hilang kawalan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 27 Sep 2026 01:30:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png hilang kawalan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hilang kawalan punca kemalangan, empat lelaki maut – PDRM https://sabahmedia.com/2026/09/27/hilang-kawalan-punca-kemalangan-empat-lelaki-maut-pdrm/ https://sabahmedia.com/2026/09/27/hilang-kawalan-punca-kemalangan-empat-lelaki-maut-pdrm/#respond Sun, 27 Sep 2026 01:24:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104282
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Perodua Viva yang dipandu hilang kawalan dipercayai menjadi punca kemalangan yang mengorbankan empat lelaki selepas kenderaan tersebut dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh empat kenderaan lain di Jalan Sepanggar, berhampiran Taman Jaya Diri, awal pagi tadi.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman, kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu berlaku ketika Perodua Viva terbabit dipandu lelaki berusia 23 tahun bersama tiga penumpang dari arah Sepanggar menuju ke Indah Permai.

Katanya, siasatan awal mendapati kenderaan itu hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan lalu melanggar sebuah lori Nissan NPR dan sebuah Perodua Aruz.

“Lori berkenaan tertolak ke hadapan lalu menghimpit sebuah van Nissan Urvan, manakala van itu pula melanggar bahagian belakang sebuah Proton X50,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, akibat perlanggaran itu, keempat-empat mangsa tersepit di dalam kenderaan sebelum dikeluarkan pasukan bomba.

“Kesemua mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Likas,” katanya.

Mayat semua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/27/hilang-kawalan-punca-kemalangan-empat-lelaki-maut-pdrm/feed/ 0 104282
Pemandu ambulan terlanggar kerbau melintas, hilang kawalan menyebabkan kemalangan https://sabahmedia.com/2022/09/09/pemandu-ambulan-terlanggar-kerbau-melintas-hilang-kawalan-menyebabkan-kemalangan/ https://sabahmedia.com/2022/09/09/pemandu-ambulan-terlanggar-kerbau-melintas-hilang-kawalan-menyebabkan-kemalangan/#respond Fri, 09 Sep 2022 00:09:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=21244
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA BELUD : Akibat terlanggar seekor kerbau yang tiba-tiba melintas di hadapan, seorang pemandu ambulan hilang kawalan lalu termasuk ke lorong laluan bertentangan jalan dan terlanggar sebuah kenderaan jenis 4X4 Isuzu Dmax dalam satu kejadian di jalan Kota Belud – Kota Marudu pada awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Supt Shahrudin Mat Husain yang mengesahkan kejadian berkata, kejadian berlaku pada 8 Sept 2022 jam lebih kurang 1.30 pagi bertempat di jalan Kota Belud – Kota Marudu (Jalan Kesapang Kota Belud) telah berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah ambulan dan sebuah kenderaan jenis 4X4 Isuzu Dmax.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kejadian melibatkan sebuah ambulan milik Hospital Kota Marudu yang membawa pesakit ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu apabila sampai di tempat kejadian telah terlanggar seekor kerbau yang tiba-tiba melintas di hadapan lalu menyebabkan pemandu ambulan yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 40 tahun telah hilang kawalan masuk ke lorong laluan bertentangan dan terlanggar sebuah kenderaan jenis 4X4 Isuzu Dmax yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 28 tahun.

“Dalam kejadian, kedua-dua pemandu ambulan dan Isuzu Dmax bersama penumpang kenderaan ambulan iaitu seorang doktor perempuan ,30, bersama seorang jururawat perempuan, 41, berserta pesakit perempuan berumur 37 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bagaimanapun kes masih disiasat di bawah rule 10 LN 166/59,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, pihak polis menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa memandu dan patuhi undang-undang jalan raya serta pastikan kenderaan dalam keadaan baik.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/09/09/pemandu-ambulan-terlanggar-kerbau-melintas-hilang-kawalan-menyebabkan-kemalangan/feed/ 0 21244