Hari Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 01 Sep 2026 01:45:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hari Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 8,000 pengunjung meriahkan Sambutan Hari Sabah di Dataran Bandaraya https://sabahmedia.com/2026/09/01/8000-pengunjung-meriahkan-sambutan-hari-sabah-di-dataran-bandaraya/ https://sabahmedia.com/2026/09/01/8000-pengunjung-meriahkan-sambutan-hari-sabah-di-dataran-bandaraya/#respond Tue, 01 Sep 2026 01:45:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102597
Read Time:33 Second

KOTA KINABALU: Kira-kira 8,000 pengunjung termasuk peserta hadir memeriahkan sambutan Hari Sabah yang berlangsung di Dataran Bandaraya di sini malam tadi.

Sambutan yang diisi dengan pelbagai persembahan itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag serta Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun.

Antara persembahan yang diadakan ialah pertunjukan cahaya laser, nyanyian koir oleh kumpulan Male-Efficient serta persembahan pelbagai artis tempatan sebelum tayangan montaj khas dan persembahan lagu Sabah Tanah Airku.

Pada majlis itu, Tun Musa turut melafazkan pemasyhuran Hari Sabah, diikuti upacara menaikkan bendera.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/01/8000-pengunjung-meriahkan-sambutan-hari-sabah-di-dataran-bandaraya/feed/ 0 102597
180 kontinjen dijangka sertai sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026 https://sabahmedia.com/2026/08/20/180-kontinjen-dijangka-sertai-sambutan-hari-kebangsaan-dan-hari-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/08/20/180-kontinjen-dijangka-sertai-sambutan-hari-kebangsaan-dan-hari-sabah/#respond Thu, 20 Aug 2026 06:36:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101970
Read Time:2 Minute, 44 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Sebanyak 180 kontinjen dijangka menyertai Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah Peringkat Negeri Sabah 2026 yang akan berlangsung di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu pada 31 Ogos ini.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata penyertaan itu melibatkan agensi kerajaan, pasukan beruniform, sekolah, persatuan serta pelbagai organisasi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026 berkata, acara perbarisan dan perarakan berjalan lalu akan bermula seawal jam 6 pagi.

“Penyertaan yang begitu besar ini mencerminkan semangat patriotisme dan kebersamaan rakyat Sabah dalam meraikan hari yang bersejarah ini,” katanya pada Sidang Media Khas Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026, di sini hari ini.

Menurut Masidi, pada pagi 31 Ogos, Sambutan Hari Kebangsaan 2026 akan berlangsung di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu, dengan semua kontinjen perbarisan mengambil tempat bermula jam 6.30 pagi, diikuti ketibaan tetamu dan dif kehormat.

Kemuncak acara akan bermula dengan keberangkatan tiba Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

“Pada sebelah malam pula, kita akan meneruskan sambutan dengan Sambutan Hari Sabah 2026 di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu.

“Menariknya, orang ramai boleh hadir lebih awal kerana acara preshow akan bermula seawal jam 5 petang, dengan pelbagai pengisian dan persembahan bagi memeriahkan suasana,” katanya.

Masidi berkata, konsep Sambutan Hari Sabah 2026 memberi penekanan kepada golongan belia dan generasi muda sebagai pewaris masa depan negeri, selain membawa mesej untuk melihat ke hadapan.

Katanya, Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya menjadi kesempatan untuk rakyat menghayati sejarah, menghargai perjuangan generasi terdahulu serta membina keyakinan terhadap masa depan Sabah dalam Malaysia.

“Memahami sejarah bukan bermaksud kita hanya melihat ke belakang, tetapi supaya kita lebih menghargai apa yang telah dicapai dan memahami tanggungjawab kita untuk menentukan apa yang mahu dicapai selepas ini,” katanya.

Beliau berkata, generasi muda Sabah perlu diberikan ruang dan peluang untuk menjadi peserta, penyumbang serta penggerak kepada pembangunan negeri, bukannya sekadar menjadi penonton.

