hfmd – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 13 May 2025 13:37:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png hfmd – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 6,919 kes HFMD direkodkan di Sabah https://sabahmedia.com/2025/05/13/6919-kes-hfmd-direkodkan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/05/13/6919-kes-hfmd-direkodkan-di-sabah/#respond Tue, 13 May 2025 13:37:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73756
Read Time:49 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 6,919 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di negeri ini bagi tempoh 1 Januari hingga 10 Mei lalu.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Maria Suleiman berkata, situasi penyakit itu pada masa ini masih terkawal.

“Situasi di Sabah, terdapat peningkatan penyakit HFMD pada masa kini. 

“Walau bagaimanapun dengan tindakan kawalan dan penjagaan yang telah kami lakukan, keadaan HFMD di Sabah adalah terkawal dan kesnya adalah semakin menurun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri 2025 dan program derma darah yang diadakan di lobi utama Hospital Queen Elizabeth II, di sini pada Selasa.

Majlis sambutan itu disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang diwakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Dalam pada itu, Dr Maria berkata,pihaknya menyasarkan untuk mengutip sebanyak 1,000 pain darah sempena sambutan itu di seluruh negeri.

“Setakat ini, Hospital Queen Elizabeth II berjaya mengumpul 52 pain darah daripada 100 sasaran harian,” katanya. 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/13/6919-kes-hfmd-direkodkan-di-sabah/feed/ 0 73756
Kes HFMD di seluruh negara meningkat 266 peratus – KKM https://sabahmedia.com/2025/05/12/kes-hfmd-di-seluruh-negara-meningkat-266-peratus-kkm/ https://sabahmedia.com/2025/05/12/kes-hfmd-di-seluruh-negara-meningkat-266-peratus-kkm/#respond Mon, 12 May 2025 11:53:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73716
Read Time:1 Minute, 34 Second

BERNAMA

Putrajaya :  Sebanyak 99,601 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh negara tahun ini sehingga minggu epidemiologi (ME) ke-17 berakhir 26 April lepas, meningkat  266 peratus berbanding 27,236 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 10,421 kes atau 10 peratus adalah berkaitan wabak manakala 89,180 kes lagi berlaku secara sporadik.

“Lima negeri mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu Selangor (27.2 peratus), diikuti Johor (9.9 peratus), Perak (9.4 peratus), Kelantan (7.2 peratus) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 6.9 peratus.

“Secara kumulatif, terdapat 2,649 wabak berbanding 1,339 wabak bagi tempoh yang sama pada 2024 iaitu peningkatan sebanyak 49 peratus. Daripada keseluruhan wabak ini, sebanyak 578 berlaku di taska (22 peratus), 480 di tadika (18 peratus), 292 di tabika (11 peratus) dan 251 di prasekolah (sembilan peratus),” menurut kenyataan itu.

KKM memaklumkan sebanyak 38,285 premis diperiksa di seluruh negara melibatkan taska, tadika, tabika, prasekolah serta rumah kediaman dan sebanyak 1,140 premis diarahkan tutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 manakala 430 premis ditutup secara sukarela. 

“Setakat ini, tiada kematian berkaitan HFMD dilaporkan,” menurut kenyataan itu dan memaklumkan sebanyak 220 sesi libat urus dan taklimat telah dilaksanakan di seluruh negara oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk memberi pendidikan kesihatan bagi membendung penularan HFMD.

KKM dalam pada itu menyarankan ibu bapa dan penjaga untuk mengamalkan langkah pencegahan seperti mencuci tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas, serta memastikan alat permainan, bilik air dan barangan yang kerap disentuh kanak-kanak dibersihkan secara berkala bagi membendung penularan HFMD.

“Barangan peribadi seperti cawan, tuala dan berus gigi tidak boleh dikongsi. Kanak-kanak bergejala perlu segera mendapatkan rawatan dan dilarang menghadiri pusat jagaan atau tempat awam untuk mengelakkan penularan jangkitan HFMD,” menurut kenyataan itu.– BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/12/kes-hfmd-di-seluruh-negara-meningkat-266-peratus-kkm/feed/ 0 73716
Ibu bapa disaran pantau kebersihan anak, cegah penularan HFMD https://sabahmedia.com/2025/05/10/ibu-bapa-disaran-pantau-kebersihan-anak-cegah-penularan-hfmd/ https://sabahmedia.com/2025/05/10/ibu-bapa-disaran-pantau-kebersihan-anak-cegah-penularan-hfmd/#respond Sat, 10 May 2025 12:20:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73569
Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu : Ibu bapa dinasihatkan agar lebih peka terhadap kebersihan anak-anak bagi mencegah penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang kini dilaporkan berlaku di beberapa sekolah khususnya di Sabah.

Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah, Datuk Mohd Arif Sakaran berkata, kebanyakan kes HFMD berpunca daripada pendedahan luar sekolah dan boleh dielakkan dengan penjagaan kebersihan asas seperti membasuh tangan serta mengekalkan sanitasi diri.

“Saya sarankan ibu bapa beri perhatian khusus kepada anak-anak kecil dan tidak menghantar mereka ke sekolah sekiranya menunjukkan gejala HFMD.

“Kuarantin di rumah adalah langkah terbaik bagi elak jangkitan merebak,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Inanam 2 di sini pada Sabtu.

Arif turut menekankan peranan PIBG dalam membantu pihak sekolah memantau kesihatan pelajar serta mencadangkan agar program kesedaran kesihatan melibatkan agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan diadakan di sekolah.

“Sekolah juga perlu bertindak segera dengan mengasingkan pelajar yang bergejala ke bilik kuarantin sebelum dijemput ibu bapa. Kita belajar dari pengalaman COVID-19, jadi semua sekolah kini bersedia,” katanya.

Beliau menambah, kolaborasi antara PIBG, guru dan ibu bapa sangat penting dalam memastikan kehadiran pelajar ke sekolah tidak terjejas akibat penyakit berjangkit seperti HFMD. 

Terdahulu, Arif berkata, mesyuarat yang diadakan merupakan satu platfrim yang sangat baik untuk menyatukan ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah.

“Di sinilah kita dapat suarakan pandangan, gunakanlah platform ini untuk kita dapat menyuarakan, memberi cadangan kepada pihak sekolah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/10/ibu-bapa-disaran-pantau-kebersihan-anak-cegah-penularan-hfmd/feed/ 0 73569
Lebih 4,000 kes HFMD dilaporkan di Sabah, 83 peratus libatkan kanak-kanak https://sabahmedia.com/2025/04/30/lebih-4000-kes-hfmd-dilaporkan-di-sabah-83-peratus-libatkan-kanak-kanak/ https://sabahmedia.com/2025/04/30/lebih-4000-kes-hfmd-dilaporkan-di-sabah-83-peratus-libatkan-kanak-kanak/#respond Wed, 30 Apr 2025 12:14:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72975
Read Time:1 Minute, 40 Second

Kota Kinabalu :  Kes jangkitan penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) di Sabah menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 4,385 kes dicatatkan di negeri ini bagi tempoh Januari hingga 19 April 2025.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Maria Suleiman berkata, sebanyak 83 peratus daripada keseluruhan kes ini adalah melibatkan kanak-kanak berusia di bawah tujuh tahun. 

Katanya, sebanyak lima daerah melaporkan kumulatif kes tertinggi iaitu Kota Kinabalu sebanyak 705 kes; Papar (578 kes), Penampang (450 kes), Keningau (431 kes) dan Tawau (262 kes). 

Menurutnya, kesemua kes ini adalah ringan dan hanya memerlukan rawatan pesakit luar tanpa melibatkan kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau berlaku kematian.

“Majoriti jangkitan yang dilaporkan berlaku di rumah atau pusat pendidikan awal kanak-kanak seperti taska, tadika dan pra-sekolah.

“Selain itu, kluster HFMD telah dilaporkan di 10 buah sekolah, yang mana lima daripadanya telah diarah ditutup sepenuhnya, manakala selebihnya ditutup sebahagian melibatkan kelas tertentu. 

“Arahan penutupan ini adalah bersifat sementara bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan serta kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi untuk memutuskan rantaian jangkitan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Maria berkata, langkah kawalan yang diambil melibatkan siasatan kes, persampelan makmal, promosi kesihatan, dan pemeriksaan premis berisiko berdasarkan Garis Panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Katanya, pemeriksaan ini dilakukan bagi menilai tahap kebersihan dan keberkesanan disinfeksi terutama dalam populasi berisiko.

“Ibu bapa dan penjaga disaran mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti mencuci tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas, serta memastikan permainan, bilik air, dan barangan yang kerap disentuh dibersihkan secara berkala menggunakan sabun, air, atau cecair disinfeksi. 

“Barangan peribadi seperti cawan, tuala, dan berus gigi tidak boleh dikongsi. Kanak-kanak bergejala perlu segera mendapatkan rawatan dan dilarang menghadiri pusat jagaan atau tempat awam untuk mengelakkan penularan jangkitan HFMD,” katanya.

Tambahnya lagi, maklumat berhubung pencegahan HFMD boleh diperoleh dari laman infosihat.moh.gov.my, Facebook KKM dan Facebook JKNS. 

