Hazem – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 14 Jun 2026 11:03:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hazem – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Mohon tangguh perobohan rumah, gerai kampung Gayan Sibugal – Hazem https://sabahmedia.com/2026/06/14/mohon-tangguh-perobohan-rumah-gerai-kampung-gayan-sibugal-hazem/ https://sabahmedia.com/2026/06/14/mohon-tangguh-perobohan-rumah-gerai-kampung-gayan-sibugal-hazem/#respond Sun, 14 Jun 2026 11:03:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98219
Read Time:1 Minute, 31 Second

SANDAKAN :  Permohonan telah dikemukakan kepada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah supaya tindakan perobohan rumah dan gerai di Kampung Gayan Sibugal ditangguhkan selama enam bulan bagi memberi ruang kepada penduduk membuat persediaan untuk berpindah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Datuk Hazem Mubarak Tun Musa berkata, penangguhan itu penting bagi memastikan kebajikan penduduk yang terlibat terus terpelihara.

“Kita memohon penangguhan selama enam bulan kepada JTU kerana kita mahu penduduk yang terlibat diberikan masa untuk membuat persediaan sebelum berpindah,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan dan perjumpaan bersama penduduk kampung berkenaan, di sini.

Lawatan itu turut disertai wakil JTU, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) serta beberapa agensi kerajaan berkaitan bagi membincangkan isu yang dihadapi penduduk.

Menurut Hazem, kehadiran semua pihak terlibat adalah bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap masalah yang dibangkitkan oleh penduduk.

“Kita perlu bertimbang rasa dan mengambil kira rayuan yang telah dikemukakan oleh penduduk. Keutamaan kita adalah memastikan keharmonian dan kesejahteraan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang tempoh penangguhan yang dipohon itu, usaha akan dilakukan untuk membantu penduduk mendapatkan penempatan yang lebih sesuai.

“Dalam tempoh ini, kita akan berusaha membantu penduduk mencari tanah yang boleh dipohon mengikut saluran dan prosedur yang betul,” katanya.

Mengulas mengenai peniaga yang terlibat, Hazem berkata mereka dibenarkan meneruskan aktiviti perniagaan sepanjang tempoh penangguhan tersebut.

Menurutnya, terdapat sebahagian peniaga yang telah merobohkan premis masing-masing, namun memohon untuk terus berniaga menggunakan kanopi sementara.

“Mereka dibenarkan berniaga sepanjang tempoh penangguhan itu. MPS juga telah mencadangkan beberapa lokasi yang sesuai untuk dijadikan tapak perniagaan sementara. Mereka boleh mengemukakan permohonan dan kita akan menguruskannya secara lebih teratur mengikut agihan lot yang ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Hazem berkata pertemuan bersama penduduk turut membuka ruang kepada mereka untuk menyuarakan pelbagai masalah lain yang dihadapi di kawasan berkenaan.

“Apa sahaja perkara yang dibangkitkan oleh penduduk akan diberikan perhatian dan diteliti untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/14/mohon-tangguh-perobohan-rumah-gerai-kampung-gayan-sibugal-hazem/feed/ 0 98219
Kerajaan terus komited sejahterakan rakyat, dividen RM4.6 juta bukti keprihatinan https://sabahmedia.com/2026/01/28/kerajaan-terus-komited-sejahterakan-rakyat-dividen-rm4-6-juta-bukti-keprihatinan/ https://sabahmedia.com/2026/01/28/kerajaan-terus-komited-sejahterakan-rakyat-dividen-rm4-6-juta-bukti-keprihatinan/#respond Wed, 28 Jan 2026 03:32:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90511
Read Time:57 Second

SANDAKAN :  Pembayaran dividen berjumlah RM4.6 juta kepada para peneroka khususnya di wilayah timur membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam usaha mensejahterakan rakyat, khususnya di peringkat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Hazem Mubarak Musa berkata, inisiatif pembayaran dividen itu mencerminkan kesungguhan kerajaan membantu rakyat melalui pendekatan ekonomi yang mampan dan berterusan.

“Pembayaran dividen ini adalah antara usaha kerajaan bagi memastikan rakyat, khususnya para peneroka, turut menikmati hasil daripada pembangunan yang dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Dividen Peneroka  Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah  (LKTNS) yang berlangsung di sini, baru-baru ini 

Menurut Hazem, kerjasama erat antara peneroka dan LKTNS jelas membuahkan hasil yang positif serta memberi pulangan bermanfaat kepada semua pihak terlibat.