Dalam pada itu, Masidi berkata kekuatan terbesar Sabah ialah perpaduan dalam kepelbagaian yang perlu terus dipertahankan.

“Kepelbagaian kaum, agama, budaya dan latar belakang masyarakat Sabah bukan sesuatu yang memisahkan kita, sebaliknya merupakan aset yang menyatukan dan memperkayakan negeri ini,” katanya.

Sambutan tahun ini turut membawa tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, yang menekankan bahawa pembangunan negara perlu diterjemahkan kepada manfaat dan kesejahteraan yang benar-benar dirasai rakyat.

Menurut Masidi, dalam konteks Sabah, kesejahteraan bukan hanya melibatkan pembangunan fizikal, tetapi turut merangkumi peluang pekerjaan, pendidikan berkualiti, pertumbuhan ekonomi, kemudahan asas, keselamatan serta perkhidmatan awam yang cekap.

Beliau berkata, semua jawatankuasa yang dilantik kini giat melaksanakan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan sambutan pada 31 Ogos berjalan teratur dan lancar, termasuk aspek keselamatan, kawalan lalu lintas, kebersihan, penyertaan kontinjen serta pengurusan keseluruhan acara.

Masidi turut menyeru peserta dan orang ramai yang hadir supaya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa serta mematuhi segala arahan yang dikeluarkan.

“Saya menjemput seluruh rakyat Sabah, tanpa mengira usia, kaum, agama atau latar belakang, untuk bersama-sama hadir memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah pada 31 Ogos ini.

“Jadikanlah sambutan ini bukan sahaja sebagai satu perayaan, tetapi sebagai kesempatan untuk kita menghayati erti kemerdekaan, menghargai sejarah serta memperkukuh perpaduan sesama kita,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/20/180-kontinjen-dijangka-sertai-sambutan-hari-kebangsaan-dan-hari-sabah/feed/ 0 101970
Hari Sabah 2025 bukti semangat kebebasan rakyat https://sabahmedia.com/2025/08/31/hari-sabah-2025-bukti-semangat-kebebasan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/08/31/hari-sabah-2025-bukti-semangat-kebebasan-rakyat/#respond Sun, 31 Aug 2025 15:04:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80398
Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Tarikh bersejarah Hari Sabah 31 Ogos menjadi bukti kepada semangat rakyat negeri ini untuk meraih kebebasan daripada penjajah dan membina negeri yang berdaulat. 

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, yema Hari Sabah tahun ini, ‘Untukmu Sabah Tanah Airku’ membawa maksud mendalam bahawa masa depan negeri ini terletak di tangan rakyat Sabah.

“Oleh itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu memastikan Sabah terus maju, makmur serta rakyat hidup bersatu padu,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Sabah 2025 di Padang Merdeka, di sini pada Ahad.

Majlis disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun  Musa Aman dan turut dihadiri isterinya  Toh Puan Faridah  Tussin.

Hajiji berkata, sambutan Hari Sabah bukan sekadar platform mengenang sejarah lalu, malah ruang untuk menghargai pencapaian yang telah dicapai sambil merancang masa depan yang lebih cemerlang. 

“Generasi muda khususnya perlu memahami erti kemerdekaan, menghargai pengorbanan pendahulu dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai pewaris negeri ini,” katanya. 

Hajiji menyeru rakyat Sabah supaya terus mempertahankan keharmonian dan keamanan yang dinikmati sejak sekian lama, sambil bersama-sama membina Sabah yang lebih makmur dan inklusif. 

