Harta curi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 17 Jul 2025 09:26:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Harta curi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki didenda RM10,000 miliki pelbagai harta curi https://sabahmedia.com/2025/07/17/lelaki-didenda-rm10000-miliki-pelbagai-harta-curi/ https://sabahmedia.com/2025/07/17/lelaki-didenda-rm10000-miliki-pelbagai-harta-curi/#respond Thu, 17 Jul 2025 09:26:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77471
Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana memiliki pelbagai barang curi.

M. Suhaimiwanshah Hamjah, 38, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Marilyn Kelvin.

Bagi pertuduhan pertama, Suhaimiwanshah didenda RM4,000 atau tujuh bulan penjara jika gagal membayar denda, kerana menyimpan harta curi iaitu sebuah beg silang dan sekeping kad kredit milik seorang lelaki pada 1 Julai lalu di perkarangan luar Jesselton Mall, Jalan Tun Fuad Stephens, dekat sini.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didenda RM6,000 atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda, kerana menyimpan pelbagai harta curi iaitu sekeping MyKid, lesen memandu, pelbagai jenis kad, dan sepasang kasut golf pada masa dan tempat yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi kes pertama, pemilik membuat laporan polis pada 1 Julai setelah menyedari barang-barangnya hilang di sebuah rumah penginapan.

Bagi kes kedua, pemilik membuat laporan polis bahawa rumahnya telah dipecah masuk pada 30 Jun dan beberapa barang telah hilang.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Yusdi Basri.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah memerintahkan semua barang kes dikembalikan kepada pemilik asal.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/17/lelaki-didenda-rm10000-miliki-pelbagai-harta-curi/feed/ 0 77471
Dua lelaki dipenjara, didenda berhubung harta curi https://sabahmedia.com/2025/06/16/dipenjara-didenda-berhubung-harta-curi/ https://sabahmedia.com/2025/06/16/dipenjara-didenda-berhubung-harta-curi/#respond Mon, 16 Jun 2025 08:44:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75643
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Dua orang lelaki masing-masing dijatuhi hukuman 10 bulan penjara dan didenda RM2,000 atau, atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas kesalahan berhubung barang curi.

Rosaime Rosli @ Jeres dan Mohamad Nazrul Askan membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.

Bagi kes Rosaime, tertuduh secara curang telah melupuskan harta curi iaitu sebuah enjin motosikal jenis Honda EX5 milik seorang lelaki pada 20 Ogos 2024, jam lebih kurang 5.40 pagi, bertempat di sebuah rumah tidak bernombor di Kg. Teguri, Putatan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari tujuh tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Fakta kes menyatakan, pengadu yang hendak pergi menunaikan solat di Surau Kg. Tugu Peringatan mendapati motosikal yang diletakkan di hadapan rumah telah tiada dan disyaki telah dicuri pada 23 Julai 2024, jam 4.50 pagi. Pengadu kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Dalam kes Mohamad Nazrul, tertuduh dengan curangnya telah memiliki harta curi iaitu sebuah telefon bimbit iPhone 11, sekeping kad MyDebit, dan sebuah beg silang milik seorang lelaki pada 22 Mei lalu, jam lebih kurang 9 malam, bertempat di kawasan tempat letak kereta berhadapan Pasar Malam UUC, Manggatal.

Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Laporan polis telah dibuat pada 22 Mei lalu selepas pengadu yang bangun tidur di bilik sewa mendapati barangan miliknya telah hilang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/16/dipenjara-didenda-berhubung-harta-curi/feed/ 0 75643