Hilang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 14 Sep 2025 12:46:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hilang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Operasi cari anggota tentera hilang di Pulau Mataking diteruskan https://sabahmedia.com/2025/09/14/operasi-cari-anggota-tentera-hilang-di-pulau-mataking-diteruskan/ https://sabahmedia.com/2025/09/14/operasi-cari-anggota-tentera-hilang-di-pulau-mataking-diteruskan/#respond Sun, 14 Sep 2025 12:44:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81249
Read Time:1 Minute, 13 Second

SEMPORNA: Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) diteruskan bagi mengesan seorang anggota tentera, Prebet (Pbt) Muhammad Zulkarnain Jaffar dari Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD), yang dilaporkan hilang sejak 12 September lalu ketika bertugas dalam Operasi PASIR di perairan Pulau Mataking.

Operasi pencarian seorang lagi anggota tentera yang masih hilang Pbt Mohammad Zulkarnain diteruskan hari ini. – Foto ihsan ATB 2 Tawau

Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pencarian hari kedua meliputi kawasan seluas 108 batu nautika persegi yang dibahagi kepada 15 sektor.

Operasi disertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pasukan Polis Marin (PPM) serta ATB 2 sendiri.

Antara aset yang digerakkan ialah kapal KD Sri Johor, bot perintas serta pesawat EC725 dan CN235 MSA.

“Keadaan laut berombak antara 0.5 hingga satu meter dengan angin timur tenggara 10 hingga 20 kilometer sejam, namun operasi tetap dijalankan secara giat pada siang dan malam,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, jenazah seorang lagi anggota tentera, Pbt Muhammad Irfan Haiqal Abdullah, yang ditemui dalam operasi berkenaan telah diserahkan kepada keluarga dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Toh Puan Rahmah, Kampung Kuala Pari Tengah, Ipoh pada tengah malam tadi. Urusan pengebumian dilaksanakan oleh 5 RAMD.

ATB 2 turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menegaskan komitmen untuk meneruskan usaha pencarian sehingga Pbt Muhammad Zulkarnain ditemui.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” jelas kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/14/operasi-cari-anggota-tentera-hilang-di-pulau-mataking-diteruskan/feed/ 0 81249
Bantu kesan kanak-kanak lelaki lima tahun, hidap autisme, hilang https://sabahmedia.com/2025/04/21/bantu-kesan-kanak-kanak-lelaki-lima-tahun-hidap-autisme-hilang/ https://sabahmedia.com/2025/04/21/bantu-kesan-kanak-kanak-lelaki-lima-tahun-hidap-autisme-hilang/#respond Mon, 21 Apr 2025 01:34:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72369
Read Time:1 Minute, 4 Second

Oleh FLORIETA DIET

TAMPARULI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang menghidap autisme dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Bahagia II, Tamparuli, pada petang Ahad.

Ibu kepada kanak-kanak tersebut merayu kepada orang ramai melalui satu hantaran di Facebook agar menghubunginya di talian 016-5874384 sekiranya terjumpa anaknya, Muhammad Aniq Faiz bin Muhammad Ashraf.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, TPgB II Mohamad Nor Amit, berkata bahawa Pusat Gerakan Operasi Bomba Tuaran menerima panggilan kecemasan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tamparuli pada jam 1.52 petang Ahad berhubung kehilangan kanak-kanak itu.

Pasukan bomba melancarkan misi pencarian kanak-kanak tersebut sebaik menerima panggilan kecemasan itu. – Foto ihsan JBPM Sabah

“Pasukan BBP tiba di lokasi pada jam 2.13 petang bersama kekuatan sepuluh anggota serta dua anggota Unit K9. Turut serta dalam operasi ialah empat anggota PDRM dan lapan anggota dari Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“SAR telah diteruskan pada jam 8.50 malam dengan bantuan tiga lagi BBP dari Kota Kinabalu, Lintas dan Putatan,” katanya.