“Kerjasama strategik seperti ini perlu diteruskan dan dipertingkatkan agar manfaatnya dapat dinikmati secara berpanjangan oleh peneroka dan komuniti setempat,” katanya lagi.

Dalam majlis berkenaan, LKTNS menyerahkan dividen keseluruhan berjumlah RM4.6 juta kepada peneroka LKTNS, sekali gus mencerminkan prestasi pengurusan yang baik serta potensi ekonomi projek yang dilaksanakan.

Hazem turut berharap inisiatif seumpama itu akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak program pembangunan ekonomi rakyat pada masa akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/28/kerajaan-terus-komited-sejahterakan-rakyat-dividen-rm4-6-juta-bukti-keprihatinan/feed/ 0 90511
Hazem zahir penghargaan kepada Ketua Menteri https://sabahmedia.com/2026/01/05/hazem-zahir-penghargaan-kepada-ketua-menteri/ https://sabahmedia.com/2026/01/05/hazem-zahir-penghargaan-kepada-ketua-menteri/#respond Mon, 05 Jan 2026 13:50:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89277
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Hazem Mubarak Musa menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

Hazem berkata, beliau amat menghargai pelantikan tersebut dan menganggapnya sebagai satu kepercayaan besar daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, apabila dilantik sebagai Pengerusi Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera.

“Saya amat menghargai pelantikan ini dan ia merupakan satu kepercayaan besar daripada Ketua Menteri kepada saya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau sebelum itu berkunjung ke pejabat Sawit Kinabalu, selain menerima taklimat berkaitan operasi dan hala tuju GLC berkenaan.

Menurut Hazem, kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh Ketua Menteri menjadi pendorong kepadanya untuk memastikan kedua-dua GLC tersebut terus berupaya mencatatkan prestasi cemerlang.

“Ia telah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan GLC ini terus cemerlang dan saya akan melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh komitmen dan tanggungjawab,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/05/hazem-zahir-penghargaan-kepada-ketua-menteri/feed/ 0 89277
Hazem bertekad menangkan kerusi Sungai Manila untuk GRS https://sabahmedia.com/2025/11/24/hazem-bertekad-menangkan-kerusi-sungai-manila-untuk-grs/ https://sabahmedia.com/2025/11/24/hazem-bertekad-menangkan-kerusi-sungai-manila-untuk-grs/#respond Mon, 24 Nov 2025 03:20:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86856
Read Time:57 Second

SANDAKAN: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hazem Mubarak Musa, bertekad untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) ke-17, dengan fokus memastikan kesinambungan pembangunan di kawasan tersebut.

Hazem berkata, sambutan hangat penduduk setempat dalam setiap program kempen menjadi pemangkin semangatnya.

“Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menang dan menjadikan Sungai Manila sebagai penyumbang kerusi buat GRS,” katanya.

Beliau mengakui persaingan sengit daripada calon lain, tetapi menekankan bahawa rakyat akan membuat penilaian mereka sendiri.

“Saya berharap mereka memilih GRS bagi memastikan pembangunan dan bantuan yang telah serta akan dilaksanakan dapat diteruskan,” ujarnya.

Hazem turut menekankan manifesto GRS yang baru dilancarkan sebagai bukti komitmen gabungan itu membela nasib rakyat.

Antara fokus utama manifesto ialah wang pendahuluan RM500,000 untuk belia memiliki rumah dan bantuan khas kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas.

“Inisiatif ini akan dilaksanakan tahun hadapan. Untuk rakyat menikmatinya, adalah wajar mengekalkan GRS sebagai pemerintah. Perkara seumpama ini tidak dilakukan oleh parti lain,” tegasnya.

