hari kebangsaan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 20 Aug 2026 07:07:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png hari kebangsaan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 180 kontinjen dijangka sertai sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026 https://sabahmedia.com/2026/08/20/180-kontinjen-dijangka-sertai-sambutan-hari-kebangsaan-dan-hari-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/08/20/180-kontinjen-dijangka-sertai-sambutan-hari-kebangsaan-dan-hari-sabah/#respond Thu, 20 Aug 2026 06:36:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101970
Read Time:2 Minute, 44 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Sebanyak 180 kontinjen dijangka menyertai Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah Peringkat Negeri Sabah 2026 yang akan berlangsung di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu pada 31 Ogos ini.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata penyertaan itu melibatkan agensi kerajaan, pasukan beruniform, sekolah, persatuan serta pelbagai organisasi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026 berkata, acara perbarisan dan perarakan berjalan lalu akan bermula seawal jam 6 pagi.

“Penyertaan yang begitu besar ini mencerminkan semangat patriotisme dan kebersamaan rakyat Sabah dalam meraikan hari yang bersejarah ini,” katanya pada Sidang Media Khas Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026, di sini hari ini.

Menurut Masidi, pada pagi 31 Ogos, Sambutan Hari Kebangsaan 2026 akan berlangsung di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu, dengan semua kontinjen perbarisan mengambil tempat bermula jam 6.30 pagi, diikuti ketibaan tetamu dan dif kehormat.

Kemuncak acara akan bermula dengan keberangkatan tiba Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

“Pada sebelah malam pula, kita akan meneruskan sambutan dengan Sambutan Hari Sabah 2026 di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu.

“Menariknya, orang ramai boleh hadir lebih awal kerana acara preshow akan bermula seawal jam 5 petang, dengan pelbagai pengisian dan persembahan bagi memeriahkan suasana,” katanya.

Masidi berkata, konsep Sambutan Hari Sabah 2026 memberi penekanan kepada golongan belia dan generasi muda sebagai pewaris masa depan negeri, selain membawa mesej untuk melihat ke hadapan.

Katanya, Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya menjadi kesempatan untuk rakyat menghayati sejarah, menghargai perjuangan generasi terdahulu serta membina keyakinan terhadap masa depan Sabah dalam Malaysia.

“Memahami sejarah bukan bermaksud kita hanya melihat ke belakang, tetapi supaya kita lebih menghargai apa yang telah dicapai dan memahami tanggungjawab kita untuk menentukan apa yang mahu dicapai selepas ini,” katanya.

Beliau berkata, generasi muda Sabah perlu diberikan ruang dan peluang untuk menjadi peserta, penyumbang serta penggerak kepada pembangunan negeri, bukannya sekadar menjadi penonton.

Dalam pada itu, Masidi berkata kekuatan terbesar Sabah ialah perpaduan dalam kepelbagaian yang perlu terus dipertahankan.

“Kepelbagaian kaum, agama, budaya dan latar belakang masyarakat Sabah bukan sesuatu yang memisahkan kita, sebaliknya merupakan aset yang menyatukan dan memperkayakan negeri ini,” katanya.

Sambutan tahun ini turut membawa tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, yang menekankan bahawa pembangunan negara perlu diterjemahkan kepada manfaat dan kesejahteraan yang benar-benar dirasai rakyat.

Menurut Masidi, dalam konteks Sabah, kesejahteraan bukan hanya melibatkan pembangunan fizikal, tetapi turut merangkumi peluang pekerjaan, pendidikan berkualiti, pertumbuhan ekonomi, kemudahan asas, keselamatan serta perkhidmatan awam yang cekap.

Beliau berkata, semua jawatankuasa yang dilantik kini giat melaksanakan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan sambutan pada 31 Ogos berjalan teratur dan lancar, termasuk aspek keselamatan, kawalan lalu lintas, kebersihan, penyertaan kontinjen serta pengurusan keseluruhan acara.

Masidi turut menyeru peserta dan orang ramai yang hadir supaya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa serta mematuhi segala arahan yang dikeluarkan.

“Saya menjemput seluruh rakyat Sabah, tanpa mengira usia, kaum, agama atau latar belakang, untuk bersama-sama hadir memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah pada 31 Ogos ini.

