hari malaysia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 26 Jun 2026 23:34:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png hari malaysia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’ dipilih tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 https://sabahmedia.com/2026/06/27/malaysia-madani-kesejahteraan-dinikmati-dipilih-tema-hari-kebangsaan-dan-hari-malaysia-2026/ https://sabahmedia.com/2026/06/27/malaysia-madani-kesejahteraan-dinikmati-dipilih-tema-hari-kebangsaan-dan-hari-malaysia-2026/#respond Fri, 26 Jun 2026 23:34:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98950
Read Time:1 Minute, 21 Second

PUTRAJAYA: Tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’ dipilih sebagai tema rasmi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, mencerminkan komitmen kerajaan dalam membina sebuah negara yang maju, inklusif dan sejahtera berteraskan gagasan Malaysia MADANI.

Menteri Komunikasi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, Datuk Fahmi Fadzil, berkata tema berkenaan menegaskan bahawa kesejahteraan negara perlu dinikmati secara adil dan menyeluruh oleh seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.

Beliau berkata, tema itu berpaksikan nilai keadilan, kemanusiaan dan kebajikan, selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh perpaduan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’ mencerminkan aspirasi kerajaan untuk memastikan setiap lapisan masyarakat menikmati hasil pembangunan negara secara saksama.

“Ia juga menggambarkan komitmen berterusan dalam membina sebuah Malaysia yang makmur, inklusif dan bersatu,” katanya ketika mengumumkan logo dan tema rasmi HKHM 2026 di sini, pada Jumaat

Menurut Fahmi, Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 akan dimulakan dengan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 yang dijadual berlangsung pada 18 Julai di Perak.

Katanya, sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan pada 31 Ogos di Putrajaya, manakala Sambutan Hari Malaysia akan berlangsung pada 16 September di Sarawak.

Sepanjang Bulan Kebangsaan, pelbagai program dan aktiviti akan dilaksanakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme, kebersamaan serta cintakan negara.

Antara program yang dirancang ialah Kembara Bahasa HKHM, Quran Hour, 1Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG), Ambang Merdeka, Kira Detik Merdeka, RIUH Merdeka serta Majlis Memperingati Negarawan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan jadual program, promosi dan pelbagai aktiviti sempena HKHM 2026 menerusi Portal Rasmi Merdeka360.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Erwin Khairul Ahmad.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/27/malaysia-madani-kesejahteraan-dinikmati-dipilih-tema-hari-kebangsaan-dan-hari-malaysia-2026/feed/ 0 98950
Rakyat Sabah dipelawa meriahkan Sambutan Hari Malaysia 2025 di Padang Merdeka https://sabahmedia.com/2025/09/14/rakyat-sabah-dipelawa-meriahkan-sambutan-hari-malaysia-2025-di-padang-merdeka/ https://sabahmedia.com/2025/09/14/rakyat-sabah-dipelawa-meriahkan-sambutan-hari-malaysia-2025-di-padang-merdeka/#respond Sun, 14 Sep 2025 08:36:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81226
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Rakyat di negeri ini dipelawa  untuk hadir memeriahkan sambutan Hari Malaysia 2025 peringkat negeri Sabah yang akan berlangsung di Padang Merdeka pada 16 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan, Datuk Seri Christina Liew berkata, sambutan yang bertemakan ‘Malaysia Madani: Rakyat Disantuni’ bukan sekadar acara tahunan, tetapi simbol penyatuan rakyat sejak penubuhan Malaysia pada 1963.

“Kehadiran rakyat akan menjadikan sambutan lebih bermakna kerana rakyatlah nadi dan jiwa negara. 

“Marilah kita bersama-sama meraikan detik bersejarah ini dengan penuh semangat kebersamaan,” katanya.

Sementara itu, Christina berkata, lebih daripada 120 hadiah menarik menanti pengunjung bertuah yang hadir ke sambutan Hari Malaysia itu.

Katanya, hadiah utama termasuk motosikal serta hadiah menarik seperti basikal, mesin basuh, telefon pintar, baucer makanan bernilai RM200, baucer beli belah bernilai RM500 serta banyak lagi menanti para pengunjung.