Hazem turut bertekad untuk terus berkhidmat kepada penduduk Sungai Manila selain mengingati pesanan ayahandanya agar sentiasa bekerja kuat dan membela nasib rakyat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/24/hazem-bertekad-menangkan-kerusi-sungai-manila-untuk-grs/feed/ 0 86856
GRS Sungai Manila terus rai sokongan baharu buat Hazem https://sabahmedia.com/2025/11/22/grs-sungai-manila-terus-rai-sokongan-baharu-buat-hazem/ https://sabahmedia.com/2025/11/22/grs-sungai-manila-terus-rai-sokongan-baharu-buat-hazem/#respond Sat, 22 Nov 2025 07:33:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86690
Read Time:37 Second

SANDAKAN: Gelombang sokongan terhadap calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila, Hazem Mubarak Musa, semakin ketara apabila kumpulan demi kumpulan penyokong parti lawan terus menyertai GRS menjelang hari pengundian yang tinggal tujuh hari lagi.

Terbaharu, seramai 47 ahli UMNO dari Kampung Padas yang diketuai Saniati Reju mengisytiharkan sokongan padu kepada Hazem sebelum mengambil keputusan menyertai GRS, hari ini.

Mereka kemudiannya disusuli 60 ahli Warisan Cawangan Peringkat 1 yang dipimpin Mohd Zulkifli Abdullah, turut meninggalkan parti asal dan menyatakan komitmen penuh untuk bersama Hazem dalam kempen Pilihan Raya DUN ke-17.

Penyertaan dua kumpulan itu dilihat sebagai suntikan semangat buat Hazem serta petanda positif terhadap kekuatan jentera GRS dalam usaha mempertahankan dan mengukuhkan sokongan di DUN Sungai Manila.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/22/grs-sungai-manila-terus-rai-sokongan-baharu-buat-hazem/feed/ 0 86690
Hazem bukti komitmen menerusi tindakan di Sungai Manila https://sabahmedia.com/2025/11/22/hazem-bukti-komitmen-menerusi-tindakan-di-sungai-manila/ https://sabahmedia.com/2025/11/22/hazem-bukti-komitmen-menerusi-tindakan-di-sungai-manila/#respond Sat, 22 Nov 2025 01:21:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86646
Read Time:44 Second

SANDAKAN: Calon muda Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hazem Mubarak Musa, membuktikan komitmennya kepada penduduk Sungai Manila dengan tindakan nyata, termasuk berjaya menyelesaikan isu geran tanah yang dihadapi penduduk selama bertahun-tahun.

Sebelum dicalonkan, Hazem sudah aktif mendekati dan membantu rakyat di kawasan itu. 

Kesungguhannya ini menjadikan pengumuman pencalonannya sesuatu yang dinanti-nantikan penduduk tempatan.

Meskipun menjadi sasaran kritikan tidak berasas, beliau memilih untuk tidak membalas dan sebaliknya menumpukan usaha membangunkan Sungai Manila. 

Fokusnya merangkumi pembangunan infrastruktur, ekonomi, pendidikan serta pembangunan belia.

Kejayaannya dalam menyelesaikan masalah geran tanah penduduk membuktikan kesungguhan pemimpin muda ini, berbeza dengan individu yang hanya muncul ketika pilihan raya tanpa sebarang usaha sebelum ini.

Hazem dikatakan mencetuskan fenomena baharu sebagai anak muda yang lebih mementingkan tindakan dan hasil, berbanding retorik semata-mata.

Dengan rekod khidmatnya yang telah terbukti, pengangkatan pemimpin muda ini dilihat bermanfaat untuk masa depan Sungai Manila. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/22/hazem-bukti-komitmen-menerusi-tindakan-di-sungai-manila/feed/ 0 86646
Hazem tarik perhatian masyarakat Tionghua dengan berbahasa Cina https://sabahmedia.com/2025/11/20/hazem-tarik-perhatian-masyarakat-tionghua-dengan-berbahasa-cina/ https://sabahmedia.com/2025/11/20/hazem-tarik-perhatian-masyarakat-tionghua-dengan-berbahasa-cina/#respond Thu, 20 Nov 2025 02:49:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86464
Read Time:1 Minute, 8 Second

SANDAKAN: Keunikan calon Gagasan Rakyat Sabah (GRS), Hazem Mubarak Tun Musa menggunakan frasa asas bahasa Cina ketika memulakan ucapan, sekali gus mendekatkan dirinya dengan komuniti Tionghua.

Ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Bersama Masyarakat Cina dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Batu 8 di sini, Hazem memulakan ucapan dengan bertanyakan khabar dalam bahasa Cina mendapat tepukan gemuruh kira-kira 100 komuniti Cina yang hadir.

