hari raya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 27 Mar 2026 01:29:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png hari raya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sambutan Aidilfitri Sabah 2026 tonjol kesederhanaan dan inklusiviti https://sabahmedia.com/2026/03/27/sambutan-aidilfitri-sabah-2026-tonjol-kesederhanaan-dan-inklusiviti/ https://sabahmedia.com/2026/03/27/sambutan-aidilfitri-sabah-2026-tonjol-kesederhanaan-dan-inklusiviti/#respond Fri, 27 Mar 2026 01:29:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93841
Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU :  Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Negeri Sabah tahun ini menampilkan pendekatan lebih sederhana dan inklusif, dengan penekanan khusus terhadap kebajikan golongan memerlukan.

Program anjuran Kerajaan Negeri Sabah yang akan berlangsung esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu mengangkat tema “Aidilfitri Wadah Perpaduan”, sejajar usaha memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata,

Sambutan kali ini memberi tumpuan kepada penglibatan lebih ramai golongan sasaran khsusunya anak yatim dan pelajar tahfiz, dengan lebih 1,000 jemputan khas daripada kumpulan tersebut akan diraikan bersama.

Selain itu katanya, sumbangan turut akan disampaikan kepada sembilan rumah kebajikan yang melibatkan anak yatim, orang kurang upaya (OKU) serta individu yang memerlukan bantuan.

“Penganjuran pada tahun ini, kita turut menitikberatkan aspek perbelanjaan berhemah dalam pelaksanaan program, selaras dengan saranan kepimpinan negara agar setiap penganjuran dilakukan secara sederhana tanpa menjejaskan kemeriahan sambutan.

“Dari segi pengisian, pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk persembahan artis tempatan Sabah, selain persembahan khas seni kaligrafi oleh seorang pelukis dari Republik Rakyat China yang kini berada di Kuala Lumpur,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas temu bual bersama SabahFM di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi di sini, pada Khamis. 

Arifin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan berkata, sebanyak 71 gerai melibatkan usahawan tempatan serta 15 hotel akan menyediakan pelbagai juadah Aidilfitri kepada pengunjung yang hadir.

“Penglibatan vendor ini secara tidak langsung dapat membantu usahawan kecil kita untuk menjana pendapatan. 

“Selain itu, ada enam agensi termasuk pihak berkuasa tempatan dan kementerian turut mengambil bahagian dalam penyediaan sajian bagi memastikan kepelbagaian makanan kepada tetamu,” tambahnya.

Majlis itu dijangka akan dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor serta barisan kepimpinan negeri, selain wakil agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Orang ramai khususnya di sekitar Kota Kinabalu dan daerah berhampiran dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/27/sambutan-aidilfitri-sabah-2026-tonjol-kesederhanaan-dan-inklusiviti/feed/ 0 93841
Christina Liew sumbang lima ekor lembu korban sempena Aidiladha https://sabahmedia.com/2025/06/10/christina-liew-sumbang-lima-ekor-lembu-korban-sempena-aidiladha/ https://sabahmedia.com/2025/06/10/christina-liew-sumbang-lima-ekor-lembu-korban-sempena-aidiladha/#respond Tue, 10 Jun 2025 00:39:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75302
Read Time:36 Second

Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api, Datuk Seri Christina Liew menyumbangkan lima ekor lembu korban kepada komuniti Muslim sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di sini pada Sabtu lalu.

Christina turut mengagihkan daging korban kepada penduduk kampung di Kampung Sabang Baru Numbak, Indah Permai, Penempatan Kinarut, Sembulan dan Sinsuran.

Beliau berkata, sumbangan itu bertujuan membantu keluarga Muslim menyambut perayaan keagamaan dan meneruskan tradisi ibadah Korban yang melibatkan penyembelihan lembu sebagai makanan.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam,” katanya.