“Jadikanlah sambutan ini bukan sahaja sebagai satu perayaan, tetapi sebagai kesempatan untuk kita menghayati erti kemerdekaan, menghargai sejarah serta memperkukuh perpaduan sesama kita,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/20/180-kontinjen-dijangka-sertai-sambutan-hari-kebangsaan-dan-hari-sabah/feed/ 0 101970
157 kontijen memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2025 https://sabahmedia.com/2025/08/22/157-kontijen-memeriahkan-sambutan-hari-kebangsaan-dan-hari-sabah-2025/ https://sabahmedia.com/2025/08/22/157-kontijen-memeriahkan-sambutan-hari-kebangsaan-dan-hari-sabah-2025/#respond Fri, 22 Aug 2025 13:13:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79850
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Sebanyak 157 kontijen bakal memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2025 pada 31 Ogos ini, yang dijangka menarik kehadiran lebih 50,000 orang seperti tahun sebelumnya.

Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, acara itu akan diadakan di Jalan Tun Fuad Stephens (berhadapan Hotel Promenade) bermula jam 7.30 pagi.

“Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman bersama Toh Puan Faridah Tusin dijadual hadir, manakala Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Datuk Juliah Salag turut hadir memeriahkan acara,” katanya dalam Sidang media Sempena Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Sabah di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, Kepayan di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, sebanyak sepuluh kategori kontijen yang terlibat ialah sekolah rendah, sekolah menengah, institut pengajian tinggi awam (IPTA), institut pengajian tinggi swasta (IPTS), badan bukan kerajaan (NGO), persatuan beruniform, jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta, sukarelawan, serta pertubuhan belia.

“Selain itu, sambutan turut menampilkan penyertaan baharu tahun ini iaitu pemilik skuter seramai 50 orang serta persembahan kawad senyap. Acara popular setiap tahun pula akan diserikan dengan persembahan kebudayaan khas oleh Lembaga Kebudayaan Sabah.

“Di peringkat daerah, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah turut berlangsung, termasuk majlis doa di rumah-rumah ibadah lain di Sabah. Jabatan Penerangan pula mengadakan program jelajah untuk menyampaikan mesej patriotisme di seluruh daerah di Sabah,” tambahnya.

Masidi juga menjelaskan, pada sebelah malam, sambutan Hari Sabah akan diadakan di Padang Merdeka sebagai kesinambungan acara siang.
Majlis penuh istiadat ini merangkumi upacara tabik hormat, menaikkan bendera, lafaz ikrar, serta persembahan koir. Kemuncak sambutan adalah perarakan kontijen perbarisan, kenderaan, dan perarakan Jalur Gemilang serta bendera negeri yang menjadi tarikan utama setiap tahun.

Majlis dijangka berakhir sekitar jam 10.30 pagi dengan keberangkatan pulang Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah bersama dif-dif kehormat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/22/157-kontijen-memeriahkan-sambutan-hari-kebangsaan-dan-hari-sabah-2025/feed/ 0 79850
Jangan pinggirkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah https://sabahmedia.com/2025/08/22/jangan-pinggirkan-sambutan-hari-kebangsaan-dan-hari-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/08/22/jangan-pinggirkan-sambutan-hari-kebangsaan-dan-hari-sabah/#respond Fri, 22 Aug 2025 13:07:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79848
Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Rakyat diseru supaya tidak meminggirkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah, sebaliknya mempamerkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang secara sukarela.

Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sambutan itu bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya mencerminkan sikap dan jati diri rakyat.

“Saya harap semua dapat mengibarkan secara sukarela dan bukan kerana dipaksa,” katanya pada sidang media di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, Kepayan, di sini, hari ini.

“Malah ada yang minta percuma … kita perlu ubah ini. Bendera hanya dibeli untuk setahun sekali sahaja. Jadi bukanlah terlalu membebankan. Nasihat saya mudah kibarkan bendera dengan betul dan penuh rasa hormat,” katanya.

Beliau menambah, walaupun negara tidak sempurna, semangat patriotisme tetap perlu dipupuk.

“Kita tahu negara tidak sempurna, tetapi itulah sebabnya kita perlu terus menyemai rasa cinta dan tanggungjawab. Sikap kita sedikit sebanyak menunjukkan siapa kita,” katanya.

Ketika ditanya mengenai isu kesalahan mengibarkan Jalur Gemilang yang berlaku di Semenanjung Malaysia baru-baru ini, Masidi menjelaskan bahawa perkara itu tidak seharusnya diperbesarkan.