Ketika ditemui, Hazem berkata dia tidak begitu fasih, namun berusaha memahami dan menggunakan beberapa frasa asas seperti ucapan salam, sapaan dan kata-kata penghargaan sebagai tanda hormat kepada masyarakat Tionghua yang hadir dalam program beliau.

“Saya bukanlah pandai sangat, tapi sedikit sebanyak saya faham.

“Saya cuba ucapkan ‘apa khabar’, ‘terima kasih’, dan beberapa perkataan lain.

“Saya gembira kerana ramai yang datang daripada masyarakat Tionghua. Kawasan Sungai Manila ramai komuniti Cina, sudah pasti saya sebagai pimpinan GRS mahu menyantuni masyarakat kaum Cina juga,” katanya.

Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila itu berkata, Sabah adalah contoh terbaik perpaduan pelbagai etnik yang hidup dalam suasana aman dan harmoni.

Katanya, perpaduan dan keharmonian ini mesti dikekalkan supaya semua kaum merasa selesa dan dihormati.

“Pembangunan Sungai Manila hanya dapat dipacu dengan sokongan menyeluruh daripada semua komuniti.

“Kita perlukan semua sokongan tidak kira bangsa, tidak kira latar belakang. Yang penting kita bersatu membawa misi untuk memajukan Sungai Manila dan memastikan pembangunan yang lebih baik untuk semua,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/20/hazem-tarik-perhatian-masyarakat-tionghua-dengan-berbahasa-cina/feed/ 0 86464
‘Saya bertanding kerana mahu berkhidmat kepada rakyat’ – Hazem https://sabahmedia.com/2025/11/17/saya-bertanding-kerana-mahu-berkhidmat-kepada-rakyat-hazem/ https://sabahmedia.com/2025/11/17/saya-bertanding-kerana-mahu-berkhidmat-kepada-rakyat-hazem/#respond Mon, 17 Nov 2025 09:46:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86175
Read Time:1 Minute, 3 Second

SANDAKAN: Calon Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hazem Mubarak Tun Musa menolak persepsi kedudukan bapanya sebagai Yang di-Pertua Negeri akan memberi kelebihan kepadanya dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17.

Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila itu berkata, penyertaannya pada PRU DU Sabah 17 itu sebaliknya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan berkenaan.

Hazem berkata, beliau juga sering menjelaskan bahawa peranan Yang di-Pertua Negeri tidak boleh dikaitkan dengan masalah politik atau mana-mana kempen.

“Saya selalu mengatakan bahawa TYT tidak boleh masuk campur dalam politik.

“Beliau adalah ketua negeri kita, beliau tidak boleh berkempen. Jadi isu TYT tidak boleh dimasukkan dalam politik,” katanya dalam pertemuan dengan media di pusat media di sini, hari ini.

Hazem berkata, sekiranya ada pihak yang merujuk kepada zaman pemerintahan bapanya ketika menjadi ketua menteri dahulu, ia adalah berdasarkan rekod pembangunan yang pernah dicapai.

“Kalau mahu cerita tentang beliau semasa menjadi Ketua Menteri, sudah pasti ada banyak pembangunan yang dibawa semasa beliau menjadi wakil rakyat.

“Tetapi bagi saya, saya sendiri hanya ingin berkhidmat,” ujarnya.

Beliau turut berkongsi nasihat yang diberikan bapanya sebelum beliau menceburi dunia politik.

“Beliau pesan, kalau saya masuk politik, saya mesti bekerja untuk rakyat. Paling penting, dengar suara rakyat dan bela nasib rakyat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/17/saya-bertanding-kerana-mahu-berkhidmat-kepada-rakyat-hazem/feed/ 0 86175
Keprihatinan, bukan status calon, dorong Hazem bantu sekolah https://sabahmedia.com/2025/11/14/keprihatinan-bukan-status-calon-dorong-hazem-bantu-sekolah/ https://sabahmedia.com/2025/11/14/keprihatinan-bukan-status-calon-dorong-hazem-bantu-sekolah/#respond Fri, 14 Nov 2025 08:56:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85754
Read Time:33 Second

SANDAKAN: Keprihatinan terhadap keselesaan pelajar menjadi faktor utama sumbangan yang disalurkan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan), Hazem Mubarak Tun Musa, dan bukannya kerana beliau dipilih sebagai calon.

