hari kebangsaan hari sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 31 Aug 2025 05:52:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png hari kebangsaan hari sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bas ‘KK Hop-On Hop Off’, kenderaan pasukan keselamatan curi tumpuan pengunjung https://sabahmedia.com/2025/08/31/bas-kk-hop-on-hop-off-kenderaan-pasukan-keselamatan-curi-tumpuan-pengunjung/ https://sabahmedia.com/2025/08/31/bas-kk-hop-on-hop-off-kenderaan-pasukan-keselamatan-curi-tumpuan-pengunjung/#respond Sun, 31 Aug 2025 05:52:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80373
Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Bas bumbung terbuka, KK Hop-On Hop Off yang bakal digunakan untuk menyemarakkan lagi aktiviti pelancongan di bandaraya ini menjadi antara kenderaan yang menarik perhatian pengunjung pada sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 di sini pada Ahad.

Bas Hop-On Hop Off yang menyertai perarakan Hari Kebangsaan Hari Sabah – Foto Alexter Rosalia

Kenderaan dua tingkat itu yang dikendalikan sebuah sebuah aset kenderaan yang turut sama memeriahkan perbarisan dan perarakan bagi kategori aset dan kenderaan.

Aset kenderaan Tentera Darat Malaysia yang turut sama menyertai perarakan – Foto Erdie Ab Wahid

Selain bas itu, aset kenderaan lain yang turut sama menyertai perarakan adalah kenderaan pasukan keselamatan.

Aset kenderaan PDRM yang turut sama menyertai perarakan – Foto Erdie Ab Wahid

Antaranya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); Jabatan Penjara Negeri Sabah; Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah; Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah; Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Darat.

Kehadiran ‘Abang Bomba’ turut menerima sorakan gemuruh – Foto Erdie Ab Wahid

Turut mencuri tumpuan adalah kelibat ‘abang bomba’ yang menerima tepukan dan sorokan gemuruh dari pengunjung yang hadir.

Sambutan itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag.

Lebih 50,000 pengunjung sekitar bandaraya Kota Kinabalu dari membanjiri Dataran Bandaraya seawal jam 6 pagi. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/31/bas-kk-hop-on-hop-off-kenderaan-pasukan-keselamatan-curi-tumpuan-pengunjung/feed/ 0 80373
Lebih 50,000 pengunjung dijangka hadir meriahkan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 Ahad ini https://sabahmedia.com/2025/08/29/lebih-50000-pengunjung-dijangka-hadir-meriahkan-hari-kebangsaan-hari-sabah-2025-ahad-ini/ https://sabahmedia.com/2025/08/29/lebih-50000-pengunjung-dijangka-hadir-meriahkan-hari-kebangsaan-hari-sabah-2025-ahad-ini/#respond Fri, 29 Aug 2025 04:15:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80278
Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu: Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 peringkat negeri yang akan berlangsung Ahad ini dijangka menarik kehadiran lebih 50,000 pengunjung di Dataran Bandaraya di sini.

Timbalan Pengerusi 2 Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 Peringkat Negeri Sabah Datuk Tan Lee Fatt berkata, raptai penuh yang dijalankan pagi tadi berlangsung lancar dan menepati jadual. 

Datuk Tan Lee Fatt

Katanya, hampir semua kontinjen telah menyertai latihan, kecuali beberapa yang dijangka digugurkan.

“Persiapan kini mencapai tahap 95 peratus. Kami sudah bersedia sepenuhnya dan hanya menunggu hari kemuncak. 

‘Abang Bomba’ yang membuat lintas hormat menjadi antara tarikan pengunjung

“Semua aset ketenteraan dan agensi keselamatan turut berada pada tahap kesiapsiagaan penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan raptai penuh Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 peringkat negeri di sini pada Jumaat.

Pertunjukan Kawad Senyap oleh TLDM

Lee Fatt berkata, lebih 120 kontinjen akan menyertai perarakan, manakala antara acara tumpuan termasuk persembahan kawat senyap Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), pertunjukan aset Angkatan Tentera Malaysia, selain persembahan nyanyian serta kenderaan khas.

