Hubungan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 16 Feb 2023 09:51:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hubungan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah & Kazakhstan bincang hubungan perdagangan dua hala https://sabahmedia.com/2023/02/16/sabah-kazakhstan-bincang-hubungan-perdagangan-dua-hala/ https://sabahmedia.com/2023/02/16/sabah-kazakhstan-bincang-hubungan-perdagangan-dua-hala/#respond Thu, 16 Feb 2023 09:51:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29656
Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Duta Besar Republik Kazakhstan ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Bulat Sugurbayev bertemu Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bagi membincangkan hubungan perdagangan dua hala di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Hajiji mengalu-alukan kesungguhan negara Asia Tengah itu untuk meneroka peluang pelaburan dan menjalin hubungan perdagangan dengan Sabah.

Sugurbayev sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke negeri itu.

Data Matrade (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) menunjukkan perdagangan antara Malaysia dan Kazakhstan berjumlah RM480 juta untuk 10 bulan pertama 2022 dengan eksport ke Kazakhstan bernilai RM475 juta dan import bernilai RM5 juta.

Lima eksport utama Malaysia ke Kazakhstan terdiri daripada elektrik dan elektronik (E&E), produk getah, hasil pertanian, produk perkilangan berasaskan minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/16/sabah-kazakhstan-bincang-hubungan-perdagangan-dua-hala/feed/ 0 29656
Sabah Alu-alukan Cadangan Hubungan Perdagangan Langsung Dengan Turki https://sabahmedia.com/2022/02/21/sabah-alu-alukan-cadangan-hubungan-perdagangan-langsung-dengan-turki/ https://sabahmedia.com/2022/02/21/sabah-alu-alukan-cadangan-hubungan-perdagangan-langsung-dengan-turki/#respond Mon, 21 Feb 2022 09:00:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12410
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan minat yang ditunjukkan oleh Kerajaan Turki untuk mewujudkan hubungan perdagangan langsung dengan Sabah.

“Kita mengalu-alukan idea itu dan Kerajaan Sabah akan melakukan yang terbaik untuk memudahkan pelaburan dari Turki,” katanya ketika bertemu dengan Duta Turki ke Malaysia Dr Merve Safa Kavakci di Menara Kinabalu dekat sini hari ini.

Kavakci sebelum ini memberitahu Hajiji bahawa mereka melihat Sabah bukan hanya sebagai salah sebuah negeri dalam Malaysia tetapi sebagai pintu masuk ke rantau Asean.

Menurutnya, sekumpulan ahli perniagaan dari Turki akan datang ke Kuala Lumpur pada Mac dan akan datang ke Sabah untuk mencari usaha niaga pelaburan.

Kavakci berkata sebagai tambahan kepada inisiatif perdagangan dan pendidikan, dia berhasrat untuk mempromosikan Tarikan pelancongan Sabah bukan sahaja di Turki tetapi juga negara jiran yang mempunyai hubungan dengan Turki.

Sementara itu, rombongan Duta Turki diiringi Penasihat Perdagangannya, Elif Haliloglu Gungunes, Kaunselor Hal Ehwal Pelancongan dan Maklumat, Begum Sahin, Akhbar Kaunselor, Zeynep Havva Rafique dan Pengarah Institut Kebudayaan Turki Yunus Emre, Dr. Omer Altun.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untung, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah, Datuk Madiyem Layapan dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, JamineTeo turut menghadiri mesyuarat itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/21/sabah-alu-alukan-cadangan-hubungan-perdagangan-langsung-dengan-turki/feed/ 0 12410
Hajiji Di Sarawak Memperkukuhkan Hubungan Erat Sedia Ada https://sabahmedia.com/2022/01/31/hajiji-di-sarawak-memperkukuhkan-hubungan-erat-sedia-ada/ https://sabahmedia.com/2022/01/31/hajiji-di-sarawak-memperkukuhkan-hubungan-erat-sedia-ada/#respond Mon, 31 Jan 2022 05:45:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11783
Read Time:1 Minute, 24 Second

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama pemimpin tertinggi kerajaan negeri Sabah tiba di sini hari ini untuk lawatan sehari bagi memperkukuhkan lagi hubungan erat sedia ada dengan Sarawak.

Dalam lawatan sulungnya ke Kuching sebagai Ketua Menteri Sabah, Hajiji mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg buat kali pertama selepas beliau mengetuai Gabungan Parti Sarawak (GPS) meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri itu, pada Disember lalu.

Hajiji berkata, selain secara peribadi mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Abang Johari atas kejayaan mendapatkan mandat yang jelas untuk menerajui kerajaan, lawatan itu juga bertujuan meneroka bidang kerjasama baharu antara kedua-dua negeri Borneo sebagai rakan wilayah dalam Persekutuan Malaysia.

“Sabah dan Sarawak mempunyai banyak persamaan dari segi budaya, sejarah dan perjuangan. Oleh itu, terdapat banyak sinergi untuk dimanfaatkan demi kebaikan kita bersama.

“Sebagai ahli dalam Majlis Khas MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, kami telah bekerjasama secara padu untuk mendesak kelulusan Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963, pada tahun lalu,” tegasnya.

Dalam mesyuarat itu yang turut dihadiri anggota Kabinetnya, Tan Sri Abang Johari berkongsi pandangannya mengenai beberapa perkara termasuk hubungan negeri-Persekutuan, keperluan untuk kestabilan politik, hak Sarawak dan pendirian bersama yang boleh diambil oleh Sarawak dan Sabah dalam mendapatkan hak negeri.

Hajiji berkata beliau dan Tan Sri Abang Johari bukanlah asing, kedua-duanya telah lama berkawan dan rakan sekerja, berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dalam kerajaan terdahulu.

Turut mengiringi Ketua Menteri ialah tiga timbalannya, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Kadzim Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Sr Safar Untong.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/31/hajiji-di-sarawak-memperkukuhkan-hubungan-erat-sedia-ada/feed/ 0 11783