Tambahnya lagi, operasi pencarian dijalankan dalam radius 300 meter dan dibahagikan kepada dua sektor dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

Pencarian turut dibantu oleh anjing pengesan daripada Unit K9. Bagaimanapun, sehingga jam 5.30 pagi tadi, mangsa masih belum ditemui. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/21/bantu-kesan-kanak-kanak-lelaki-lima-tahun-hidap-autisme-hilang/feed/ 0 72369
Mayat lelaki hilang di sungai ditemui 200 meter dari lokasi kejadian https://sabahmedia.com/2024/11/26/lelaki-dilaporkan-hilang-di-sungai-mayatnya-ditemui-tengah-malam-tadi/ https://sabahmedia.com/2024/11/26/lelaki-dilaporkan-hilang-di-sungai-mayatnya-ditemui-tengah-malam-tadi/#respond Mon, 25 Nov 2024 23:13:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64412
Read Time:33 Second

KOTA BELUD: Seorang lelaki dilaporkan hilang di sungai semasa menjalankan aktiviti menangkap di kawasan Sungai Lebak Moyoh Kupang dekat sini pada pagi Ahad, mayatnya telah ditemui tengah malam tadi oleh orang awam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata mangsa Noordin Punjuh,51, telah berjaya dijumpai oleh orang kampung pada jam 12:56 tengah malam pada jarak 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak polis. Seterusnya pasukan bomba bertindak mengambil mayat mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 2.09 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/26/lelaki-dilaporkan-hilang-di-sungai-mayatnya-ditemui-tengah-malam-tadi/feed/ 0 64412
Kakitangan bank ditahan, lebih RM20 juta wang akaun simpanan hilang https://sabahmedia.com/2024/06/15/kakitangan-bank-ditahan-lebih-rm20-juta-wang-akaun-simpanan-hilang/ https://sabahmedia.com/2024/06/15/kakitangan-bank-ditahan-lebih-rm20-juta-wang-akaun-simpanan-hilang/#respond Sat, 15 Jun 2024 13:33:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56029
Read Time:55 Second

PETALING JAYA: Polis telah menahan seorang kakitangan bank bagi membantu siasatan selepas lebih RM20 juta dalam akaun simpanan yang didakwa “hilang” melalui transaksi mencurigakan dari bank yang sama.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, empat laporan polis telah dibuat sejak awal Jun lalu.

“Pengadu termasuk pemegang akaun dan pekerja bank yang menyedari transaksi tunai yang mencurigakan sedang dilakukan di Kota Kinabalu. Urus niaga itu melibatkan beberapa akaun simpanan daripada bank.

“Semua menafikan sebarang penglibatan dan telah menyatakan bahawa mereka tidak pernah ke Kota Kinabalu untuk melakukan transaksi,” katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

Susulan siasatan berhubung transaksi yang mencurigakan itu, polis menahan suspek berusia 38 tahun itu di Kota Kinabalu pada 13 Jun.

“Siasatan mendapati ahli sindiket jenayah dan ‘orang dalam’ dalam bank terbabit dalam membuat pengeluaran kerana transaksi sedemikian hanya boleh dilakukan secara dalaman.

“Beberapa individu lain telah dikenal pasti dan sedang dikesan,” tambahnya.

