Hujan sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 17 Mar 2026 02:36:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hujan sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Cuaca tidak menentu di Sabah sepanjang Aidilfitri https://sabahmedia.com/2026/03/17/cuaca-tidak-menentu-di-sabah-sepanjang-aidilfitri/ https://sabahmedia.com/2026/03/17/cuaca-tidak-menentu-di-sabah-sepanjang-aidilfitri/#respond Tue, 17 Mar 2026 02:36:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93415
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Cuaca di Sabah dijangka mengalami hujan serta ribut petir pada beberapa waktu sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri berdasarkan ramalan khas yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam ramalan yang bermula 20 hingga 22 Mac itu menjangkakan Sabah akan mengalami keadaan cuaca tidak menentu dengan hujan dan ribut petir terutama pada sebelah petang dan malam.

Pada 20 Mac, kebanyakan kawasan di Sabah dijangka mengalami hujan pada waktu pagi, diikuti ribut petir pada sebelah petang sebelum hujan berterusan pada waktu malam.

Sementara itu pada 21 Mac, keadaan cuaca dijangka lebih baik dengan cuaca cerah pada waktu pagi dan petang, namun hujan masih berpotensi berlaku pada waktu malam di beberapa kawasan.

Bagi 22 Mac, cuaca pada sebelah pagi dijangka cerah, namun ribut petir berpotensi berlaku pada waktu petang sebelum keadaan kembali hujan pada waktu malam.

Menurut MetMalaysa, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan ramalan cuaca semasa dan merancang perjalanan serta aktiviti Aidilfitri dengan mengambil kira kemungkinan hujan.

Keadaan cuaca tidak menentu ini juga dijangka memberi kesan kepada aktiviti ziarah, perjalanan pulang ke kampung serta sambutan rumah terbuka yang lazimnya diadakan sepanjang musim perayaan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman rasmi serta aplikasi mudah alih yang disediakan oleh MetMalaysia bagi memastikan keselamatan dan kelancaran aktiviti sepanjang sambutan Aidilfitri.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/17/cuaca-tidak-menentu-di-sabah-sepanjang-aidilfitri/feed/ 0 93415
Cuaca lembap berterusan di Sabah, rakyat diminta waspada https://sabahmedia.com/2026/02/25/cuaca-lembap-berterusan-di-sabah-rakyat-diminta-waspada/ https://sabahmedia.com/2026/02/25/cuaca-lembap-berterusan-di-sabah-rakyat-diminta-waspada/#respond Wed, 25 Feb 2026 10:14:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92255
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU : Sabah dijangka akan terus mengalami corak cuaca lembap sepanjang tempoh lima hari akan datang.

Menteri Sumberi Asli dan Kelestaruan Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, berdasarkan analisis model cuaca terkini, Sabah dijangka menerima pengaruh angin timuran dan baratan yang lemah sepanjang tempoh ramalan.

Beliau berkata,  keadaan ini meningkatkan kelembapan atmosfera dan berpotensi menyebabkan hujan serta ribut petir di beberapa tempat di negeri Sabah.

“Bagi kawasan Pantai Barat, hujan dijangka berlaku di perairan Sabah pada sebelah pagi, manakala pada sebelah petang hingga malam hujan dan ribut petir berpotensi berlaku di beberapa tempat.

“Di kawasan Pedalaman, hujan dijangka berlaku pada sebelah pagi di awal dan akhir tempoh ramalan, sementara pada sebelah petang dan malam hujan serta ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat sepanjang tempoh ramalan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Arthur berkata, di bahagian Sandakan, Tawau dan Kudat, hujan di beberapa tempat dijangka berlaku pada waktu pagi diikuti hujan dan ribut petir pada sebelah petang dan malam sepanjang tempoh ramalan.

“Sebagai Menteri yang bertanggungjawab, saya telah mengarahkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) untuk memastikan penyaluran maklumat dan amaran cuaca ini dilakukan secara agresif dan tepat pada waktunya.

“Saya mahu rakyat Sabah mendapat akses kepada data ramalan yang sahih dan terkini supaya sebarang risiko bencana akibat cuaca lembap ini dapat diuruskan dengan lebih berkesan di peringkat komuniti,” katanya.

Beliau turut menyeru kepada seluruh rakyat Sabah untuk sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca mengejut, terutamanya pada waktu petang dan malam.

“Sila dapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi seperti aplikasi myCuaca, portal www.met.gov.my, atau media sosial MET Malaysia bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga sentiasa terjamin. 

“Saya mendoakan agar semua rakyat Sabah sentiasa berada dalam perlindungan-Nya dan dipermudahkan segala urusan sepanjang mendepani fasa cuaca mencabar ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/25/cuaca-lembap-berterusan-di-sabah-rakyat-diminta-waspada/feed/ 0 92255
Hujan berterusan landa Sabah sehingga Sabtu https://sabahmedia.com/2025/02/06/hujan-berterusan-landa-sabah-sehingga-sabtu/ https://sabahmedia.com/2025/02/06/hujan-berterusan-landa-sabah-sehingga-sabtu/#respond Thu, 06 Feb 2025 03:06:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68074
Read Time:31 Second

Kota Kinabalu : Hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda beberapa buah bahagian di Sabah selama empat hari sehingga Sabtu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada Rabu lalu memaklumkan kawasan yang terlibat adalah di Pantai Barat; Sandakan dan Kudat.

