hospital papar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 12 Nov 2024 13:43:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png hospital papar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Perkhidmatan Hospital Papar kembali beroperasi seperti biasa https://sabahmedia.com/2024/11/12/perkhidmatan-hospital-papar-kembali-beroperasi-seperti-biasa/ https://sabahmedia.com/2024/11/12/perkhidmatan-hospital-papar-kembali-beroperasi-seperti-biasa/#respond Tue, 12 Nov 2024 13:43:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63659
Read Time:1 Minute, 31 Second

Papar:  Perkhidmatan Hospital Papar yang terjejas dengan insiden kebakaran melibatkan stor penyimpanan ubat semalam kini kembali beroperasi semula kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Datuk Dr. Abd Kahar Abd Asis berkata,  jabatan kecemasan yang paling hampir dengan kawasan kebakaran mula beroperasi sejurus selepas mendapat  pelepasan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Semua perkhidmatan berjalan dengan lancar seperti biasa, termasuk jabatan kecemasan kita buka pada jam 10.30 pagi setelah mendapat pelepasan daripada pihak Bomba.

“Mengenai stok ubat, pihak jabatan telah menyediakan plan kontigensi menerusi mesyuarat dengan farmasi negeri serta hospital untuk membekalkan ubat dalam masa terdekat.

“Hospital kita mempunyai bekalanyang boleh bertahan sehingga satu minggu di semua unit-unit ataupun wad-wad yang sedia ada,” katanya ketika ditemui media, di sini hari ini.

Abd Kahar berkata, evakuasi ke atas 51 pesakit berjaya dilaksanakan ke kawasan selamat termasuk menghantar beberapa pesakit ke Hospital Beaufort dan Hospital Likas, sebelum dibawa semula ke wad asal.

“Kita ucapkan syabas kepada semua kakitangan hospital yang telah berjaya membuat evakuasi kepada 51 pesakit yang berada di sekitar kawasan kebakaran ke kawasan yang lebih selamat.

“Semalam, satu pesakit kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan telah kita hantar ke Hospital Beaufort,  tiga pesakit yang dalam proses nak beranak kita telah hantar ke Hospital Likas manakala, selebihnya dalam keadaan stabil kita pindahkan ke bangunan maternity yang berada jauh dari kawasan kebakaran dan bangunan Dewan Pembedahan.

“Mereka telah bermalam di sana dan awal pagi ini telah kita pindahkan balik ke wad asal,” katanya.

Insiden kebakaran stor farmasi dan bilik sajian makanan akibat terkena bahang yang berlaku kira-kira jam 7 malam Isnin, berjaya dikawal oleh pasukan Bomba pada jam 8.46 malam sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.20 malam tanpa sebarang kemalangan jiwa.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/12/perkhidmatan-hospital-papar-kembali-beroperasi-seperti-biasa/feed/ 0 63659
Hajiji lawat Hospital Papar terlibat insiden kebakaran https://sabahmedia.com/2024/11/12/ketua-menteri-lawat-hospital-papar-terlibat-insiden-kebakaran/ https://sabahmedia.com/2024/11/12/ketua-menteri-lawat-hospital-papar-terlibat-insiden-kebakaran/#respond Tue, 12 Nov 2024 05:49:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63645
Read Time:54 Second

PAPAR: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini telah mengadakan lawatan ke Hospital Papar yang terlibat dengan insiden kebakaran yang berlaku di stor perubatan farmasi hospital berkenaan malam tadi.

Dalam lawatan itu, Hajiji turut diberi makluman mengenai kos kerugian lebih RM1 juta nilai ubat-ubatan yang musnah dalam kebakaran itu.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata keprihatinan pihak kerajaan negeri akan mencari jalan untuk membantu dan meminta kerajaan persekutuan membina semula stor penyimpanan ubat yang telah musnah itu.

“Pihak kerajaan negeri prihatin dan kita akan cari jalan bagaimana kita membantu dan meminta kerajaan persekutuan supaya membina semula bangunan yang rosak itu untuk penyimpanan ubat,” katanya ketika ditemui media selepas lawatan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata apa yang penting tiada kemalangan jiwa dilaporkam dan mengucapkan terima kasih kepada pihak bomba membantu menyelamatkan mangsa dan memadam api kebakaran.

“Kita ucapkan terima kasih kepada pihak bomba, semua selamat. Kes ini masih dalam siasatan oleh pihak bomba.

“Jadi mudah-mudahan hospital baharu yang sedang dibina di sebelah sekarang, kita dapat pindah apabila siap nanti, di sini hanya sementara, yang penting semua selamat tiada kecelakaan nyawa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/12/ketua-menteri-lawat-hospital-papar-terlibat-insiden-kebakaran/feed/ 0 63645
51 pesakit terjejas di Hospital Papar dipindahkan sementara https://sabahmedia.com/2024/11/12/51-pesakit-terjejas-di-hospital-papar-dipindahkan-sementara/ https://sabahmedia.com/2024/11/12/51-pesakit-terjejas-di-hospital-papar-dipindahkan-sementara/#respond Tue, 12 Nov 2024 01:09:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63620
Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Seramai 51 orang pesakit dalam di Hospital Papar yang terjejas dengan insiden kebakaran melibatkan stor farmasi semalam telah dipindahkan sementara ke beberapa lokasi berbeza di hospital itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, terdapat lapan pesakit yang berada di Jabatan Kecemasan turut terkesan dengan insiden berkenaan.

“Daripada jumlah pesakit dalam yang terjejas, seramai 19 pesakit lelaki ditempatkan di Dewan Bedah dan 14 pesakit wanita ditempatkan di Wad Materniti.

“Selain itu 14 pesakit kanak-kanak kekal di Wad Kanak-kanak sementara empat pesakit materniti, termasuk dua pesakit pos natal, kekal di Wad Materniti,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata, bagi pesakit yang berada di Jabatan Kecemasan pula, seorang di zon merah telah dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Katanya, tiga lagi pesakit yang berada di zon kuning sedang menunggu untuk dipindahkan ke hospital sama.

“Empat lagi pesakit di zon kuning Jabatan Kecemasan masih berada di khemah sementara yang didirikan di luar kawasan hospital.  Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya.

Semalam, sebuah bangunan menempatkan stor farmasi Hospital Papar terbakar sepenuhnya, manakala bilik makmal kajian terkena bahang api dalam kejadian kira-kira pukul 7.08 malam.

Dr Dzulkefly berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa dan nilai kerugian sedang dianalisis.

Katanya, pihak Kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi tersebut dan memberikan maklumat lanjut kepada orang ramai dari masa ke masa.

Kebakaran Hospital Papar, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.  Beliau memetik Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk lndera Dr Nor Azimi Yunus. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/12/51-pesakit-terjejas-di-hospital-papar-dipindahkan-sementara/feed/ 0 63620