Hentikan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 18 Mar 2023 13:36:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hentikan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Polis hentikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian P.188 Lahad Datu https://sabahmedia.com/2023/03/18/polis-hentikan-mesyuarat-perwakilan-umno-bahagian-p-188-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2023/03/18/polis-hentikan-mesyuarat-perwakilan-umno-bahagian-p-188-lahad-datu/#respond Sat, 18 Mar 2023 13:27:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31036
Read Time:1 Minute, 23 Second

LAHAD DATU: Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten komisioner (ACP) Dr. Rohan Shah Ahmad mengesahkan kejadian kekecohan semasa Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian P.188 Lahad Datu yang berlaku di Dewan Sri Perdana, dekat sini petang tadi.

Rohan Shah berkata, kejadian pada jam 2.45 petang itu berlaku adalah bermotifkan provokasi sehingga menyebabkan pergaduhan yang mengakibatkan dua individu mengalami kecederaan iaitu Setiausaha Eksekutif Badan Perhubungan Umno Sabah dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian P. 188 Lahad Datu.

Katanya, susulan dengan kejadian itu sepasukan Pegawai Polis Dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu yang diketuai sendiri oleh Ketua Polis daerah telah bertindak menghentikan perhimpunan terbabit dan berjaya mengawal keadaan.

“Suspek-suspek yang terlibat dalam kekecohan ini telah dikenalpasti iaitu dua orang lelaki berumur 33 tahun dan 38 tahun yang juga merupakan ahli biasa UMNO Bahagian P.188 Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Rohan Shah, dalam kejadian ini pihak polis telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu atas kesalahan melanggar syarat-syarat
perhimpunan yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan juga di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan boleh dipenjara sampai setahun atau denda dua ribu ringgit atau kedua-duanya.

“Kertas siasatan akan dirujuk Kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan Order To Investigation (OTI) dan arahan selanjutnya.

“Pihak penganjur diminta hadir ke Balai Polis untuk membantu siasatan dan sebarang maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Lahad Datu, Inspektor Sophia anak Thomas Kasau di talian 013-9392505.

“Masyarakat dinasihatkan agar menghentikan penularan video-video dan gambar-gambar mengenai kejadian ini kerana kes masih dalam siasatan pihak polis,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/18/polis-hentikan-mesyuarat-perwakilan-umno-bahagian-p-188-lahad-datu/feed/ 0 31036
Hentikan polemik pertukaran Pengarah Kesihatan Negeri Sabah – Masidi https://sabahmedia.com/2021/07/26/hentikan-polemik-pertukaran-pengarah-kesihatan-negeri-sabah-masidi/ https://sabahmedia.com/2021/07/26/hentikan-polemik-pertukaran-pengarah-kesihatan-negeri-sabah-masidi/#respond Mon, 26 Jul 2021 04:30:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3603
Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dalam satu kenyataan media hari ini berkata, polemik pertukaran Pengarah Kesihatan Sabah ini perlu dihentikan agar kita menumpukan semua usaha kita mengurus dan melawan ancaman penularan virus COVID-19 yang semakin merunsing.

“Kita harus memberi peluang kepada Pengarah Kesihatan baharu, Dr Rose Nani Mudin untuk membuktikan kewibawaan dan kemampuannya mengurus ancaman COVID-19 ini, sama dengan peluang yang kita telah berikan kepada Datuk Dr Christina Rundi.

“Dr Rose Nani Mudin berasal dari daerah Papar, anak jati sabah, bapa berbangsa Kadayan dan ibu, Kadazan,” kata Masidi.

Tambahnya, Dr Rose Nani juga mempunyai latar belakang kepakaran yang sama dengan Dr Christina.

“Bagaimanapun, pertukarannya tidak ada kena mengena dengan isu kebenaran ‘dine-in’ yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 Negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (SKN).

“Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan Negeri sendiri telah merayu agar Dr Christina dikekalkan di Sabah dalam keadaan kita sedang menghadapi ancaman pandemik COVID-19 yang serius.

“Saya sendiri telah menghubungi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, merayu agar Dr Christina dikekalkan atau sekurang-kurangnya bertukar hanya pada hujung tahun.

“Namun, Dr Noor Hisham memaklumkan keputusan ini adalah diperingkat Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang melibatkan pergerakan pertukaran pegawai-pegawai tinggi lain Kerajaan Pusat.

“Kerajaan Pusat secara rasmi memaklumkan Kerajaan Negeri bahawa rayuan Kerajaan Negeri tidak dapat dipertimbangkan atas sebab-sebab keperluan perkhidmatan dan pergerakan pertukaran pegawai-pegawai tinggi di Kementerian yang terlibat.

“Kita sayang dan mengiktiraf dedikasi kerjaya Dr Christina, kerana itu Kerajaan Negeri merayu agar beliau dikekalkan, tetapi kita menerima hakikat beliau juga seorang pegawai perkhidmatan awam yang tertakluk kepada pertukaran bila-bila masa untuk bertugas di tempat lain.

“Semasa mula-mula dilantik dalam perkhidmatan awam, semua pegawai kerajaan akur dengan syarat ini,”katanya.

Masidi juga menjelaskan bahawa Datuk Dr Christina Rundi antara beberapa pegawai tinggi yang dikenalpasti ada potensi untuk pegang jawatan yang lebih tinggi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Beliau ditukar ke Ibu Pejabat adalah sebagai persediaan untuk mengisi salah satu jawatan penting akhir tahun ini apabila penyandangnya bersara,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/26/hentikan-polemik-pertukaran-pengarah-kesihatan-negeri-sabah-masidi/feed/ 0 3603
Polis Hentikan Sekatan Jalan Raya Penampang, Putatan dan Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2021/07/05/polis-hentikan-sekatan-jalan-raya-penampang-putatan-dan-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2021/07/05/polis-hentikan-sekatan-jalan-raya-penampang-putatan-dan-kota-kinabalu/#respond Mon, 05 Jul 2021 07:56:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2556
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Pihak polis telah menghentikan sekatan jalan raya di Penampang, Putatan dan Kota Kinabalu bermula Ahad tengah malam (4 Julai).

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, keputusan ini dibuat berikutan pemerhatian pasukan itu sejak dua minggu lalu mengenai pergerakan lalu lintas.

“Pemerhatian kami menunjukkan bahawa kebanyakan mereka yang menggunakan jalan raya di daerah adalah benar-benar pekerja dan orang yang keluar untuk urusan penting,” katanya ketika dihubungi media pada Isnin (5 Julai).

Beliau berkata sekatan jalan raya di seluruh negara sekarang akan difokuskan pada sempadan utama antara daerah untuk membuat pergerakan lalu lintas lebih lancar tetapi itu tidak bermakna mereka tidak mengendahkan dalam menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP).

Hazani memberitahu semua polis daerah untuk menghentikan sekatan jalan raya di dalam daerah di seluruh negeri mulai minggu ini tetapi mengingatkan orang ramai bahawa polis masih akan melaksanakan sepenuhnya SOP dan tidak akan berkompromi terhadap yang melanggar peraturan.

Beliau mengatakan ia adalah sebahagian daripada usaha mingguan dan bulanan pasukan polis untuk memperbaiki sekatan jalan yang berterusan dan operasi lain yang berkaitan dengan Covid-19 di Sabah.

“Menghentikan sekatan jalan raya yang lebih kecil di seluruh negeri tidak ada kaitan dengan arahan kerajaan negeri atau beberapa pendirian pihak berkuasa tempatan dalam pelonggaran SOP seperti antara lain membenarkan makan dalam restoran,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/05/polis-hentikan-sekatan-jalan-raya-penampang-putatan-dan-kota-kinabalu/feed/ 0 2556