Hadir mengiringi beliau Setiausaha Politiknya, Vivien Lee Mee Peng; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Api-Api, Theresa Chong Mui Lan; dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Api-Api, Yoong Yik Tin.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/10/christina-liew-sumbang-lima-ekor-lembu-korban-sempena-aidiladha/feed/ 0 75302
Hari Raya Riang Ria di Kundasang, pemimpin turun padang sambut bersama rakyat https://sabahmedia.com/2025/04/05/hari-raya-riang-ria-di-kundasang-pemimpin-turun-padang-sambut-bersama-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/04/05/hari-raya-riang-ria-di-kundasang-pemimpin-turun-padang-sambut-bersama-rakyat/#respond Sat, 05 Apr 2025 02:36:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71490
Read Time:1 Minute, 7 Second

RANAU: Suasana penuh kemeriahan menyelubungi Kampung Lobou Baru apabila sambutan Hari Raya Riang Ria peringkat kampung itu diraikan dengan meriah pada 4 April lalu.

Majlis yang berlangsung di balai raya kampung itu turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Menteri II merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam bersama isteri, Datin Seri Linda Ewit, sekali gus menunjukkan keakraban pemimpin bersama masyarakat setempat.

Sejak 1 Syawal, Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) tidak henti-henti menerima jemputan rumah terbuka dari penduduk sekitar DUN Kundasang.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau mengucapkan terima kasih atas sambutan hangat dan sokongan yang diterima sepanjang kunjungan.

“Sambutan Hari Raya tahun ini amat meriah dan saya gembira dapat meraikannya bersama masyarakat yang berbilang kaum dan agama,” katanya sambil menyatakan bahawa kepelbagaian budaya dan perayaan seperti Krismas, Kaamatan dan Aidilfitri adalah cerminan keharmonian Sabah.

Majlis turut dihadiri pegawai-pegawai dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasang, termasuk Setiausaha Sulit dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat yang bersama-sama memeriahkan suasana.

Kehadiran mereka turut mencerminkan sokongan berterusan kepada inisiatif memperkukuh hubungan akar umbi.

Selain menghadiri rumah terbuka, beliau turut berkesempatan menziarahi seorang warga emas yang terlantar sakit di Kampung Naradau.

Kunjungan mesra itu diteruskan ke beberapa kampung lain seperti Semuruh, Pinausuk dan Mesilou, menjadikan sambutan Aidilfitri kali ini bukan sekadar perayaan, tetapi juga manifestasi kepedulian terhadap rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/05/hari-raya-riang-ria-di-kundasang-pemimpin-turun-padang-sambut-bersama-rakyat/feed/ 0 71490
Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok https://sabahmedia.com/2025/03/30/umat-islam-di-malaysia-sambut-aidilfitri-esok/ https://sabahmedia.com/2025/03/30/umat-islam-di-malaysia-sambut-aidilfitri-esok/#respond Sun, 30 Mar 2025 12:45:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71333
Read Time:33 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 31 Mac 2025,” katanya.

Hilal Syawal yang kelihatan di Balai Cerap Al-Biruni Putatan petang tadi

Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi disiarkan di saluran televisyen dan radio tempatan. – BERNAMA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/30/umat-islam-di-malaysia-sambut-aidilfitri-esok/feed/ 0 71333
Perkukuh ukhuwah, perpaduan semasa sambutan Aidilfitri https://sabahmedia.com/2025/03/30/perkukuh-ukhuwah-perpaduan-semasa-sambutan-aidilfitri/ https://sabahmedia.com/2025/03/30/perkukuh-ukhuwah-perpaduan-semasa-sambutan-aidilfitri/#respond Sun, 30 Mar 2025 03:05:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71309
Read Time:2 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu:  Rakyat di negeri ini digesa untuk terus memperkukuh ukhuwah dan semangat perpaduan melalui tradisi ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan pada sambutan Aidilfitri.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman berkata,  perpaduan yang kukuh adalah asas kepada kemakmuran dan kejayaan sesebuah negara.

