Hari pahlawan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 14 Aug 2026 15:30:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hari pahlawan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 403 anggota penguatkuasa sertai sambutan Hari Pahlawan Sabah 2026 https://sabahmedia.com/2026/08/15/403-anggota-penguatkuasa-sertai-sambutan-hari-pahlawan-sabah-2026/ https://sabahmedia.com/2026/08/15/403-anggota-penguatkuasa-sertai-sambutan-hari-pahlawan-sabah-2026/#respond Fri, 14 Aug 2026 22:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101598
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU : Seramai 403 anggota penguatkuasa daripada pelbagai agensi menyertai Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2026 yang berlangsung di Tugu Pahlawan, Taman Ujana Rimba, pada Jumaat.

Penyertaan itu melibatkan 13 kontinjen terdiri daripada pasukan keselamatan dan agensi berkaitan, antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Acara bermula pada 8.20 pagi sejurus ketibaan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainuddin Aman bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebelum majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.

Upacara penghormatan dimulakan dengan tiupan “Last Post” disusuli dengan bertafakur selama 20 saat bagi memperingati mereka yang terkorban dalam mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.

Seterusnya, Zainuddin mengambil tempat di hadapan Tugu Pahlawan bagi menerima tabik hormat.

Turut hadir ialah Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Razali Wahab, Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Shamshor Jaafar dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/15/403-anggota-penguatkuasa-sertai-sambutan-hari-pahlawan-sabah-2026/feed/ 0 101598
Sambutan Hari Pahlawan Sabah julung kali diadakan di Masjid Negeri https://sabahmedia.com/2026/07/29/sambutan-hari-pahlawan-sabah-julung-kali-diadakan-di-masjid-negeri/ https://sabahmedia.com/2026/07/29/sambutan-hari-pahlawan-sabah-julung-kali-diadakan-di-masjid-negeri/#respond Tue, 28 Jul 2026 22:57:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100723
Read Time:1 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah buat julung kalinya akan diadakan di Masjid Negeri pada 31 Julai ini, selaras dengan amalan yang dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah berkata, sambutan yang bermula pada jam 5 petang itu dijangka menghimpunkan kira-kira 1,500 peserta terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan serta orang awam.

Beliau berkata, pemilihan Masjid Negeri sebagai lokasi sambutan bukan sahaja bertepatan dengan tradisi di peringkat Persekutuan, malah mampu mewujudkan suasana penghargaan yang lebih bermakna terhadap jasa dan pengorbanan para pahlawan negara.

“Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah akan diadakan di Masjid Negeri pada 31 Julai ini bermula jam 5 petang.

“Sambutan julung kali di lokasi itu dijangka menghimpunkan kira-kira 1,500 peserta daripada pelbagai agensi dan orang awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas kunjungan hormat Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Selasa.

Sabin berkata, sambutan itu terbuka kepada semua anggota masyarakat tanpa mengira agama.

Menurutnya, selain majlis tahlil, bacaan Yasin serta solat Maghrib dan Isyak bagi peserta beragama Islam, pengisian lain akan berlangsung di pekarangan Masjid Negeri yang boleh disertai oleh semua jemputan.

“Semua anggota sama ada beragama Islam ataupun bukan Islam juga dijemput hadir kerana selain majlis tahlil, bacaan Yasin dan solat Maghrib serta Isyak, pengisian lain akan berlangsung di pekarangan masjid sahaja,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa sambutan berkenaan akan diserikan dengan penyampaian sumbangan kepada para pahlawan yang akan dikenal pasti oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka.

Mengulas mengenai kunjungan hormat itu, Sabin berkata, tujuan utama rombongan adalah untuk menjemput Tun Musa menghadiri sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah.

Beliau berkata, sambutan tahunan itu menjadi platform penting untuk mengenang jasa, keberanian dan pengorbanan para pahlawan yang telah mempertahankan kedaulatan negara sama ada pada zaman dahulu mahupun pada masa kini.

Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mohd Azhar Hamin; Panglima 5 Briged Kem Lok Kawi, Brigedier Jeneral Abdul Razak Harun; Timbalan Pengarah Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Abdul Manap Abdul Rubim; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Luar Bandar dan Penguatkuasaan) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Karim Rahim; serta Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Khidmat Pengurusan) DBKK, Faradillah Abdul Rani.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/29/sambutan-hari-pahlawan-sabah-julung-kali-diadakan-di-masjid-negeri/feed/ 0 100723
Tun Musa hadiri sambutan Hari Pahlawan Sabah 2025 https://sabahmedia.com/2025/07/31/tun-musa-hadiri-sambutan-hari-pahlawan-sabah-2025/ https://sabahmedia.com/2025/07/31/tun-musa-hadiri-sambutan-hari-pahlawan-sabah-2025/#respond Thu, 31 Jul 2025 07:28:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78292
Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman pada Khamis menghadiri Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2025 yang berlangsung di padang kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini.

Acara dimulakan dengan Yang di-Pertua Negeri memeriksa perbarisan kawalan kehormatan utama (KKU) oleh 102 pegawai kanan polis serta pegawai rendah polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah yang diketuai Deputi Superintendan Polis, Akmal Nashreq Abd Malik dan Penolong Pegawai Baris, Asisten Superintendan Polis, Sallihan Lem Matin.

Upacara diikuti tiupan ‘Last Post’ dan bacaan doa bagi memperingati wira negara yang terkorban sebelum diserikan dengan lintas hormat oleh 13 veteran Angkatan Tentera Malaysia dan 20 pesara Polis Diraja Malaysia serta persembahan koir melibatkan ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dan Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT).