“Pihak JKNS juga akan terus memantau dan mengemas kini maklumat berkaitan dari semasa ke semasa,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/30/lebih-4000-kes-hfmd-dilaporkan-di-sabah-83-peratus-libatkan-kanak-kanak/feed/ 0 72975
HFMD: dua sekolah di Kinabatangan tutup sementara untuk sanitasi https://sabahmedia.com/2025/04/25/hfmd-dua-sekolah-di-kinabatangan-tutup-sementara-untuk-sanitasi/ https://sabahmedia.com/2025/04/25/hfmd-dua-sekolah-di-kinabatangan-tutup-sementara-untuk-sanitasi/#respond Fri, 25 Apr 2025 04:30:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72653
Read Time:32 Second

BERNAMA

Kinabatangan : Sebanyak dua sekolah di sini diarahkan tutup selama seminggu sehingga 29 April, bagi kerja sanitasi selepas terdapat murid di sekolah tersebut dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Dr Dalmansa Tahil berkata sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Kinabatangan dan SK Paris 3.

“Penutupan berdasarkan laporan serta surat arahan daripada pihak kesihatan, bagaimanapun masyarakat tidak perlu panik kerana penutupan sementara ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembasmian kuman,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) sekolah berkenaan akan berlangsung secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sepanjang tempoh itu. BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/25/hfmd-dua-sekolah-di-kinabatangan-tutup-sementara-untuk-sanitasi/feed/ 0 72653
HFMD : Sabah catat peningkatan, 2,834 kes dilaporkan https://sabahmedia.com/2022/05/19/hfmd-sabah-catat-peningkatan-2834-kes-dilaporkan/ https://sabahmedia.com/2022/05/19/hfmd-sabah-catat-peningkatan-2834-kes-dilaporkan/#respond Thu, 19 May 2022 02:41:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=15625
Read Time:2 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan tren peningkatan jangkitan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) sebanyak 2,834 kes bagi tempoh Januari sehingga 16 Mei lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, ia merupakan peningkatan sangat tinggi berbanding 55 kes yang dilaporkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Katanya, lima daerah yang melaporkan kes tertinggi adalah Tawau (435 kes), Sandakan (387 kes), Lahad Datu (308 kes), Kota Belud (244 kes) dan Papar (229 kes).

“Sehingga kini belum ada kematian dilaporkan disebabkan oleh HFMD. Sebanyak 93.1 peratus kes adalah kanak kanak yang berumur kurang dari enam tahun.

“Transmisi jangkitan majoritinya berlaku di rumah persendirian atau pusat pendidikan awal,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dr Rose Nani berkata, penyakit HFMD adalah penyakit yang kebiasaannya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut yang disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus).

Katanya, HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti. Kanak-kanak di bawah umur lima tahun adalah golongan yang paling mudah dijangkiti.

“HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Antara langkah-langkah yang sedang dijalankan oleh pihak JKNS adalah dengan melakukan siasatan segera ke atas kes-kes yang dilaporkan.

“Menjalankan promosi kesihatan dan pemeriksaan menyeluruh ke atas premis yang berisiko seperti taska dan tadika bagi menilai tahap kebersihan dan amalan disinfeksi peralatan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak supaya bebas daripada risiko jangkitan HFMD,” katanya.

Selain itu, Dr Rose Nani berkata, pihaknya juga akan mengarah penutupan premis di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk kerja-kerja pembersihan premis bagi memutuskan rangkaian jangkitan HFMD sekiranya terdapat kes positif HFMD di premis tersebut.

Katanya, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengendali taska,tadika dan memberikan khidmat nasihat sepertimana dalam buku Garis Panduan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) keluaran KKM.

“Kita juga akan menggalakkan amalan kebersihan diri di kalangan masyarakat dengan mengadakan promosi kesihatan di pasaraya dan tempat permainan kanak kanak terutama dalam meningkatkan disinfeksi secara berkala.

“Peranan ibubapa dalam pencegahan HFMD adalah memastikan langkah pencegahan penularan jangkitan HFMD dilakukan seperti membasuh tangan dengan sabun sebelum makan, semasa mengendali makanan dan selepas menggunakan tandas.

“Ibu bapa juga perlu menyuci dan disinfeksi bilik air, mainan dan barang lain yang disentuh anak dengan sabun dan air atau menggunakan cecair pembasmi kuman,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Rose Nani turut meminta ibu bapa untuk tidak berkongsi cawan minum, peralatan makanan atau barangan peribadi seperti tuala dan berus gigi.

Katanya, ibu bapa juga perlu mengelakkan dari memeluk dan mencium anak yang dijangkiti selain membawa anak yang mempunyai tanda dan mengalami gejala jangkitan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.

“Tidak menghantar anak yang dijangkiti ke tempat-tempat awam dan pusat pusat pendidikan awal,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/05/19/hfmd-sabah-catat-peningkatan-2834-kes-dilaporkan/feed/ 0 15625