Katanya, mereka yang mahu mengambil bahagian dalam cabutan bertuah itu perlu mendaftarkan diri dengan pihak penganjur semasa sambutan itu diadakan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/14/rakyat-sabah-dipelawa-meriahkan-sambutan-hari-malaysia-2025-di-padang-merdeka/feed/ 0 81226
140 artis budaya warnai sambutan Hari Malaysia 2025 Selasa ini https://sabahmedia.com/2025/09/12/140-artis-budaya-warnai-sambutan-hari-malaysia-2025-selasa-ini/ https://sabahmedia.com/2025/09/12/140-artis-budaya-warnai-sambutan-hari-malaysia-2025-selasa-ini/#respond Fri, 12 Sep 2025 06:34:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81055
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU:  Seramai 140 artis budaya bakal mewarnai sambutan Hari Malaysia 2025 di Padang Merdeka pada 16 September ini, termasuk penampilan istimewa lebih kurang 10 artis tempatan Sabah dan Sarawak.  

Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), Mackey Apison Lo berkata, LKNS diberi peranan mengendalikan persembahan pelbagai etnik seni budaya bermula seawal 4.30 petang pada hari berkenaan.

“Antara persembahan yang akan ditampilkan termasuklah kumpulan busker dan Masmona selain penyusunan sambutan ketibaan VVIP khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, yang melibatkan kumpulan kesenian etnik termasuk persembahan singa.

“LKNS turut merangka sebuah persembahan khas bertajuk Gerbang Perpaduan Madani yang menggambarkan perjalanan rakyat Sabah dan Malaysia berbilang kaum, etnik serta budaya yang hidup harmoni di bawah satu payung kedaulatan.

“Persembahan ini mengetengahkan nilai hormat, kasih sayang dan semangat tolong-menolong sebagai teras kehidupan masyarakat Malaysia,”katanya kepada media selepas temu bual di konti Sabah FM, Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi di sini pada Khamis.

Menurutnya enam kumpulan kesenian yang terlibat ialah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Borneo Arts, Artums, Praps, Ngalays, Artis Wayang Sabah serta kumpulan kesenian Belia KBS.

“Latihan persembahan ini berlangsung lebih sebulan, melibatkan persatuan etnik dan kumpulan kesenian di Kota Kinabalu. 

“Sepanjang latihan, mereka saling berinteraksi hingga membangkitkan semangat kekitaan serta kerjasama, sekali gus memperlihatkan keunikan etnik Sabah melalui gerak tari, nyanyian dan busana,” katanya.  

Selain itu, penampilan khas turut membabitkan artis tempatan Sarawak, Mawat bersama barisan artis Sabah antaranya Elica Paujin, Dr. Sharif Zainal, Ayin, Jacklyn Chia, Afiq Ahmed, Eylia Guntabid, Rey Guntabid dan Maldini Sidney.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/12/140-artis-budaya-warnai-sambutan-hari-malaysia-2025-selasa-ini/feed/ 0 81055
Orang ramai dipelawa hadir meriahkan Hari Malaysia 2025 16 September ini https://sabahmedia.com/2025/09/03/orang-ramai-dipelawa-hadir-meriahkan-hari-malaysia-2025-16-september-ini/ https://sabahmedia.com/2025/09/03/orang-ramai-dipelawa-hadir-meriahkan-hari-malaysia-2025-16-september-ini/#respond Wed, 03 Sep 2025 00:24:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80500
Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu: Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2025 di Padang Merdeka pada 16 September ini dijangka meriah dengan pelbagai acara menarik termasuk pertunjukan bunga api sebagai acara kemuncak.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Christina Liew berkata, sambutan tahun ini lebih istimewa dengan pelbagai acara menarik telah dirancang.

Katanya, sambutan itu dijangka dapat menarik kehadiran kira-kira 20,000 pengunjung termasuk masyarakat setempat dan pelancong.

“Setiap tahun Sambutan Hari Malaysia amat istimewa kerana memperingati pembentukan Malaysia, sama ada di Semenanjung, Sarawak ataupun di Sabah, kita semua meraikannya bersama.

“Kita menanti-nantikan program yang penuh warna-warni dengan pelbagai aktiviti dan persembahan menarik, manakala pertunjukan bunga api akan menjadi kemuncak sambutan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Selasa.