Sambutan diteruskan dengan pantomim bertajuk Tanduo Titisan Darah Di Bumi Merdeka sebagai penghargaan terhadap anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan Tanduo pada 2013 disusuli bacaan puisi Mekar Di Hati Pahlawanku.

Kemuncak acara menyaksikan Tun Musa menerima sembah kenal daripada waris anggota yang terkorban ketika menyertai OP Daulat di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Tun Musa turut melawat Muzium Polis Sabah dan gerai pameran keselamatan, diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

Jauteh berkata, PDRM dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bertindak selaku penganjur bersama sambutan itu dan mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakannya.

Hari Pahlawan disambut pada 31 Julai setiap tahun bagi mengenang jasa pasukan keselamatan negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/31/tun-musa-hadiri-sambutan-hari-pahlawan-sabah-2025/feed/ 0 78292
Lebih 7,000 warga KK hadir meriahkan Hari Pahlawan negeri Sabah https://sabahmedia.com/2024/07/31/lebih-7000-warga-kk-hadir-meriahkan-hari-pahlawan-negeri-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/07/31/lebih-7000-warga-kk-hadir-meriahkan-hari-pahlawan-negeri-sabah/#respond Wed, 31 Jul 2024 11:49:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58374
Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Lebih 7,000 warga bandaraya Kota Kinabalu dan sekitarnya hari ini hadir memeriahkan sambutan Hari Pahlawan peringkat Negeri Sabah yang bermula seawal jam 7 pagi.

Sambutan yang turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin itu turut mempersembahkan sebuah persembahan khas mengenai insiden sebenar serangan hendap pengganas yang mengorbankan seramai enam anggota di Kampung Sri Jaya Simunul Semporna pada 2 Mac 2013.

Hadir sama menyaksikan persembahan khas bagi mengenang jasa anggota keselamatan yang terkorban itu adalah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan barisan jemaah Kabinet negeri Sabah.

Persembahan yang dipersembahkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) itu nyata memilukan suasana sambutan dimana ia menceritakan semula bagaimana kemasukan penceroboh pengganas bersenjata sulu masuk ke negeri ini secara berperingkat.

Sejurus selesai persembahan bertajuk ‘Epilog Tangisan Pahlawan di Bumi Sabah’ itu, Tun Juhar turut menyampaikan sumbangan kepada balu dan keluarga anggota keselamatan terkorban dalam peristiwa itu atau dikenali sebagai Op Daulat di Lahad Datu.

Turut hadir pada smabutan itu  Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

Terdahulu, sambutan dimulakan dengan perarakan masuk 25 kontinjen perbarisan yang melibatkan agensi penguatkuasaan, badan kerajaan, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta pelajar sekolah.

Perbarisan lintas lalu turut diiringi oleh Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM),Tentera Darat Malaysia (TDM),Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Sabah.

Acara diteruskan dengan menaikkan Jalur Gemilang, Bendera Sabah serta lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku, diikuti dengan tiupan paluan akhir untuk menurunkan bendera oleh PDRM bagi menghormati mangsa yang terkorban.

Tun Juhar bersama Hajiji  kemudian kemudiannya meluangkan masa melawat pameran Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/31/lebih-7000-warga-kk-hadir-meriahkan-hari-pahlawan-negeri-sabah/feed/ 0 58374
Orang ramai dipelawa hadir menyaksikan Sambutan Hari Pahlawan Ahad ini https://sabahmedia.com/2022/07/29/orang-ramai-dipelawa-hadir-menyaksikan-sambutan-hari-pahlawan-ahad-ini/ https://sabahmedia.com/2022/07/29/orang-ramai-dipelawa-hadir-menyaksikan-sambutan-hari-pahlawan-ahad-ini/#respond Fri, 29 Jul 2022 08:27:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=19280
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Orang ramai sekitar Bandaraya Kota Kinabalu adalah dijemput untuk hadir ke Sambutan Hari Pahlawan 2022 bertempat di Padang Merdeka bermula jam 7 pagi pada Ahad ini.

Antara acara yang bakal mencuri tumpuan ialah aksi Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Batalion Ketiga Regimen Askar Melayu DiRaja yang disertai 130 anggota serta tiga pegawai lain-lain pangkat dan diketuai Mejar Shah Rezuan Mohd Yusuf.

Dalam sesi raptai hari ini, persembahan khas oleh Tentera Darat (Artillery in Action) dan Tentera Laut Diraja Malaysia juga dijangka menarik perhatian pengunjung.

Dalam perkembangan lain, sebanyak 15 buah kenderaan konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) 2022 bersedia untuk berlepas pada Ahad ini.

Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa berkata, acara pelepasan konvoi tersebut akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, sejurus selepas Sambutan Hari Pahlawan di Padang Merdeka.

“Sebanyak 15 kenderaan daripada jabatan serta agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-Kom) Sabah akan menjelajah ke seluruh daerah di negeri ini untuk menjayakan kempen kibar jalur gemilang.

“Konvoi ini dinamakan Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 sebagai salah satu pengisian sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini,” katanya.

Antara yang hadir dalam sesi raptai pagi tadi ialah Setiausaha Perhubungan Istana Seri Kinabalu, Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir dan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah, Datuk Dr Jamili Nais dan Ketua Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat JAPEN Sabah, Azman Sipan.

Oleh itu, orang ramai dipelawa hadir dan memeriahkan majlis berkenaan yang dijangka bermula pada jam 10.00 pagi dan masuk adalah percuma.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/07/29/orang-ramai-dipelawa-hadir-menyaksikan-sambutan-hari-pahlawan-ahad-ini/feed/ 0 19280