“Saya mengajak rakyat Sabah untuk terus bersatu dalam menempuh segala cabaran membina Sabah Maju Jaya dari segi ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Keharmonian dan keamanan yang kita kecapi perlu terus dipelihara demi generasi akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/31/hari-sabah-2025-bukti-semangat-kebebasan-rakyat/feed/ 0 80398
Pesta Seni “Tradition In Tune” 2025 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Sabah https://sabahmedia.com/2025/08/29/pesta-seni-tradition-in-tune-2025-meriahkan-sambutan-hari-kebangsaan-dan-hari-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/08/29/pesta-seni-tradition-in-tune-2025-meriahkan-sambutan-hari-kebangsaan-dan-hari-sabah/#respond Fri, 29 Aug 2025 04:50:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80290
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Pesta Seni “Tradition in Tune” 2025 dengan tema “Echoes of the Past, Voices of Tomorrow” bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dari 29 hingga 31 Ogos sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah.

Acara anjuran Persatuan Pentas Anak Seni Malaysia ini mengetengahkan kepelbagaian warisan budaya sambil menghubungkannya dengan inovasi moden, sekali gus memperlihatkan seni sebagai medium penyatuan masyarakat pelbagai kaum dan generasi.

Majlis pelancaran rasmi pada 30 Ogos akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew, yang turut mencerminkan kepentingan diplomasi budaya dan inovasi dalam memperkukuh kedudukan Sabah sebagai hab kreativiti, kebudayaan dan pelancongan.

Sepanjang tiga hari penganjuran, pelbagai acara menarik menanti pengunjung termasuk persembahan tarian dan muzik tradisional, pameran budaya serta bengkel kraf tangan.

Turut diadakan pertandingan pereka kostum kebangsaan yang memberi peluang kepada pemenang untuk mewakili Malaysia ke pentas antarabangsa bersama lebih 80 negara lain.

Bagi memberi kelainan, pengunjung juga berpeluang menikmati pengalaman belon udara panas pada 30 dan 31 Ogos yang menawarkan panorama Sabah dari udara. Tempat adalah terhad dan tempahan awal digalakkan melalui WhatsApp di talian 011-3311 1944.

Dengan gabungan tradisi, inovasi dan semangat kebersamaan, Pesta Seni “Tradition in Tune” 2025 dijangka menjadi antara acara kebudayaan terbesar di Sabah serta menjadi wadah inspirasi kepada generasi akan datang untuk terus menghargai warisan sambil berani berinovasi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/29/pesta-seni-tradition-in-tune-2025-meriahkan-sambutan-hari-kebangsaan-dan-hari-sabah/feed/ 0 80290
Orang ramai dipelawa hadir meriahkan sambutan kemuncak Hari Sabah 2025 Ahad ini https://sabahmedia.com/2025/08/27/orang-ramai-dipelawa-hadir-meriahkan-sambutan-kemuncak-hari-sabah-2025-ahad-ini/ https://sabahmedia.com/2025/08/27/orang-ramai-dipelawa-hadir-meriahkan-sambutan-kemuncak-hari-sabah-2025-ahad-ini/#respond Tue, 26 Aug 2025 22:14:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80118
Read Time:55 Second

Kota Kinabalu: Orang ramai dipelawa untuk  hadir bagi memeriahkan sambutan kemuncak Hari Sabah 2025 yang akan berlangsung pada 31 Ogos ini di Padang Merdeka, di sini.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Peto Galim, berkata, sambutan itu bukan sahaja bertujuan memperingati tarikh bersejarah negeri tetapi juga sebagai manifestasi semangat perpaduan rakyat Sabah.

“Saya mempelawa penduduk sekitar Kota Kinabalu dan kawasan berdekatan untuk hadir lebih awal dengan semangat Sabah yang tinggi. Ini adalah hari kita, hari untuk kita raikan bersama sebagai rakyat Sabah.

“Orang ramai juga digalakkan mengenakan pakaian etnik sebagai simbol kebanggaan terhadap kepelbagaian budaya dan identiti negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam satu sesi temu bual di Sabah FM, di sini pada Selasa.

Program kemuncak tersebut akan disempurnakan  Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Peto berkata, pelbagai pengisian menarik akan diadakan pada malam sambutan antaranya pameran, petunjukan bunga api, tamu makanan serta majlis penganugerahan kepada pejuang kemerdekaan.