 Christina berkata, kunjungan berkenaan bertujuan untuk menjemput Tun Musa bagi merasmikan sambutan Hari Malaysia.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan itu turut mempelawa orang ramai untuk hadir bersama-sama memeriahkan acara itu.

“Bagi mengetahui sendiri aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan, orang ramai dijemput hadir ke Padang Merdeka pada 16 September.

“Harapan saya agar negeri Sabah terus harmoni dan aman dengan masyarakat yang berbilang kaum” katanya.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Josie Lai.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/03/orang-ramai-dipelawa-hadir-meriahkan-hari-malaysia-2025-16-september-ini/feed/ 0 80500
Kerajaan umum cuti tambahan 15 September ini sempena Hari Malaysia https://sabahmedia.com/2025/07/23/kerajaan-umum-cuti-tambahan-15-september-ini-sempena-hari-malaysia/ https://sabahmedia.com/2025/07/23/kerajaan-umum-cuti-tambahan-15-september-ini-sempena-hari-malaysia/#respond Wed, 23 Jul 2025 03:16:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77775
Read Time:44 Second

Putrajaya : Kerajaan mengumumkan 15 September 2025 sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hari kelepasan itu adalah bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia. 

“Ini juga bagi memberi galakan agar rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penghargaan untuk rakyat Malaysia di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Kerajaan turut meningkatkan peruntukan bagi pelaksanaan program Jualan Rahmah Madani 2025.

“Jualan Rahmah MADANI 2025 telah disediakan RM300 juta. Bagi memperbanyak capaian program, peruntukan tahun ini ditingkatkan sekali ganda lagi menjadi RM600 juta.

“Peruntukan tambahan ini antaranya akan menambah kekerapan dan memperluas jumlah lokasi di seluruh negara meliputi kesemua 600 dewan undangan negeri, selain memperbanyak jenis barangan untuk memberi pilihan yang lebih meluas kepada rakyat,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/23/kerajaan-umum-cuti-tambahan-15-september-ini-sempena-hari-malaysia/feed/ 0 77775
Sambutan Hari Malaysia disifatkan bawa makna besar https://sabahmedia.com/2024/09/16/sambutan-hari-malaysia-disifatkan-bawa-makna-besar/ https://sabahmedia.com/2024/09/16/sambutan-hari-malaysia-disifatkan-bawa-makna-besar/#respond Mon, 16 Sep 2024 14:56:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60764
Read Time:1 Minute, 25 Second

Oleh SABAH MEDIA TEAM

Kota Kinabalu : Sambutan Hari Malaysia 2024 yang disambut di sini malam ini disifatkan membawa makna kemerdekaan yang besar kepada negara kerana diraikan serentak dengan Maulidur Rasul.

Perkara itu diakui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka yang disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Anwar yang mengaitkan sejarah kelahiran Nabi Muhammad dan peristiwa hijrah kemudiannya dengan semangat kemerdekaan yang dibawa menerusi pembentukan Malaysia melalui penggabungan Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu, 61 tahun yang lalu.

Katanya, selain bebas daripada penjajah, Malaysia yang ditubuhkan selepas itu perlu merdeka atau dibebaskan daripada unsur negatif yang boleh menjejaskan negara dan rakyat.

“Saya mulakan tadi dengan menyebut ayat Al-Quran yang bersabit dengan maulid Nabi Rasulullah SAW. Apa kaitan dengan Malaysia merdeka dan Malaysia bersama Sabah dan Sarawak.

“Kerana bagi umat Islam, kelahiran nabi itu, terutama dalam penghijrahan kemudiannya, itu adalah untuk memerdekakan.

“Bebaskan Malaysia, bebaskan negara. Bebaskan daripada fahaman kolot, bebaskan daripada fahaman junub, bebas daripada perkauman sempit, bebas daripada kebencian antara satu sama lain.

“Bebas daripada menghukum orang dan menzalimi orang. Itu semangat agama dan saya percaya, ini juga semangat yang dipupuk oleh agama-agama yang pelbagai di negara ini.

