HQE – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 29 Jun 2026 10:57:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png HQE – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Perkhidmatan di HQE1 berjalan seperti biasa – JKNS https://sabahmedia.com/2026/06/29/perkhidmatan-di-hqe1-berjalan-seperti-biasa-jkns/ https://sabahmedia.com/2026/06/29/perkhidmatan-di-hqe1-berjalan-seperti-biasa-jkns/#respond Mon, 29 Jun 2026 10:57:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99089
Read Time:1 Minute, 58 Second

KOTA KINABALU : Operasi dan perkhidmatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 kekal berjalan seperti biasa, walaupun terdapat peningkatan kehadiran pesakit serta waris pada waktu malam seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dalam kenyataan memaklumkan,  ia termasuklah di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD), ruang lobi, operasi kantin serta isu parkir di HQE 1.

Menurut JKNS, sistem rawatan di HQE adalah berasaskan sistem ‘triage’ yang mengutamakan tahap kecemasan pesakit, bukannya susunan nombor giliran.

“Ini bermaksud pesakit yang berada dalam keadaan kritikal akan diberikan rawatan segera, manakala kes kurang kritikal perlu menunggu mengikut penilaian klinikal.

“Pada malam kejadian yang tular, Jabatan Kecemasan dan Trauma beroperasi secara normal dengan aliran pesakit yang berterusan, termasuk di Zon Hijau yang mencatatkan 42 pesakit dalam tempoh 9 malam hingga 10 pagi dengan dua pegawai perubatan bertugas,” menurut kenyataan itu di sini pada Isnin.

Sementara itu, kehadiran waris dan individu di ruang lobi HQE 1 yang berehat serta tidur di ruang lobi hospital, JKNS memaklumkan bahawa semakan awal mendapati mereka terdiri daripada waris dan penjaga pesakit, bukan pesakit yang menunggu rawatan kecemasan.

Kebanyakan mereka datang dari kawasan luar bandar dan pedalaman yang jauh, serta berdepan kesukaran mendapatkan penginapan sementara di luar kawasan hospital.

JKNS menjelaskan bahawa HQE mempunyai balai pelawat, namun kapasiti sedia ada masih tidak mencukupi untuk menampung jumlah waris yang ramai dalam satu-satu masa.

Dalam pada itu, JKNS turut menjelaskan bahawa kemudahan kantin di HQE beroperasi 24 jam sehari bagi kemudahan pesakit dan waris.

Namun, operasi kantin ditutup sementara setiap hari Sabtu dari jam 12 tengah malam hingga 5 pagi bagi tujuan kerja pembersihan dan penyelenggaraan berjadual.

JKNS turut mengakui bahawa kemudahan parkir di kawasan hospital boleh menjadi terhad pada waktu tertentu, terutama ketika jumlah pengunjung dan pesakit meningkat secara serentak.

Sehubungan itu, pihak hospital akan terus memperkukuh pengurusan trafik dan kerjasama keselamatan bagi memastikan aliran keluar masuk kenderaan lebih teratur.

JKNS menegaskan bahawa pihaknya sentiasa komited untuk menambah baik pengurusan ruang awam, khususnya di kawasan lobi dan laluan hospital pada waktu malam, di samping mempertingkatkan komunikasi kepada orang awam mengenai sistem rawatan di jabatan kecemasan.

Usaha ini turut merangkumi penyelarasan semula maklumat operasi kantin serta penambahbaikan pengurusan kemudahan sedia ada demi keselesaan pesakit dan waris.

JKNS menegaskan bahawa keutamaan utama adalah memastikan perkhidmatan kesihatan yang selamat, efisien dan berterusan kepada semua rakyat Sabah tanpa kompromi terhadap aspek kualiti rawatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/29/perkhidmatan-di-hqe1-berjalan-seperti-biasa-jkns/feed/ 0 99089
Warga emas berisiko demensia jika gangguan pendengaran diabaikan – Pengarah HQE https://sabahmedia.com/2026/05/16/warga-emas-berisiko-demensia-jika-gangguan-pendengaran-diabaikan-pengarah-hqe/ https://sabahmedia.com/2026/05/16/warga-emas-berisiko-demensia-jika-gangguan-pendengaran-diabaikan-pengarah-hqe/#respond Sat, 16 May 2026 08:02:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96791
Read Time:2 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU : Masalah pendengaran dan kecelaruan komunikasi dalam kalangan warga emas tidak boleh lagi dianggap sebagai proses penuaan biasa kerana ia berisiko mempercepatkan kemerosotan kognitif serta meningkatkan risiko demensia sekiranya tidak ditangani lebih awal.

