HELIKOPTER – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 25 Sep 2024 11:40:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png HELIKOPTER – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Empat petugas KKM selamat selepas helikopter dinaiki lakukan pendaratan kecemasan https://sabahmedia.com/2024/09/25/empat-petugas-kkm-selamat-selepas-helikopter-dinaiki-lakukan-pendaratan-kecemasan/ https://sabahmedia.com/2024/09/25/empat-petugas-kkm-selamat-selepas-helikopter-dinaiki-lakukan-pendaratan-kecemasan/#respond Wed, 25 Sep 2024 11:40:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61198
Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu :  Empat petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menaiki sebuah helikopter dilaporkan selamat selepas pesawat itu melakukan pendaratan cemas di sebuah kawasan terpencil berikutan mengalami masalah enjin tengah hari tadi.

Difahamkan pesawat itu yang sedang dalam perjalanan menghantar Perkhidmatan Doktor Udara ke kawasan pedalaman terpaksa mendarat di kawasan sungai cetek di Kampung Buayan, Penampang.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, helikopter jenis Bell 206B Jet Ranger milik Layang Layang Aerospace Sdn Bhd (LLASB) turut dinaiki seorang juruterbang.

Kesemua mereka kemudian dibantu dan dibawa balik oleh helikopter Sabah Air Aviation Sdn Bhd (SAASB) untuk kembali ke Pangkalan Udara Sabah Air, di Kota Kinabalu.

Pengerusi SAASB, Datuk Kenny Chua berkata, pihaknya menerima makluman berhubung insiden itu selepas juruterbang helikopter terbabit membuat panggilan kecemasan ke menara kawalan Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA).

Katanya, menara kawalan kemudiannya menghubungi helikopter milik SAASB yang secara kebetulan sedang dalam penerbangan pemindahan perubatan (medevac) ke daerah Tawau.

“Juruterbang terbang SAASB terus ke lokasi untuk memastikan helikopter LLASB selamat mendarat sebelum menghantar sebuah lagi helikopter ke lokasi untuk membantu kakitangan KKM dan juruterbang terbabit.

“Kejadian helikopter berkenaan cuba membuat pendaratan cemas turut sempat dirakam petugas SAASB,” katanya.

Kenny berkata, helikopter kedua bergerak ke lokasi pada jam 12.30 tengah hari dengan membawa seorang jurutera dan dua juruteknik LLASB bersama seorang lagi juruteknik SAASB.

“Juruterbang SAASB, Kapten Sofia Lena William kemudiannya menerbangkan empat kakitangan KKM terbabit kembali ke pangkalan. Manakala juruterbang LLASB bersama jurutera dan juruteknik melakukan kerja-kerja baik pulih pada helikopter berkenaan di lokasi.

“Helikopter berkenaan akhirnya berjaya tiba di pangkalan SAASB kira-kira jam 1.30 petang dalam keadaan selamat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/25/empat-petugas-kkm-selamat-selepas-helikopter-dinaiki-lakukan-pendaratan-kecemasan/feed/ 0 61198
JBPM lakukan penerbangan rendah helikopter, orang awam dinasihatkan tidak panik https://sabahmedia.com/2024/07/22/jbpm-lakukan-penerbangan-rendah-helikopter-orang-awam-dinasihatkan-tidak-panik/ https://sabahmedia.com/2024/07/22/jbpm-lakukan-penerbangan-rendah-helikopter-orang-awam-dinasihatkan-tidak-panik/#respond Mon, 22 Jul 2024 04:52:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57854
Read Time:42 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah akan melaksanakan siri latihan melibatkan penggunaan helikopter bomba di Putatan dan sekitar bermula esok.

JBPM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, latihan itu akan dilaksanakan selama tiga hari sehingga Khamis ini.

“Dimaklumkan bahawa JBPM akan melaksanakan siri latihan melibatkan penggunaan helikopter bomba bermula 23 hingga 25 Julai ini.

“Penggunaan helikopter itu akan membuat penerbangan rendah sekitar 500 kaki di daerah Putatan dan sekitarnya,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Penerbangan rendah helikopter bomba itu adalah bersempena majlis perasmian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan pada 25 Julai ini.

Sehubungan itu, JBPM menasihati orang awam untuk tidak panik dan risau dengan kehadiran aset bomba berkenaan.