Malah katanya, melalui perpaduan yang terjalin erat, rakyat mampu menghadapi segala cabaran yang mendatang dan mencipta peluang holistik bagi meningkatkan kesejahteraan hidup bersama.

“Ini menjadikan Aidilfitri sebagai wasilah memperkukuh perpaduan sesama umat Islam dan masyarakat secara keseluruhan selain merai kemenangan dalam perjuangan menongkah arus ujian serta cabaran ibadah puasa dengan takbir, tahmid dan takdis (penyucian).

“Aidilfitri juga bukan sekadar satu perayaan agama, tetapi menjadi medan untuk mengeratkan lagi hubungan dan persefahaman antara ahli keluarga, jiran tetangga, rakan taulan dan masyarakat.

“Dalam suasana yang penuh keharmonian ini untuk menganjurkan budaya sikap saling hormat-menghormati, berprilaku jujur, tanpa mengira latar belakang sosial, kaum dan agama,” katanya.

Tun Musa berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Khas Hari raya Aidilfitri 1446H/2025M.

Beliau turut mengajak umat Islam supaya meningkatkan amalan berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan seperti fakir miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim dan sebagainya.

“Amalan berkongsi rezeki yang bukan sahaja mengimarahkan suasana Aidilfitri, malah ianya satu usaha terpuji dalam memastikan tiada golongan yang tercicir dalam menempuh arus kemajuan.

“Sumbangan amal jariah yang dihulurkan pada hari raya ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik, sekaligus mencerminkan sikap keprihatinan yang tinggi golongan dermawan terhadap rakyat di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Tun Musa turut mengingatkan rakyat mengenai kesihatan diri adalah penting dan perlu dititikberatkan sepankang sambutan Aidilfitri.

“Amalkan gaya pemakanan yang sihat iaitu jangan makan berlebihan dan kawal tabiat pemakanan dan lakukan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi kesan positif terhadap kesihatan seperti bersenam dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, beliau juga menekankan bahawa betapa pentingnya juga mengutamakan keselamatan dalam menyambut Aidilfitri dan menghindari apa jua perkara yang berpotensi mendatangkan musibah.

“Sentiasa berhati-hati semasa memandu dengan mematuhi peraturan jalan raya apabila memandu kenderaan pulang ke kampung, periksa kenderaan masing-masing sebelum memulakan perjalanan dan utamakan keselamatan insan-insan tersayang. 

“Di hari lebaran yang mulia ini, saya menggesa rakyat agar bersama-sama menghargai jasa dan pengorbanan pasukan beruniform yang sentiasa mengambil berat dan berdiri teguh memelihara keselamatan rakyat dan negara tanpa mengira keadaan dan suasana.

“Sama-samalah kita mengenang dan menghargai bakti yang mereka sumbangkan kepada negara dengan memanjatkan doa semoga mereka sentiasa berada dalam naungan rahmat, keselamatan dan hidayah Allah SWT,” katanya.

Tun Musa dan isteri Toh Puan Faridah Tussin turut mendoakan agar Aidilfitri ini disambut dengan meriah dan bermakna seterusnya mengeratkan tali silaturahim dan memperkukuh perpaduan rakyat keseluruhannya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/30/perkukuh-ukhuwah-perpaduan-semasa-sambutan-aidilfitri/feed/ 0 71309
Jangan alpa aspek keselamatan, kesihatan dimusim perayaan – Tun Juhar https://sabahmedia.com/2023/04/18/jangan-alpa-aspek-keselamatan-kesihatan-dimusim-perayaan-tun-juhar/ https://sabahmedia.com/2023/04/18/jangan-alpa-aspek-keselamatan-kesihatan-dimusim-perayaan-tun-juhar/#respond Tue, 18 Apr 2023 12:09:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33005
Read Time:2 Minute, 6 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Rakyat di negeri ini diingatkan agar tidak terlalu alpa kepada aspek keselamatan dan kesihatan khususnya dalam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin berkata, aspek keselamatan diri dan keluarga perlu diberi perhatian yang sewajarnya sama ada di dalam mahupun di luar rumah.

