hari kebangsaan sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 31 Aug 2023 10:21:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png hari kebangsaan sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dataran Bandaraya kembali meriah, ceria sempena Hari Kebangsaan 2023 https://sabahmedia.com/2023/08/31/dataran-bandaraya-kembali-meriah-ceria-sempena-hari-kebangsaan-2023/ https://sabahmedia.com/2023/08/31/dataran-bandaraya-kembali-meriah-ceria-sempena-hari-kebangsaan-2023/#respond Thu, 31 Aug 2023 07:00:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41070
Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Dataran Bandaraya di Jalan Tun Fuad Stephens di sini kembali diwarnai dengan keceriaan dan kibaran Jalur Gemilang lebih 25,000 pengunjung yang hadir sempena sambutan hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah 2023 pagi tadi.

Sambutan tahun ini juga menyaksikan sebanyak 114 kontinjen dan 28 pelbagai jenis kenderaan menyertai perbarisan serta perarakan selain turut dipersembahkan empat buah helikopter yang membuat ‘flypast’ selepas kali terakhir dianjurkan dilokasi berkenaan sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Acara yang disaksikan ribuan pengunjung itu bermula seawal jam 7 pagi sejurus ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bagi menerima tabik hormat ketua setiap kontinjen.

Ketibaan Juhar disambut Hajiji dan Pengerusi Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri yang juga Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, sebelum acara dimulakan dengan pemeriksaan kawalan keselamatan.

Tun Juhar memeriksa kawalan keselamatan yang membabitkan 113 anggota dari Batalion Ke-22, Rejimen Askar Melayu Diraja, Sandakan yang diketuai Mejar Mohd Adam Embi.

Sejurus selepas itu, perarakan dimulakan menerusi lintas lalu udara membabitkan helikopter dari Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Hadir sama isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah RM Jasni; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Julia Salag serta tiga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Sementara itu, 114 kontinjen perbarisan yang mengambil bahagian pada sambutan Hari Kebangsaan kali ini terdiri daripada pasukan keselamatan, badan beruniform, kementerian negeri, sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Turut menyertai perbarisan ialah kontinjen mewakili persatuan kebudayaan etnik, badan bukan kerajaan. (NGO) dan sektor swasta. – SABAH MEDIA/ FOTO JAPEN

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/31/dataran-bandaraya-kembali-meriah-ceria-sempena-hari-kebangsaan-2023/feed/ 0 41070
Lima beradik berpakaian tema patriotik curi tumpuan https://sabahmedia.com/2023/08/31/lima-beradik-berpakaian-tema-patriotik-curi-tumpuan/ https://sabahmedia.com/2023/08/31/lima-beradik-berpakaian-tema-patriotik-curi-tumpuan/#respond Thu, 31 Aug 2023 04:33:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41064
Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : “Saya berbelanja hampir RM500 untuk menempah pakaian yang bertemakan patriotik untuk anak-anak saya pakai pada sambutan Hari Kebangsaan ini,” kata Azlina Abdul Manaf,43.

Ibu kepada lima orang adik beradik yang berasal dari Kota Belud itu turut rasa berbangga dengan keberanian dan keterujaan anak-anaknya yang berani untuk mengenakan pakaian sedemikian.

Lima adik-beradik itu ialah Putra Mukhlis Shah Roslan,12,Putri Mahfuzah,10,Putri Maisarah,8.Putri Mawaddah,7 dan Putri Maghfirah,4.

“Mereka ini sebenarnya ada 10 orang adik beradik tapi hanya lima saja yang dapat kami bawa untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan ini. 

“Sebelum sambutan hari ini, mereka sudah pun menyaksikan raptai perbarisan beberapa hari lalu dengan mengenakan pakaian sama.

“Kami bermalam di Kota Kinabalu dan tadi pagi seawal jam 5 pagi mereka sudah bersiap dan mahu sekali lagi mengenakan pakaian ini atas dasar semangat patriotik.  Mereka ini sebenarnya mahu melihat aset ketenteraan,” katanya ketika ditemui Sabah Media di sini hari ini.

Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah itu berlangsung di Jalan Tun Fuad  Stephens selepas beberapa tahun tidak dilaksanakan dilokasi berkenaan akibat pandemik COVID-19.