“Orang awam dinasihatkan agar tidak panik dan risau jika melihat helikopter bomba terbang rendah dan berlegar di daerah Putatan dan sekitarnya,”katanya. –SABAH MEDIA / FOTO JBPM Sabah

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/22/jbpm-lakukan-penerbangan-rendah-helikopter-orang-awam-dinasihatkan-tidak-panik/feed/ 0 57854
Faktor utama nahas berpunca daripada helikopter Fennec tersasar, masuk laluan helikopter AW139 https://sabahmedia.com/2024/05/30/faktor-utama-nahas-berpunca-daripada-helikopter-fennec-tersasar-masuk-laluan-helikopter-aw139/ https://sabahmedia.com/2024/05/30/faktor-utama-nahas-berpunca-daripada-helikopter-fennec-tersasar-masuk-laluan-helikopter-aw139/#respond Thu, 30 May 2024 08:29:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55279
Read Time:2 Minute, 20 Second

Kuala Lumpur : Lembaga Siasatan mendapati faktor utama yang menyebabkan nahas membabitkan dua helikopter sehingga mengorbankan 10 pegawai dan anggota tentera pada 23 April lepas adalah disebabkan helikopter Fennec terbabit tidak berada pada ketinggian serta haluan ditetapkan, dan memasuki laluan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139).

Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata faktor sekunder nahas itu pula adalah disebabkan channelized attention oleh kru helikopter HOM-AW139 yang tertumpu ke arah penukaran haluan sehingga menghadkan reaksi untuk mengelak pelanggaran daripada berlaku.

Beliau berkata laporan Lembaga Siasatan nahas dua pesawat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut itu juga tidak menyatakan sekiranya nahas berpunca daripada faktor kesilapan manusia, berikutan pesawat Fennec berkenaan tidak dilengkapi dengan kotak hitam.

“Tiada data yang boleh merumuskan berlakunya human error kerana pesawat Fennec tiada kotak hitam,” katanya dalam sidang media Laporan Akhir Insiden Helikopter Terhempas di Pengkalan TLDM Lumut di sini hari ini.

Dalam tragedi pada 23 April lepas itu tujuh kru HOM-AW139 dan tiga kru Fennec TLDM terkorban selepas helikopter dinaiki bergesel dan terhempas semasa menjalani raptai lintas hormat bersempena Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Abdul Rahman berkata Lembaga Siasatan menggunakan laporan analisis kotak hitam helikopter AW139 untuk membantu siasatan manakala bagi pesawat Fennec, pembuktian profil penerbangan dilakukan melalui simulasi penerbangan menggunakan helikopter sebenar.

Beliau berkata Lembaga Siasatan turut mendapatkan kerjasama, kepakaran dan pandangan dari pihak pengeluar helikopter berkenaan iaitu Leonardo Helicopter dan Airbus Helicopter bagi membantu siasatan. 

“Airbus Helicopter mengesahkan bahawa tiada peralatan yang mempunyai Non Volatile Memory (NVM) di pesawat Fennec yang dapat membantu siasatan,” katanya.

Abdul Rahman berkata laporan autopsi turut mengesahkan bahawa tiada isu hypoglycemia atau unsur-unsur kelesuan terhadap semua kru udara, serta tiada penggunaan bahan terlarang.

“Tiada unsur mental illness (kesihatan mental) direkodkan atau dikenal pasti, semua kru udara terlibat disahkan secara perubatan sebagai fit to fly dan punca kematian 10 anggota dalam nahas berkenaan adalah berpunca daripada multiple injuries due to aviation crash,” katanya.

Beliau berkata sampel minyak, pelincir dan bahan api daripada kedua-dua helikopter juga telah diperiksa dan disahkan normal oleh pihak Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE),” katanya dan menambah bangkai dua helikopter berkenaan masih lagi disimpan di Pengkalan TLDM Lumut bagi tujuan semakan lanjut.

Abdul Rahman berkata pihaknya juga sedang menilai untuk menggantikan dua aset berkenaan yang memainkan peranan penting dalam pengoperasian TLDM, sama ada melalui perolehan aset baharu atau melalui kaedah sewa.

Mengulas mengenai kebajikan waris mangsa, beliau berkata TLDM telah menyerahkan semua bayaran pampasan dan insurans berkelompok kepada waris yang berhak.

Bayaran pencen juga telah mula dibayar secara bulanan kepada semua waris mangsa yang terlibat dalam nahas berkenaan.

