hsn 2023 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 14 Oct 2023 04:21:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png hsn 2023 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penganjuran HSN selaras kerangka Malaysia Madani, Visi Sukan 2030 – PM Anwar https://sabahmedia.com/2023/10/14/penganjuran-hsn-selaras-kerangka-malaysia-madani-visi-sukan-2030-pm-anwar/ https://sabahmedia.com/2023/10/14/penganjuran-hsn-selaras-kerangka-malaysia-madani-visi-sukan-2030-pm-anwar/#respond Sat, 14 Oct 2023 04:21:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43594
Read Time:41 Second

PUTRAJAYA — Penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) yang bertujuan membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif adalah selaras dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kepentingan kegiatan sukan seharusnya dimulakan di peringkat awal lagi.

“… dan diteruskan sehingga ke sekolah, institut pengajian tinggi, alam pekerjaan dan seterusnya agar gaya hidup kita terus kekal aktif dan cergas menerusi aktiviti sukan, fizikal dan seumpamanya,” kata beliau dalam catatan di Facebook hari ini.

Anwar hari ini merasmikan HSN 2023 peringkat kebangsaan di Putrajaya yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta timbalannya Adam Adli Abd Halim.

HSN adalah agenda nasional, yang disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/14/penganjuran-hsn-selaras-kerangka-malaysia-madani-visi-sukan-2030-pm-anwar/feed/ 0 43594