“Bagi kawasan yang dijangka dilanda hujan berterusan tahap waspada ada di Pantai Barat melibatkan Ranau dan Kota Belud.

“Selain itu turut mengalami cuaca sama adalah di Sandakan melibatkan Telupid, Kinabatanga, Beluran dan juga di Kudat,” menurut kenyataan itu di sini.

Hujan lebat berterusan  juga dijangka berlaku di negeri Sarawak bagi tahap buruk dan waspada beberapa kawasan di negeri itu sehingga esok. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/06/hujan-berterusan-landa-sabah-sehingga-sabtu/feed/ 0 68074
Hampir keseluruhan kawasan di Sabah alami ribut petir, hujan lebat https://sabahmedia.com/2025/01/12/hampir-keseluruhan-kawasan-di-sabah-alami-ribut-petir-hujan-lebat-2/ https://sabahmedia.com/2025/01/12/hampir-keseluruhan-kawasan-di-sabah-alami-ribut-petir-hujan-lebat-2/#respond Sun, 12 Jan 2025 13:05:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66848
Read Time:42 Second

Kota Kinabalu : Hampir semua kawasan di Sabah dijangka akan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 1 pagi Isnin.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kemaskini di Facebook memaklumkan, antara kawasan terlibat adalah di Pedalaman; Pantai Barat dan Kudat.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan berlaku di negeri Sabah, antaranya di kawasan Pedalaman seperti Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan).

“Selain itu, kawasan Pantai Barat, Sandakan  (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat dijangka akan berlaku cuaca sama sehingga jam  1 pagi pada Isnin,”  menurut kenyataan itu di sini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

 Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/12/hampir-keseluruhan-kawasan-di-sabah-alami-ribut-petir-hujan-lebat-2/feed/ 0 66848
Amaran ribut petir berlaku di beberapa daerah di Sabah https://sabahmedia.com/2024/11/30/amaran-ribut-petir-berlaku-di-beberapa-daerah-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/11/30/amaran-ribut-petir-berlaku-di-beberapa-daerah-di-sabah/#respond Sat, 30 Nov 2024 08:36:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64650
Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa buah daerah di Sabah terutama di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, Tawau dan Kudat termasuk Labuan.

“Bagi kawasan Pedalaman Sabah ianya melibatkan Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan.

“Manakala yang lain adalah melibatkan Pantai Barat, Tawau, Kunak dan Semporna.  Selain itu turut berlaku di Sandakan, Telupid dan Beluran, Kudat serta Labuan sehingga jam 6 petang hari ini,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Selain itu beberapa kawasan di Semenanjung turut dilaporkan akan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.  –SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/30/amaran-ribut-petir-berlaku-di-beberapa-daerah-di-sabah/feed/ 0 64650
Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri https://sabahmedia.com/2024/01/16/amaran-hujan-berterusan-tahap-waspada-di-empat-negeri/ https://sabahmedia.com/2024/01/16/amaran-hujan-berterusan-tahap-waspada-di-empat-negeri/#respond Tue, 16 Jan 2024 07:54:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48056
Read Time:32 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Beberapa kawasan di Pahang dan Johor dijangka mengalami hujan berterusan bermula esok hingga 20 Januari.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan amaran tahap waspada dikeluarkan bagi Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang manakala di Johor membabitkan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Cuaca sama turut diramalkan berlaku hari ini hingga esok di Sabah melibatkan beberapa kawasan di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat serta Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Maklumat mengenai cuaca terkini boleh didapati melalui aplikasi mudah alih myCuaca atau melayari lawan sesawang dan media sosial rasmi MetMalaysia. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/16/amaran-hujan-berterusan-tahap-waspada-di-empat-negeri/feed/ 0 48056
Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri bermula Khamis https://sabahmedia.com/2023/11/13/amaran-hujan-berterusan-tahap-waspada-di-empat-negeri-bermula-khamis/ https://sabahmedia.com/2023/11/13/amaran-hujan-berterusan-tahap-waspada-di-empat-negeri-bermula-khamis/#respond Mon, 13 Nov 2023 11:23:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45173
Read Time:34 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di empat negeri bermula Khamis ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa hujan berterusan dijangka di beberapa kawasan di Kelantan dan seluruh Terengganu pada 16 hingga 18 Nov.

“Kawasan terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut memaklumkan hujan berterusan dijangka di Pahang dan Sabah pada 17 hingga 19 Nov ini.

“Kawasan terlibat di Pahang ialah Jerantut, Kuantan dan Pekan sementara di Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/13/amaran-hujan-berterusan-tahap-waspada-di-empat-negeri-bermula-khamis/feed/ 0 45173