Majlis sambutan turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta barisan Kabinet Kerajaan Negeri Sabah.

Azlina yang juga seorang penjawat awam berkata, keinginan anak-anaknya untuk mengenakan pakaian berkenaan adalah atas permintaan mereka tanpa paksaan.

“Secara peribadi, ini adalah kali pertama mereka menyaksikan sambutan secara lebih dekat dimana beberapa tahun sebelum ini mereka hanya menyaksikan di kaca televisyen.

“Dari segi kos untuk menyediakan pakaian ini adalah dalam anggaran RM500 untuk semua,” katanya.

Terdahulu, orang ramai mula membanjiri lokasi penganjuran seawal jam 4 pagi bagi menyaksikan pelbagai program dan aktiviti yang telah disusun atur sepanjang sambutan itu. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/31/lima-beradik-berpakaian-tema-patriotik-curi-tumpuan/feed/ 0 41064
Orang ramai dipelawa meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Khamis ini https://sabahmedia.com/2023/08/29/orang-ramai-dipelawa-meriahkan-sambutan-hari-kebangsaan-khamis-ini/ https://sabahmedia.com/2023/08/29/orang-ramai-dipelawa-meriahkan-sambutan-hari-kebangsaan-khamis-ini/#respond Tue, 29 Aug 2023 04:30:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40920
Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu: Orang ramai sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan daerah berhampiran dipelawa untuk hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah pada Khamis ini.

Pembantu Menteri Kewangan II Tan Lee Fat berkata, sambutan itu akan berlangsung di Jalan Tun Fuad Stephens berhadapan dengan Promenade Hotel.

“Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2023 pada ketika ini berjalan lancar. Setakat ini (semalam) sebanyak 90 peratus persiapan telah dilaksanakan dengan melibatkan dua sesi raptai sejak Ahad.

“Hari ini (semalam) merupakan raptai kali kedua walaupun cuaca hujan namun berjalan dengan lancar dan esok (hari ini ) raptai penuh perbarisan akan dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sejurus selepas Sesi Temu Bual Program Kami Bah Ini (KBI) di Studio HD TV RTM Sabah, di sini semalam.

Pembantu Menteri Kewangan II Tan Lee Fat

Beliau yang juga  Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023  turut menyarankan kepada masyarakat agar terus menyemarakkan semangat patriotik dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan menghayati makna Hari Kebangsaan.

“Kita dapat menunjukkan semangat  kebersamaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis-premis perniagaan, rumah ataupun di kereta sebagai menunjukkan  semangat cintakan negara sempena Hari Kebangsaan ini.

“Saya menyeru kepada semua orang ramai datang beramai-ramai memeriahkan lagi  Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos yang akan berlangsung di Jalan Tun Fuad Stephens (berhadapan Promenade Hotel),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/29/orang-ramai-dipelawa-meriahkan-sambutan-hari-kebangsaan-khamis-ini/feed/ 0 40920
1,000 jemaah hadir imarahkan majlis tahlil, doa selamat Hari Kebangsaan https://sabahmedia.com/2023/08/26/1000-jemaah-hadir-imarahkan-majlis-tahlil-doa-selamat-hari-kebangsaan/ https://sabahmedia.com/2023/08/26/1000-jemaah-hadir-imarahkan-majlis-tahlil-doa-selamat-hari-kebangsaan/#respond Sat, 26 Aug 2023 11:07:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40761
Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Seramai 1,000 jemaah hadir mengimarahkan Majlis Tahlil Dan Doa Selamat Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2023 di sini semalam.

Majlis yang diadakan di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Ketibaan Tun Juhar disambut Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah dan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Dr. Arifin Mohd Arif.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting disusuli bacaan doa selamat oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Bungsu turut menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk Kemerdekaan Nikmat Yang Wajib Disyukuri sebelum Suhaidi mengimamkan solat Jumaat serta solat sunat hajat dua rakaat.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Saifulzaman Sangul, Pengarah Qhazanah Sdn. Bhd, Datuk Dr. Yusof Yacob yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Konsul Agung Negara Brunei, Awang Hipni Matarsad serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Zainuddin Aman.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/26/1000-jemaah-hadir-imarahkan-majlis-tahlil-doa-selamat-hari-kebangsaan/feed/ 0 40761