Selain itu, katanya, Larian Merdeka yang dianjurkan sempena Hari Sabah turut dilaksanakan di beberapa lokasi terpilih sebelum berakhir di Padang Merdeka pada malam sambutan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/27/orang-ramai-dipelawa-hadir-meriahkan-sambutan-kemuncak-hari-sabah-2025-ahad-ini/feed/ 0 80118
Jangan pinggirkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah https://sabahmedia.com/2025/08/22/jangan-pinggirkan-sambutan-hari-kebangsaan-dan-hari-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/08/22/jangan-pinggirkan-sambutan-hari-kebangsaan-dan-hari-sabah/#respond Fri, 22 Aug 2025 13:07:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79848
Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Rakyat diseru supaya tidak meminggirkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah, sebaliknya mempamerkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang secara sukarela.

Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sambutan itu bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya mencerminkan sikap dan jati diri rakyat.

“Saya harap semua dapat mengibarkan secara sukarela dan bukan kerana dipaksa,” katanya pada sidang media di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, Kepayan, di sini, hari ini.

“Malah ada yang minta percuma … kita perlu ubah ini. Bendera hanya dibeli untuk setahun sekali sahaja. Jadi bukanlah terlalu membebankan. Nasihat saya mudah kibarkan bendera dengan betul dan penuh rasa hormat,” katanya.

Beliau menambah, walaupun negara tidak sempurna, semangat patriotisme tetap perlu dipupuk.

“Kita tahu negara tidak sempurna, tetapi itulah sebabnya kita perlu terus menyemai rasa cinta dan tanggungjawab. Sikap kita sedikit sebanyak menunjukkan siapa kita,” katanya.

Ketika ditanya mengenai isu kesalahan mengibarkan Jalur Gemilang yang berlaku di Semenanjung Malaysia baru-baru ini, Masidi menjelaskan bahawa perkara itu tidak seharusnya diperbesarkan.

“Sebenarnya, kalau kita lihat, memang masih ada kesilapan kecil dalam pengibaran Jalur Gemilang. Tetapi saya tidak rasa ia sesuatu yang perlu dibimbangkan secara berlebihan. Kadang-kadang manusia memang buat silap. Malah di negara lain, saya masih jumpa kes di mana rakyatnya memasang bendera secara salah,” katanya.

Menurut beliau, apa yang lebih penting adalah semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang itu sendiri.

“Kalau ada rakyat yang silap pasang, saya lebih suka kita lihat gambaran besar sekurang-kurangnya mereka tetap mahu mengibarkan bendera. Itu yang penting. Bukan semua orang sempurna, jadi kita patut maafkan kesilapan itu dan pada masa sama, didik mereka cara yang betul,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/22/jangan-pinggirkan-sambutan-hari-kebangsaan-dan-hari-sabah/feed/ 0 79848
Sambutan Hari Sabah platform pendidikan sejarah Sabah https://sabahmedia.com/2025/08/16/sambutan-hari-sabah-platform-pendidikan-sejarah-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/08/16/sambutan-hari-sabah-platform-pendidikan-sejarah-sabah/#respond Fri, 15 Aug 2025 23:53:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79350
Read Time:1 Minute, 41 Second

Kota Kinabalu : Sambutan Hari Sabah 2025 yang akan diadakan pada 31 Ogos ini akan menjadi platform penting dalam memperkukuh kefahaman sejarah negeri Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan berkata, sambutan pada tahun ini akan menampilkan pameran sejarah, seminar serta bahan bacaan khas bagi memberi peluang kepada orang ramai memahami perjalanan Sabah menuju kemerdekaan.

“Pada tahun ini, acara akan berlangsung selama dua hari bermula 30 Ogos di Padang Merdeka. Pameran tahun ini lebih lengkap berbanding sebelum ini yang mana kita sediakan buku-buku, dokumen dan bahan visual sejarah agar masyarakat, khususnya anak muda, lebih mengenali sejarah negeri.

