Hari koperasi negara – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 26 Jul 2023 14:25:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hari koperasi negara – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hampir RM50 juta jualan dan prospek perniagaan direkodkan sempena HKN di Sabah https://sabahmedia.com/2023/07/26/hampir-rm50-juta-jualan-dan-prospek-perniagaan-direkodkan-sempena-hkn-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/07/26/hampir-rm50-juta-jualan-dan-prospek-perniagaan-direkodkan-sempena-hkn-di-sabah/#respond Wed, 26 Jul 2023 14:25:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38988
Read Time:2 Minute, 5 Second

Putrajaya: Sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu baru-baru ini telah berjaya mencatatkan jualan dan prospek perniagaan sejumlah RM48,370.833.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, daripada jumlah itu RM46.9 juta adalah prospek perniagaan melalui 44 sesi padanan perniagaan. 

“Manakala jualan koperasi atau usahawan yang menyertai pameran sepanjang tiga hari HKN berjumlah RM1,215,090. Jualan Madani sebanyak RM154,284.00 dan jualan food truck berjumlah RM101,459.00. Keseluruhan jumlah jualan tunai RM1,470,832. 

“Dari segi kehadiran pengunjung pula, seramai 10,069 orang mengunjungi sambutan itu selama tiga hari iaitu melebihi sasaran yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Sebanyak 219 reruai oleh agensi kerajaan, swasta, usahawan dan koperasi terlibat dalam karnival jualan dan gerai pameran. 

Pelbagai aktiviti berkaitan keusahawanan diadakan antaranya Pocket Talk, khidmat nasihat perniagaan, bicara niaga inklusif dan kuiz keusahawanan. 

Selain itu, aktiviti-aktiviti lain turut disediakan untuk pengunjung seperti persembahan artis, Coop Explorace, Voice of Coop, Zumba, Pertandingan Video Kreatif dan Bicara Perdana “Koperasi, Menjejak Berkah Menggarap Hikmat” dan Malam Kerohanian: Persembahan Nasyid dan Tarian Kebudayaan.” 

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Haji Noor.

Pada tahun ini, Sabah dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran HKN 2023. 

Tema BKK’23 adalah “Malaysia Madani Teras Kecemerlangan Koperasi”. Menghayati dan melaksanakan enam teras yang terkandung dalam konsep Malaysia Madani, KUSKOP yakin ia dapat mengangkat darjat gerakan koperasi ke tahap yang lebih maju dan makmur. 

Sambutan BKK ini merupakan manifestasi apresiasi dan pengiktirafan Kerajaan kepada gerakan koperasi negara yang telah banyak menyumbang dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat Madani di negara ini.

Pemilihan bulan Julai sebagai acara Sambutan Bulan Koperasi Kebangsaan bukan sahaja menyorot sejarah pendaftaran koperasi pertama di negara ini, malah ianya selaras dengan pengisytiharan hari Sabtu Minggu Pertama Bulan Julai Setiap Tahun sebagai Hari Koperasi Antarabangsa (International Day of Co-operatives) oleh Perikatan Koperasi Antarabangsa (International Co-operative Alliance, ICA). Pada tahun ini, Hari Koperasi Antarabangsa telah disambut pada 1 Julai 2023.

Sepanjang penganjuran tiga hari HKN’23, masyarakat setempat telah mendapat limpahan ekonomi daripada kehadiran anggota koperasi seluruh negara seperti industri perhotelan, pelancongan dan pengangkutan. 

Selain itu, gerakan koperasi seluruh negara berjaya meningkatkan rangkaian kerjasama dengan pelbagai pihak menceburi pelbagai aktiviti perniagaan dan meningkatkan pendapatan koperasi.

Majlis penutupan Bulan Koperasi Kebangsaan (BKK’23) pada 30 Julai ini dijangka akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/26/hampir-rm50-juta-jualan-dan-prospek-perniagaan-direkodkan-sempena-hkn-di-sabah/feed/ 0 38988
Lebih 5,000 pengunjung dijangka memeriahkan HKN 2023 https://sabahmedia.com/2023/07/20/lebih-5000-pengunjung-dijangka-memeriahkan-hkn-2023/ https://sabahmedia.com/2023/07/20/lebih-5000-pengunjung-dijangka-memeriahkan-hkn-2023/#respond Thu, 20 Jul 2023 06:30:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38621
Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu : Lebih 5,000 pengunjung dijangka akan memeriahkan sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) 2023 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula esok bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Pelbagai aktiviti dan program telah disusun atur sepanjang penganjuran HKN 2023 antaranya seperti pameran koperasi dan usahawan; pameran kerjaya; padan niaga; pertandingan e-Sport; demonstrasi produk; forum perdana; persembahan artis dan pelbagai aktiviti lain.

Pengarah Unit Hal Ehwal Antarabangsa dan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Rozdeen Mohd Jaafar berkata, perasmian HKN 2023 akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Sabtu ini.

Katanya, sepanjang sambutan itu juga, sebanyak 200 reruai disediakan untuk pameran koperasi dan usahawan, pameran kerjaya serta jualan madani koperasi dan usahawan (JMKU) sepanjang program ini berlangsung.

“Pada tahun ini Sabah dipilih sebagai tuan rumah penganjuran HKN 2023 dan akan turut memberi pengiktirafan kepada tiga buah koperasi iaitu penyampaian Anugerah Koperasi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Terbaik (Siswa); Anugerah Koperasi Sekolah Terbaik dan Anugerah Koperasi Masjid Terbaik.

“Selain HKN 2023, Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi (MAGK) 2023 turut diadakan pada malam ini yang akan dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dimana sebanyak dua anugerah turut disampaikan iaitu Anugerah Tokoh Koperasi Negara 2023 dan Anugerah Koperasi Premier 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi taklimat bersama pengamal media Sabah sempena HKN 2023 di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datin Suriani Abdul Rahman.

Rozdeen berkata, Anugerah Koperasi Terbaik Mengikut Sektor Ekonomi kepada koperasi-koperasi yang terpilih akan disampaikan dalam acara kemuncak Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 (BKK’23) yang akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 30 Julai ini.

Sambutan BKK ini merupakan manifestasi apresiasi dan pengiktirafan Kerajaan kepada gerakan koperasi negara yang telah banyak menyumbang dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat Madani di negara ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/20/lebih-5000-pengunjung-dijangka-memeriahkan-hkn-2023/feed/ 0 38621