hospital beaufort – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 13 Apr 2025 12:32:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png hospital beaufort – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tambah peruntukan percepat kerja naik taraf Hospital Beaufort – Ruslan https://sabahmedia.com/2025/04/14/tambah-peruntukan-percepat-kerja-naik-taraf-hospital-beaufort-ruslan/ https://sabahmedia.com/2025/04/14/tambah-peruntukan-percepat-kerja-naik-taraf-hospital-beaufort-ruslan/#respond Sun, 13 Apr 2025 16:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71896
Read Time:1 Minute, 12 Second

Beaufort : Kerajaan Persekutuan dicadang untuk menambah peruntukan dana sebanyak RM50 juta bagi mempercepatkan lagi kerja-kerja naik taraf tiga blok bangunan Hospital Beaufort yang kini sedang dalam pembinaan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, ia adalah bagi memastikan kerja-kerja pembinaan dapat disegerakan selain melengkapi fasiliti yang diperlukan di hospital berkenaan.

“Apabila fasiliti lengkap dan memadai, petugas kesihatan dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih efisien, dan rakyat pula akan menerima perkhidmatan yang lebih berkualiti.

“Bagi pihak Kerajaan negeri, kita turut menzahirkan komitmen berterusan untuk memastikan kesejahteraan rakyat, khususnya dalam bidang kesihatan, dan berharap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat menyegerakan penyaluran peruntukan tambahan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Sambutan 40 Tahun Hospital Beaufort di sini semalam.

Ruslan berkata, Hospital Beaufort dilihat jauh ketinggal berbanding hospital-hospital lain di seluruh negara.

Justeru katanya, pihaknya bersama pemimpin setempat akan terus berusaha agar Hospital Beaufort mendapat perhatian sewajarnya.

Terdahulu, mengenai majlis itu, Ruslan berkata, Hospital Beaufort telah berperanan besar sejak empat dekad yang lalu dalam memberikan rawatan dan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat sekitar.

Justeru itu katanya, sambutan itu adalah simbol penghargaan buat semua yang pernah menyumbang daripada pengarah hospital, barisan jururawat, doktor hinggalah ke kakitangan sokongan.

“Saya amat menghargai usaha pihak hospital yang turut memberikan penghormatan kepada mantan-mantan Pengarah Hospital Beaufort, yang telah mencurahkan komitmen dan kepimpinan sepanjang perkhidmatan mereka. Ini satu budaya menghargai jasa yang sangat baik dan wajar diteruskan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/14/tambah-peruntukan-percepat-kerja-naik-taraf-hospital-beaufort-ruslan/feed/ 0 71896
Program Derma Darah PAWE Kumpul 38 Beg Darah https://sabahmedia.com/2022/01/24/program-derma-darah-pawe-kumpul-38-beg-darah/ https://sabahmedia.com/2022/01/24/program-derma-darah-pawe-kumpul-38-beg-darah/#respond Mon, 24 Jan 2022 04:52:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11484
Read Time:1 Minute, 28 Second

BEAUFORT: Sebanyak 38 beg darah berjaya dikumpulkan pada program derma darah yang dianjurkan oleh Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) disini kelmarin.

Pengerusi PAWE Beaufort Wong Sammie berkata, program yang dilaksanakan itu adalah untuk membantu mendapatkan bekalan darah bagi kegunaan Tabung Darah Hospital Beaufort.

Katanya, program itu juga adalah untuk mendekati masyarakat setempat melalui pelbagai aktiviti yang dirancang sepanjang tahun ini.

“Pada tahun ini kita terpanggil untuk membantu Hospital Beaufort untuk mendapatkan bekalan darah dengan menganjurkan program derma darah selain turut membantu mencari penderma dari kalangan keluarga ahli PAWE dan juga kenalan serta rakan strategic PAWE Beaufort.

“Ini juga merupakan salah satu cara PAWE untuk mendekati masyarakat dan kaedah untuk memperkenalkan fungsi PAWE di mata masyarakat yang mana pusat ini telah beroperasi sejak 2016 namun dari masa ke semasa, kita sentiasa ingin menambah ahli-ahli baru untuk mendaftar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program derma darah yang diadakan di Rumah Penginapan Kerajaan Daerah Beaufort disini kelmarin.