Pengarah Hospital Queen Elizabeth (HQE), Datuk Dr. Abd Kahar Bin Abd Asis berkata,  Malaysia kini sedang bergerak ke arah negara menua apabila lebih 15 peratus penduduk dijangka berusia 60 tahun ke atas menjelang tahun 2030, sekali gus meningkatkan keperluan terhadap penjagaan geriatrik dan kesihatan komunikasi warga emas.

Beliau berkata, gangguan pendengaran dalam kalangan warga emas bukan sahaja menjejaskan komunikasi harian, malah boleh memberi kesan besar terhadap kesihatan mental, emosi dan kualiti hidup mereka.

“Kajian menunjukkan risiko demensia meningkat dua kali ganda dalam kalangan warga emas yang mengalami masalah pendengaran ringan tanpa intervensi awal, dan boleh meningkat sehingga lima kali ganda apabila masalah pendengaran menjadi lebih teruk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Better Hearing and Speech Month (BHSM) 2026 peringkat HQE yang bertemakan “Program Pemerkasaan Penjagaan Geriatrik dalam Menguruskan Kecelaruan Komunikasi”, di Auditorium HQE di sini.

Tambah beliau, penjagaan warga emas yang mengalami demensia memerlukan kekuatan mental dan sokongan berterusan bukan sahaja daripada pesakit sendiri, malah ahli keluarga dan penjaga yang berhadapan secara langsung setiap hari.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kepentingan pengesanan awal dan intervensi segera bagi membantu meningkatkan komunikasi dua hala serta memperbaiki kualiti hidup warga emas sebelum keadaan menjadi lebih serius.

Dalam pada itu, Dr. Abd Kahar turut memuji pendekatan digital dan penggunaan teknologi pintar dalam membantu golongan warga emas mendapatkan akses kepada terapi dan rawatan dengan lebih mudah.

“Hari ini ramai warga emas semakin celik teknologi dan mahir menggunakan peranti pintar. Pendekatan terapi secara dalam talian amat relevan terutama bagi mereka yang mempunyai masalah pergerakan fizikal untuk hadir ke hospital,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif digital mampu menjadi langkah permulaan dalam memudahkan urusan warga emas mendapatkan rawatan dan intervensi secara lebih cepat tanpa terlalu bergantung kepada kehadiran fizikal di hospital.

Menurut beliau lagi, data menunjukkan insiden afasia atau kecelaruan percakapan di Malaysia adalah sekitar 16.7 peratus, manakala hampir 42 peratus pesakit strok yang dirujuk untuk terapi pertuturan terdiri daripada warga emas.

Di Sabah pula, katanya, cabaran menjadi lebih besar apabila jumlah Terapis Pertuturan-Bahasa dan Penelanan masih terhad berbanding populasi negeri yang kini menghampiri 3.8 juta penduduk.

“Kita mungkin belum mampu menampung keseluruhan keperluan pesakit, namun usaha meningkatkan kesedaran masyarakat perlu diteruskan kerana sokongan ahli keluarga, penjaga dan komuniti amat penting dalam membantu warga emas menghadapi cabaran komunikasi,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Unit Audiologi dan Unit Terapi Pertuturan Bahasa Hospital Queen Elizabeth atas komitmen berterusan dalam melaksanakan program kesedaran dan pendidikan kesihatan kepada masyarakat.

Dr. Abd Kahar turut berkongsi lima mesej utama program tersebut termasuk kepentingan mengenali tanda amaran gangguan komunikasi, pengesanan awal, penggunaan teknologi pendengaran yang sesuai serta kepentingan intervensi awal bagi meningkatkan kualiti hidup warga emas.

Beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan komunikasi dan kesejahteraan warga emas yang semakin meningkat di negara ini.

Seramai lebih 150 peserta terdiri daripada pegawai dan profesional kesihatan HQE, Hospital Duchess of Kent, Sandakan (HDOK) , Hospital Tawau, Hospital Labuan, Kolej MAHSA, Pusat Penjagaan Warga Emas Swasta dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah hadir dalam program sehari tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/16/warga-emas-berisiko-demensia-jika-gangguan-pendengaran-diabaikan-pengarah-hqe/feed/ 0 96791
HQE perkasa kualiti perkhidmatan demi keselesaan pesakit https://sabahmedia.com/2026/05/15/hqe-perkasa-kualiti-perkhidmatan-demi-keselesaan-pesakit/ https://sabahmedia.com/2026/05/15/hqe-perkasa-kualiti-perkhidmatan-demi-keselesaan-pesakit/#respond Fri, 15 May 2026 04:59:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96699
Read Time:1 Minute, 32 Second


KOTA KINABALU : Hospital Queen Elizabeth (HQE) terus komited memperkukuhkan usaha penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan bagi memastikan pesakit menerima rawatan yang lebih cekap, selesa dan berkualiti.