“Selain pameran, seminar khas akan diadakan membincangkan peristiwa penting, tokoh negeri serta perkembangan Sabah dari aspek politik, ekonomi dan sosial,” katanya.

Jeffrey Kitingan

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sesi rakaman Dokumentari Hari Sabah dan rancangan Kami Bah Ini (KBI) di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi (KBKK) di sini, pada Jumaat.

Jeffrey berkata, sambutan ini turut dimeriahkan dengan Larian Hari Sabah yang menghimpunkan peserta dari semua daerah yang mana semua peserta akan berkumpul di Padang Merdeka dengan membawa bendera Sabah sebagai simbol perpaduan dan kebanggaan pada hari kemuncak nanti.

“Dianggarkan penyertaan larian sahaja boleh mencecah lebih 4,000 peserta dari pelbagai daerah manakala jumlah keseluruhan pengunjung sepanjang sambutan dijangka tidak kurang 10,000 orang,” katanya.

Sementara itu, Jeffrey berkata, pengisian lain termasuk pertandingan sukan di setiap daerah, gerai makanan tradisi dan konsert yang menampilkan artis tempatan dan persembahan lagu-lagu patriotik.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sabah 2025 berkata, kelainan sambutan pada tahun ini adalah lebih penekanan kepada aspek sejarah dan pendidikan.

“Hari Sabah ini bukan saja diraikan tetapi dijadikan sebahagian daripada kurikulum sekolah supaya anak-anak kita mengenali identiti negeri sejak di bangku sekolah.

“Saya menyeru juga untuk anak-anak muda kalau boleh, ciptakan lagu-lagu yang berjurus kepada Hari Sabah dan Hari Kemerdekaan Sabah,” katanya.

Jeffrey turut berharap agar sambutan berkenaan bukan sahaja menjadi acara tahunan yang meriah tetapi juga medan memperkukuh warisan sejarah dan membina semangat patriotisme rakyat Sabah.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/16/sambutan-hari-sabah-platform-pendidikan-sejarah-sabah/feed/ 0 79350
Lebih 10,000 pengunjung meriahkan Sambutan Hari Sabah https://sabahmedia.com/2024/09/01/lebih-10000-pengunjung-meriahkan-sambutan-hari-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/09/01/lebih-10000-pengunjung-meriahkan-sambutan-hari-sabah/#respond Sun, 01 Sep 2024 05:46:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59999
Read Time:46 Second

Kota Kinabalu : Lebih 10,000 masyarakat sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan daerah berhampiran hadir memeriahkan sambutan Hari Sabah 2024 yang berlangsung buat julung kali di Padang Merdeka di sini semalam.

Sambutan yang bermula seawal jam 7 malam itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag bersama ahli Kabinet Kerajaan Negeri Sabah.

Pada sambutan itu, Tun Juhar turut menyempurnakan Pemasyhuran Sambutan Hari Sabah 2024 dan diikuti upacara menaikkan bendera Sabah dan gimik pelancaran.

Orang ramai yang hadir turut dimeriahkan dengan perarakan kereta berhias, konvoi merdeka selain persembahan hiburan yang dipersembahkan artis tempatan.

Terdahulu, Hari Sabah sebelum ini telah disambut tahun lalu di daerah Tambunan dan pada tahun ini sambutan itu dirai secara rasmi buat julung kalinya selepas ianya diwartakan Kerajaan Negeri pada Jun lalu. SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/01/lebih-10000-pengunjung-meriahkan-sambutan-hari-sabah/feed/ 0 59999
Sambut Hari Kebangsaan & Hari Sabah dengan semangat patriotisme – Hajiji https://sabahmedia.com/2024/08/30/sambut-hari-kebangsaan-hari-sabah-dengan-semangat-patriotism-hajiji/ https://sabahmedia.com/2024/08/30/sambut-hari-kebangsaan-hari-sabah-dengan-semangat-patriotism-hajiji/#respond Fri, 30 Aug 2024 06:24:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59933
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Sabah lebih bermakna kerana ia diraikan bersama-sama dengan Hari Kebangsaan mulai tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata tarikh 31 Ogos setiap tahun adalah penting dan berakar umbi dalam sejarah, bukan sekadar untuk mengenang dan meraikan tetapi untuk dihayati dalam semangat patriotisme serta menghargai keberanian dan pengorbanan besar pejuang kemerdekaan negara.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Malaysia di Sabah supaya istiqamah dalam menjaga kedaulatan negara dan terus menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Sabah dengan penuh semangat dan rendah diri kerana kemerdekaan adalah anugerah yang tidak ternilai.

