Hari malaysia sabah sarawak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 11 Sep 2023 14:43:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hari malaysia sabah sarawak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pertunjukan bunga api antara tarikan sambutan Hari Malaysia https://sabahmedia.com/2023/09/12/pertunjukan-bunga-api-antara-tarikan-sambutan-hari-malaysia/ https://sabahmedia.com/2023/09/12/pertunjukan-bunga-api-antara-tarikan-sambutan-hari-malaysia/#respond Mon, 11 Sep 2023 16:05:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41670
Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Pertunjukan bunga api menjadi antara tarikan yang bakal memeriahkan lagi Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah di Padang Merdeka, Sabtu ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata, pertunjukan itu adalah acara kemuncak di antara persembahan lain yang telah dirancang bagi memeriahkan sambutan Jubli Intan Hari Malaysia Ke-60 tahun ini.

“Satu persembahan yang unik dan menarik daripada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) merangkumi lima segmen persembahan dengan segmen finale Madani juga akan dipersembahkan. 

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew

“Selain itu, turut diadakan sesi penyerahan Jalur Gemilang oleh Ketua Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin sebagai simbolik berakhirnya konvoi tersebut bagi tahun ini,” katanya kepada media selepas Sesi Temu Bual Program Kami Bah Ini (KBI) di Studio TV RTM Sabah, di sini semalam.

Christina yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023 berkata, pelbagai program berunsur kenegaraan telah disusun bagi memupuk serta menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara.

“Antaranya pameran Arkib Negeri Sabah yang bertempat di International Technology and Commercial Centre (ITCC) Penampang, Instalasi Komuniti Seni di Balai Seni Lukis Sabah dan Majlis Bacaan Tahlil di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang,” katanya.

Beliau berharap seiring tema ‘Malaysia Madani, Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’,  sambutan jubli intan tahun ini memberikan makna yang besar dalam menzahirkan inspirasi serta harapan rakyat ke arah mencapai kesejahteraan dan kemakmuran.

]]> https://sabahmedia.com/2023/09/12/pertunjukan-bunga-api-antara-tarikan-sambutan-hari-malaysia/feed/ 0 41670 Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September https://sabahmedia.com/2023/09/02/sambutan-hari-malaysia-di-sarawak-pada-16-september/ https://sabahmedia.com/2023/09/02/sambutan-hari-malaysia-di-sarawak-pada-16-september/#respond Fri, 01 Sep 2023 22:20:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41148
Read Time:1 Minute, 39 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur: Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada tahun ini akan diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak, pada 16 September ini.

Menurut Jawatankuasa Media dan Publisiti (JKMP) sambutan itu, Sarawak diberikan kepercayaan untuk menganjurkan sambutan pada tahun ini selaras dengan keputusan Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 24 Jun 2020 yang antara lain bersetuju sambutan Hari Malaysia diadakan secara bergilir-gilir antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Majlis dijadual bermula dengan acara prapersembahan pada jam 7 malam dan acara rasmi bermula pada jam 8.30 malam dengan ketibaan Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tan Sri Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Antara tetamu kehormat yang dijangka hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Premier Sarawak, Tan Sri Dr Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salang.

Menurut JKMP, sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan itu akan menggunakan tema yang sama dengan Hari Kebangsaan 2023 iaitu “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”.

Bagaimanapun, tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu “Segulai Sejalai”, yang membawa maksud “berjalan seringan”, akan turut akan digunakan pada sambutan itu nanti.

“Segulai” membawa maksud bersatu dan bekerjasama di samping berpegang kepada pandangan yang sama manakala “Sejalai” pula membawa makna berjalan atau melangkah bersama ke hadapan.

“Cogan kata ini amat bertepatan dengan Sambutan Hari Malaysia yang melambangkan kesatuan, perpaduan serta semangat kerjasama yang utuh dalam kalangan rakyat di negara ini. Ia menekankan kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia sebagai tonggak untuk merealisasikan harapan Malaysia MADANI,” menurut JKMP.

Antara pengisian menarik yang dijadualkan pada sambutan tersebut ialah upacara menandatangani Buku Khas Hari Malaysia, perarakan masuk Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang dan Konsert Hari Malaysia.

Menurut JKMP, siaran langsung bagi sambutan itu akan dilaksanakan oleh RTM dan akan disambung siar oleh semua stesen televisyen penyiar utama iaitu TV3, Astro AWANI, TV AlHijrah, BERNAMA TV, TV Sarawak (TVS) dan SUKE TV.– BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/02/sambutan-hari-malaysia-di-sarawak-pada-16-september/feed/ 0 41148