Pengarah Hospital Queen Elizabeth, Datuk Dr. Abd. Kahar Abd. Asis berkata, pelbagai inisiatif penambahbaikan operasi telah dilaksanakan dari semasa ke semasa termasuk memperkemas pengurusan kemasukan pesakit dan memperkukuhkan koordinasi antara pasukan kesihatan di hospital berkenaan.

Beliau berkata, usaha tersebut dilaksanakan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan dapat berjalan dengan lebih teratur, lancar dan responsif selaras dengan keperluan semasa.

“Setiap anggota memainkan peranan penting dalam memastikan pesakit menerima rawatan dan penjagaan yang terbaik.

“Melalui semangat kerja berpasukan, komunikasi yang baik serta komitmen seluruh warga hospital, kita akan terus berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan demi kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan sempena Sambutan Hari Jururawat Peringkat Hospital Queen Elizabeth 2026 yang berlangsung di Auditorium Hospital Queen Elizabeth, di sini.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga kejururawatan atas dedikasi dan pengorbanan mereka dalam memberikan penjagaan serta perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

Katanya, profesion kejururawatan merupakan antara tunjang utama dalam sistem kesihatan dan sentiasa memainkan peranan besar dalam memastikan kebajikan serta keselamatan pesakit sentiasa terpelihara.

Sambutan Hari Jururawat Sedunia 2026 tahun ini membawa tema “Our Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Lives” sebagai penghargaan terhadap peranan dan sumbangan profesion kejururawatan dalam sistem perkhidmatan kesihatan negara.

Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Pengarah Klinikal I, Dr. Marcus Netto, Timbalan Pengarah Pengurusan, Jackson Taguah, Timbalan Pengarah Klinikal II, Dr. Irene Chau serta barisan ketua jabatan dan unit HQE.

Terdahulu, pelbagai program sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia 2026 peringkat Hospital Queen Elizabeth telah dilaksanakan antaranya Program Pemeriksaan Pap Smear pada 9 Mei lalu serta Program Kempen Derma Darah Kasih HQE 2026 yang mendapat sambutan menggalakkan daripada agensi kerajaan dan masyarakat awam.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/15/hqe-perkasa-kualiti-perkhidmatan-demi-keselesaan-pesakit/feed/ 0 96699
HQE rayu bantu kesan waris pesakit https://sabahmedia.com/2026/04/15/hqe-rayu-bantu-kesan-waris-pesakit/ https://sabahmedia.com/2026/04/15/hqe-rayu-bantu-kesan-waris-pesakit/#respond Wed, 15 Apr 2026 10:03:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94935
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Hospital Queen Elizabeth (HQE) memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan waris atau ahli keluarga kepada seorang pesakit lelaki warga emas yang kini berada di Jabatan Kecemasan dan Trauma sejak 9 April lalu.

Pesakit dikenali sebagai Chong Yun Ngon, 70, berbangsa Cina, dibawa ke hospital oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas ditemui dalam keadaan merayau tanpa tujuan di sekitar Jalan Kuala Putatan.

Hasil pemeriksaan mendapati keadaan pesakit stabil dan telah disahkan sesuai untuk discaj, namun beliau tidak dapat mengingati maklumat berkaitan waris.

Semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah mendapati alamat terakhir pesakit adalah di Kampung Lagud, Peti Surat 42, 89907 Tenom, namun beliau tidak dapat mengingati bagaimana berada di Kota Kinabalu.

Pesakit turut memaklumkan hasrat untuk mencari seorang kakak yang dipercayai berada di sekitar Kota Kinabalu, tetapi tidak dapat memberikan maklumat lanjut.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali pesakit atau mempunyai maklumat mengenai waris diminta menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan HQE, Norhidayah Md Isa di talian 088-517 555 sambungan 8522.

