Hawana – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 14 Jun 2025 06:53:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hawana – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 HAWANA simbol pengiktirafan kerajaan terhadap peranan pengamal media – Fahmi https://sabahmedia.com/2025/06/14/hawana-simbol-pengiktirafan-kerajaan-terhadap-peranan-pengamal-media-fahmi/ https://sabahmedia.com/2025/06/14/hawana-simbol-pengiktirafan-kerajaan-terhadap-peranan-pengamal-media-fahmi/#respond Sat, 14 Jun 2025 06:53:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75524
Read Time:1 Minute, 51 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur  : Hari Wartawan Nasional (HAWANA) menjadi simbol pengiktirafan kerajaan terhadap peranan penting pengamal media dalam membentuk masyarakat berinformasi, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Bagi pihak Kementerian Komunikasi selaku penganjur dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai agensi pelaksana HAWANA 2025, Fahmi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meluangkan masa merasmikan Majlis Kemuncak HAWANA 2025, hari ini.

“Tema tahun ini “Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika” menekankan kepentingan menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam dunia kewartawanan, tanpa mengabaikan prinsip etika, ketepatan maklumat dan tanggungjawab sosial,” katanya ketika berucap pada sambutan Majlis Kemuncak HAWANA 2025 di sini.

Majlis Kemuncak yang dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara itu dirasmikan oleh Perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj merangkap Pengarah Projek HAWANA 2025, dan barisan pengurusan tertinggi syarikat-syarikat media negara.

Sementara itu Fahmi turut mengalu-alukan kehadiran tetamu dari negara anggota ASEAN yang menyertai sambutan HAWANA hari ini, untuk bersama meraikan peristiwa penting ini.

“Kehadiran anda di sini bukan sahaja menyerlahkan kepentingan universal kewartawanan, tetapi juga menekankan impak global kerja-kerja yang anda semua lakukan.

“Semasa Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN tahun ini, kami berbesar hati menyediakan platform yang membawa suara dari seluruh rantau ASEAN, berkumpul bagi menangani cabaran bersama, menggalakkan pertumbuhan mampan dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan negara kita,” katanya.

“Semasa anda berada di sini, kami berharap anda juga akan mengambil peluang untuk menikmati keindahan kekayaan budaya kami, layanan mesra, dan semangat dinamik yang menjadikan Malaysia benar-benar unik,” katanya.

Sambutan HAWANA 2025 dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan Bernama selaku agensi pelaksana, bertujuan mengiktiraf peranan dan sumbangan pengamal media dalam pembangunan negara. 

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional bersempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, bagi meraikan sumbangan pemain industri yang menjadi medium untuk membentuk minda masyarakat bermaklumat. BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/14/hawana-simbol-pengiktirafan-kerajaan-terhadap-peranan-pengamal-media-fahmi/feed/ 0 75524
Bekas ketua biro NST Sabah terima manfaat Tabung Kasih @ Hawana ke-12 https://sabahmedia.com/2024/09/14/bekas-ketua-biro-nst-sabah-terima-manfaat-tabung-kasih-hawana-ke-12/ https://sabahmedia.com/2024/09/14/bekas-ketua-biro-nst-sabah-terima-manfaat-tabung-kasih-hawana-ke-12/#respond Sat, 14 Sep 2024 09:26:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60657
Read Time:1 Minute, 18 Second

Penampang : Bekas Ketua Biro New Straits Times (NST) Sabah, Roy Goh menjadi penerima manfaat Tabung Kasih @ Hawana ke -12 bagi negeri Sabah.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil petang tadi berpeluang menyantuni dan menyampaikan sumbangan berkenaan di kediaman Roy di Kampung Dabak, Penampang di sini.

Roy, 54, yang disahkan menghidap angin ahmar atau strok sejak Julai 2018 mula berkecimpung dalam dunia kewartawanan sejak 1993 sebagai editor di Borneo Mail selama lapan tahun dan terakhir ialah sebagai editor tetap NST selama 14 tahun sehingga 2018.

Fahmi yang dalam rangka lawatan kerjanya di Sabah sempena Sambutan Hari Malaysia yang akan berlangsung di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada Isnin ini.

Fahmi berkata, Tabung Kasih @ Hawana adalah tabung yang diwujudkan khusus untuk membantu para wartawan yang mungkin menghadapi sebarang kesulitan dan kesusahan.

“Setelah dua kali diadakan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) tahun lalu dan tahun ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyediakan dana sebanyak RM2 juta untuk tujuan menyantuni, menjaga kebajikan dan memastikan para wartawan terbela nasib mereka.

“Harapan saya saudara Roy dan keluarga akan dapat memanfaatkan sedikit sumbangan ini untuk membantu sekiranya perlu menyelesaikan apa-apa isu.

“Jadi saya harap bagi organisasi media juga akan mengambil peluang untuk memanfaatkan pengalaman termasuklah di kalangan stringers ataupun part timers,” katanya.

Untuk rekod, Tabung Kasih@Hawana telah menyumbangkan kepada 147 para bekas dan pengamal media seluruh Malaysia sejak inisiatif itu diperkenalkan pada April 2023.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedict ,Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Husin serta Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita BERNAMA, Nasriah Darus.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/14/bekas-ketua-biro-nst-sabah-terima-manfaat-tabung-kasih-hawana-ke-12/feed/ 0 60657