Hazem yang juga calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Sungai Manila hari ini menyumbangkan 200 kerusi untuk kegunaan pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) SYN Hua, Batu 8, di sini, yang mempunyai seramai 551 pelajar.

Sumbangan tersebut dianggap amat bermakna bagi pihak sekolah dalam usaha menambah baik kemudahan pembelajaran.

Menurut Hazem, komitmennya terhadap pembangunan pendidikan tidak hanya tertumpu kepada pelajar, malah turut merangkumi golongan pendidik.

“Kita mahu pembangunan pendidikan terus berkembang, dan kita menghargai segala jasa para pendidik,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/14/keprihatinan-bukan-status-calon-dorong-hazem-bantu-sekolah/feed/ 0 85754
Hazem mahu menangi kerusi DUN Sungai Manila atas kemampuan sendiri, bukan pengaruh keluarga https://sabahmedia.com/2025/11/12/hazem-mahu-menangi-kerusi-dun-sungai-manila-atas-kemampuan-sendiri-bukan-pengaruh-keluarga/ https://sabahmedia.com/2025/11/12/hazem-mahu-menangi-kerusi-dun-sungai-manila-atas-kemampuan-sendiri-bukan-pengaruh-keluarga/#respond Wed, 12 Nov 2025 12:35:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85630
Read Time:1 Minute, 54 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila, Hazem Mubarak Musa, menegaskan bahawa beliau bertanding atas keupayaan sendiri, bukan bersandarkan pengaruh bapanya, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Hazem, 43, yang juga seorang usahawan dan pengarah syarikat perladangan sawit, berkata beliau berhasrat untuk menawan semula kerusi Sungai Manila dan menyumbang kepada kekuatan GRS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17.

“Saya terutama sekali ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Hajiji Noor kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk bertanding di DUN Sungai Manila. Hasrat kami adalah untuk merampas kerusi ini dan menyumbang kepada Gabungan Rakyat Sabah,” katanya ketika ditemui Sabah Media selepas Majlis Pengumuman Calon GRS, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Menurutnya, perjuangan itu bukan sekadar untuk kemenangan politik semata-mata, tetapi juga sebagai kesinambungan kepada legasi dan usaha pembangunan yang pernah digerakkan oleh Tun Musa Aman di kawasan berkenaan.

“Masih banyak yang perlu dilakukan, terutama dari segi pembangunan asas seperti pembaikan jalan raya dan penyelesaian masalah air yang belum selesai,” katanya.

Hazem yang telah aktif dalam politik sejak beberapa tahun lalu berkata, pelantikannya sebagai Ketua Bahagian Gagasan Rakyat tiga tahun lalu memperkukuh tekadnya untuk turun padang mendekati rakyat.

Ditanya mengenai pesanan ayahnya, Tun Musa Aman, Hazem mengakui banyak menerima nasihat berguna daripada mantan Ketua Menteri itu.

“Antara pesanan beliau ialah, jika mahu menceburi dunia politik, saya mesti bekerja keras, membela nasib rakyat dan sentiasa mendengar keluhan mereka. Itu amanah yang saya pikul dan jika diberi mandat, saya akan bekerja untuk rakyat,” katanya.

Selain beliau, beberapa ahli keluarganya juga aktif dalam politik, termasuk abangnya yang bertanding di DUN Sindumin, serta pakciknya yang juga calon di DUN Bongawan.
Namun, Hazem menegaskan bahawa pengaruh keluarga bukan penentu kejayaan dalam politik.

“Yang penting ialah calon itu sendiri, sama ada dia mampu bekerja untuk rakyat dan membawa pembaharuan di kawasan masing-masing. Itu yang utama,” katanya lagi.

Mengulas mengenai statusnya sebagai anak kepada Yang di-Pertua Negeri, Hazem menjelaskan bahawa ia tidak memberi sebarang kelebihan dalam kempen.

“TYT tidak boleh terlibat dalam urusan politik dan tidak boleh berkempen, malah beliau juga tidak mengundi. Jadi bagi saya, tiada kelebihan. Saya berdiri atas nama sendiri, bukan atas kedudukan keluarga,” katanya tegas.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/12/hazem-mahu-menangi-kerusi-dun-sungai-manila-atas-kemampuan-sendiri-bukan-pengaruh-keluarga/feed/ 0 85630