Hari Keputeraan ke-77 Sultan Brunei – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 17 Jul 2023 12:29:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hari Keputeraan ke-77 Sultan Brunei – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji & Juliah Hadir Majlis Persantapan Hari Keputeraan ke-77 Sultan Brunei https://sabahmedia.com/2023/07/17/hajiji-juliah-hadir-majlis-persantapan-hari-keputeraan-ke-77-sultan-brunei/ https://sabahmedia.com/2023/07/17/hajiji-juliah-hadir-majlis-persantapan-hari-keputeraan-ke-77-sultan-brunei/#respond Mon, 17 Jul 2023 12:28:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38451
Read Time:43 Second

BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag merupakan antara tetamu khas yang menghadiri Majlis Persantapan Sempena Hari Keputeraan Ke 77 Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman pada Ahad.

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Dr. Hajah Norlidah Tan Sri R. M. Jasni.

Pada Sabtu Hajiji dan Juliah mengadap Sultan Hassanal Bolkiah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Mohamed Alam di Istana Nurul Iman.

Mereka turut menghadiri Majlis Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam dan Majlis Istiadat Barisan Kehormatan di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/17/hajiji-juliah-hadir-majlis-persantapan-hari-keputeraan-ke-77-sultan-brunei/feed/ 0 38451