herba – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 13 Jul 2026 00:43:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png herba – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tanaman herba berpotensi jana ekonomi baharu masyarakat luar bandar https://sabahmedia.com/2026/07/13/tanaman-herba-berpotensi-jana-ekonomi-baharu-masyarakat-luar-bandar/ https://sabahmedia.com/2026/07/13/tanaman-herba-berpotensi-jana-ekonomi-baharu-masyarakat-luar-bandar/#respond Mon, 13 Jul 2026 00:43:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99756
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Pembangunan tanaman herba dan perubatan tradisional berpotensi menjadi sumber ekonomi baharu kepada masyarakat luar bandar, khususnya golongan wanita, kata Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar.

Beliau berkata, tanaman herba bukan sahaja mudah diusahakan di kawasan kediaman menerusi konsep kebun dapur, malah mempunyai nilai komersial yang mampu menjana pendapatan tambahan jika diproses dan dipasarkan dengan baik.

Menurutnya, kementerian menggalakkan lebih banyak program latihan dan pemindahan ilmu berkaitan kaedah penanaman serta pemprosesan herba supaya masyarakat, terutama wanita di luar bandar, dapat memanfaatkan sumber semula jadi yang terdapat di persekitaran mereka.

“Saya berharap lebih banyak kursus dan latihan berkaitan pemprosesan tanaman herba dapat dilaksanakan agar masyarakat memperoleh pengetahuan, kecekapan dan kemahiran yang diperlukan.

“Usaha ini bukan sahaja dapat memperkasa golongan wanita, malah membantu meningkatkan pendapatan keluarga dan ekonomi komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan sebuah premis berasaskan produk herba Jamu Haus Borneo di Anjung Selera Likas, di sini.

Jamawi berkata, meskipun ada tanggapan bahawa perubatan tradisional semakin kurang mendapat perhatian, perkembangan semasa menunjukkan minat masyarakat terhadap penggunaan herba semakin meningkat seiring kesedaran mengenai gaya hidup sihat.

“Semakin ramai masyarakat kembali memberi perhatian kepada tanaman herba dan perubatan tradisional kerana manfaat yang ditawarkan.

“Ini membuktikan industri herba mempunyai potensi besar untuk terus berkembang dan diterokai sebagai satu sektor ekonomi bernilai tinggi,” katanya.

Beliau turut berharap lebih banyak kerjasama dapat diwujudkan antara usahawan, pakar dan kementerian bagi memperkukuh pembangunan industri herba di Sabah, sekali gus membuka lebih banyak peluang keusahawanan serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Sementara itu, Jamawi turut merakamkan penghargaan kepada pengasas Jamu Haus Borneo, Zaklean Ansari Zambri, atas usaha memperkenalkan perusahaan berasaskan herba tempatan serta komitmennya dalam berkongsi ilmu dan pengalaman kepada masyarakat.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada rakan kerjasama dari Indonesia, Dr. Rianti Maharani, atas kesediaan membawa kepakaran dan pengalaman dalam bidang herba serta perubatan tradisional bagi menyokong pembangunan industri berkenaan di Sabah.

Jamawi berharap kerjasama yang terjalin antara semua pihak dapat terus diperkukuh dan diperluaskan bersama Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan bagi memperkasa industri herba, melahirkan lebih ramai usahawan tempatan serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/13/tanaman-herba-berpotensi-jana-ekonomi-baharu-masyarakat-luar-bandar/feed/ 0 99756
DUN Sabah : Kerajaan Terbuka Terokai Potensi Penggunaan Herba https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-kerajaan-terbuka-terokai-potensi-penggunaan-herba/ https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-kerajaan-terbuka-terokai-potensi-penggunaan-herba/#respond Wed, 08 Dec 2021 09:38:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9562
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan sentiasa terbuka dalam menerokai potensi penggunaan herba untuk indikasi terapeutik termasuk dalam mencegah dan merawat penyakit.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, namun ia perlulah mematuhi standard dan peraturan antarabangsa yang ditetapkan dari segi aspek kualiti, efikasi dan keselamatan.

“Berhubung dengan kajian tentang perubatan herba, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memang giat mengkaji dan membangunkan industri herba untuk tujuan perubatan.

“Agensi KKM seperti Institusi Penyelidikan Perubatan menjalankan kajian bagi memastikan ubat-ubatan berasaskan herba adalah berkesan dan selamat untuk digunakan oleh pesakit-pesakit berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Shahelmey berkata, Hydroxycloroquine (HCQ) dan Ivermectin bukanlah produk herba tetapi ianya adalah ubat tersenarai dalam penggunaan racun.

Katanya, pada masa ini polisi Kerajaan tidak membenarkan penggunaan HCQ dan Ivermectin untuk tujuan perubatan.

“Berhubung dengan pengambilan vaksin pada masa ini ianya adalah satu polisi yang ditetapkan oleh Kerajaan untuk meminimakan kesan jangkitan COVID-19 kepada rakyat.

“Kementerian saya prihatin tentang hak seseorang individu akan tetapi kepentingan dan keselamatan masyarakat adalah menjadi keutamaan Kerajaan dalam menjaga kesejahteraan rakyat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-kerajaan-terbuka-terokai-potensi-penggunaan-herba/feed/ 0 9562