Kerjasama orang ramai amat dihargai bagi membantu usaha mengesan waris pesakit ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/15/hqe-rayu-bantu-kesan-waris-pesakit/feed/ 0 94935
JKNS laksana pelan transformasi tangani pelbagai isu di HQE https://sabahmedia.com/2026/04/02/jkns-laksana-pelan-transformasi-tangani-pelbagai-isu-di-hqe/ https://sabahmedia.com/2026/04/02/jkns-laksana-pelan-transformasi-tangani-pelbagai-isu-di-hqe/#respond Thu, 02 Apr 2026 07:42:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94163
Read Time:1 Minute, 26 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah melaksanakan beberapa pelan transformasi bagi mengatasi isu-isu yang dibangkitkan melibatkan Hospital Queen Elizabeth (HQE) yang berperanan sebagai pusat rujukan utama bagi 23 buah hospital lain di negeri Sabah.

JKNS dalam satu kenyataan memaklumkan, antara pelan itu termasuklah transformasi infrastruktur dan aset; penyelesaian isu logistik dan parkir awam serta pengukuhan modal insan dan kebajikan petugas kesihatan.

Bagi menangani isu aset yang usang dan kapasiti hospital yang terhad, JKNS telah mendapat kelulusan aset radiologi baharu bagi menggantikan unit sedia ada untuk memastikan penyampaian perkhidmatan radiologi yang lebih baik. 

Menurut JKNS, kertas cadangan pembinaan blok tambahan kini di fasa akhir bagi meningkatkan kapasiti katil dan menyediakan fasiliti yang lebih kondusif untuk menampung kepadatan pesakit.

“Berhubung dengan isu kekurangan tempat letak kenderaan, JKNS mengambil serius isu kesukaran akses yang dihadapi oleh pesakit dan waris. 

“Oleh itu, penambahan bilangan tempat letak kereta dimasukkan ke dalam skop bangunan klinikal baharu. Terdapat juga kerjasama rapat bersama agensi pusat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menambah baik kemudahan pengangkutan awam ke HQE,” menurut kenyataan itu di sini.

Sementara itu, bagi isu pengagihan tenaga kerja doktor dan pakar, pihak JKNS sedang menyelaraskan semula bagi memastikan keseimbangan nisbah doktor: pesakit di HQE dan hospital daerah. 

Sebagai langkah mengekalkan tenaga mahir sedia ada, JKNS memaklumkan, surat kelayakan elaun-elaun kerana bertukar dan berpindah bagi pegawai lantikan kontrak yang mendapat lantikan tetap di KKM Tahun 2025 bertarikh 29 Januari 2026 telah dikuatkuasakan bagi meringankan beban kewangan petugas barisan hadapan yang terlibat.

“JKNS akan terus memberikan komitmen terbaik untuk memperkukuhkan pelan transformasi ini bagi memastikan sistem kesihatan awam negara kekal lestari, berkesan dan mampan, khususnya demi kesihatan rakyat Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/02/jkns-laksana-pelan-transformasi-tangani-pelbagai-isu-di-hqe/feed/ 0 94163
Blok baharu HQE diluluskan secara prinsip, isu parkir juga telah diberi perhatian – Masidi https://sabahmedia.com/2025/06/12/blok-baharu-hqe-diluluskan-secara-prinsip-isu-parkir-juga-telah-diberi-perhatian-masidi/ https://sabahmedia.com/2025/06/12/blok-baharu-hqe-diluluskan-secara-prinsip-isu-parkir-juga-telah-diberi-perhatian-masidi/#respond Thu, 12 Jun 2025 05:42:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75429
Read Time:1 Minute, 51 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Cadangan pembinaan blok baharu Hospital Queen Elizabeth (HQE) telah diluluskan secara prinsip oleh Kerajaan Persekutuan, sebagai langkah awal menaik taraf kemudahan hospital utama di Sabah.

Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pembangunan blok baharu itu penting dalam memastikan HQE terus berfungsi secara optimum bagi menampung keperluan rawatan kesihatan yang semakin meningkat.

“Langkah pertama ialah pembinaan bangunan atau blok baharu, yang saya difahamkan telah diluluskan secara prinsip,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Galeri Sejarah Hospital Queen Elizabeth dan penyerahan rasmi papan tanda nama hospital tersebut, hari ini.

Keadaan kenderaan yang parkir ditepi-tepi jalan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. – Foto Sabah Media / Florieta Diet

Dalam masa sama, beliau turut menegaskan bahawa isu tempat letak kenderaan yang kritikal di HQE dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas telah diberi perhatian oleh kerajaan.