Polis turut merampas tiga telefon bimbit, lapan kad bank, komputer riba dan wang tunai RM4,400 untuk siasatan.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/15/kakitangan-bank-ditahan-lebih-rm20-juta-wang-akaun-simpanan-hilang/feed/ 0 56029
Mangsa Banjir Beluran: Satu Mayat Ditemui, Seorang Masih Hilang https://sabahmedia.com/2022/01/02/mangsa-banjir-beluran-satu-mayat-ditemui-seorang-masih-hilang/ https://sabahmedia.com/2022/01/02/mangsa-banjir-beluran-satu-mayat-ditemui-seorang-masih-hilang/#respond Sun, 02 Jan 2022 10:34:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10601
Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BELURAN: Mayat seorang daripada dua mangsa banjir yang dilaporkan hilang pada 31 Disember 2021 dalam kejadian berlaku di dua tempat yang berlainan telah ditemui pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, setakat ini, seorang mangsa yang dilaporkan hilang semasa memukat di Kuala Penubukan, Paitan yang dilaporkan hilang pada 31 Disember 2021 telah ditemui lemas pada jam 12.30 tengahari (01 Januari 2022) di pokok bakau lebih kurang 1.5 kilometer dari tempat kejadian dekat sini.

“Menurut maklumat awal mangsa lelaki berusia 28 tahun dikenali sebagai Rajis Nawang bekerja sebagai nelayan telah turun memasang pukat di Kuala Penubukan sebelum disedari hilang oleh bapanya.

“Manakala mangsa kedua, hanya dikenali Kaerul, 26, Pekerja Ladang telah dihanyutkan air deras apabila cuba menyeberang jalan Kampung Kinadaan (Kg Matanggal). Semasa kejadian dipercayai paras air mencecah lima kaki dari paras jalan. Kejadian ini disedari oleh majikannya dan telah membuat laporan kepada pihak polis, sehingga kini mangsa masih belum ditemui,” kata Kasim dalam kenyataan medianya hari ini.

Sementara itu, katanya hujan lebat yang turun berterusan mengakibatkan banjir beberapa kawasan di Daerah Beluran.

“Operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan membabitkan agensi dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/02/mangsa-banjir-beluran-satu-mayat-ditemui-seorang-masih-hilang/feed/ 0 10601
Seorang Mangsa Bot Karam Ditemui, Seorang Masih Hilang https://sabahmedia.com/2021/09/23/seorang-mangsa-bot-karam-ditemui-seorang-masih-hilang/ https://sabahmedia.com/2021/09/23/seorang-mangsa-bot-karam-ditemui-seorang-masih-hilang/#respond Thu, 23 Sep 2021 13:16:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6785
Read Time:1 Minute, 15 Second

TENOM: Seorang mangsa kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas dibawa arus deras semasa kejadian bot karam di Sungai Padas, Kg Kalandos Pangi telah dijumpai oleh orang awam pada jam 4.45 petang, pada Khamis (23 September 2021).

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Misran Bisara berkata, seorang mangsa kanak-kanak lelaki yang hanyut dibawa arus deras semasa kejadian bot karam di Sungai Padas Kg Kalandos Pangi telah dijumpai oleh orang awam petang Khamis kira-kira 33 kilometer dari lokasi kejadian.

“Mangsa dikenali Melvin Junaidi berusia 12 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan, mayat mangsa dibawa ke Kg Binunuk untuk proses pengecaman oleh keluarga mangsa.

“Seterusnya mayat mangsa diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala seorang lagi mangsa lelaki Joseph Sayah berusia 55 tahun masih belum dijumpai,” kata Misran.

Operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR) bot karam bersama-sama agensi bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah ditangguhkan pada jam 4 petang hari ini dan akan disambung pada keesokan hari.

Semalam, empat orang mangsa yang baru selesai daripada membeli barangan keperluan di Pekan Tenom menggunakan bot tiba-tiba terbalik dan karam kerana arus sungai yang deras semasa menyeberangi Sungai Padas untuk balik ke rumah.

Dua mangsa iaitu seorang warga emas lelaki dan seorang wanita dewasa berjaya menyelamatkan diri, manakala dua mangsa lagi seorang lelaki dikenali sebagai Joseph Sayah, 55, dan seorang kanak-kanak lelaki Melvin Junaidi,12, telah hanyut dibawa arus deras.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/23/seorang-mangsa-bot-karam-ditemui-seorang-masih-hilang/feed/ 0 6785