“TLDM juga masih lagi menerima sumbangan daripada orang ramai melalui Tabung Tragedi Lumut 24 dan agihan kepada waris akan dibuat selepas tabung berkenaan ditutup pada Oktober ini,” katanya.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/30/faktor-utama-nahas-berpunca-daripada-helikopter-fennec-tersasar-masuk-laluan-helikopter-aw139/feed/ 0 55279
Malaysia rakam takziah, simpati pada Iran https://sabahmedia.com/2024/05/20/malaysia-rakam-takziah-simpati-pada-iran/ https://sabahmedia.com/2024/05/20/malaysia-rakam-takziah-simpati-pada-iran/#respond Mon, 20 May 2024 15:25:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54726
Read Time:42 Second

KUALA LUMPUR – Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Presiden Iran, Ebrahim Raisi; menteri luar, Hossein Amirabdollahian dan beberapa lain selepas helikopter yang mereka naiki melakukan pendaratan cemas di Dizmar.

“Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa, rakyat Iran dan semua yang terkesan oleh insiden ini. Malaysia bersolidariti dengan Iran dan berdoa bersama negara tersebut pada waktu yang mencabar ini,” kata Kementerian Luar Negeri.

Hari ini, Kerajaan Iran telah mengesahkan Ebrahim Raisi, Hossein dan semua penumpang lain di dalam helikopter tersebut telah terkorban dalam nahas terbabit.

Helikopter yang membawa Ebrahim dan rombongannya dilaporkan melakukan pendaratan cemas di Dizmar, yang terletak di antara Brazin dan Ardeshiri di wilayah Azerbaijan Timur, pada 19 Mei, jam 4.30 petang waktu tempatan.

Kejadian berlaku semasa Ebrahim dalam perjalanan pulang selepas merasmikan Qizqalaasi yang terletak di sungai Aras bersama Presiden Azerbaijan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/20/malaysia-rakam-takziah-simpati-pada-iran/feed/ 0 54726
Helikopter Terhempas: Ebrahim Raisi Dilaporkan Maut Bersama Penumpang Lain https://sabahmedia.com/2024/05/20/helikopter-terhempas-ebrahim-raisi-dilaporkan-maut-bersama-penumpang-lain/ https://sabahmedia.com/2024/05/20/helikopter-terhempas-ebrahim-raisi-dilaporkan-maut-bersama-penumpang-lain/#respond Mon, 20 May 2024 04:14:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54677
Read Time:1 Minute, 22 Second

KUALA LUMPUR: Presiden Iran Ebrahim Raisi dilaporkan meninggal dunia selepas helikopter dinaiki beliau terhempas di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Menurut agensi berita Iran, IRINN dan Mehr News, tiada mangsa yang terselamat ditemui di lokasi nahas helikopter itu.

Penumpang helikopter itu, termasuk Ebrahim Raeisi, Hossein Amir-Abdollahian, Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur Iran, Malek Rahmati, dan Ayatollah Mohammad Ali Ale-Hashem, wakil Pemimpin Revolusi Islam ke wilayah Azarbaijan Timur, bersama beberapa orang lain telah terkorban dalam kejadian itu.

Reuters melaporkan, seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan bahawa helikopter yang hilang itu ditemui ‘terbakar sepenuhnya’.

Ketua Bulan Sabit Merah Iran berkata, helikopter membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi, telah ditemui tetapi keadaannya ‘tidak baik’.

“Helikopter itu telah ditemui. Sekarang, kami bergerak ke arah helikopter,” kata ketua Bulan Sabit Merah, Pirhossein Koolivand, sambil menambah ‘keadaan tidak baik’.

Laporan awal daripada pasukan mencari dan menyelamat menunjukkan bahawa semua penumpang di dalam helikopter itu, termasuk Raisi dan Menteri Luar Hossei Amir-Abdollahian terkorban dalam nahas itu.

Persatuan Bulan Sabit Merah Iran sebelum ini mengesahkan telah tiba di tapak nahas susulan dron milik Turki mengesan satu kawasan di Wilayah Azerbaijan Timur yang mengeluarkan haba.

Sejurus itu 73 pasukan termasuk unit anjing pengesan dikerah ke kawasan terbabit namun berdepan cuaca hujan dan kabus tebal.