“Sebenarnya, kalau kita lihat, memang masih ada kesilapan kecil dalam pengibaran Jalur Gemilang. Tetapi saya tidak rasa ia sesuatu yang perlu dibimbangkan secara berlebihan. Kadang-kadang manusia memang buat silap. Malah di negara lain, saya masih jumpa kes di mana rakyatnya memasang bendera secara salah,” katanya.

Menurut beliau, apa yang lebih penting adalah semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang itu sendiri.

“Kalau ada rakyat yang silap pasang, saya lebih suka kita lihat gambaran besar sekurang-kurangnya mereka tetap mahu mengibarkan bendera. Itu yang penting. Bukan semua orang sempurna, jadi kita patut maafkan kesilapan itu dan pada masa sama, didik mereka cara yang betul,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/22/jangan-pinggirkan-sambutan-hari-kebangsaan-dan-hari-sabah/feed/ 0 79848
Perpaduan kunci kemakmuran Sabah – Hajiji https://sabahmedia.com/2025/08/01/perpaduan-kunci-kemakmuran-sabah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/08/01/perpaduan-kunci-kemakmuran-sabah-hajiji/#respond Fri, 01 Aug 2025 04:27:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78359
Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu: Perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini adalah kunci utama kepada kekuatan dan kemakmuran Sabah yang berterusan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, seluruh rakyat diseru agar terus memelihara keharmonian yang dinikmati hari ini sebagai warisan paling berharga untuk generasi akan datang. 

“Perpaduan dalam kepelbagaian adalah kekuatan sebenar Sabah. Ia bukan kelemahan, sebaliknya keunikan yang harus kita banggakan dan pelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera 2025 di sini pada Jumaat. 

Hajiji berkata, setiap individu bertanggungjawab menjadikan ruang seperti sekolah, tempat kerja, premis perniagaan, rumah ibadat dan ruang digital sebagai wadah memperkukuh persefahaman, bukannya menyemai perpecahan. 

Mengulas kemajuan pembangunan negeri ini, beliau berkata pencapaian Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 setakat Mei 2025, menunjukkan kejayaan memberangsangkan dengan purata pelaksanaan mencecah 94 peratus daripada 467 inisiatif yang dirancang. 

“Antara sektor yang terus menjadi keutamaan adalah pertanian, perindustrian dan pelancongan, selain usaha memperkukuh modal insan, kesejahteraan rakyat, jaringan infrastruktur dan kelestarian alam sekitar,” katanya. 

Hajiji Noor

Sementara itu, Hajiji berkata, pelbagai bentuk bantuan rakyat turut disalurkan, termasuk memperkukuh akses pendidikan serta pengenalan Skim Insurans Perlindungan Rakyat Sabah yang memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat. 

Beliau turut mengajak seluruh lapisan masyarakat untuk mengibarkan Jalur Gemilang di mana-mana sahaja –sebagai simbol kesetiaan dan semangat cinta negara. 

“Pelancaran hari ini bukan sekadar satu acara simbolik, tetapi satu seruan untuk kita menghayati makna sebenar kemerdekaan – bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga bebas daripada kemiskinan dan perpecahan,” katanya. 

Menurutnya, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah yang diraikan setiap Ogos merupakan detik bersejarah yang mengingatkan rakyat tentang perjuangan nenek moyang mempertahankan tanah air dan maruah bangsa. 

“Sebagai rakyat Malaysia di Sabah, kita mempunyai tanggungjawab besar untuk mempertahankan nikmat kemerdekaan dan meneruskan legasi perjuangan ini,”  katanya. 

Majlis pelancaran itu diserikan dengan penyerahan bendera kepada jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan, wakil persatuan dan pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/01/perpaduan-kunci-kemakmuran-sabah-hajiji/feed/ 0 78359
Pelancaran sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera Jalur bertukar ke Magellan Sutera Harbour https://sabahmedia.com/2025/07/29/pelancaran-sambutan-hari-kebangsaan-hari-sabah-dan-kempen-kibar-bendera-jalur-bertukar-ke-magellan-sutera-harbour/ https://sabahmedia.com/2025/07/29/pelancaran-sambutan-hari-kebangsaan-hari-sabah-dan-kempen-kibar-bendera-jalur-bertukar-ke-magellan-sutera-harbour/#respond Tue, 29 Jul 2025 08:56:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78169
Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Lokasi pelancaran sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera Jumaat ini di tukar ke Magellan Sutera Harbour Resort di sini 

Timbalan Ketua Pengarah Sektor Khidmat Pengurusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Faradillah Abdul Rani, perubahan lokasi itu adalah susulan insiden kebakaran yang melibatkan Dewan Masyarakat Kota Kinabalu pada Selasa.