“Apa juga perbuatan atau perkara yang berpotensi mengundang musibah hendaklah dihindari.  Ini termasuklah ketika berada di jalan raya yang merupakan antara lokasi sering berlakunya kemalangan.

“Berhati-hati dan berhemahlah semasa memandu di jalan raya dengan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah dikuatkuasakan,” katanya.

Tun Juhar berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Khas Hari Raya Aidilfitri 1444H/2023M.

Beliau turut mengajak umat Islam di negeri ini agar melakukan amal kebajikan dengan menyantuni golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat.

“Hendaklah kita manfaatkan hari dan bulan yang mulia ini untuk menyantuni golongan fakir miskin, anak-anak yatim, mangsa-mangsa musibah dan sebagainya.

“Ingatlah, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain, maka ringankanlah tangan untuk berinfak, bersedekah dan menghulurkan apa juga jenis bantuan yang terdaya bagi menceriakan kehidupan mereka yang serba kekurangan di hari-hari kebesaran seperti Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya.

Dalam perutusannya, Tun Juhar juga menyeru umat Islam agar merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi Rabbi kerana berkesempatan sekali lagi menyambut dan merayakan Aidilfitri bersama-sama rakan, jiran serta kenalan yang bukan beragama Islam.

“Rasa kesyukuran ini kita zahirkan melalui penganjuran majlis rumah terbuka dan melakukan amalan ziarah menziarahi sambil saling maaf bermaafan antara saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat-handai termasuk yang bukan beragama Islam.

“Amalan yang sudah menjadi tradisi dalam masyarakat perlulah dipelihara dan disuburkan bagi mempereratkan lagi tali silaturahim sekali gus mengukuhkan lagi keharmonian dan perpaduan di negeri ini,” katanya.

Di hari lebaran yang mulia ini, beliau menggesa rakyat agar bersama-sama menghargai jasa dan pengorbanan  pasukan beruniform yang sentiasa bersiap siaga memelihara keselamatan dan kemaslahatan rakyat.

“Marilah kita bersama-sama merafakkan doa memohon ke hadrat Allah SWT agar mereka sentiasa berada dalam naungan rahmat dan hidayah-Nya sepanjang menjalankan tugas dan kewajipan membela agama, bangsa dan negara,” katanya.

Mengakhiri perutusannya, Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni mendoakan agar Aidilfitri ini lebih bermakna dan meriah seterusnya berupaya mengukuhkan lagi ukhuwah dan perpaduan masyarakat majmuk di Negeri Sabah khasnya dan Malaysia amnya.

“Saya serta seluruh keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam khususnya dan rakyat jelata sekalian,” kata Tun Juhar.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/18/jangan-alpa-aspek-keselamatan-kesihatan-dimusim-perayaan-tun-juhar/feed/ 0 33005
RM50,000 peruntukan baiki jeti Kg Dogoton, siap sebelum Hari Raya – Ruddy https://sabahmedia.com/2023/03/17/rm50000-peruntukan-baiki-jeti-kg-dogoton-siap-sebelum-hari-raya-ruddy/ https://sabahmedia.com/2023/03/17/rm50000-peruntukan-baiki-jeti-kg-dogoton-siap-sebelum-hari-raya-ruddy/#respond Fri, 17 Mar 2023 11:34:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30979
Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KUDAT: Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Dato’ Sri Dr Ruddy Awah melalui kementeriannya mengumumkan RM50,000 peruntukan untuk membaiki jeti yang telah rosak akibat bencana air pasang dan ombak besar di Kg Dogoton, Pulau Banggi dekat sini hari ini.