“Masalah parkir ini adalah telah beberapa kali dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri, dan saya difahamkan bahawa Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap Exco Kesihatan Kesihatan, Datuk James Ratib membawa isu ini kepada pihak berkaitan di Kuala Lumpur untuk penyelesaian segera,” katanya.

Terdahulu di majlis itu, HQE melancarkan papan tanda baharu dan galeri sejarah hasil inisiatif yang diterajui oleh Commonwealth Association of Leadership Malaysia (CALM), dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan pihak hospital.

Usaha ini bertujuan untuk memelihara sejarah salah sebuah hospital tertua dan paling penting di Sabah, serta mengiktiraf sumbangan para petugas kesihatan sejak penubuhannya.

Berucap semasa majlis penyerahan papan tanda dan galeri sejarah tersebut, Masidi berkata inisiatif ini adalah satu penghargaan terhadap peranan besar yang dimainkan oleh HQE dalam Pembangunan sistem kesihatan negeri.

“Hospital Queen Elizabeth telah memainkan peranan penting dalam kehidupan rakyat Sabah sejak sekian lama. Inisiatif ini memastikan sejarah dan pengorbanan mereka yang berkhidmat di sini tidak dilupakan,” katanya.

Papan tanda baharu ini berfungsi sebagai penanda sejarah yang menyorot asal-usul hospital sejak zaman penjajahan British, termasuk perasmiannya oleh Countess of Perth pada tahun 1957 serta lawatan Ratu Elizabeth II pada tahun 1972 yang membawa kepada penamaan rasmi hospital tersebut.

Galeri sejarah pula memaparkan foto, dokumen, dan artifak penting yang mencatat detik-detik bersejarah dalam perkembangan hospital. Ia dibuka kepada orang awam dan menjadi rujukan kepada pelajar, penyelidik serta masyarakat umum.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/12/blok-baharu-hqe-diluluskan-secara-prinsip-isu-parkir-juga-telah-diberi-perhatian-masidi/feed/ 0 75429
HQE terima sumbangan kerusi roda light duty & printer dot matrix dari ALPH https://sabahmedia.com/2024/06/29/hqe-terima-sumbangan-kerusi-roda-light-duty-printer-dot-matrix-dari-alph/ https://sabahmedia.com/2024/06/29/hqe-terima-sumbangan-kerusi-roda-light-duty-printer-dot-matrix-dari-alph/#respond Sat, 29 Jun 2024 12:34:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56730
Read Time:2 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Hospital Queen Elizabeth telah melaksanakan satu inisiatif murni dalam usaha mereka memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan tempatan dengan menyumbangkan sebanyak 50 buah kerusi roda light duty dan dua buah printer dot matrix jenama Canon kepada Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Majlis penyerahan sumbangan ini berlangsung pada jam 2:30 petang kelmarin (28 Jun) di lobi HQE , menandakan komitmen yang berterusan dari kedua-dua pihak dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada komuniti.

Kerusi roda light duty yang disumbangkan ini direka khusus untuk kegunaan intensif dan akan diagihkan ke klinik-klinik pakar di HQE yang diselia oleh Unit Penolong Pegawai Perubatan.

Sumbangan ini dijangka akan meningkatkan mobiliti dan aksesibiliti pesakit, memastikan mereka menerima penjagaan yang optimum.

Di samping itu, printer dot matrix jenama Canon yang disumbangkan akan digunakan oleh Unit Hasil untuk memperkemas dan memudahkan pengurusan kutipan hasil, sekaligus meningkatkan kecekapan operasi hospital.

Majlis penyerahan ini disempurnakan oleh Dr. William Gotulis, Pengarah Hospital Queen Elizabeth.

Majlis ini juga turut disaksikan oleh Jackson Taguah, Timbalan Pengarah Pengurusan, dan Jaclyn Gonduman, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Khidmat Pengurusan bersama-sama dengan kakitangan pengurusan hospital yang lain.

Sumbangan telah diserahkan oleh Joseph Alex Chang, Pengerusi ALPH sesi tahun 2023 hingga 2026, disertai oleh Prisila Molison, Bendahari ALPH.

Ahli-ahli ALPH yang turut hadir sama adalah Datuk Richard Chua Kim Yin, Esther Liew, Lo Lie Lin, Sabli Rahim, dan Foziah Katong.

Sementara itu, Joseph Alex Chang, selaku Pengerusi ALPH, telah menyatakan komitmen kukuh organisasinya untuk menyokong perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan komuniti.

