Hkhs sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 31 Aug 2026 05:25:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hkhs sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sambutan HKHS 2026 di Dataran Bandaraya meriah, lebih 170 kontinjen sertai perarakan https://sabahmedia.com/2026/08/31/sambutan-hkhs-2026-di-dataran-bandaraya-meriah-lebih-170-kontinjen-sertai-perarakan/ https://sabahmedia.com/2026/08/31/sambutan-hkhs-2026-di-dataran-bandaraya-meriah-lebih-170-kontinjen-sertai-perarakan/#respond Mon, 31 Aug 2026 05:25:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102557
Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh Erdie Ab Wahid
Foto Alexter Rosalia

KOTA KINABALU : Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah (HKHS) 2026 berjalan lancar dengan kehadiran kira-kira 50,000 orang pengunjung termasuk peserta perbarisan yang berlangsung di Dataran Bandaraya di sini pada Isnin.

Orang ramai terdiri dari pelbagai lapisan bangsa dan agama hadir seawal jam 5.30 pagi bagi menyaksikan lebih 170 kontinjen yang menyertai perarakan perbarisan termasuk aset dan kenderaan daripada pelbagai agensi.

Acara hari ini bermula dengan ketibaan pembesar negeri termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag; Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun; Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Ewon Benedick.

Sambutan secara rasmi bermula dengan ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin dengan menaik kenderaan rasmi sekitar jam 7.30 pagi.

Ketibaan Tun Musa disambut Hajiji dan Masidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan HKHS sebelum acara dimulakan dengan pemeriksaan kawalan keselamatan.

Tun Musa memeriksa kawalan kehormatan utama yang membabitkan 103 anggota dan tiga pegawai dari Batalion ke-22 Rejimen Askar Melayu DiRaja yang diketuai Mejar Mohd Aznil Farid Mohd Rozlan.

Sejurus selepas itu, upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang dan bendera Sabah dan diikuti bacaan bacaan ikrar yang dilaksanakan oleh wakil-wakil anggota beruniform yang diketuai Kapten Mohd Naim Abdul Razak

Selepas itu, turut diadakan adalah persembahan koir daripada Kementerian Kewangan yang turut membawa empat buah lagu  sebelum perarakan dimulakan

Perarakan dimulakan dengan perarakan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sabah yang dianggotai oleh Tentera Darat Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Selepas itu, ianya diikuti perarakan daripada pasukan keselamatan, badan beruniform, kementerian negeri, sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Turut menyertai perbarisan ialah kontinjen mewakili persatuan kebudayaan etnik, badan bukan kerajaan. (NGO) dan sektor swasta.

Selesai perarakan, persembahan khas dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah turut menjadi tumpuan sebelum sambutan berakhir. SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/31/sambutan-hkhs-2026-di-dataran-bandaraya-meriah-lebih-170-kontinjen-sertai-perarakan/feed/ 0 102557
Sambutan HKHS 2026 semarak semangat patriotisme, perkukuh perpaduan rakyat Sabah https://sabahmedia.com/2026/07/30/sambutan-hkhs-2026-semarak-semangat-patriotisme-perkukuh-perpaduan-rakyat-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/07/30/sambutan-hkhs-2026-semarak-semangat-patriotisme-perkukuh-perpaduan-rakyat-sabah/#respond Thu, 30 Jul 2026 06:58:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100810
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah (HKHS) serta Kempen Kibar Bendera 2026 bakal menyemarakkan semangat patriotisme dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sabah menerusi pelbagai program pengisian sepanjang bulan kemerdekaan.

Ketua Urus Setia Sambutan HKHS 2026, Dayang Selha Ibrahim berkata, pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menghayati erti kemerdekaan, di samping menyemai rasa cinta yang mendalam terhadap negeri Sabah dan negara Malaysia.

Menurut beliau, objektif utama sambutan itu adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara serta negeri, selain mengukuhkan hubungan dan perpaduan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum.

“Sepanjang bulan kemerdekaan ini, pelbagai pengisian rohani dan interaktif telah diatur, antaranya Majlis Doa Malaysia, majlis tahlil bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah serta penganjuran Kuiz Kemerdekaan.

“Program-program ini diharap dapat menyemarakkan semangat cintakan negara dan negeri dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi temu bual di Konti Sabah FM, di sini.

Dayang Selha yang juga Setiausaha Rendah Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Akaun Kementerian Kewangan berkata, majlis pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah serta Kempen Kibar Bendera 2026 akan diadakan pada 1 Ogos depan di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu.

Katanya, majlis berkenaan dijadualkan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurut beliau, antara pengisian utama pada majlis pelancaran itu ialah pengagihan Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah kepada ketua-ketua jabatan, persatuan serta institusi pendidikan.

Selain itu, katanya, majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan gimik pelancaran khas dan pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Negeri Sabah 2026 sebagai simbolik bermulanya sambutan bulan kebangsaan di negeri ini.

Beliau berharap seluruh rakyat Sabah dapat bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah sepanjang bulan sambutan sebagai tanda semangat patriotisme, perpaduan serta kecintaan kepada tanah air.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/30/sambutan-hkhs-2026-semarak-semangat-patriotisme-perkukuh-perpaduan-rakyat-sabah/feed/ 0 100810