Ruddy berkata, Pulau Banggi adalah satu pulau yang perlu diberi perhatian, bukan sahaja daripada kementerian-kementerian yang ada tetapi daripada agensi-agensi kerajaan yang ada juga perlu untuk melakukan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka untuk membantu rakyat yang memerlukan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program PETRONAS Uplifting Lives (Memacu Kehidupan) oleh anak syarikatnya PETRONAS Floating LNG (PFLNG) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah, di Kg Dogoton pada Jumaat.

“Saya melihat semasa sampai ke sini tadi dari jeti dataran Pitas ke jeti Kg Dogoton banyak jeti dan rumah yang telah rosak, ia adalah disebabkan bencana air pasang besar dan ombak besar melanda di kawasan ini pada Januari lalu.

“Sehubungan dengan itu, saya yakin dan percaya pihak pejabat daerah sudah pun mengajukan permohonan-permohonan untuk menyelesaikan masalah itu namun saya tahu permohonan itu bukan semudah itu peruntukan-peruntukan yang ada dikeluarkan dengan cepat.

“Bagaimanapun pihak KPLB akan terus memperjuangkan kemudahan-kemudahan asas yang perlu seperti jeti dan memandangkan tidak lama lagi kita akan meraikan Hari Raya, mereka mahu menggunakan jeti tersebut,” katanya.

Menurut Ruddy, jika jalan darat dari Kg Dogoton ke Karakit akan mengambil masa dua hingga tiga jam setengah tetapi jika menggunakan jalan laut hanya 45 minit saja, jadi kampung ini mereka ada bot cuma masalahnya mereka tidak mempunyai jeti.

“Jadi kita cuba menyelesaikan sedikit masalah itu seperti saya katakan tadi kita telah umum RM50,000 peruntukan untuk memperbaiki jeti tersebut, kita cuba bincang bagaimana untuk membina jeti konkrit dan kita akan bentangkan pada mesyuarat akan datang.

“Itulah saya umum tadi yang penting sebelum raya kita boleh guna pakai jeti tersebut,” tegasnya.

Dalam pada itu sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Ruddy turut menyumbangkan RM1,000 setiap surau yang membabitkan tiga buah surau iaitu surau Kg Dogoton, surau Kg Rahmat dan surau Kg Semayan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/17/rm50000-peruntukan-baiki-jeti-kg-dogoton-siap-sebelum-hari-raya-ruddy/feed/ 0 30979
131 anak yatim,ibu tunggal terima sumbangan pakaian raya https://sabahmedia.com/2022/04/10/131-anak-yatimibu-tunggal-terima-sumbangan-pakaian-raya/ https://sabahmedia.com/2022/04/10/131-anak-yatimibu-tunggal-terima-sumbangan-pakaian-raya/#respond Sat, 09 Apr 2022 23:51:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14106
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Seramai 131 anak yatim dan ibu tunggal menerima sumbangan raya berupa set persalinan baju melayu dan baju kurung.

Daripada jumlah itu, seramai 68 orang adalah melibatkan anak yatim manakala 63 orang lagi terdiri dari ibu tunggal yang menerima sumbangan daripada Jakel Silk House.

Sumbangan itu disampaikan Isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Norlidah RM Jasni di premis perniagaan Jakel disini semalam.

Pengarah Urusan Jakel Silk House Mohd Amran Mohd Nor berkata, sumbangan itu diharap dapat menggembirakan anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal tersebut di kala menyambut hari raya nanti. 

“Hari ini (semalam) kita berkongsi rezeki dengan anak-anak ini dan ibu-ibu tunggal, kami berharap agar mereka dapat menyambut hari raya tahun ini dengan suasana yang gembira.

“Kita juga berharap agar tahun ini dimurahkan rezeki dan meneruskan program-program sebegini di masa akan datang, memandangkan dua tahun sebelum ini kita berdepan pandemik COVID-19 yang sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Masjid Jamek As Salam Kampung Benoni, Papar, Awang Damit Pengiran Apong meluahkan rasa syukur atas sumbangan tersebut.