“Kami amat berbangga dapat menyumbang kepada HQE dan membantu dalam memberikan penjagaan yang lebih baik kepada pesakit.

“Kami yakin bahawa kerusi roda dan printer ini akan memberi kemudahan yang signifikan kepada pesakit dan mempertingkatkan operasi harian hospital, sekali gus meningkatkan kepuasan keseluruhan pesakit di HQE,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dr. William Gotulis, bagi pihak HQE, mengucapkan terima kasih atas sumbangan bermakna ini.

“Sumbangan daripada ALPH ini amat kami hargai dan kami yakin bahawa ia akan meningkatkan kualiti perkhidmatan perawatan yang kami salurkan kepada pesakit-pesakit di HQE.

“Majlis ini bukan sahaja menandakan sumbangan fizikal malah menjadi simbolik kepada sokongan dan kerjasama yang berterusan di antara ALPH dan HQE dalam usaha kami meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di HQE, yang merupakan pusat rujukan utama di seluruh negeri Sabah.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat memberi manfaat yang besar kepada pesakit di Hospital Queen Elizabeth.

“Pihak Pengurusan Hospital berharap agar kerjasama erat antara Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) dan Hospital Queen Elizabeth (HQE) akan terus diperkukuh, demi mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan perawatan di hospital ini,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/29/hqe-terima-sumbangan-kerusi-roda-light-duty-printer-dot-matrix-dari-alph/feed/ 0 56730
Lima Bangunan Berisiko Di HQE Dikosongkan https://sabahmedia.com/2021/09/04/lima-bangunan-berisiko-di-hqe-dikosongkan/ https://sabahmedia.com/2021/09/04/lima-bangunan-berisiko-di-hqe-dikosongkan/#respond Sat, 04 Sep 2021 11:18:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5808
Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU – Lima bangunan berisiko di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini, terletak berhampiran kawasan tanah runtuh yang memusnahkan stor simpanan ubat-ubatan Kementerian Kesihatan (KKM) malam tadi, telah dikosongkan sebagai langkah keselamatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, lima bangunan itu terletak di Kompleks C hospital tersebut iaitu Stor Ubat dan Consumable, Wad Perubatan Kronik, Wad Rehab, Klinik Tibi dan Sleep Lab.

Beliau berkata, runtuhan seluas 20 meter lebar itu juga telah menyebabkan kerosakan struktur bangunan Sleep Lab dan stor Hospital Support Services (HSS).

“Pihak HQE juga telah mengambil tindakan menutup perimeter kawasan runtuhan dan tapak runtuhan ditutup menggunakan kanvas. Beberapa langkah akan diambil termasuklah baik pulih segera oleh Jabatan Kerja Raya dan bantuan kebajikan khas kepada kakitangan yang terkesan akibat kejadian ini.

“Saya sendiri akan ke Kota Kinabalu Isnin ini bagi melihat sendiri keadaan di sana dan akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Kerajaan Negeri Sabah bagi memperincikan tindakan seterusnya yang perlu diambil,” katanya menerusi perkongsian di laman Facebooknya hari ini.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tanah runtuh yang memusnahkan stor simpanan ubat-ubatan KKM di Kampung Kopungit di sini malam tadi, yang turut menyebabkan tiga kenderaan dan sebuah motosikal kakitangan KKM, serta tiga kenderaan orang awam tertimbus.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini berkata semua langkah keselamatan telah diambil bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku di kawasan tersebut.

“Bangunan berisko telah dikosongkan, manakala kami juga telah meminta pihak pengurusan utiliti mengalihkan tiang dan wayar di kawasan itu, pada masa ini keadaan terkawal dan operasi HQE berjalan seperti biasa,” katanya.

Mengulas mengenai kejadian banjir di negeri ini, Shahelmey berkata pihak berkuasa tempatan diminta memastikan semua parit dan sungai di negeri ini berfungsi dengan baik bagi memastikan kejadian banjir tidak menjadi lebih buruk.

“Kita mengalami kesan perubahan cuaca dengan intensiti hujan yang tinggi menyebabkan banjir kilat di banyak kawasan. Parit dan sungai penting untuk diselenggara agar air daripada hujan lebat itu dapat disalurkan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata, rakyat diminta supaya bersabar menghadapi bencana banjir yang berlaku dan kerajaan negeri kini sedang berusaha sedaya upaya bagi membantu mereka yang terlibat. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/04/lima-bangunan-berisiko-di-hqe-dikosongkan/feed/ 0 5808