Pihaknya turut berharap keadaan cuaca pada Ahad ini baik agar sambutan berjalan lancar tanpa penangguhan, seperti yang berlaku tahun lalu akibat hujan.

“Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara yang menjadi simbol perpaduan dan semangat patriotisme rakyat Sabah,” katanya.

Sambutan itu dijadual akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor- SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/29/lebih-50000-pengunjung-dijangka-hadir-meriahkan-hari-kebangsaan-hari-sabah-2025-ahad-ini/feed/ 0 80278
‘Kick-Off’ Bulan Kebangsaan, Hari Sabah 2025 1 Ogos ini https://sabahmedia.com/2025/07/23/kick-off-bulan-kebangsaan-hari-sabah-2025-1-ogos-ini/ https://sabahmedia.com/2025/07/23/kick-off-bulan-kebangsaan-hari-sabah-2025-1-ogos-ini/#respond Wed, 23 Jul 2025 01:13:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77769
Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu : Pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan kempen kibar bendera 2025 yang dilancarkan pada 1 Ogos nanti merupakan simbolik ‘kick off’ program sebelum menuju acara kemuncak pada 31 Ogos depan.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr. Sabin Samitah berkata, majlis yang dijadual akan dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor itu akan berlangsung di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu di sini.

Katanya, pelancaran program itu akan menjadi titik permulaan kepada pelbagai pengisian sepanjang bulan kemerdekaan, dengan objektif utama membangkitkan semangat perpaduan nasional dan menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat, khususnya di Sabah.

Sabin Samitah

Menurutnya lagi, program itu bukan sekadar acara tahunan tetapi satu usaha untuk memupuk kesedaran sejarah serta meningkatkan penghargaan terhadap keamanan dan keharmonian yang dikecapi bersama.

“Pada majlis itu, Ketua Menteri juga akan melepaskan peserta-peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) yang akan disertai 60 peserta dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan melibatkan lebih kurang 20 kenderaan.

“Selain itu, Ketua Menteri juga akan mengagihkan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah kepada jabatan-jabatan kerajaan persekutuan dan negeri,” katanya kepada media selepas rancangan temubual di SabahVFM serta SabahFM di sini pada Selasa.

Sabin berkata, terdapat beberapa program lain turut akan menghiasi sepanjang bulan kebangsaan dengan penglibatan beberapa jabatan-jabatan kerajaan persekutuan dan negeri.

“Terdapat lima program utama akan diadakan antaranya Info On Wheel (IOW) yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Sabah bagi menyampaikan informasi-informasi yang menarik selain bacaan doa selamat anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah,” katanyam

Mengulas lanjut berkenaan sambutan Hari Kebangsaan, Sabin memaklumkan, pada tahun ini jumlah kontinjen akan dihadkan bagi mengelakkan perarakan mengambil masa yang panjang.

“Pada tahun lepas didapati terdapat beberapa kontinjen yang mewakili aktiviti atau kumpulan yang hampir sama menyebabkan terdapat beberapa rungutan dari orang ramai yang kurang gemar dengan situasi tersebut,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai boleh mengikuti sosial media JAPEN Sabah untuk mendapatkan sebarang perkembangan program-program yang akan berlangsung sepanjang tempoh sambutan ini berlangsung.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/23/kick-off-bulan-kebangsaan-hari-sabah-2025-1-ogos-ini/feed/ 0 77769
Lebih 50,000 banjiri Jalan Tun Fuad Stephens raikan Hari Kebangsaan, Hari Sabah 2024 https://sabahmedia.com/2024/08/31/lebih-50000-banjiri-jalan-tun-fuad-stephens-raikan-hari-kebangsaan-hari-sabah-2024/ https://sabahmedia.com/2024/08/31/lebih-50000-banjiri-jalan-tun-fuad-stephens-raikan-hari-kebangsaan-hari-sabah-2024/#respond Sat, 31 Aug 2024 05:04:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59969
Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024 yang disambut serentak buat julung kalinya pada tahun ini menjadi saksi perpaduan dalam menyemai semangat patriotisme yang turut diwarnai dengan kibaran Jalur Gemilang dan Bendera Sabah sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens di sini hari ini.

