Hujan lebat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 04 Dec 2025 03:01:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hujan lebat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hujan berterusan dijangka landa Sabah bermula esok https://sabahmedia.com/2025/12/04/hujan-berterusan-dijangka-landa-sabah-bermula-esok/ https://sabahmedia.com/2025/12/04/hujan-berterusan-dijangka-landa-sabah-bermula-esok/#respond Thu, 04 Dec 2025 03:01:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87699
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah, dengan hujan lebat dijangka berlaku selama dua hari bermula esok sehingga Sabtu.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan dijangka terjejas ialah Sandakan melibatkan Telupid; Kinabatangan dan Beluran serta Kudat

Selain Sabah, cuaca sama turut dilaporkan di beberapa buah negeri di Semenanjung dan Sarawak bermula esok hingga Isnin.

Penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan bersedia menghadapi kemungkinan banjir kilat, angin kencang dan air pasang.

Di Semenanjung, cuaca itu dijangka melanda beberapa negeri di Pantai Timur meliputi Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh); Terengganu (Seluruh negeri) dan Pahang (Kuantan, Pekan, Rompin).

Jangkaan hujan ini dijangka berlarutan sehingga Ahad, 7 Disember 2025, selari dengan monsun timur laut yang aktif.

Di Johor cuaca itu dijangka berlaku mulai 7 hingga 8 Disember melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Manakala di Sarawak, dalam tempoh sama juga akan berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/04/hujan-berterusan-dijangka-landa-sabah-bermula-esok/feed/ 0 87699
Ribut petir dan hujan lebat landa beberapa daerah di Sabah https://sabahmedia.com/2025/09/07/ribut-petir-dan-hujan-lebat-landa-beberapa-daerah-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/09/07/ribut-petir-dan-hujan-lebat-landa-beberapa-daerah-di-sabah/#respond Sun, 07 Sep 2025 09:39:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80779
Read Time:44 Second

KOTA KINABALU : Beberapa kawasan di Sabah dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran yang dikeluarkan melibatkan kawasan Pedalaman seperti Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan.

Selain itu turut mengalami cuaca sama adalah di Pantai Barat, Sandakan (Tongod dan Telupid) serta Kudat.

MetMalaysia memaklumkan, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam, yang dijangka berlaku lebih daripada sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek, berkuat kuasa untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai terutama di kawasan berisiko dinasihatkan berhati-hati, mengelakkan aktiviti luar serta peka dengan perkembangan cuaca terkini.

MetMalaysia turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya memandu dengan lebih cermat berikutan keadaan jalan yang licin dan penglihatan yang terhad akibat hujan lebat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/07/ribut-petir-dan-hujan-lebat-landa-beberapa-daerah-di-sabah/feed/ 0 80779
Hujan lebat dijangka landa beberapa kawasan di Sabah petang ini https://sabahmedia.com/2025/04/02/hujan-lebat-dijangka-landa-beberapa-kawasan-di-sabah-petang-ini/ https://sabahmedia.com/2025/04/02/hujan-lebat-dijangka-landa-beberapa-kawasan-di-sabah-petang-ini/#respond Wed, 02 Apr 2025 10:05:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71383
Read Time:43 Second

Kota Kinabalu: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan melanda beberapa kawasan di Sabah petang ini 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kemaskini di Facebook memaklumkan, situasi keadaan cuaca berkenaan dijangka akan berlaku sehingga jam 9 malam ini 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan berlaku di negeri Sabah, antaranya di Pedalaman melibatkan Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau.

“Turut mengalami cuaca sama adalah di Sandakan melibatkan Tongod dan Kinabatangan sehingga jam 9  malam pada Rabu,” menurut kenyataan itu di sini.

Cuaca sama turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak dan Semenanjung.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

 Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/02/hujan-lebat-dijangka-landa-beberapa-kawasan-di-sabah-petang-ini/feed/ 0 71383