 “Saya bagi pihak masjid berterima kasih kepada pihak korporat yang telah sudi bekerjasama dengan pihak masjid dalam membantu golongan yang memerlukan.

“Ini merupakan jalinan usaha yang pertama bersama pihak Jakel Silk House dalam membantu anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal di kampung ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/10/131-anak-yatimibu-tunggal-terima-sumbangan-pakaian-raya/feed/ 0 14106
Tiada PKP, Tiada Sekatan Balik Kampung Sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri https://sabahmedia.com/2022/01/23/tiada-pkp-tiada-sekatan-balik-kampung-sempena-tahun-baharu-cina-aidilfitri/ https://sabahmedia.com/2022/01/23/tiada-pkp-tiada-sekatan-balik-kampung-sempena-tahun-baharu-cina-aidilfitri/#respond Sun, 23 Jan 2022 10:16:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11470
Read Time:1 Minute, 24 Second

BERA: Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak akan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan balik kampung sempena Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri, tahun ini.

Memetik laporan Astro Awani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika terdapat peningkatan kes COVID-19 di sesebuah kawasan, kerajaan hanya akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan yang terbabit sahaja.

“Sudah ada orang yang buat spekulasi macam-macam, termasuk kononnya tak boleh balik raya kerana kes meningkat semula sejak beberapa hari lepas, namun jangan bimbang, kita tidak akan tutup lagi seluruh negara, atau negeri atau daerah kerana jaminan sudah diberikan.

“Pergerakan rakyat juga seperti biasa, tetapi kita akan memfokus kepada kawasan sasaran yang banyak berlaku penularan kerana kita ada PKPD.

“Jika kampung itu yang dikenakan PKPD, maka mereka dari kampung itu sahaja yang tidak boleh pulang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perjumpaan tertutup bersama petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Bera di Pejabat Kemas Bera di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata cadangan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan dibentang dalam mesyuarat sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan turut dihadiri wakil parti-parti pembangkang.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengemukakan cadangan SOP itu secara terperinci, kerana keutamaan adalah untuk mengelakkan berlaku peningkatan kes positif COVID-19 akibat PRN itu.

“Kita serahkan kepada KKM untuk menentukan SOP secara terperinci dan saya boleh memanggil mesyuarat sidang khas MKN untuk membincangkannya,” katanya.

PRN Johor akan diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa semalam selepas Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran selepas menerima menghadap Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/23/tiada-pkp-tiada-sekatan-balik-kampung-sempena-tahun-baharu-cina-aidilfitri/feed/ 0 11470
Solat Sunat Aidiladha Di Masjid Negeri Patuh SOP https://sabahmedia.com/2021/07/20/solat-sunat-aidiladha-di-masjid-negeri-patuh-sop/ https://sabahmedia.com/2021/07/20/solat-sunat-aidiladha-di-masjid-negeri-patuh-sop/#respond Tue, 20 Jul 2021 03:12:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3315
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU:  Solat sunat Hari Raya Aidiladha 1442H di Masjid Negeri hari ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan kehadiran 30 orang ahli jemaah.

Solat sunat bermula pada pukul 7.40 pagi diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Imam Suhaidi Kuanting dengan mematuhi penjarakan sosial serta pemakaian pelitup separuh muka.

Seusai solat sekitar 8.00 pagi, para jemaah mendengar khutbah bertajuk ‘Pengorbanan Meraih Keredaan’ yang disampaikan oleh Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar. 

Dalam pada itu, khatib turut mengingatkan para jemaah untuk menghayati erti pengorbanan dalam kehidupan terutamanya dalam keadaan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Antara jemaah yang hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Mohd Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir Shahelmey Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Ahmad Abdul Rahman./PENERANGAN-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/20/solat-sunat-aidiladha-di-masjid-negeri-patuh-sop/feed/ 0 3315