Hormat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 01 Jun 2025 14:53:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hormat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hormat dan toleransi budaya asas perpaduan Sabah – Shahelmey https://sabahmedia.com/2025/06/01/hormat-dan-toleransi-budaya-asas-perpaduan-sabah-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2025/06/01/hormat-dan-toleransi-budaya-asas-perpaduan-sabah-shahelmey/#respond Sun, 01 Jun 2025 14:53:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74936
Read Time:1 Minute, 48 Second

PUTATAN: Hormat menghormati, toleransi atas perbezaan budaya dan tradisi merupakan intipati utama perpaduan di kalangan rakyat Sabah.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, khazanah berharga yang dimiliki rakyat Sabah itu juga perlu diteruskan oleh generasi akan datang.

Menurut beliau, sebagai contoh sambutan Pesta Menuai atau Kaamatan yang bukan sahaja disambut oleh suku Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) dan rumpunnya harus dipelihara kerana ia membuktikan ikatan kekeluargaan yang erat merentasi fahaman intelek, budaya dan tradisi rakyat di negeri ini.

“Oleh itu, bersesuaian dengan tema sambutan kerajaan pada tahun ini, Kaamatan Untuk Semua, ianya bukan sahaja perlu disematkan untuk suku KDMR, bahkan rakyat Sabah dan seluruh warga Malaysia secara amnya.

“Dengan adanya toleransi, hormat menghormati seperti mana diterapkan masyarakat kita setiap sambutan Pesta Kaamatan, saya kira ianya menjadi simbolik pengukuhan perpaduan dan memberi isyarat bahawasanya perpaduan ini tidak mudah tergugat oleh mana-mana anasir luar yang cuba memecahbelahkan masyarakat kita di Sabah, ” katanya.

Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat itu berkata demikian ketika berucap bersempena perasmian sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Potuki, dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Politik Kementerian Kerja Raya Sabah; Mohd Sufian Matin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Tanjung Keramat; Mahadzir Abdul Majid, PPM DUN Petagas; Latip Jiar dan Pengerusi Penganjur; Sylvarius Kimon.

Terdahulu, dalam ucapan Shahelmey pada majlis berkenaan, beliau turut mengajak masyarakat KDMR di Potuki supaya terus memberi pendedahan terhadap golongan muda dalam mengekalkan keharmonian tradisi setiap berlangsungnya sambutan Pesta Kaamatan.

“Penting pendedahan dan pembabitan anak muda terhadap sambutan Pesta Kaamatan peringkat kampung di sini kerana selain dapat memelihara tradisi, ia secara tidak langsung dapat meneruskan legasi nenek moyang masyarakat di sini dengan kepelbagaian acara atau tradisi Pesta Menuai.

“Meskipun berdepan cabaran peredaran zaman atau arus teknologi, ia bukanlah menjadi penghalang lebih-lebih lagi dengan keadaan semasa melibatkan perubahan iklim dan sebagainya sehingga ada beberapa kawasan tidak lagi bersesuaian kepada penempatan tuaian padi pada setiap bulan Mei.

“Oleh itu, masyarakat di Kampung Potuki ini wajar menerima pujian kerana sentiasa bersemangat menganjurkan festival seumpama ini,” katanya.

Justeru, beliau juga berharap, penyertaan mereka khususnya penduduk di kampung tersebut menerusi acara-acara berkaitan bersempena Kaamatan dapat diperluas lagi di masa akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/01/hormat-dan-toleransi-budaya-asas-perpaduan-sabah-shahelmey/feed/ 0 74936
Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat KP J-KOM https://sabahmedia.com/2023/06/12/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-kp-j-kom/ https://sabahmedia.com/2023/06/12/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-kp-j-kom/#respond Mon, 12 Jun 2023 09:02:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36220
Read Time:41 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff di pejabatnya di Menara Kinabalu, pada Isnin.

Dr. Mohammad Agus memberi taklimat mengenai peranan dan fungsi J-KOM dan berharap dapat membina hubungan kolaboratif yang baik dengan Kerajaan Negeri menerusi program-program bersesuaian dengan konsep Malaysia Madani di bawah Kerajaan Perpaduan.