“Sebab itu, saya kaitkan semangat Maulidur Nabi Rasulullah SAW dalam konteks ini. Ada relevannya dan ada kebijaksanaan, ia suatu yang unik,” katanya.

Hadir sama Timbalan-Timbalan Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg.

Sambutan itu dianggarkan turut dihadiri lebih 30,000 orang masyarakat sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan daerah berhampiran. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/16/sambutan-hari-malaysia-disifatkan-bawa-makna-besar/feed/ 0 60764
Lebih 30,000 masyarakat hadir saksikan sambutan Hari Malaysia https://sabahmedia.com/2024/09/16/lebih-30000-masyarakat-hadir-saksikan-sambutan-hari-malaysia/ https://sabahmedia.com/2024/09/16/lebih-30000-masyarakat-hadir-saksikan-sambutan-hari-malaysia/#respond Mon, 16 Sep 2024 12:49:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60750
Read Time:35 Second

Oleh SABAH MEDIA TEAM

Kota Kinabalu : Lebih 30,000 masyarakat sekitar bandaraya Kota Kinabalu malam ini hadir membanjiri Padang Merdeka bagi menyaksikan sambutan Hari Malaysia 2024.

Meskipun sambutan rasmi bermula kira-kira jam 8.30 malam namun orang ramai yang hadir ke tapak sambutan sudah mula membanjiri Padang Merdeka seawal jam 5 petang.

Orang ramai yang hadir tidak melepaskan peluang untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba kira-kira jam 8.20 malam tadi.

Sebelum itu, turut hadir sama adalah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan  Premier Sarawak Tan Sri Abang Zohari Tun Abang Openg.

Majlis pada malam ini akan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/16/lebih-30000-masyarakat-hadir-saksikan-sambutan-hari-malaysia/feed/ 0 60750
Hari Malaysia : Orang ramai mula membanjiri Padang Merdeka https://sabahmedia.com/2024/09/16/hari-malaysia-orang-ramai-mula-membanjiri-padang-merdeka/ https://sabahmedia.com/2024/09/16/hari-malaysia-orang-ramai-mula-membanjiri-padang-merdeka/#respond Mon, 16 Sep 2024 10:02:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60748
Read Time:42 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai sekitar bandaraya Kota Kinabalu mula membanjiri Padang Merdeka di sini seawal jam 5 petang bagi menyaksikan sambutan Hari Malaysia 2024 malam ini.

Kehadiran pengunjung yang hadir lebih awal itu menggambarkan orang ramai tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan detik bersejarah yang akan turut dihadiri pemimpin Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

Sambutan yang akan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin  itu akan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Zohari Tun Abang Openg.

Antara program yang akan diadakan pada malam ini termasuklah upacara menandatangani buku khas Sambutan Hari Malaysia; upacara memotong kek sambutan Hari Malaysia dan persembahan khas Malaysia Madani Jiwa Madani.

Dijangka seramai lebih 30,000 pengunjung akan hadir memeriahkan sambutan Hari Malaysia malam ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/16/hari-malaysia-orang-ramai-mula-membanjiri-padang-merdeka/feed/ 0 60748
Sambutan Hari Malaysia tampil semangat kekitaan https://sabahmedia.com/2024/09/16/sambutan-hari-malaysia-tampil-semangat-kekitaan/ https://sabahmedia.com/2024/09/16/sambutan-hari-malaysia-tampil-semangat-kekitaan/#respond Mon, 16 Sep 2024 07:32:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60728
Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu : Sambutan Hari Malaysia 2024 yang akan berlangsung malam ini di Padang Merdeka di sini mengambil semangat kekitaan dalam keluarga besar Malaysia.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sambutan berkenaan penting untuk diraikan bagi mengingati tarikh 16 September 1963.

“Acara sambutan Hari Malaysia yang kita buat secara bergilir tuan rumahnya, tahun lalu di Kuching, tahun ini di Sabah mengambil semangat kekitaan dalam keluarga besar negara Malaysia.

“Beza konsep sambutan, pada Hari Kebangsaan kita akan lihat perarakan dengan aset-aset ketenteraan dan sebagainya.

“Tapi malam ini antara detik yang sangat berharga, sangat signifikan dan bersejarah adalah ketika buku yang akan ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia, Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah.