Terdahulu, helikopter yang membawa Presiden dan Menteri Luar Iran itu dilaporkan terpaksa melakukan ‘pendaratan kecemasan’ di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Insiden itu berlaku pada Ahad di Hutan Dizmar antara bandar Varzaqan dan Jolfa di Wilayah Azerbaijan Timur ketika Raisi dalam perjalanan pulang dari satu majlis perasmian empangan bersama Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev.

Penduduk tempatan dilaporkan mendengar ‘bunyi kuat’ di wilayah berkenaan tidak lama selepas itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/20/helikopter-terhempas-ebrahim-raisi-dilaporkan-maut-bersama-penumpang-lain/feed/ 0 54677
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumikan https://sabahmedia.com/2024/04/25/lapan-mangsa-tragedi-helikopter-tldm-terhempas-selamat-dikebumikan/ https://sabahmedia.com/2024/04/25/lapan-mangsa-tragedi-helikopter-tldm-terhempas-selamat-dikebumikan/#respond Thu, 25 Apr 2024 00:28:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53468
Read Time:3 Minute, 0 Second

BERNAMA

Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara malam tadi. 

Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan, yang dijalankan mengikut istiadat pengebumian tradisi tentera laut dengan dihadiri ribuan ahli keluarga, kenamaan serta sanak saudara yang hadir memberi penghormatan buat kali terakhir. 

Terdahulu, proses bedah siasat terhadap 10 mangsa berkenaan yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak selesai pada 2.20 petang hari ini dengan jenazah mangsa beragama Islam dibawa ke Kem Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Ipoh untuk solat jenazah. 

Jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 503 Komander Muhammad Firdaus Ramli, 44, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, di Pulau Pinang malam ini yang turut dihadiri Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayub.

Van membawa jenazah Muhammad Firdaus tiba di masjid itu pada 7.41 malam selepas disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi ketenteraan di kem berkenaan kira-kira 6 petang tadi.

Jenazah juruterbang TLDM Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Zainal Abidin, 37, dikebumikan kira-kira 10 malam di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Muda selepas disolatkan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati di ibu negara pada 8.20 malam

Suasana hiba menyelubungi pengebumian jenazah Wan Rezaudeen Kamal yang dikebumikan mengikut istiadat pengebumian TLDM ketika Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyerahkan Bendera Ensign (Panji-Panji TLDM) kepada isteri Allahyarham, Alia Amalina Md Noor.

Urusan pengebumian dua mangsa tragedi berkenaan di Perak pula selesai kira-kira 9.25 malam ini, melibatkan jenazah Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi, 41, di Tanah Perkuburan Islam Batu 10 Lekir, Lumut dan Jenazah Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, 41, di  Tanah Perkuburan Islam Jalan Ulu Nor, Sungai Bayor, Selama.

Sementara itu, di Kedah, jenazah Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, 39, dikebumikan dengan penuh istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Haji Nyak Gam Kampung Ruat, Yan pada 9.55 malam ini berhampiran kubur arwah ibunya, Ratipa Yahaya yang meninggal dunia Julai tahun lepas.

Jenazah Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun, 36, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sik Dalam, Sik, kira-kira 10.10 malam bersebelahan pusara ibunya, Fatimah Abdullah yang meninggal dunia Ogos tahun lepas.

Jenazah Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, 35, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Negeri Sembilan kira-kira 11 malam yang sebelum itu disembahyangkan di Masjid At-Taufiqiah Kariah Taman Pinggiran Senawang.

Turut serta dalam solat jenazah ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Turut dikebumikan malam ini ialah jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM Komander Muhamad Amir Mohamad, 44, di Tanah Perkuburan Islam Felcra Bukit Kepong, Labis, Johor. 

Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut dalam kenyataan pula memaklumkan jasad mendiang Leftenan T. Sivasutan, 31, dibawa pulang ke kediaman keluarga di Sitiawan, Perak sebelum disemadikan esok (25 April).

Sementara itu, jasad mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna, 26, yang diterbangkan menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tiba di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak pada 11.54 malam dan akan dibawa ke Serian untuk disemadikan.

Dalam kejadian 9.32 pagi semalam, 10 anggota dan pegawai TLDM maut dalam tragedi dua helikopter terhempas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat bersempena dengan sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/25/lapan-mangsa-tragedi-helikopter-tldm-terhempas-selamat-dikebumikan/feed/ 0 53468