Katanya, melalui kerjasama yang erat antara J-KOM dan Kerajaan Sabah diharapkan dapat memastikan para pegawai J-KOM Zon Sabah memberi penerangan yang baik kepada masyarakat di negeri ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik Hajiji, Abdul Rahman Md. Yakub, Timbalan Ketua Pengarah (TKP) (Komunikasi Komuniti), Dato’ Ismail Yusop, TKP (Pengurusan), Zamri Yusoff, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Program, Kazidi Mohd.Zainuddin dan Pegawai Penyelaras J-KOM Zon Sabah, Dr. Diana Dominic.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/12/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-kp-j-kom/feed/ 0 36220
Hajiji Terima Kunjungan Hormat Pengarah Baharu MKN Sabah & SDO https://sabahmedia.com/2022/04/04/hajiji-terima-kunjungan-hormat-pengarah-baharu-mkn-sabah-sdo/ https://sabahmedia.com/2022/04/04/hajiji-terima-kunjungan-hormat-pengarah-baharu-mkn-sabah-sdo/#respond Mon, 04 Apr 2022 11:09:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13912
Read Time:30 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat pengarah baharu Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Noor Alam Khan A.Wahid Khan di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Noor Alam secara rasmi memulakan tugas baru di MKN pada 6 Mac 2022 lalu.

Sebelum ini beliau merupakan Pengarah Pembangunan Negeri Sabah (SDO). Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Tempat Noor Alam di SDO kini disandang oleh Samsul Dollah, yang turut mengadakan kunjungan hormat kepada Hajiji, hari ini.

Samsul yang berasal dari Tawau sebelum ini bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/04/hajiji-terima-kunjungan-hormat-pengarah-baharu-mkn-sabah-sdo/feed/ 0 13912
Isteri Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat WAJA https://sabahmedia.com/2022/03/31/isteri-ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-waja/ https://sabahmedia.com/2022/03/31/isteri-ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-waja/#respond Thu, 31 Mar 2022 08:58:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13692
Read Time:30 Second

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag menerima kunjungan hormat daripada Skuad Wanita Anti Jenayah (WAJA) di kediaman rasmi Ketua Menteri di Rumah Yayasan Sabah, di Kota Kinabalu pada Khamis.

Kunjungan hormat itu yang diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Persekutuan, Dr Zurina Abdul Hamid bersama Penolong Pengarah Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah Bahagian Operasi, Nabila Ismail.

Antara tujuan kunjungan hormat itu ialah untuk memperkenalkan Skuad Wanita Anti Jenayah (WAJA) kepada isteri Ketua Menteri dan peranan WAJA.

Dr. Zurina turut memberi taklimat ringkas mengenai program WAJA sepanjang tahun 2022 yang sedang dilaksanakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/31/isteri-ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-waja/feed/ 0 13692
Hajiji Terima Kunjungan Hormat Timbalan Menteri KPWKM https://sabahmedia.com/2022/01/14/hajiji-terima-kunjungan-hormat-timbalan-menteri-kpwkm/ https://sabahmedia.com/2022/01/14/hajiji-terima-kunjungan-hormat-timbalan-menteri-kpwkm/#respond Fri, 14 Jan 2022 10:19:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11106
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff di Kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.

Hajiji diberi taklimat oleh Siti Zailah berhubung Program Turun Padangnya bersama ketua-ketua jabatan dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Sabah bermula 13 Januari hingga 18 Januari 2022.

Antara daerah yang akan dilawati ialah Kota Belud, Kota Marudu, Beluran,Sugut, Kota Kinabalu dan Labuan. Semalam (Khamis) beliau berada di Tawau.

