Hari Sukan Negara – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 12 Oct 2024 02:37:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hari Sukan Negara – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 200 pelajar, guru meriahkan Hari Sukan Negara https://sabahmedia.com/2024/10/12/lebih-200-pelajar-guru-meriahkan-hari-sukan-negara/ https://sabahmedia.com/2024/10/12/lebih-200-pelajar-guru-meriahkan-hari-sukan-negara/#respond Sat, 12 Oct 2024 02:36:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62042
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Lebih 200 pelajar dan guru melibatkan empat buah sekolah sekitar daerah Kota Kinabalu memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) peringkat negeri Sabah 2024.

Sambutan yang berlangsung di Sekolah Menengah (SM) Maktab Sabah itu dirasmikan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin.

Selain SM Maktab Sabah, turut menyertai HSN itu termasuklah SM Sanzac; Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gaya dan SK Tanjung Aru 2.

Raisin ketika berucap berkata, HSN merupakan sebuah gerakan nasional yang disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober sejak tahun 2015.

Katanya, HSN yang diadakan juga mempunyai hasrat ntuk membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.

“Penganjuran HSN khususnya diperingkat sekolah adalah untuk memberikan kesedaran akan kepentingan gaya hidup aktif dan cergas menerusi aktiviti sukan dan rekreasi.

“Selain itu, HSN juga dapat meningkatkan lagi penglibatan rakyat dalam aktiviti sukan dan rekreasi seterusnya mempergiatkan pembudayaan sukan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Hadir sama Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sabah yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Datuk Mohammad Arif.

Raisin berkata, HSN itu juga dapat memperkukuhkan lagi semangat ukhuwah dan integrasi nasional menerusi aktiviti sukan dan rekreasi.

Katanya, para peserta yang dapat membantu menyuntik sinergi pembangunan ekonomi menerusi pemerkasaan sektor industri sukan dan rekreasi.

Pada sambutan itu, pelbagai program dan aktiviti sukan telah diadakan, antaranya pertandingan permainan dan sukan seperti bola jaring, ping pong, badminton.

Raisin turut berharap para pelajar dapat sama- sama memberi sokongan dengan menyertai program dan aktiviti sukan yang telah disediakan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/12/lebih-200-pelajar-guru-meriahkan-hari-sukan-negara/feed/ 0 62042
HSN Sabah sasar penyertaan lebih 528,000 orang seluruh negeri https://sabahmedia.com/2024/08/13/hsn-sabah-sasar-penyertaan-lebih-528000-orang-seluruh-negeri/ https://sabahmedia.com/2024/08/13/hsn-sabah-sasar-penyertaan-lebih-528000-orang-seluruh-negeri/#respond Tue, 13 Aug 2024 04:21:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58950
Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu : Hari Sukan Negara (HSN) peringkat negeri Sabah yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Keningau pada 12 Oktober depan mensasarkan pembabitan lebih 528,000 orang di negeri ini untuk menyertai.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata,  HSN itu turut memberi fokus penyertaaan kepada pelbagai lapisan masyarakat bermula peringkat kanak-kanak sehingga warga emas.

“Mesyuarat pada hari ini telah menetapkan bahawa Keningau akan menjadi tuan rumah di peringkat negeri Sabah bertempat di Kompleks Sukan Keningau pada 12 Oktober depan.

“Justeru kita menjangkakan lebih daripada 528,000 penyertaan rakyat di seluruh negeri Sabah.  Sudah tentu kita juga menjemput orang ramai terutamanya warga emas yang berumur 60 tahun ke atas, rakan muda 13 hingga 30 tahun untuk turut sama menyertai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Fairuz Renddan.

Ellron berkata, selain aktiviti sukan, pelbagai pameran turut diadakan pada HSN itu khususnya produk-produk yang berkaitan dengan sukan.

Katanya, antara pengisian program sempena HSN itu termasuklah program utama (IKONIK) seperti senamrobik; larian untuk negara; Ride HSN; Berjalan Ria Madani; Mega Aerobic Challenge; Sukan Tradisional; Program Master Sport dan pelbagai aktiviti yang dirancang

“Kita juga akan usahakan supaya dapat diadakan juga berhubung sukan tradisi dimana ia bukan sahaja diadakan semasa kaamatan,  Tetapi di hari sukan negara ini, kita juga perlu. Supaya anak-anak muda ini kenal apa itu sukan tradisi.

“Jadi kita perlu amalkan supaya dia tidak hilang ditelan zaman,” katanya.

Dalam pada itu, Ellron berharap penyertaan dalam aktiviti – aktiviti sukan yang telah disusun akan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat seluruh Negeri Sabah khususnya masyarakat di kawasan Pedalaman Atas Keningau. 

