hari kebangsaan hari malaysia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 28 May 2023 08:39:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png hari kebangsaan hari malaysia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Zahir kecintaan kepada negara melalui program,aktiviti kenegaraan – Masidi https://sabahmedia.com/2023/05/28/zahir-kecintaan-kepada-negara-melalui-programaktiviti-kenegaraan-masidi/ https://sabahmedia.com/2023/05/28/zahir-kecintaan-kepada-negara-melalui-programaktiviti-kenegaraan-masidi/#respond Sun, 28 May 2023 08:39:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35289
Read Time:1 Minute, 15 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Pelancaran logo dan tema Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia yang diadakan secara serentak di tiga buah lokasi di negara ini merupakan ‘kick off’ menuju ke ambang sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos depan.

Masidi Manjun

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pelancaran serentak itu berjaya dilaksanakan di Kota Kinabalu Sabah, Kuching Sarawak dan Kuala Lumpur.

“Pelancaran ini merupakan program kick-off sign untuk mengira detik menuju ambang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos kelak. 

“Selain itu, pelbagai program telah dirancang untuk dilaksanakan di peringkat negeri dan kebangsaan sepanjang Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 Negeri Sabah di sini, semalam.

Masidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Negeri berkata, berbanding sebelum ini pelancaran ini memberi ruang yang mencukupi kepada jabatan dan agensi dan organisasi-organisasi lain untuk mempromosi serta menyebarluaskan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. 

“Tema pada tahun ini mendasari tekad dan komitmen pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai semangat perpaduan tinggi, bersatu-padu serta kehidupan aman dan sejahtera,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi turut menyeru kepada semua pihak untuk menggunakan logo dan tema ini secara meluas.

“Marilah kita bersama-sama menzahirkan kecintaan kepada negara melalui penganjuran program-program dan aktiviti kenegaraan sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di peringkat organisasi dan komuniti masing-masing,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/28/zahir-kecintaan-kepada-negara-melalui-programaktiviti-kenegaraan-masidi/feed/ 0 35289