Timbalan Ketua Pengarah Sektor Khidmat Pengurusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Faradillah Abdul Rani

Katanya, dewan itu merupakan lokasi utama pelancaran sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera.

“Saya berharap agar orang ramai terus menyokong sambutan berkenaan dan kami turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk datang bersama memeriahkan sambutan ini.

“Terdapat banyak program yang disusun seperti persembahan nyanyian PENTARAMA, pengagihan bendera dan acara kemuncak iaitu pelepasan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sabah oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa Lawatan Tapak dan Mesyuarat Ringkas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera 2025 di sini, pada Selasa.

Faradillah turut menasihatkan orang ramai untuk terus mengibarkan bendera sama ada di rumah atau di premis masing-masing bagi menggelorakan lagi sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/29/pelancaran-sambutan-hari-kebangsaan-hari-sabah-dan-kempen-kibar-bendera-jalur-bertukar-ke-magellan-sutera-harbour/feed/ 0 78169
UiTM Sabah raih kemenangan berganda https://sabahmedia.com/2024/09/01/uitm-sabah-raih-kemenangan-berganda/ https://sabahmedia.com/2024/09/01/uitm-sabah-raih-kemenangan-berganda/#respond Sun, 01 Sep 2024 04:14:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59997
Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah meraih kemenangan berganda dalam pertandingan perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024.

UiTM mendominasi kategori Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) apabila muncul juara dan naib juara melalui Komander Kesatria dan Kor Suksis manakala tempat ketiga disandang oleh Petronas Bridged Bomba Kimanis Petroleum Training Centre.

Sementara itu, Jabatan Perhutanan Sabah meraih gelaran juara bagi kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi sementara Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Majlis Perbandaran Tawau masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Bagi kategori Jabatan kerajaan tidak Berpakaian rasmi pula, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar muncul juara disusuli Kementerian Kerajaan dan Perumahan Sabah di tempat kedua dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di tempat ketiga.

Turut menjuarai bagi kategori masing-masing, SK Sri Gaya bagi kategori Sekolah Rendah, SMK Putatan bagi kategori Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sabah Electricity Sdn Bhd bagi kategori Swasta atau Komersial, Bulan Sabit Merah Malaysia Kota Kinabalu (kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan) dan Persatuan Rumpun Bajausama Sabah (kategori Pertubuhan Etnik Sabah).

Perbarisan Hari Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Jalan Tun Fuad Stephens itu menyaksikan keputusan yang memukau dengan pemenang utama diumumkan dalam majlis penuh warna. 

Acara tahunan ini menampilkan perarakan yang memaparkan disiplin dan kreativiti luar biasa dari pelbagai kumpulan dan agensi kerajaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/01/uitm-sabah-raih-kemenangan-berganda/feed/ 0 59997
Orang ramai dinasihatkan datang lebih awal Sabtu ini https://sabahmedia.com/2024/08/29/orang-ramai-dinasihatkan-datang-lebih-awal-sabtu-ini/ https://sabahmedia.com/2024/08/29/orang-ramai-dinasihatkan-datang-lebih-awal-sabtu-ini/#respond Thu, 29 Aug 2024 00:57:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59834
Read Time:2 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai dinasihatkan untuk datang lebih awal atau memilih untuk menggunakan pengangkutan awam selain berkongsi kenderaan bagi menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Jalan Tun Fuad Stephen.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Polis (ACP) Kasim Muda berkata, nasihat sama turut diberikan kepada masyarakat yang turut sama mahu menyaksikan sambutan Hari Sabah yang akan berlangsung di Padang Merdeka Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Polis (ACP) Kasim Muda

Katanya, ini adalah bagi memberi keselesaan kepada pengunjung dan memudahkan pergerakan aliran lalu lintas berikutan penutupan beberapa jalan utama sekitar Bandaraya Kota Kinabalu bermula Selasa lalu hingga 31 Ogos ini. 

“Antara jalan-jalan yang ditutup kekal sepanjang tempoh Sambutan Hari Kebangsaan adalah laluan dari susur keluar Sutera Harbour menuju ke susur masuk Jalan Mentari (ke Imago) ditutup satu lorong, persimpangan Jalan Mentari, Bulatan Millennium ke Jalan Tun Fuad Stephens, lampu isyarat Skybridge – laluan dari arah lampu isyarat 20 ke pentas lintas hormat, laluan dari susur masuk Api-Api Centre ke lampu isyarat Skybridge dan susur keluar lorong Api-Api ke lampu isyarat Skybridge.