“Oleh itu saya percaya ini akan menyemarakkan lagi Sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini,” katanya.

Terdahulu, Ellron berkata, penyertaan bagi semua aktiviti sukan pada HSN adalah percuma.

Hadiah disediakan bagi beberapa penyertaan aktiviti utama dan setiap penyertaan akan menerima sijil digital atau e-Cert HSN 2024. – SABAH MEDIA / FOTO KBS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/13/hsn-sabah-sasar-penyertaan-lebih-528000-orang-seluruh-negeri/feed/ 0 58950
Hari Sukan Negara Platform Terap Budaya Sukan Dalam Kalangan Masyarakat https://sabahmedia.com/2021/10/09/hari-sukan-negara-platform-terap-budaya-sukan-dalam-kalangan-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2021/10/09/hari-sukan-negara-platform-terap-budaya-sukan-dalam-kalangan-masyarakat/#respond Sat, 09 Oct 2021 03:05:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7335
Read Time:2 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Program Hari Sukan Negara (HSN) adalah platform terbaik menerapkan budaya sukan dalam kalangan masyarakat seterusnya untuk meningkatkan pembangunan sukan di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor turut melahirkan “Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, pembangunan sukan antara yang diberi penekanan.Justeru, Kementerian Belia dan Sukan negeri perlu mengambil peluang dalam RMK12 untuk turut membangunkan sukan di negeri ini,”katanya.

Ketua Menteri berkata, sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini sedikitberbeza kerana disesuaikan dengan SOP semasa yang dikuatkuasakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sambutan pada kali ini juga diraikan secara sederhana tanpa melibatkan perhimpunan yang ramai dan tertakluk kepada SOP yang ditetapkan. Oleh itu,semua acara Hari Sukan Negara kali ini dilaksanakan secara hibrid dengan menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu dalam teknologi terkini seperti strava, garmin, nike run club dan sebagainya.


“Ini menunjukkan rakyat Sabah juga tidak ketinggalan untuk menerapkan Perkembangan Revolusi Perindustrian Keempat atau IR4.0 dalam semua aspek, terutamanya dalam bidang sukan antarabangsa. gembira melihat komitmen dan semangat tinggi rakyat Sabah untuk merayakan Hari Sukan Negara 2021 dalam suasana dan norma baharu.

“Saya melihat rakyat Sabah tidak menjadikan pandemik COVID-19 ini sebagai alasan untuk tidak bersukan atau beriadah. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Sabah sentiasa sedar bahawa bersukan itu adalah satu amalan gaya hidup yang sihat.

“Pembukaan beberapa aktiviti sukan di negeri ini sudah pasti menjadi berita gembira kepada mereka yang gemar bersukan. Justeru, manfaatkanlah sepenuhnya mana-mana kemudahan sukan yang disediakan dan yang dibenarkan, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Dalam pada itu, sambutan Hari Sukan Negara adalah platform untuk menerapkan budaya bersukan dalam kalangan masyarakat seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ atau sporting nation.

Sporting nation adalah salah satu aspirasi atau sasaran kerajaan untuk merealisasikan WawasanKemakmuran bersama 2030, selain sebagai wadah perpaduan rakyat dan penyatuan nasional,” katanya.ketika merasmikan sambutan Hari Sukan Negara peringkat negeri di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, di sini pada Sabtu.

Hajiji turut meminta Kementerian Belia dan Sukan Sabah agar terus membangunkan sukan di negeri ini sekali gus mampu melahirkan atlit yang mengharumkan nama negara hingga ke peringkat antarabangsa.

“Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, pembangunan sukan antara yang diberi penekanan.Justeru, Kementerian Belia dan Sukan negeri perlu mengambil peluang dalam RMK12 untuk turut membangunkan sukan di negeri ini,” katanya.

Ketua Menteri berkata, sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini sedikit berbeza kerana disesuaikan dengan SOP semasa yang dikuatkuasakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sambutan pada kali ini juga diraikan secara sederhana tanpa melibatkan perhimpunan yang ramai dan tertakluk kepada SOP yang ditetapkan. Oleh itu, semua acara Hari Sukan Negara kali ini dilaksanakan secara hibrid dengan menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu dalam teknologi terkini seperti strava, garmin, nike run club dan sebagainya.

“Ini menunjukkan rakyat Sabah juga tidak ketinggalan untuk menerapkan Perkembangan Revolusi Perindustrian Keempat atau IR4.0 dalam semua aspek, terutamanya dalam bidang sukan antarabangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/09/hari-sukan-negara-platform-terap-budaya-sukan-dalam-kalangan-masyarakat/feed/ 0 7335