“Itulah buku yang ditandatangani oleh bapa-bapa Malaysia pada tahun 1963 itu sendiri, buku yang dibawa khas, dijaga oleh Arkib Negara dan itulah bagi saya detik paling istimewa acara pada malam ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual semasa rakaman program Kami Bah Ini! (KBI) di Padang Merdeka, di sini pagi tadi.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata, Sabah akan berusaha memberikan yang terbaik sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia tahun ini.

“Tahun ini Sabah Negeri Di Bawah Bayu dipilih sebagai tuan rumah dan ini merupakan tanggungjawab besar kerana turut melibatkan Semenanjung dan Sarawak.

“Saya rasa gembira dan teruja dan akan memberikan yang terbaik pada tahun ini sebagai tuan rumah,” katanya.

Program berkenaan dikendalikan oleh Hos Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah, Jovenea Jim dan Leolarry Lajius.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/16/sambutan-hari-malaysia-tampil-semangat-kekitaan/feed/ 0 60728
Pembentukan Malaysia bawa banyak nikmat, manfaat https://sabahmedia.com/2024/09/15/pembentukan-malaysia-bawa-banyak-nikmat-manfaat/ https://sabahmedia.com/2024/09/15/pembentukan-malaysia-bawa-banyak-nikmat-manfaat/#respond Sun, 15 Sep 2024 08:28:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60700
Read Time:1 Minute, 54 Second

Kota Kinabalu: Pembentukan Malaysia telah membawa banyak nikmat dan manfaat kepada pelbagai lapisan rakyat di seluruh negara dan negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah amat menghargai keprihatinan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat negeri ini.

Katanya, perjalanan membina negara ini masih panjang, berliku dan pastinya akan berhadapan dengan pelbagai cabaran, namun pasti berjaya diharungi dengan adanya kesatuan, kebersamaan dan perpaduan atas kepentingan tanah air.

Beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menghayati tema sambutan Hari Malaysia tahun ini iaitu ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’, cerminan yang amat penting bagi kemakmuran dan kemajuan negara.

“Malaysia Madani yang disokong oleh enam nilai teras utama mencerminkan visi kita untuk membentuk masyarakat yang berdaya tahan, harmoni dan progresif. Jiwa Merdeka pula menggambarkan kebebasan rakyat Malaysia daripada elemen negatif, menekankan semangat patriotisme dan cinta kepada negara.

“la juga melibatkan aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi dalam usaha kita untuk membina sebuah kesatuan rakyat yang kukuh dan harmoni,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024.

Hajiji berkata, nilai-nilai Malaysia Madani seiring dengan aspirasi dasar Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menjadi panduan kerajaan dalam memacu pembangunan negeri ini. Melalui dasar ini, kerajaan berusaha memperkukuhkan ekonomi, mempertingkatkan kesejahteraan rakyak dan memperkasa pembangunan yang leslari.

“Gabungan nilai-nilai Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya ini adalah manifestasi kesungguhan kita untuk melihat Sabah dan Malaysia terus maju dalam suasana yang aman dan makmur.

“Bagi kita di Sabah, semangat perpaduan dan saling menghormati antara kaum akan terus dipertahankan dalam usaha bergerak maju ke hadapan. Lni kerana kesatuan dan perpaduan antara rakyat adalah kunci kepada kejayaan Malaysia amnya dan Sabah khususnya.

“Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan semangat perpaduan dan terus bekerja keras demi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang makmur, berdaulat, dan dihormati di peringkat antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, sambutan Hari Malaysia amat bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia bersama-sama mengingati dan merayakan detik bersejarah tanah air yang berlaku 61 lahun yang lalu.

Katanya, pada ketika itulah termeterainya perjanjian yang menyatukan dua wilayah Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu untuk membetuk sebuah negara bangsa yang berdaulat dan merdeka di bawah satu bendera, satu negara.

“Semoga sambutan Hari Malaysia pada tahun ini memberi inspirasi dan kekuatan baharu kepada kita semua dalam meneruskan perjuangan untuk memastikan masa depan negara yang lebih cemerlang,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/15/pembentukan-malaysia-bawa-banyak-nikmat-manfaat/feed/ 0 60700