Hiburan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 28 Sep 2026 04:01:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hiburan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Sabah komited sokong bakat muda dalam industri muzik https://sabahmedia.com/2026/09/28/kerajaan-sabah-komited-sokong-bakat-muda-dalam-industri-muzik/ https://sabahmedia.com/2026/09/28/kerajaan-sabah-komited-sokong-bakat-muda-dalam-industri-muzik/#respond Mon, 28 Sep 2026 04:01:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104338
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah komited menyokong dan memperkasa bakat anak muda negeri ini dalam industri muzik tanah air, termasuk menerusi penganjuran program yang menyediakan ruang serta pengiktirafan kepada penggiat seni tempatan.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Mazlan @ Joehari Manan berkata, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, sentiasa melihat usaha memperkasa bakat tempatan secara menyeluruh, termasuk dari aspek sokongan, bantuan dan keperluan pembangunan industri.

Katanya, bakat anak muda Sabah dalam bidang hiburan bukan sahaja mempunyai nilai dari sudut seni dan kreativiti, malah berpotensi diterjemahkan sebagai sumber ekonomi serta pendapatan.

“Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor akan melihat ini secara menyeluruh untuk memberi sumbangan dan bantuan serta apa sahaja yang diperlukan untuk mengangkat martabat serta bakat anak muda di Sabah.

“Bakat ini boleh diterjemahkan sebagai bentuk ekonomi dan pendapatan kepada anak-anak tempatan Sabah yang berbakat dalam bidang hiburan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas malam kemuncak Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Ke-16 (CLAS16) di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah, di sini.

Mazlan turut menggesa generasi muda Sabah yang mempunyai bakat dalam bidang muzik dan seni supaya terus aktif berkarya serta meningkatkan kebolehan dan kualiti masing-masing.

“Saya berharap kepada generasi muda yang berbakat di Sabah agar terus bergiat aktif dalam berkarya, kembangkan kebolehan diri, meningkatkan kualiti dan kredibiliti yang ada.

“Teruslah berusaha, memupuk minat dan mengembangkan kebolehan diri supaya satu hari nanti boleh mengangkat dan mengharumkan nama Sabah ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran CLAS16 menjadi antara platform penting dalam memberikan pengiktirafan kepada penggiat seni negeri ini, selain mendorong mereka untuk terus berkarya dan meningkatkan kemampuan bagi menghadapi persaingan pada peringkat lebih tinggi.

Katanya, program berkenaan turut memberi impak positif kepada industri hiburan tempatan dengan menyediakan ruang kepada artis dan penggiat muzik untuk menyerlahkan bakat masing-masing.

“Program ini memberikan impak positif kepada penggiat seni hiburan sekali gus memberikan motivasi dan semangat kepada artis untuk terus bergiat aktif dan meningkatkan kualiti dan kredibiliti masing-masing.

“Penganjuran tersebut juga menjadi platform untuk mengangkat kebolehan dan bakat anak Sabah ke peringkat yang lebih tinggi dalam industri muzik tanah air,” katanya.

Mazlan turut merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah dan JKKN Sabah atas kejayaan penganjuran CLAS16 serta usaha berterusan dalam memperkasa industri muzik tempatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/28/kerajaan-sabah-komited-sokong-bakat-muda-dalam-industri-muzik/feed/ 0 104338
Artis popular tanah air, tempatan meriahkan Konsert Kupikupi FM Sabtu ini https://sabahmedia.com/2022/08/04/artis-popular-tanah-air-tempatan-meriahkan-konsert-kupikupi-fm-sabtu-ini/ https://sabahmedia.com/2022/08/04/artis-popular-tanah-air-tempatan-meriahkan-konsert-kupikupi-fm-sabtu-ini/#respond Wed, 03 Aug 2022 23:36:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=19605
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Selepas dua tahun menyepi akibat pandemik Covid-19, Konsert Kupikupi FM kini kembali untuk menggegarkan pentas Dewan Hongkod Koisaan KDCA, Sabtu ini.

Konsert percuma untuk orang ramai itu bakal menampilkan artis-artis popular tanah air termasuk kumpulan Estranged, HyperAct, Marsha Milan, Velvet Aduk, Elica Paujin, Francis Landong dan Dabra Sia.

Pengurus Besar Kupikupi FM, Lester Calvin Miol berkata, pihaknya kembali mengetengahkan artis-artis tempatan dalam konsert kali ini seperti penganjuran pertamanya pada 2016.

“Kami kembali ke akar umbi untuk konsert ini, kami menampilkan 14 penyanyi tempatan daripada pelbagai genre muzik.

“Sungguh menggembirakan buat kami di Kupikupi FM kerana akhirnya dapat membawa kembali hiburan konsert kepada rakyat Sabah selepas dua tahun penangguhan akibat Covid-19.

“Kami turut berharap dengan adanya konsert ini, ia dapat memberikan senyuman dan keterujaan kepada peminat serta pendengar setia kami terutamnya di Sabah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Lester turut mengingatkan orang ramai yang hadir menyaksikan konsert itu supaya menjaga keselamatan serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk memakai pelitup muka dan sanitasi diri setiap masa.

“Kami mensasarkan seramai kira-kira 10,000 pengunjung akan hadir menyaksikan konsert ini,” katanya lagi.

Beliau berkata, konsert kali ini turut mendapat sokongan syarikat Celcom Axiata Berhad (Celcom) dan syarikat penergangan Firefly.

Katanya, sebanyak lima tiket penerbangan percuma disediakan sebagai cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir pada hari berkenaan.

“Kita juga membawakan Singgah Kupi-Kupi, karnival makanan, “car booth sale” dan pelbagai aktiviti menarik yang akan turut memeriahkan konsert di perkarangan KDCA bermula jam 10 pagi dan akan dibuka sepanjang hari,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/08/04/artis-popular-tanah-air-tempatan-meriahkan-konsert-kupikupi-fm-sabtu-ini/feed/ 0 19605