Sambutan yang dihadiri lebih 50,000 pengunjung dari pelbagai lapisan bangsa dan agama itu turut menyaksikan lebih 180 kontinjen menyertai perarakan perbarisan termasuk aset dan kenderaan daripada pelbagai agensi di lokasi acara sambutan seawal jam 6 pagi.

Acara hari ini bermula dengan ketibaan pembesar negeri termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag; Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya; Menteri Kewangan dan beberapa ahli jemaah Kabinet Sabah.

Sambutan secara rasmi bermula dengan ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni dengan menaik kenderaan rasmi sekitar jam 7.30 pagi.

Ketibaan Juhar disambut Hajiji dan Pengerusi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah peringkat negeri yang juga Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, sebelum acara dimulakan dengan pemeriksaan kawalan keselamatan.

Tun Juhar memeriksa kawalan keselamatan yang membabitkan 103 anggota dari Batalion Ke-22, Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohammad Nursyakirin Noorizhab.

Sejurus selepas itu, bacaan ikrar turut dilaksanakan oleh wakil-wakil anggota beruniform yang diketuai Leftenan Abdul Rahman Nasushardin dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Selepas itu, turut diadakan adalah persembahan koir daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Sabah Credit Corporation (SCC) sebelum perarakan dimulakan

Perarakan itu dimulakan dengan perarakan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sabah yang dianggotai oleh Tentera Darat Malaysia dan TLDM.

Selepas itu, ianya diikuti perarakan daripada pasukan keselamatan, badan beruniform, kementerian negeri, sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Turut menyertai perbarisan ialah kontinjen mewakili persatuan kebudayaan etnik, badan bukan kerajaan. (NGO) dan sektor swasta. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/31/lebih-50000-banjiri-jalan-tun-fuad-stephens-raikan-hari-kebangsaan-hari-sabah-2024/feed/ 0 59969
Hari Kebangsaan, Hari Sabah wadah penyatuan rakyat https://sabahmedia.com/2024/08/17/hari-kebangsaan-hari-sabah-wadah-penyatuan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2024/08/17/hari-kebangsaan-hari-sabah-wadah-penyatuan-rakyat/#respond Sat, 17 Aug 2024 01:32:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59189
Read Time:1 Minute, 9 Second

Tambunan: Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah yang bakal diraikan di negeri ini diharap mampu menjadi wadah penyatuan rakyat yang berbilang latar belakang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, pewartaan sambutan Hari Sabah pada 5 Jun yang lalu menunjukkan kesungguhan kerajaan mengangkat martabat negeri selain menjadi wadah penyatuan rakyat.

“Kita sekarang boleh meraikan sambutan Hari Sabah bersama-sama dengan Hari Kebangsaan dan mengangkat bendera negeri bersama-sama dengan Jalur Gemilang di seluruh Sabah.

“Pewartaan hari Sabah bukan perkara remeh-temeh, maka itu pertahankan usaha ini dan berbanggalah kita kerana kita dapat meraikan tarikh bersejarah ini secara bersama,” katanya.

Beliau berkata demkian ketika merasmikan Program Kembara Merdeka dan Kempen Kibar Bendera peringkat daerah Tambunan di Dewan Kampung Patau di sini.

Jeffrey berkata, tanggungjawab memartabat, memaju dan mengekalkan keharmonian dan perpaduan terletak pada bahu semua peringkat masyarakat.

“Saya percaya rakyat kita yang moden ini terutama sekali belia dan beliawanis yang mempunyai ilmu akan mempunyai keinginan untuk memastikan aspirasi kita mengekalkan kemerdekaan dapat diteruskan,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut membuat pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2024 yang meneruskan perjalanan ke daerah Keningau dan Sook yang diketuai Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Supian Musa.

Hadir sama Pengarah Jabatan Perangkaan Sabah Muhammad Amri Idris, Pegawai Daerah Tambunan Sobitun Makajil dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tambunan Rizal Maula.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/17/hari-kebangsaan-hari-sabah-wadah-penyatuan-rakyat/feed/ 0 59189