Hajiji mengalu-alukan lawatan dan Program Turun Padang Siti Zailah dan rombongan KPWKM serta sukarelawan Khidmat Malaysia ke daerah-daerah yang dilanda bencana bajir baru-baru ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KPWKM, Yusry Mohd.Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Strategic) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Rosmahwati Ishak,. Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Dr.Zurina Abdul Hamid, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur Abdullah dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jai’s Asri.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/14/hajiji-terima-kunjungan-hormat-timbalan-menteri-kpwkm/feed/ 0 11106
Hajiji Terima Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Polis Sabah Baharu https://sabahmedia.com/2021/09/30/hajiji-terima-kunjungan-hormat-pesuruhjaya-polis-sabah-baharu/ https://sabahmedia.com/2021/09/30/hajiji-terima-kunjungan-hormat-pesuruhjaya-polis-sabah-baharu/#respond Thu, 30 Sep 2021 10:03:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7039
Read Time:36 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Sabah baharu, Datuk Idris Abdullah di Menara Kinabalu, di sini pada Khamis, antara lain untuk membincangkan keadaan keselamatan negeri ketika ini.

Idris sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan, Perjawatan) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, mengambil alih tugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah dari Datuk Hazani Ghazali pada 9 September yang lalu.

Hazani telah dinaikkan pangkat sebagai pengarah di Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam di Bukit Aman.

Semasa kunjungan hormat tersebut, Idris ditemani oleh Ketua Siasatan Jenayah Negeri Datuk Jauteh Dikun, Ketua Pengurusan Polis Negeri, SAC Zabidi Md Zin dan Ketua Cawangan Khas Negeri, SAC Mohd Salleh Yahya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/30/hajiji-terima-kunjungan-hormat-pesuruhjaya-polis-sabah-baharu/feed/ 0 7039
Hajiji Terima Kunjungan hormat MAJAPS https://sabahmedia.com/2021/08/18/hajiji-terima-kunjungan-hormat-majaps/ https://sabahmedia.com/2021/08/18/hajiji-terima-kunjungan-hormat-majaps/#respond Wed, 18 Aug 2021 04:23:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4816
Read Time:20 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Majlis Jaksa-Jaksa Pendamai Sabah (MAJAPS) diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Clarence Bongkos Malakun di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Kota Kinabalu, hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden, Datuk Lawrence Thien, Setiausaha Kehormat ( Honorary Secretary ), Datuk Gordon Leong, Bendahari, Datuk Salsidu Hj. Ibrahim dan Ahli Jawatankuasa (MAJAPS), Datuk Mariati Robert.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/18/hajiji-terima-kunjungan-hormat-majaps/feed/ 0 4816
Pembantu Menteri KBS Terima Kunjungan Hormat Pengarah Sabah FC https://sabahmedia.com/2021/06/26/pembantu-menteri-kbs-terima-kunjungan-hormat-pengarah-sabah-fc/ https://sabahmedia.com/2021/06/26/pembantu-menteri-kbs-terima-kunjungan-hormat-pengarah-sabah-fc/#respond Sat, 26 Jun 2021 06:42:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2000
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri, Andy Muhammad Surady Bandy menerima kunjungan hormat Pengarah Sabah FC yang baharu, Datuk Dr. Jelani Hamdan di pejabatnya, kelmarin (25 Jun).

Turut bersama Jelani yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) dalam kunjungan itu ialah Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar dan Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom.

Menurut Andy, perbincangan mereka menjurus kepada soal pelan dan tindakan berhubung perancangan pembangunan bolasepak negeri, tapak tanah SAFA dan usahasama mengenai cadangan pengendalian Stadium Likas.

“Ia bertujuan untuk memantapkan lagi kewangan dan pentadbiran jangka masa panjang badan bolasepak itu,”katanya.

Pembantu Menteri itu memberitahu, turut dibincangkan ialah Akademi bolasepak SAFA yang mendapat tajaan Petronas melalui Kementerian Belia dan Sukan.

Selain itu, kata Andy, pihaknya juga tertarik dengan prestasi yang ditunjukkan Sabah FC dalam saingan Liga Super yang memberangsangkan.

“Pencapaian kelab itu dalam carta Liga Super 2021 agak baik kerana berjaya melonjak ke kedudukan tangga ketujuh selepas mengharungi 13 perlawanan,” ujar beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/26/pembantu-menteri-kbs-terima-kunjungan-hormat-pengarah-sabah-fc/feed/ 0 2000