polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sektor awam, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta pelajar.

Acara bermula dengan Yang di-Pertua Negeri menerima Tabik Hormat Diraja daripada Pasukan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja disusuli Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku serta diiringi tembakan meriam 17 das.

Juhar kemudian memeriksa perbarisan pasukan kontinjen yang mengambil bahagian dengan diiringi Panglima 5 Divisyen Mejar Jeneral Dato Noorrul Azril Ariffin.

Pada istiadat itu, Tun Juhar telah dianugerahkan Sayap Kehormat VAT 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disampaikan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Turut diadakan persembahan koir oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) selain persembahan khas oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

Hadir sama isteri Juhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni; Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag; Timbalan Ketua Menteri, menteri Kabinet negeri, ketua jabatan kerajaan negeri serta Persekutuan.

Sejurus selesai acara perbarisan, majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran menyusul di Istana Negeri bermula jam 10 pagi serta Majlis Makan Malam Negeri di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri (DUN), malam ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/05/kira-kira-10000-hadir-perbarisan-ulang-tahun-kelahiran-rasmi-ke-71-tyt-sabah/feed/ 0 61713
84 kontinjen sertai istiadat perbarisan di Padang Merdeka esok https://sabahmedia.com/2024/10/04/84-kontinjen-sertai-istiadat-perbarisan-di-padang-merdeka-esok/ https://sabahmedia.com/2024/10/04/84-kontinjen-sertai-istiadat-perbarisan-di-padang-merdeka-esok/#respond Thu, 03 Oct 2024 23:13:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61647
Read Time:22 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 84 kontinjen akan menyertai Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin esok.

Pertandingan berjalan lalu akan melibatkan lapan kategori antaranya Institut Pengajian Tinggi Awam/ Swasta, pelajar sekolah, pertubuhan etnik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan berlangsung di Padang Merdeka.

Oleh itu, orang ramai di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dialu-alukan hadir bagi memeriahkan sambutan berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/04/84-kontinjen-sertai-istiadat-perbarisan-di-padang-merdeka-esok/feed/ 0 61647
Tun Juhar terima kunjungan JK Induk sambutan perayaan ulang tahun kelahiran rasmi TYT https://sabahmedia.com/2024/09/18/tun-juhar-terima-kunjungan-jk-induk-sambutan-perayaan-ulang-tahun-kelahiran-rasmi-tyt/ https://sabahmedia.com/2024/09/18/tun-juhar-terima-kunjungan-jk-induk-sambutan-perayaan-ulang-tahun-kelahiran-rasmi-tyt/#respond Wed, 18 Sep 2024 09:28:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60841
Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Rombongan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Joachim Gunsalam itu bertujuan memaklumkan kepada Tun Juhar berkenaan pengisian program sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Menurut Joachim, beberapa program dikekalkan seperti tahun-tahun sebelum ini namun bagi Anugerah Sukan tidak dilangsungkan memandangkan acara tersebut diadakan secara dwitahunan dan penyampaian sudah diadakan tahun lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan berkenaan turut memaklumkan lokasi bagi sambutan Hari Etnik juga akan berubah pada tahun ini dan akan diadakan di daerah Penampang.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr. Sabin Samitah, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr. Jamili Nais dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Seri Rosli Isa.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/18/tun-juhar-terima-kunjungan-jk-induk-sambutan-perayaan-ulang-tahun-kelahiran-rasmi-tyt/feed/ 0 60841
14 Program bakal dilaksanakan sempena ulang tahun kelahiran TYT Sabah https://sabahmedia.com/2023/09/22/14-program-bakal-dilaksanakan-sempena-ulang-tahun-kelahiran-tyt-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/09/22/14-program-bakal-dilaksanakan-sempena-ulang-tahun-kelahiran-tyt-sabah/#respond Thu, 21 Sep 2023 16:28:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42256
Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu:  Kerajaan negeri akan melaksanakan sebanyak 14 program bagi menyambut ulang tahun kelahiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, program-program itu akan dilaksanakan di sekitar Kota Kinabalu bermula 6 Oktober depan. 

“Sebanyak 14 program telah kita susun atur bagi menyambut hari ulang tahun kelahiran Tuan Yang Terutama Tun yang akan bermula pada 6 Oktober depan iaitu pada Jumaat dengan majlis doa selamat dan tahlil di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang.

“Pada 7 Oktober pula,  kita akan mengadakan acara perbarisan di Padang Merdeka disusuli istiadat pengurniaan pingat kebesaran dan jamuan negeri pada sebelah malammya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

Joachim berkata, selain itu, antara program-program lain termasuklah Sambutan Hari Etnik Sabah, Pameran dan Galeri di Muzium Negeri dan banyak lagi.

Katanya, beberapa program lain akan dimaklumkan dalam masa terdekat manakala Program Jamuan Teh Kanak-Kanak yang akan dibuat di Daerah Sandakan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan berkenaan berharap agar semua program yang diatur berjalan lancar dengan kerjasama yang terbaik daripada jabatan-jabatan serta agensi yang terlibat.

Turut hadir Timbalan Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supian, Setiausaha Tetap KKTP, Datuk Jamili Nais, Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Rosnah Datu Tumai.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/22/14-program-bakal-dilaksanakan-sempena-ulang-tahun-kelahiran-tyt-sabah/feed/ 0 42256