“Perkara yang menyatukan kita – keamanan, keharmonian, perpaduan dalam kepelbagaian dan aspirasi kita untuk kemajuan dan pembangunan jauh mengatasi perkara yang memecahbelahkan kita.

“Marilah sematkan dalam hati sanubari kita bahawa sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah adalah milik kita. Marilah kita berdiri teguh menyokong kerajaan dan tidak terpengaruh dengan perkara negatif yang mengancam untuk memecahbelahkan kita,” katanya dalam Perutusan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024.

Hajiji berkata, tema sambutan Hari Kebangsaan 2024 “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka” menunjukkan komitmen kerajaan untuk terus membangunkan masyarakat yang adil dan makmur serta melambangkan kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang unsur negatif dalam mentafsir patriotisme dan cintakan negara.

Ketua Menteri turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024 kepada semua rakyat Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/30/sambut-hari-kebangsaan-hari-sabah-dengan-semangat-patriotism-hajiji/feed/ 0 59933
Persiapan sambutan Hari Sabah berjalan lancar https://sabahmedia.com/2024/08/28/persiapan-sambutan-hari-sabah-berjalan-lancar/ https://sabahmedia.com/2024/08/28/persiapan-sambutan-hari-sabah-berjalan-lancar/#respond Wed, 28 Aug 2024 03:09:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59759
Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu: Persiapan Sambutan Hari Sabah 2024 yang akan diadakan serentak dengan Hari Kebangsaan pada tahun ini berjalan lancar dengan pengisian pelbagai program menarik.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan berkata, sambutan yang julung kali diadakan itu bukan sahaja menjanjikan suatu perayaan yang meriah tetapi perlu memberikan makna dan inspirasi kepada penduduk di Sabah.

“Pertama kalinya Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin akan merasmikan sambutan Hari Sabah pada tahun ini. Pada hari tersebut, kita juga akan mengadakan konsert dan beberapa program lain seperti kereta berhias.

“Selain itu, kita juga akan menerima bendera-bendera daripada pelari-pelari di seluruh Sabah yang mana salah satu daripadanya akan saya serahkan kepada Tun Juhar.

“Persiapan setakat ini berjalan lancar dan kita harapkan cuaca pada hari sambutan adalah baik kerana kita meraikannya di kawasan yang terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Jeffery yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sabah 2024 berkata, terdapat juga aktiviti -aktiviti menarik lain yang diadakan sempena sambutan berkenaan yang bermula sejak 24 Ogos lalu.

Katanya, ia termasuklah konsert, tamu-tamu, ceramah, pameran sejarah dan juga pertandingan puisi.

“Hari Sabah 2024 bukan hanya sekadar perayaan, tetapi juga satu manifestasi semangat perpaduan, kebanggaan negeri serta kemajuan bersama.

“Melalui persiapan yang rapi ini, Sabah kini bersedia untuk menyambut Hari Sabah dengan penuh gemilang dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua yang terlibat pada hari tersebut,” katanya.

Sambutan Hari Sabah 2024 akan berlangsung di Padang Merdeka Kota Kinabalu Sabtu ini, bermula jam 6 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/28/persiapan-sambutan-hari-sabah-berjalan-lancar/feed/ 0 59759