“Manakala jalan yang ditutup secara berkala adalah susur Jalan Centre Point menuju ke Api-Api Centre, lorong tengah Api-Api Centre dan laluan ke bangunan MAA Api-Api Centre,” katanya semasa program temubual segmen ‘Kita Cerita #Kitakongsi’ di konti SABAHfm kendalian DJ Pyan dan Kak Lang, di sini semalam.

Laluan ditutup sempena sambutan hari kebangsaan

Kasim berkata, bagi Sambutan Hari Sabah yang bermula pada malam 31 Ogos seramai 43 anggota dan lima pegawai trafik ditugaskan bagi mengawal aliran lalu lintas berikutan penutupan simpang dan jalan manakala 35 anggota dan enam pegawai akan mengawal keselamatan sekitar tapak program di Padang Merdeka.

“Persimpangan yang ditutup adalah simpang Pintu Gerbang Istana Seri Kinabalu menuju ke Padang Merdeka manakala laluan yang ditutup adalah dari lampu isyarat Dewan Masyarakat menuju ke Padang Merdeka dan laluan dari arah simpang tiga Bukit Bendera menuju ke Pintu Gerbang Istana Seri Kinabalu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kasim turut memaklumkan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menawarkan pengurangan kadar kompaun bagi saman terpilih sebanyak 50 peratus kepada pemilik-pemilik kenderaan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah tersebut.

Katanya, orang ramai yang mempunyai saman trafik boleh menikmati diskaun tersebut bermula dari 29 hingga 31 Ogos ini  dengan menjelaskan saman tersebut di kaunter Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.

“Tawaran pengurangan kadar kompaun ini tidak termasuk bagi lima kesalahan mandatori termasuklah kesalahan yang melibatkan kemalangan jalan raya.

“Oleh itu, kepada pemilik-pemilik kenderaan yang mempunyai saman, ambillah peluang ini untuk menyelesaikan saman yang ada bagi mengelakkan kenderaan tuan-tuan disenarai hitamkan kerana ia akan menyebabkan pemilik kenderaan sukar untuk membuat pembaharuan insuran dan cukai jalan di kemudian hari,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/29/orang-ramai-dinasihatkan-datang-lebih-awal-sabtu-ini/feed/ 0 59834
Pelbagai acara menarik disediakan sempena Hari Kebangsaan https://sabahmedia.com/2024/08/22/pelbagai-acara-menarik-disediakan-sempena-hari-kebangsaan/ https://sabahmedia.com/2024/08/22/pelbagai-acara-menarik-disediakan-sempena-hari-kebangsaan/#respond Thu, 22 Aug 2024 02:34:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59481
Read Time:2 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu: Pelbagai acara menarik disediakan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini selain kejutan akan berlaku pada 31 Ogos ini.

Ketua Urusetia Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2024, Dayang Selha Ibrahim berkata, sebanyak 175 kontinjen akan menyertai perbarisan lintas lalu sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Katanya, penyertaan tersebut terdiri daripada kementerian persekutuan, negeri, sekolah, badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya .

Menurutnya, penyertaan tersebut lebih banyak berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 125 kontinjen.

“Sebenarnya banyak acara menarik yang disediakan bagi sambutan 31 Ogos ini banyak program yang telah diaturkan antaranya perbarisan dan kelainan pada tahun ini kita akan ada satu kejutan untuk mengetahui apa kejutan tersebut orang ramai dijemput hadir bersama di Jalan Tun Fuad Stephens.

“Dan Hari Sabah kita ada program yang berbeza iaitu pada malam 31 Ogos di Padang Merdeka seperti konsert, kereta berhias di bawah anjuran Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI).

“Kita harapkan pada tahun ini sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah bagi tahun 2024 meriah dan orang ramai juga dijemput hadir untuk memeriahkan bersama dalam sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2024.

“Sama-sama kita war-warkan kepada semua orang untuk datang bawalah saudara mara dan anak-anak yang belum pernah melihat bagaimana meriahnya sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah pada 31 Ogos depan dan saya berharap dengan adanya sambutan seperti ini akan dapat menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di sabah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas selesai sesi temubual segmen ‘Morning Kinabalu’ di konti Kupi-Kupi FM bersama DJ Niz dan Felix Agus, di sini semalam.

