Hari kelepasan am – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 17 Mar 2025 14:21:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hari kelepasan am – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 30 Mac diwartakan sebagai hari kelepasan am Sabah https://sabahmedia.com/2025/03/17/30-mac-diwartakan-sebagai-hari-kelepasan-am-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/03/17/30-mac-diwartakan-sebagai-hari-kelepasan-am-sabah/#respond Mon, 17 Mar 2025 14:21:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70585
Read Time:35 Second

Kota Kinabalu : Tarikh 30 Mac diwartakan sebagai hari kelepasan am sempena Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baharu.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong menerusi warta Kerajaan bertarikh 6 Mac lalu.

“Jadual Pemberitahuan Warta No. 221 tahun 2024 yang disiarkan pada 8 Ogos 2024 adalah dipinda dengan menggantikan perkataan ‘Sabtu’ dan ‘4 Oktober’ yang terdapat bersetentangan dengan ‘Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri’ dengan perkataan ‘Ahad’ dan ‘30 Mac’ masing-masing,” menurut warta Kerajaan itu di sini.

Pada 1 Januari lalu, Tun Musa Aman melafazkan sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu di sini. –SABAH MEDIA / FOTO BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/17/30-mac-diwartakan-sebagai-hari-kelepasan-am-sabah/feed/ 0 70585