Hadir sama, Pegawai Perubatan Hospital Beaufort Dr Kelly Lee Pak Hup dan Setiausaha PAWE Beaufort, Rahman Karno.

Wong berkata, aktiviti PAWE terpaksa dihentikan selama dua tahun sejak pandemic COVID-19 melanda dan bermula tahun ini pihaknya mula merangka pelbagai acara menarik dan menambah ahli dari kalangan warga emas.

“Untuk warga Beaufort khususnya golongan warga emas, kami amat menggalakkan kemasukan ahli-ahli baharu tidak kira dari pelbagai latar belakang, dan bangsa, PAWE Beaufort sentiasa mengalu-alukan,” katanya.

Sementara itu, Wong turut merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program derma darah PAWE.

PAWE sebuah pertubuhan bukan kerajaan di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, merupakan tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti.

Dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang tahun ini, ianya mampu meningkatkan kualiti hidup warga emas selari dengan konsep warga emas aktif dan produktif.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/24/program-derma-darah-pawe-kumpul-38-beg-darah/feed/ 0 11484
Masyarakat Main Peranan Tingkat Kesedaran Menderma Darah https://sabahmedia.com/2021/10/10/masyarakat-main-peranan-tingkat-kesedaran-menderma-darah/ https://sabahmedia.com/2021/10/10/masyarakat-main-peranan-tingkat-kesedaran-menderma-darah/#respond Sun, 10 Oct 2021 12:08:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7383
Read Time:1 Minute, 45 Second

BEAUFORT: Masyarakat memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan kesedaran menderma darah bagi membantu mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di Hospital khususnya ketika situasi pandemik COVID-19.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasnih berkata, kesedaran itu juga mampu menghasilkan rantaian penderma darah berulang yang akan memberi kesan positif kepada jumlah bekalan yang digunakan untuk rawatan pesakit.

“Penderma darah juga akan mendapat kesan positif kepada kesihatan mereka jika menderma darah secara ulangan sehingga empat kali dalam setahun.

“Mereka akan menjalani proses saringan sebelum menderma darah dan secara langsung akan tahu status kesihatan terkini mereka dengan hanya perlu hadir ke program-program derma darah yang diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Kempen Darah Setitik Harapan Buat Mereka anjuran Jawatankuasa Masjid Ar-Rayyan Batu 60 bersama Klinik Subha disini semalam.

Isnin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, melalui program itu juga masyarakat mampu memperoleh manfaat tambahan dengan mengetahui beberapa lagi kaunter infomasi yang turut dibuka.

“Pada program ini, masyarakat tidak hanya tertumpu kepada derma darah namun mereka mendapat manfaat tambahan dimana beberapa kaunter lain turut dibuka antaranya kaunter Pengikrar Pendermaan Organ, kaunter Kempen Cara Hidup Sihat serta pemaknan sihat selain kaunter pemerikaan mata percuma.

“Mereka yang hadir juga dapat berhubung terus dengan pegawai-pegawai kesihatan tanpa perlu pergi ke hospital, jadi saya gesa masyarakat untuk ambil peluang jika ada program seperti ini diadakan,” katanya.

Program itu turut mendapat kerjasama dan sokongan Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort, Pejabat ADUN N.32 Klias, Sukarelawan Tabung Darah Hospital Beaufort dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia cawangan Beaufort.

Hadir sama Pegawai Daerah Beaufort, Abdul Imam Basirun, Ketua Balai Polis Beaufort, ASP Aliamat Hasim mewakili Ketua Polis Daerah Beaufort, Pejabat Parol Daerah Beaufort, KIP Ag Roni bin Ag Abdullah, Ustaz Naim Hj Miki, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Ar-Rayyan Kampung Batu 60 merangkap pengerusi pelaksana Kempen Derma Darah tersebut dan Pegawai Perubatan Hospital Beaufort, Dr.Chong Kok Yan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/10/masyarakat-main-peranan-tingkat-kesedaran-menderma-darah/feed/ 0 7383