Dayang Selha yang juga merupakan Setiausaha Rendah Bahagian Pemantauan Agensi Awam dan Pelaburan, Kementerian Kewangan Negeri Sabah (MOF) berkata, Kementerian Kewangan telah dilantik sebagai penganjur bagi sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah bagi tahun 2024 dan ini merupakan penganjuran kali kedua di bawah MOF.

“Sebenarnya ini merupakan penganjuran kali kedua di bawah Kementerian Kewangan bagi Hari Kebangsaan kita sangat bersyukur dan menyahut cabaran ini 

“Jawatankuasa Induk dibawah pimpinan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri  Masidi Manjun yang juga merupakan pengerusi bagi Jawatankuasa tersebut dengan sokongan dan tunjuk ajar daripada beliau kita mendapat kerjasama semua jawatankuasa daripada kementerian dan jabatan sehingga berjalan lancar sambutan  Hari Kebangsaan Hari Sabah tahun ini,” katanya.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat JaPen Sabah, Dr. Diana Dominic dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keurusetiaan JaPen Sabah Siti Mariam Aziz Rashid

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/22/pelbagai-acara-menarik-disediakan-sempena-hari-kebangsaan/feed/ 0 59481
Raikan Hari Kebangsaan Dengan Penuh Rasa Bangga & Patriotisme https://sabahmedia.com/2021/08/30/raikan-hari-kebangsaan-dengan-penuh-rasa-bangga-patriotisme/ https://sabahmedia.com/2021/08/30/raikan-hari-kebangsaan-dengan-penuh-rasa-bangga-patriotisme/#respond Mon, 30 Aug 2021 09:03:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5540
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU : Semua rakyat Malaysia khususnya di Sabah digesa untuk terus bersatu dan menyambut Hari Kebangsaan dengan penuh rasa bangga dan patriotisme.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, rakyat juga perlu bersyukur dengan apa yang dikecapi selain menjauhi segala perkara yang boleh menjejaskan perpaduan serta keamanan yang dinikmati selama ini.

“Bersyukurlah dengan keamanan dan keharmonian yang telah kita kecapi. Marilah kita mengenepikan perbezaan dan anasir-anasir yang boleh menggugat perpaduan.

“Marilah kita fokus kepada persamaan kita untuk membangun negara yang lebih baik,” katanya dalam perutusan Hari Kebangsaan 2021.

Hajiji berkata walaupun menghadapi pelbagai cabaran, rakyat Malaysia perlu terus bangkit dan bersama kerajaan untuk menempuh saat-saat sukar ini termasuk terus berjuang melawan pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan kehidupan serta ekonomi.

“Tema Hari Kebangsaan iaitu Malaysia Prihatin, mencerminkan tekad kerajaan dan rakyat untuk memerangi pandemik COVID-19,” katanya.

Tambahnya, keprihatinan rakyat Malaysia itu dizahirkan dengan meraikan jasa dan pengorbanan semua petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus memastikan negara terus dilindungi serta selamat daripada pandemik COVID-19 dan ancaman keselamatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/30/raikan-hari-kebangsaan-dengan-penuh-rasa-bangga-patriotisme/feed/ 0 5540
Tun Juhar Hadir Majlis Kesyukuran Hari Kebangsaan https://sabahmedia.com/2021/08/27/tun-juhar-hadir-majlis-kesyukuran-hari-kebangsaan/ https://sabahmedia.com/2021/08/27/tun-juhar-hadir-majlis-kesyukuran-hari-kebangsaan/#respond Fri, 27 Aug 2021 13:52:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5380
Read Time:34 Second

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menghadiri Majlis Kesyukuran Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah di Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang dekat sini.

Majlis yang berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) itu dimulakan dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting, seterusnya bacaan doa oleh Mufti Kerajaan Negeri, Sahibus Samahah Datuk Bungsu Aziz.

Dalam majlis yang berlangsung pada Jumaat itu, Suhaidi turut menyampaikan khutbah bertajuk ‘Meraih Keberkatan dalam Kemerdekaan’ sebelum mengimamkan solat jumaat.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih, Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Setiausaha Persekutuan, Datuk Zulkapli Mohamed serta Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Halim Khalid. –PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/27/tun-juhar-hadir-majlis-kesyukuran-hari-kebangsaan/feed/ 0 5380