hujan berterusan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 15 Mar 2025 12:13:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png hujan berterusan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak bermula Selasa https://sabahmedia.com/2025/03/15/risiko-hujan-berterusan-di-sabah-sarawak-bermula-selasa/ https://sabahmedia.com/2025/03/15/risiko-hujan-berterusan-di-sabah-sarawak-bermula-selasa/#respond Sat, 15 Mar 2025 11:57:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70460
Read Time:37 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua Pengarah MetMalaysia, Mohd Hisham Mohd Anip berkata, analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara bermula Isnin (17 Mac).

Beliau berkata, keadaan itu berpotensi menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan berterusan di lokasi tersebut.

“Amaran hujan berterusan akan dikeluarkan sebaik sahaja output model-model ramalan cuaca mencapai tahap keyakinan yang tinggi,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau turut menasihati orang awam untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/15/risiko-hujan-berterusan-di-sabah-sarawak-bermula-selasa/feed/ 0 70460
Hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda Sabah https://sabahmedia.com/2025/01/25/hujan-berterusan-tahap-waspada-dijangka-melanda-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/01/25/hujan-berterusan-tahap-waspada-dijangka-melanda-sabah/#respond Sat, 25 Jan 2025 07:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67453
Read Time:33 Second

Kota Kinabalu : Hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda beberapa bahagian di Sabah selama tiga hari mulai Isnin ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan semalam memaklumkan kawasan terlibat di Sabah termasuk Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

“Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah selama tiga hari bermula Isnin ini,,” menurut kenyataan itu di sini.

Sementara itu, cuaca sama dijangka melanda Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dalam tempoh Isnin sehingga 30 Januari ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/25/hujan-berterusan-tahap-waspada-dijangka-melanda-sabah/feed/ 0 67453
Hujan berterusan tahap waspada di Sarawak dan Sabah sehingga 4 Feb https://sabahmedia.com/2024/02/01/hujan-berterusan-tahap-waspada-di-sarawak-dan-sabah-sehingga-4-feb/ https://sabahmedia.com/2024/02/01/hujan-berterusan-tahap-waspada-di-sarawak-dan-sabah-sehingga-4-feb/#respond Thu, 01 Feb 2024 13:07:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48821
Read Time:45 Second

BERNAMA
Kuala Lumpur : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak dan Sabah sehingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan terlibat di Sarawak ialah Miri dan Limbang dalam tempoh Sabtu hingga Ahad ini manakala di Sabah membabitkan Sandakan meliputi Telupid, Kinabatangan serta Beluran dan Kudat sehingga Sabtu.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Pahang, Johor dan Sarawak sehingga petang ini.

Di Pahang membabitkan Pekan dan Rompin, Segamat di Johor; Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) serta Kapit di Sarawak.

Amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/01/hujan-berterusan-tahap-waspada-di-sarawak-dan-sabah-sehingga-4-feb/feed/ 0 48821